Saturday, 30 September 2017

Saturday, September 30, 2017

Panggung Sabtu Mann (TV3)


 Panggung Sabtu Mann (TV3)| Siapa layan hindustan tadi? Kinah pun tak ketinggalan layan drama hindustan hari ni. Selalunya malas nak tengok. Tapi bila tengok iklan aritu, Mann akan ditayangkan memang dah set time dan masak awal-awal nak layan Mann punya pasal. Walaupun Mann ni cerita lama tapi dia punya aura tu masih berbisa. Bagi kinahla ye. Dalam banyak part dalam Mann ni antara part yang paling memberi impak pada kinah part Priya dengan Nenek Dev masa Priya sapu minyak pada kaki Nenek Dev. 

Salute dengan kisah cinta diorang ni. Dev sanggup tinggalkan semua harta kerana cintanya pada Priya. Tak sangka cinta Priya berjaya mengubah Dev menjadi seorang yang bertanggungjawab dan setia. Ada juga part air mata bila Nenek Dev meninggal dunia. Memang berjuraila air mata ni. 

Dev dan Priya telah membuat perjanjian sebelum mereka berpisah bahawa mereka akan bertemu semula pada Hari Kekasih. Dalam tempoh tersebut mereka tidak boleh berjumpa. Dalam tempoh ni la Dev bekerja keras mengumpul segala harta dengan usahanya sendiri. Apabila sampai tempoh tersebut, Priya kemalangan apabila hendak ke tempat yang dijanjikan. Kesian Dev, tunggu punya lama tapi Priya tak datang.

Cinta dan pengorbanan ya itulah sebenarnya. Akhirnya Dev dan Priya bersatu atas nama cinta walaupun Priya tidak sempurna lagi. Walaupun cerita ni dah banyak kali tayang, tak jemu langsung menontonnya.  

Friday, 29 September 2017

Friday, September 29, 2017

KangBoer| Magikal Make Up Remover

KangBoer| Magikal MakeUp Remover Sebenarnya banyak juga entri kinah nak up. Salah satu antaranya hadiah giveaway yang ni.  Ada satu hari tu kinah ada terbaca satu post di group blogger mengenai satu giveaway daripada missjasjas. Saja je nak mencuba nasib. Kebetulan hari tu merupakan tarikh akhir giveaway tu. Tak sangka pulak esoknya dapat pula mesej dari beliau inform kinah menang giveaway tu. Kiranya dua kali join giveaway beliau dua kali juga nama naik. Alhamdulillah rezeki. Nak tau hadiah apa tu.... Jenggggg jenngg...

Satu set Kang Boer
Apa benda KangBoer tu macam pelik je. Hahaha mesti korang tertanya- tanya apa benda tu dan apa isi dalam kotak tu. Sebenarnya isi dalam kotak tu adalah satu set KangBoer Glove, plastik beg seal dan juga sabun homemade. Menariknya glove ni, glove ni bukan sebarang glove ye. Glove ni boleh digunakan untuk mencuci make up korang. Mudah je tak payah nak guna make up removal. Hanya basahkan tuala tu kemudian sapu pada make up tu. Kinah cerita sikit mengenai glove magik ni.

KangBoer Glove
KangBoer Glove - Merupakan pembersih muka dan hypoallergenic serta magnetic microfiber yang mampu menanggalkan make up hanya dengan menggunakan air sahaja. Kalau nak ikut logik akal macam tak percaya je kan. Guna air saja boleh tanggal. Mustahil... Tapi dengan KangBoer Glove bukanlah mustahil lagi. Untuk penggunaan kali pertama, KangBoer Glove ni perlu dibasuh dengan menggunakan sabun handmade ni. Kemudian barulah digunakan. Oh ye sebelum terlupa lepas guna terus cuci tau bagi mengekalkan kualiti glove tersebut.

