Thursday, August 31, 2017

Segmen Blogwalking Merdeka by Love is Simple

by , in

Segmen Blogwalking Merdeka by Love is Simple| Assalamualaikum semua. Ingat lagi tak kinah ada bagitau nak buat satu segmen. Haa ini lah segmen yang dikatakan tu. Sempena bulan ni bulan kemerdekaan kinah lancarkan segmen ni. Segmen ni dilancarkan untuk mengeratkan silaturrahim sesama blogger. Mungkin yang join nanti ada yang baru dan mungkin ada yang dah senior dalam dunia blogging ni. Tak kisah la yang penting matlamat segmen ni tercapai. Tanpa buang masa jom baca syarat yang mudah ni

  • Follow blog ini 
  • Follow google+
  • Follow instagram di sini 
  • Buat satu entri dan tepekkan banner di atas tu dan backlinkan ke blog ini
  • Kemudian hantar link di petak komen di bawah
Tempoh segmen ni berlangsung dari 7 Ogos hingga 31 Ogos. Senarai peserta segmen akan kinah update dari nanti.


Thursday, August 31, 2017

Hati-Hati Dengan Produk PIXY yang Tidak Asli

by , in
Hati-Hati  Dengan Produk PIXY yang Tidak Asli| Siapa sini pengguna produk PIXY? Hati-hati tau bila beli produk ni terutama di online. Pihak PIXY telah mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat produk-produk PIXY yang dijual di atas talian adalah produk tidak asli. Di Malaysia, terdapat PIXY UV Whitening Two Way Cake Perfect Fit (Regular dan Refill)

Produk yang didatangi dengan nama PIXY UV Whitening Two Way Cake Perfect Fit "2 in 1 COMBINATION" ataupun "3 in 1 COMBINATION" adalah tidak asli dan tidak dikeluarkan oleh Syarikat Mandom. 

Untuk pengetahuan semua, produk PIXY yang berada di WATSONS dan Guardian adalah produk yang asli. Mohon supaya berhati-hati dan hanya beli yang tulen dan asli sahaja. Jika ada sebarang keraguan boleh berhubung dengan pihak PIXY.

PERBEZAAN PRODUK PIXY YANG ASLI DAN TIDAK ASLI


PRODUK PIXY PALSU





UNTUK MAKLUMAT LANJUT


Thursday, August 31, 2017

Panggilan Akhir Untuk Segmen Blogwalking Merdeka

by , in
Klik di sini
Panggilan Akhir Untuk Segmen Blogwalking Merdeka| Segmen ini akan berakhir tak sampai tempoh 24 jam lagi. Oh ye kinah baru je selesai blogwalking ke semua blog yang hantar link mereka. Ada yang kinah tak boleh nak follow sebab tak ada button follow malah ada juga yang entrinya Not Found huhu. Takpela. Ok lah sebagai menghargai semua kinah akan pilih 10 blog untuk di masukkan ke dalam Bloglist Merdeka nanti. Jadi pada yang nak join tu masih boleh hantar penyertaan. Cuma klik je di bawah banner.
Thursday, August 31, 2017

Ayam Brand Kini Dalam Rangkaian Organik

by , in
Ayam Brand Kini Dalam Produk Organik| Serius masa terima parcel aritu teruja betul rasanya. Masa pihak kurier hantar, pada masa tu kinah tak ada kat rumah. Lagipun kita tak tahu bila barang akan sampai. Sedar je orang kurier call. Esok hari barulah ambik barang sebelum pergi kenduri. Masa terima tu, woow besarnya parcel huhu. Malam tu baru bukak parcel tu. Siang takdan banyak benor aktivitinya. Tengok dalamnya ada produk Ayam Brand Tuna. Dalam hati ni berbunga riang haha.

