BRIM Sudah Masuk



Dengarnya ada yang dah terima BRIM. Alhamdulillah, syukur atas rezeki yang diberikan kepada kita. Semoga pemberian BRIM ni dapat memberi manafaat dan membantu kita. Biasalah bila minggu BRIM dan gaji kebiasaannya peniaga-peniaga akan mengadakan sale terutama bagi bulan ni sempena BRIM. Rezeki kepada peniaga-peniaga. Namun begitu, kita sebagai pengguna perlulah berbelanja dengan berhemah. Berhemah yang macam mana tu? Beli bila barang itu merupakan keperluan kita bukan kehendak kita.

Kalau nak diikutkan kehendak tu habis semua kita nak borong. Akhirnya, menyesal tak sudah. Barang tak pakai kan dah rugi. Tambah sekarang ni harga barang semakin mahal, kos sara hidup semakin meningkat. Janganlah kita amalkan pepatah ni biar papa asal bergaya, kelak nanti kita yang merana. Ok lah tak mau nak bebel panjang. Selamat Malam semua.

Post a Comment

1 Comments

  1. Hehehe belum masuk lagi, ikut bank juga kot kak Kinah.

    Yang penting, dahulukan keperluan, kemahuan tu takpa nanti3 pun boleh.

    ReplyDelete