Handmade Soap
Untuk pengetahuan korang juga, glove ni boleh dibasuh dan digunakan semula dengan menggunakan sabun handmade tu. Apa yang penting sabun ni bebas daripada sebarang bahan kimia yang berbahaya. Jadi, bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif jangan ragu-ragu menggunakannya. Lagipun bahan-bahan yang digunakan adalah bahan organik. Perhatian kepada korang, glove ini perlu ditukar selepas 3 hingga 5 bulan penggunaan bagi menjamin kualitinya dan jangan lupa menggunakan sabun handmade tersebut untuk mencucinya. AWAS jangan sesekali menggunakan sabun handmade ini sebagai pencuci muka ye. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sabun ini tidak sesuai digunakan untuk kulit muka.


Satu Set KangBoer
Design glove ni pun unik dan comel. Jadi mudahlah kita nak bawak pergi travel. Lepasni tak perlu lagi korang bila nak travel bawak make up removal dan facial tissue korang yang berat tu hehehe. Korang tau ke kandungan dalam make up removal tu? Ada bahan kimia ke tak? Hah lepasni tak payah dah pening nak beli make up removal yang kita belum pasti bahannya. Guna je KangBoer Glove ni. Mudah kerja. Macam best je kan. Berminat tak nak dapatkan satu set ni? Korang boleh hubungi Miss Miyo seperti tertera di bawah ni.


Untuk maklumat lanjut dan ingin membuat sebarang pembelian boleh hubungi Miss Miyo. 
Contact Number : 012-5177202

Friday, September 29, 2017

Cuti Pada Tahun 2018



Tahun 2017 bakal melabuhkan tirai dalam beberapa bulan je lagi. Sekejap je masa berlalu. Rasanya macam baru lagi kita semua menyambut tahun baru 2017. Sedar tak sedar dah hujung bulan September. Ok la untuk kali ni, kinah nak share satu perkara yang paling best iaitu cuti. Sebut je pasal cuti, laju je kan haha. Tadi kinah terima whatsapp daripada group sebelah tentang info ni. Sebarang maklumat ataupun sebarang pindaan akan diberitahu kelak.

Haa lepasni dah boleh dah bajet dan rancang percutian korang. Bulan September ni pun meriah juga cutinya ye. Gunakanlah cuti yang ada tu sebaik mungkin tau.
Friday, September 29, 2017

CPUV~ Costa Cruise dan Eversoft Micellar Cleansing

CPUV~Costa Cruise dan Eversoft Micellar Cleansing

Alhamdulillah, meriah betul bulan september ni. Banyak juga dapat cpuv, yang terbaru daripada Costa Cruise dan Eversoft Micellar Cleansing. Hat yang lain tu dah kredit dah. Mesti korang ingat banyak dah yang kinah dapat. Ehh takdelah banyak mana pun. 


Pada yang meinginkan satu percutian yang lain dari yang lain, apa kata percutian kali ni bercuti di atas kapal pula. Mungkin percutian kali ni memberi momen yang indah kepada korang sekeluarga. Pemilihan Costa Cruise untuk pelayaran cruise adalah satu langkah yang bijak di mana kini Costa Cruise kini sedang dalam proses mendapatkan sijil HALAL. Jadi, lepasni tiada lagi masalah tempat makan apabila menaiki cruise. Woww best tu, jadi lepasni korang semua dapat menikmati makanan-makanan yang enak dan lazat ketika belayar dan apa yang penting Halal. Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Costa Cruise boleh baca di sini.


Buat pengguna Eversoft, kini Eversoft menampilkan produk baru iaitu Eversoft Micellar Cleansing Water. Merupakan produk yang menjimatkan masa kepada mereka yang sibuk dengan urusan seharian. Fungsinya digabungkan bagi membersihkan wajah dan juga membersihkan make up dengan mudah. Terdapat dua jenis pembersih keluaran Eversoft iaitu Eversoft 100% Tomato Micellar Cleansing Water dan Eversoft 100% Organic Yuzu 2 in 1 cleanser dan toner. Kedua-dua produk ini boleh didapati di mana-mana pasaraya besar dan boleh juga didapati di laman web lazada. 