Semua orang tahu akan jenama Ayam Brand ni. Produk Ayam Brand telah lama bertapak di Malaysia. Seiring dengan perkembangan zaman semasa, Ayam Brand telah memperkenalkan rangkaian produk organik iaitu bagi mereka yang mementingkan kesihatan. Antara produk Ayam Brand yang baru diperkenalkan ialah Ayam Brand Tuna Flakes in Organic Broth dan juga Ayam Brand Tuna Chunks in Organic Olive Oil. 
Rangkaian Ayam Brand Tuna in Organic
Makanan organik merupakan bahan makanan yang berasal daripada tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Antara perbezaan antara makanan organik dan juga makanan yang lain ialah makanan organik diproses tanpa sebarang bahan kimia. Kiranya, ianya bebas daripada sebarang bahan kimia yang berbahaya, perasa, pewarna, MSG dan sebagainya. Orang yang mementingkan kesihatan ni, memang patut mencubanya tau.
Ayam Brand Tuna Flakes in Organic Broth
Ayam Brand Tuna Chunk in Organic Olive Oil
Selain produk Ayam Brand, turut disertakan sebuah buku iaitu An Amazing Anti- Ageing Recipes Food For The Brain. Teruja pulak kinah dapat buku resepi ni. Bila dibelek rupanya produk tuna ni bukan sekadar untuk buat sandwich je tau, ada banyak lagi resepinya. Resepi yang healthy pulak tu. Alhamdulillah syukur rezeki. Tak sabar nak bereksperimen dengan buku resepi tu. Nanti bila kinah dah cuba kinah update yer.

MANA NAK DAPAT AYAM BRAND TUNA IN ORGANIC
Boleh didapati di mana-mana pasar raya di seluruh Malaysia tau. 


Wednesday, August 30, 2017

Menang Giveaway Merdeka By Kisahsidiary.com

by , in
Menang Giveaway Merdeka By Kisahsidiary.com| Alhamdulillah baru je diumumkan sebagai pemenang wang tunai di Giveaway Merdeka by Kisahsidiary.com. Patutlah petang tadi tapak tangan gatal heheh. Alhamdulillah.

KLIK DI SINI
 Terima kasih kepada kak Siti Rohaida dan penaja kak Juju. 
Nombor Bertuah Kinah

Tuesday, August 29, 2017

Terima Sampel Diapers Kiddo

by , in
Lampin Bayi Kiddo
Terima Sampel Diapers Kiddo| Sabtu lepas, kami sekeluarga keluar untuk beli barang dapur. Biasalah bila ada anak kecik, mesti pampers mesti ada dalam senarai barang. Tengah membelek pampers ternampak satu jenama ni, Kiddo. Ehhh tak pernah nampak sebelum ni. Cuba tanya yang jaga bahagian tu, nak tengok sampel Kiddo tu. Selalunya ada letak sampel untuk kita tengok  dan belekkan. Tapi jenama ni tiada. Orang yang jaga bahagian baby tu tanya, "u punya anak pakai saiz apa?" kami pun jawablah saiz L. Terus dia bagi free sampel untuk kami cuba di rumah. Bermulalah eksperimen kinah.

Beginilah rupa lampin bayi Kiddo
Lepas je Thahirah mandi pagi semalam, kinah terus pakaikan dia Kiddo ni. Sehingga tengah hari maintain je. Padahal Thahirah banyak juga minum. Bocor pun tak de tau. Woww setanding dengan jenama Tesco Loves Baby. Cuma... Haaa ada cuma ok. Petang tu Kinah nak mandikan die ada nampak sikit gel kat buntut Thahirah. Hmm sebelum ni tak pernah pulak a gel macam tu. Ok lah yang penting takde ruam lampin semua. Kiddo ni harga dia takla mahal. Kalau tak silap kinah dalam RM27.++ lebih kurang la. Kat tempat korang kinah tak pasti ada ke tidak pampers ni. Tapi apa yang pasti kat TESCO takde ye huhu. Kalau penduduk Bukit Beruntung, Bukit Sentosa Rawang, Kiddo ni ada di Pasar Raya Grand Union tau. Ekonomi sekarang ni tak berapa cantik, mana yang pakai Mamy Poko tu boleh jadi Mamy Pokai haha. Jadi, ni jela alternatif yang ada.
Monday, August 28, 2017

Giveaway Saya Nak Prime Buster Cream

by , in
KLIK DI SINI

Hari ni nak join satu giveaway ni. Macam best jer. Pada yang nak join tu klik je di bawah banner tu ye.

APA PBC TU?
Prime Bust Cream (PBC) adalah cream semulajadi yang boleh membantu membesarkan, menganjalkan, serta mencantikkan bentuk payudara wanita.

b) Kesan boleh dirasa seawal 7-14 hari (denyutan lembut di sekitar payudara)

c) Cadangan pemakaian sebanyak 3 botol utk kesan pembesaran dan penganjalan yang kekal (sustain the effects)


Saturday, August 26, 2017

Mengapa Wanita Perlu Menjalani Pap Smear

by , in
Baru-baru ni kinah bawak Marzaqah Thahirah untuk pemeriksaan berkala di Klinik Ibu dan Anak. Soalan biasa yang nurse akan tanya haa Sakinah awak dah buat Pap Smear? Kinah kata la dah buat tahun lepas. Kiranya bulan ni genap setahun. Elok sanfat la tu. Awak buat ye jap lagi. Kinah pun iyalan jela. Seseudah je pemeriksaan Thahirah dengan pantasnya haa jom kita buat. Nak tak nak kena buat la. Huhu

Apa itu Pap Smear?

