Pelatih PLKN Mati Dalam Bilik Mandi

Assalamualaikum...

Seorang pelatih PLKN ditemui mati di bilik mandi kem PLKN Pinggiran Pelangi. Muhammad Suhaimi Norhamidi, 18 ditemui dalam keadaan terbaring oleh rakannya pada pukul 12.04 tengah malam sebelum dimaklumkan kepada pihak kem tersebut. Pemangku Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara  (JLKN) Rozainor Ramli semasa dihubungi berkata, magsa disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba ke Hospital Muadzam Shah untuk menerima rawatan. Menurutnya lagi, mangsa sebelum ini tidak mengalami sebarang masalah kesihatan dan menjalani latihan bersama rakan-rakan pelatih seperti biasa. 



Pelatih PLKN Mati Dalam Bilik Mandi Pelatih PLKN Mati Dalam Bilik Mandi Reviewed by Kin Naz on Tuesday, September 24, 2013 Rating: 5

1 comment:

  1. ish pelik betul mati sebab ape yew ??
    kesian sgt . semoga roh ditempatkan bersama org beriman . . amin .

    ReplyDelete

Powered by Blogger.