Tuesday, 26 September 2017

Tuesday, September 26, 2017

vivo V7+| Bagi Mereka yang Inginkan Pengalaman Berswafoto Dengan Lebih Sempurna

vivo V7+ Bagi Mereka yang Inginkan Pengalaman Berswafoto Dengan Lebih Sempurna

|Ada ke yang tengah survey handphone baru tu? Kalau ada nanti, jangan beli lagi. Ada sesuatu yang kinah nak kongsikan pada korang. Kalau nak tahu selanjutnya, sila baca entri ni sampai habis tau.Mesti korang tertanya-tanya apa benda la kinah nak share. Ok lah, sebenarnya kinah nak bagitau pada korang semua, Vivo akan melancarkan satu lagi handphone keluaran Vivo. Sebab tulah kinah kata jangan beli lagi. Manalah tau Vivo V7+ ni akan menjadi pilihan korang. Apa pun baca dulu mengenai Vivo V7+ ni. Beli ke tidak itu cerita kemudian.


Berita baik buat kaki selfie di luar sana, vivo V7+ yang menggunakan tagline Clearer Selfie, Clear Shot dan Clear Moment mungkin menjadi pilihan anda. Bagi memenuhi keperluan dan kehendak pengguna di luar sana, vivo V7+ dikeluarkan supaya pengguna dapat merasakan pengalaman berswafoto atau ber'selfie' dengan lebih sempurna. Buat blogger, kinah rasa wajib ada vivo v7+ ni sebab kita perlu ambil gambar yang cantik-cantik untuk buat review dan bila pergi event. Bestnya vivo V7+ ni. Nampaknya kena grab satu ni.

handphone vivo keluaran terbaru 2017

Spesifikasi vivo V7+




Untuk pengetahuan semua, vivo V7+ boleh didapati di seluruh cawangan SENHENG dan senQ di seluruh Malaysia bermula pada 26 September 2017 sehingga 15 Oktober 2017. Didatangi dengan dua pilihan warna iaitu Emas dan Hitam. Bagi pengguna yang membeli vivo V7+ di SENHENG dan senQ anda juga akan menerima backpack dan baucer watsons bernilai RM10.00. Offer baik punya mesti harga dia mahal. Ehh takla. Harga bagi satu unit vivo V7+ ialah RM1499.00 sahaja. 



Mengapa anda perlu beli di SenHeng atau senQ?
Anda boleh membeli vivo V7+ melalui dua cara iaitu bayaran penuh ataupun ansuran bulanan selama 24 bulan. Penghantaran dilakukan di seluruh Malaysia. Selain itu, anda turut menerima tambahan jaminan selama setahun dan PlusOne Membership.


Pelanggan boleh membuat pilihan sama ada bayaran penuh ataupun secara ansuran. Bagi mereka yang memilih pembayaran secara ansuran, ansuran dikenakan selama 24 bulan melalui bank terpilih iaitu Maybank, AMEX, Public Bank dan juga HSBC. Hanya RM12.00 dikenakan apabila anda menjadi ahli PlusOne Membership dan anda layak menerima jaminan tambahan vivo selama setahun apabila anda membuat pre-order bagi vivo V7+. Bagi ahli yang sedia ada, bagi melayakkan diri anda untuk mendapatkan jaminan tambahan setahun anda apabila buat pre-order hanya perlu log-in di website senheng.com.my dan senq.com.my.

Penghantaran ke pintu rumah disediakan
Bagi mereka yang tidak sempat ke mana-mana cawangan SENHENG dan senQ, penghantaran ke rumah juga turut disediakan. Penghantaran ini juga meliputi Sabah dan Sarawak. Apa yang penting, penghantaran ini adalah PERCUMA ye.