Gambaran sebenar semasa Pap Smear dijalankan
Pap Smear, sebut pasai Pap Smear semua orang tahu apa itu Pap Smear. Tapi adakah kita menjalani pemeriksaan Pap Smear? Ada yang buat ada juga sebaliknya. Hari ni kinah nak berkongsi sedikit mengenai Pap Smear. Pap Smear dijalankan bagi mengesan sebarang perubahan pada sel serviks pada peringkat awal sebelum merebak menjadi kanser. Memang kita akan rasa tidak selesa bila kita terpaksa menunjukkan alat sulit kita kepada doktor dan jururawat. Letak tepi rasa malu tu. Sekurangnya jika ada sebarang perubahan di servik kita, doktor dapat mengesan lebih awal dan membuat rawatan mengikut tahap keadaan serviks kita. Kebiasaannya, kanser ini dikesan setelah berada di tahap empat. Sebab itu perlunya lakukan pap smear ini secara berkala. Lagipun prosedurnya tidaklah mengerikan seperti yang korang fikirkan dan yang penting tak sakit.

Siapa perlu menjalani pemeriksaan Pap Smear? 
Mereka yang berumur 26 tahun ke atas, telah berkahwin dan aktif mengadakan hubungan seks perlu menjalani pemeriksaan ini.

Sebab perlu menjalani pemeriksaan pap smear

  1. Dapat mengenal pasti ketumbuhan pada peringkat awal.
  2. Prosedurnya hanya sekejap sahaja.
  3. Tidak menyakitkan.
Di mana boleh jalani pemeriksaan pap smear
Hampir semua klinik di seluruh Malaysia, hospital swasta, hospital kerajaan dan termasuklah klinik LPPKN (Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara).
Thursday, August 24, 2017

FACE MASK GIVEAWAY by Asyiqin89

by , in
Klik di sini
Siapa nak cantik dan gojes tu jom kita join giveaway ni. Mana tau ada rezeki dapat mask percuma. Siapa yang nak join, macam biasa. Klik je dibawah banner tu dan automatik korang akan ke link page owner. Nak tahu apa hadiahnya?



Kinah pilih yang ni

Tunggu apa lagi

Thursday, August 24, 2017

Green Dinosaur Penyelamat Kepada Yang Tidak Makan Sayur

by , in
Gambar Hiasan
Green Dinosaur Penyelamat Kepada Yang Tidak Makan Sayur|Sayur-sayuran walaupun banyak khasiatnya, tetapi tidak semua yang gemarkannya terutama bagi kanak-kanak. Mungkin rasanya yang pahit membuatkan anak kita tiada keinginan untuk memakannya. Walaupun telah dipaksa dengan pelbagai cara tapi masih juga tidak mahu. Aishhh pening kepala mak-mak. Kanak-kanak yang semakin membesar memerlukan nutrien yang secukupnya untuk membantu proses tumbesarannya. Jika tidak, anak-anak kita akan mudah mendapat penyakit. Mak mana yang mahu anaknya ditimpa sakitkan. 

Kini, zaman pun dah berubah. Jadi pelbagai inovasi telah dilakukan seperti yang telah dilakukan oleh pihak JuiceWorks Malaysia. Melihat situasi seperti ini, telah memberi cetusan idea kepada mereka untuk membuat perubahan bagi menggalakkan kita dan anak-anak terutamanya untuk memakan sayur. JuiceWorks telah mengeluarkan satu produk minuman jus baru yang diberi nama "Green Dinosaur"dan baru saja dikeluarkan pada bulan lalu.


Terdiri daripada bayam, biji Chia, kapur, laici dan aiskrim vanila rendah lemak dan semuanya dicampur dengan sorbet untuk faktor penyejuk tambahan.


Sempena bulan Ogos ini adalah bulan Kemerdekaan, JuiceWorks menawarkan promosi "Buy 1 Free 1" kepada mereka yang lahir pada bulan ini.


Minuman JuiceWorks boleh didapati dalam pelbagai saiz.

