Khasiat Ketumbar yang Kita Tak Tahu


Ketumbar adalah herba yang banyak digunakan dalam masakan tak kiralah sama ada dalam bentuk daun ataupun biji. Nama saintifik bagi ketumbar ialah Coriandrum Sativum L. Haa siapa yang tak tahu tu sila take noted ye. Herba ini seakan sama dengan daun parsli cuma yang membezakan keduanya ialah bau.


Sebenarnya daun ketumbar boleh dimakan begitu sahaja. Bijinya pula biasanya digunakan sebagai rempah dalam masakan India, Asia dan Mediterranean. Biji ketumbar apabila dihancurkan akan berasa masam kerana ia mengandungi pinene dan terpenes linalool. Herba ini mengandungi sumber terbaik mangan,besi, magnesium dan juga serat pemakanan.

Daun ketumbar sebenarnya kaya dengan vitamin C, vitamin K dan protein. Selain itu, daun ketumbar juga mengandungi sejumlah kecil fosforus, tiamina, kalium, kalsium, karotena dan niasin. Berikut adalah kebaikan daun ketumbar.
  1. Dapat mengurangkan bengkak
  2. Melegakan penyakit kulit
  3. Merendahkan kolestrol
  4. Melegakakan cirit-birit
  5. Mencegah loya
  6. Pembuka selera
  7. Mengurangkan tekanan darah
  8. Mengurangkan nafas berbau
  9. Kurangkan alahan
  10. Kurangkan sakit akibat haid
  11. Melindungi daripada jangkitan saluran kencing
  12. Merendahkan tahap gula dalam darah
Sumber: Mingguan Wanita

Post a Comment

3 Comments

  1. Kalau orang dulu2 mmg wajib kan ada ketumbar ni..

    ReplyDelete
  2. Ketumbar sangat dikenali dalam masakkan..

    ReplyDelete
  3. info yang berguna.Sertai segmen tonton ucing nak try irama melayu.(^_^).

    ReplyDelete