JUNIOR (250mL) : RM8.95
MIDI (450mL): RM9.95
POWER (650mL): RM10.95

Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari
Tuesday, August 22, 2017

Merdeka! Merdeka! Blogger Contest

by , in
Merdeka! Merdeka! Sale Blogger Contest
Merdeka! Merdeka! Sale Blogger Contest| Lazada Blogger Contest kembali lagi. Lazada selalu menganjurkan contest untuk blogger. Terima kasih Lazada. Kali ni Lazada mengadakan contest bersempena Sambutan Hari Kemerdekaan yang ke 60 tahun pada 31 Ogos ini. Contest ini berlangsung dari 21 Ogos sehingga 31 Ogos 2017. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut bolehlah klik dibawah banner.

a. What do you love about being Malaysian


Negaraku, tanah tumpahnya darahku. Inilah tanah airku. Sesungguhnya, kinah begitu berbangga menjadi rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia hidup dengan aman dan sentosa tanpa sebarang ancaman luar yang boleh mengganggugugat keamanan negara kita. Kepelbagaian kaum di negara ini membuatkan negara kita kaya dengan kepelbagaian adat dan budaya. Disamping itu, kepelbagaian makanan seperti nasi lemak, roti canai dan sebagainya dapat dinikmati yang mana mungkin kita tidak akan dapat ditempat lain. Sungguh bertuahnya kita menjadi rakyat Malaysia. Negara kita juga begitu kaya dengan khazanah alam yang kebanyakkan masih boleh kita terokai. Indahnya bumi Malaysia yang dicintai. Saya berbangga menjadi anak Malaysia.

b. Choose your favourite local brand

c. Select two product from that brand you love.

Pensonic Aedes Buster Mosquito Insect Killer
Sepertimana yang korang tahu. Kawasan perumahan kinah kes denggi sangat tinggi. Jadi, sebagai langkah jaga-jaga Pensonic Aedes Buster Mosquito Insect Killer perlu ada di rumah kami. Apa yang penting, Pensonic Aedes Buster Mosquito Insect Killer ni bebas daripada bahan kimia.

Pensonic PB5001 Food Processor
Pensonic PB5001 Food Processor ni perlu ada dalam dapur kinah. Lebih mudah nak dikendalikan tambah pula ada anak kecik. Jimat masa dan tenaga. Lagipun terdapat pelbagai fungsi dan harganya pula memang berpatutan. 

Jadi tunggu apa lagi. Lagi beberapa hari je lagi Sale ni berlangsung. Diingatkan sekali lagi, Lazada mengadakan Merdeka! Merdeka! Sale dan berlangsung dari 25 Ogos 2017 sehingga 31 Ogos 2017. Sebanyak 80% diskaun dapat dinikmati oleh semua. Tunggu apa lagi pergi ke website sekarang.


Sunday, August 20, 2017

ROSE FACE SERUM ZEETA | Membantu Merawat Parut dan Jeragat

by , in
ROSE FACE SERUM ZEETA |Membantu Merawat Parut dan Jeragat | Muka berparut dan berjeragat membuatkan kita hilang keyakinan untuk berhadapan dengan khalayak ramai. Secara tak langsung "self confidence" kita semakin kurang. Walaupun dah berbagai produk digunakan, berhabis sana sini membuat rawatan, namun hasilnya tetap sama dan kita pula rasa kecewa. Bagaimana nak hilangkan parut jerawat dan cara hilangkan bekas jerawat cepat dan selamat?. Oleh itu, kinah nak memperkenalkan satu produk khusus untuk mereka yang mengalami masalah seperti ini. Nak tau apa dia? ROSE FACE SERUM ZEETA la jawapannya.


Untuk pengetahuan semua, ROSE FACE SERUM ZEETA merupakan serum muka berasaskan Rose Organik No 1 di Malaysia yang menggunakan kaedah semburan untuk menghilangkan jeragat dan juga parut jerawat sepantas 14 hari. Menariknya dengan ROSE FACE SERUM ZEETA ni kaya dengan nutrisi hebat seperti Vitamin E, Vitamin C, Omega 3 dan Omega 6. Jadi, pada yang nak lebih glowing tanpa cela bolehlah gunakan serum ajaib ini.


Kelebihan Rose Face Serum Zeeta
  • Mengandungi Vitamin E, Vitamin C, Omega 3, dan Omega 6 yang sangat penting untuk melindungi kulit daripada kesan panas cahaya matahari.
  • Semburan yang halus untuk serapan maksimum menyamai teknologi nano.
  • Mengandungi Vitamin E 30000, iu yang baik untuk kesihatan kulit.
  • Serum yang pertama tidak meleleh dan tidak melekit.
  • Parut jeragat akan hilang seawal 7 hari.

4 Nutrisi Hebat Yang Terdapat Dalam ROSE FACE SERUM ZEETA
Vitamin E
  • Kaya dengan antioksidan yang dapat membantu melambatkan proses penuaan. Di samping itu, dapat mengurangkan proses kedutan yang berlaku dengan cepat serta menjaga sel kulit muka.
Vitamin C
  • Mengaktifkan sel muka untuk menghasilkan kolagen.
  • Dapat membantu mencegah kesan sinar ultraviolet (uv) yang akan merosakkan kulit muka (photodamage)
Omega 3
  • Kandungan yang terdapat dalam Omega 3 sangat diperlukan oleh kulit untuk mengekalkan kelembapan kulit serta dapat mengawal pengeluaran minyak pada muka.
Omega 6
  • Kandungan asid linoleic dapat menyuburkan kulit tanpa rasa berminyak.
  • Sebagai pelindung muka dan dapat mengurangkan sel kulit daripada mengelupas.
4 nutrien ini diperlukan dalam serum, apabila kita spray ke muka, tidak akan meleleh dan paling penting tidak melekit kerana teknologi yang digunakan sama dengan nano.
Harga ROSE FACE SERUM ZEETA tidak termasuk kos penghantaran. Tahan selama 2 bulan bergantung kepada cara penggunaan.
Testimoni Pengguna ROSE FACE SERUM ZEETA




Untuk maklumat lanjut
Media Sosial:

Facebook page: ZEETA PAKAR MAWAR

Instagram: @zeetaofficial

Whatsapp untuk order: 019-2209069



Saturday, August 19, 2017

Bagaimana Anda Boleh Berjimat Dalam Dekorasi

by , in

Bagaimana Anda Boleh Berjimat Dalam Dekorasi| Cantikkan dekorasi rumah tu. Alangkah indahnya boleh buat macam tu. Nak buat macam tu memerlukan bajet yang besar nak deko sendiri tapi ilmu dekorasi tiada. Nak upah Pereka dalaman bajet tak banyak. Alahai. Sekarang ni ada macam-macam cara nak deko. Tak payah dah nak upah Interior Designer dah. Bagi yang tengah mencari rujukan untuk dekorasi, Bagaimana Anda Boleh Berjimat Dalam Dekorasi adalah pilihan yang tepat.

Mengapa kinah kata Bagaimana Anda Boleh Berjimat Dalam Dekorasi adalah pilihan yang tepat? Sebabnya ada 77 tip dan teknik dekorasi bajet. Menarik bukan? Diasaskan oleh Hazlam atau lebih dikenali sebagai Alam Anuar dan merupakan seorang designer, perunding dan penulis serta pemilik syarikat Hazlam Anuar Design di Kuala Lumpur. Jadi dengan segala pengalaman yang ada, beliau telah menerbitkan ebook Bagaimana Anda Boleh Berjimat Dalam Dekorasi khusus untuk mereka yang mahukan dekorasi secara bajet.

Oh ye,  mesti anda tertanya-tanya harga ebook ini. Harganya adalah sebanyak RM37.00 sahaja untuk anda mulakan langkah menghias rumah anda. Dengan harga RM37.00 ini, anda juga akan menerima bonus eksklusif secara PERCUMA sahaja. Tunggu apa lagi, tempah sekarang ebook anda. <<<< Bagaimana Anda Boleh Berjimat Dalam Dekorasi
Friday, August 18, 2017

CPUV ~ Cornetto

by , in
CPUV ~ Cornetto| Alhamdulillah syukur. Bulan ni banyak rezeki dari Allah bagi pada kinah. Lepas dapat colloboration dengan Zalora aritu, dapat pulak CPUV baru daripada Nuffnang. Lama jugak kan Nuffnang menyepi. Ni baru timbul balik. Alhamdulillah. Moga lama la sikit ye berjoget di sini. 

CPUV ni baru lagi mula pada 17 Ogos lepas. CPUV kali ni mengenai aiskrim Cornetto. Siapa hantu aiskrim Cornetto ni bolehla join contest ni. Contest yang macam mana tu kinah tak pasti pulak. Lagipun tak nampak bayang lagi iklan ni. Mana yang masih setia dengan Nuffnang tu cuba korang cek kot ada iklan ni melekat. Jika ada tahniah tau.
Friday, August 18, 2017

Segmen Bloglist Sept-Okt by Ceriteraibu.com

by , in
Klik di sini
Assalamualaikum apa khabar hari ini. Kali ni kita join segmen dan giveaway dari sahabat blogger. Siapa belum join segmen ni jom kita sertai. Menurut ibu, jika penyertaan lebih daripada 40 orang akan ada hadiah misteri untuk yang bertuah. Menarikkan.


Kinah tag 

Friday, August 18, 2017

Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com

by , in

Assalamualaikum
Hai korang. Kisahsidairy.com sedang mencari lebih 10 orang pemenang untuk memenangi Wang Tunai, Voucher, Top up dan barangan lain .Jom pakat Join Giveaway yang mudah ini.

Giveaway Merdeka By Kisahsidairy.com

Giveaway berlangsung bermula 16 OGOS sehingga 29 Ogos 2017

JOM JOIN GIVEAWAY NI BERAMAI-RAMAI, PAKAT SHARE UNTUK MEMERIAHKAN LAGI GIVEAWAY INI.


Thursday, August 17, 2017

Shampoo Smriti Change Penyelesaian Masalah Rambut Gugur

by , in
Shampoo Smriti Change Penyelesaian Masalah Rambut Gugur| Sebenarnya dah lama kinah nak review mengenai shampoo ni. Asyik bertangguh aje. Ni ha baru ada masa. Takpe pelan-pelan kita kayuh. Ok la sebenarnya sampel shampoo Smriti Change ni dapat sempena memenangi satu giveaway yang dianjurkan oleh seorang blogger. Saja je nak mencuba nasib lagipun masa kinah join tu lagj beberapa minit dah nak close. Gigih buat syarat dengan jujur alhamdulillah menang. 

Comelkan packaging dia. Bunga-bunga lagi
Di dalamnya ada dua item tau. Satu shampoo dan satu lagi conditioner. Untuk pengetahuan semua, kinah ni ada satu masalah iaitu rambut gugur. Rambut gugur makin teruk lepas bersalin dulu sampai la sekarang. Dah macam-macam shampoo kinah guna tapi langsung tak ada perubahan. Sampai la kinah guna Smriti Change ni. Masa mula-mula basuh tu memang banyak yang gugur. Lepas sapu dengan conditioner semua dan lepas mencuba beberapa hari kinah tengok banyak perubahannya. Rambut gugur pun dah makin berkurangan. Nak kata langsung tak gugur tu nampak benor menipunya haha. Ada tu ada tapi tak banyak macam sebelum ni. Rambut mudah diurus dan lembut je.

InsyaAllah dengan penggunaan secara konsisten dan teratur mungkin masalah ni dapat diatasi. Oh ye lupa nak bagitau bau dia best sangat. Haruman bunga, rasa segar sangat. Wangi je rambut ni tau.

Shampoo dan conditioner
Antara testimoni yang berpuas hati dengam Smriti Change ni




Untuk maklumat lebih lanjut 
Thursday, August 17, 2017

Beg Dari Zalora Dah Sampai

by , in
Beg Dari Zalora Dah Sampai| Alhamdulillah sampai juga akhirnya barang dari Zalora. Sesungguhnya penantian itu satu penyeksaan. Ewaah ayat tak boleh blah haha. Ehh sungguhla. Kita punya la cek tracking saje menunggu dari pagi sampai ke petang bayang orang Ninja Van pun tak nampak. Siap boleh pergi klinik untuk appointment anak lagi tau. Mulalah terdetik dalam hati ehh diorang tak jumpa ke alamat ni. Suami kinah kata jomlah kita pusing-pusing takde pun orangnya call pun tidak. Elok je kinah nak keluar ada orang ketuk pintu. Seperti yang disangka barang dah sampai. Nasib tak keluar lagi tau. 

Nak tau apa barang yang kinah grab hasil dari baucer tu? Kinah ada ceritakan dalam entri sebelum ni. Haa ni dia beg tangan. Yeayy bukak je parcel waaa cantiknya. I like and very nice. Hehe.

Masa dapat tu, besarnya parcel dia huhu
Rasa sayang pulak nak buang tag ni hehe
Ni gambar full beg tu
Alhamdulillah happy sangat. Beg ni condition elok. So tak payahla nak return ke ape. Memang puas hati. So, macam mana? Masih ragu lagi dengan Zalora? Jangan begitu. Servis Zalora memang tiptop. Diorang akan update kita di email. Ok lah itu aje buat masa ni.