Program Trade in disediakan
Program ini hanya terhad kepada pelanggan yang membuat pembelian di mana-mana cawangan SENHENG sahaja. Pelanggan boleh trade in telefon lama mereka dan layak mendapat rebate bagi telefon yang baru. Untuk dapatkan maklumat terkini mengenai program ini boleh layari laman web ini

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai vivo V7+ 

Saturday, 23 September 2017

Saturday, September 23, 2017

First Beauty Box Giveaway By Us With Love ❤

First Beauty Box Giveaway By Us With Love ❤
Ekhm siapa nak join giveaway awesome ni. Hadiahnya beauty box. Ada macam-macam dalam beauty box tu. Cuma seorang aje yang bertuah untuk memenangi beauty box tu. Siapa orang tu?  Jom join giveaway awesome ni mana la tau korang yang bertuah tu.



Syarat :
Follow  Mellya dan para sponsors;

Follow Instagram:

Like page:

    

Kalaulah kinah menang ni kiranya ni hadiah untuk birthday kinah la. Doakan kinah menang ye

Friday, 22 September 2017

Friday, September 22, 2017

Retaining a Youthful Glow in You


If your face feels rough and tight, then you may have dehydrated skin. This means your skin is lacking water. But here’s when it gets tricky. When skin is dehydrated, it creates more oil to compensate for the lack of moisture in the skin. This could result in breakouts, irritation and dry patches. These are just some of the skin conditions that are harming our health and self-confidence.

Dehydration is one problem—it’s often worse in Asian skin as it’s the result of our humid weather conditions. Research has shown that 40–72 percent of consumers have dry skin seasonally on their face*. While drinking water is an important part of achieving a long-lasting youthful glow, it may not be a sufficient solution to combat skin dehydration.

Having a healthy youthful skin is a great stepping stone to feeling good. And one way to increase your confidence is to give yourselves a brighter, smoother looking complexion.


Murad’s new Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel is all about achieving healthy, glowing and radiant skin that is luminescent from the inside out. 

The product comes with a unique 2-step system which gives skin a gentle peel with anti-aging benefits by intensely infuse your skin with impressive dose of hydration up to 400% to visibly minimise fine lines and wrinkles, 

A fresh take on exfoliation, the Retexturizing Swab gives skin a gentle peel and intensely infuses hydration to dry skin. The youth revealing Lactic Acid, Glycolic, and Hyaluronic Acids supports cellular turnover to gently lift away dulling surface cells and debris to reveal smoother, brighter skin with a youthful glow. The swab involves a specially-designed over-sized swab for your delicate face, which helps reduces the appearance of fine lines and wrinkles. 

When it comes to dealing with skin dehydration and dull complexion, the Murad’s Moisture Infusion Mask is packed full of hyaluronic acid that will replenish and nourish the skin, which serves as an instant hydration boosts to hydration levels by up to 400% for a youthful glow. The results are hydrated and radiant skin that shows no signs of stress. With prolonged use, dry and dull looking face could just be a thing of the past.


To sum it up, the Murad Age Reform Hydro-Glow Aqua Peel contains 4 convenient, single-use treatments that include: 

Retexturizing Swab – This over-sized swab is a sealed cotton bud that has been saturated in a powerful, AHA-based blend of Lactic and Glycolic Acids, which work to gently exfoliate the 
surface layer of skin, dissolving dulling dead cells and unclogging pores to promote a more even and refined texture.

Moisture Infusion Mask – A sheet mask infuses with hyaluronic acid to provide an immediate boost to hydration levels by up to 400%, help visibly minimize lines and wrinkles. Skin is left feeling plumped and revitalised, with the appearance of wrinkles visibly reduced and a healthy looking vitality is restored.  

Directions

Use once per week.
Step 1 - Retexturizing Swab: Swipe swab over clean face. Do not rinse.
Step 2 - Moisture Infusion Mask: Apply sheet mask to face. After 15-20 minutes, remove mask and pat in any excess product. Do not rinse. Follow with a moisturiser. 

Founded more than 28 years ago, Murad is first authentic doctor–developed brand in the United States. The brand remains true to the scientific principles of its founder, world–renowned dermatologist Howard Murad, M.D. Through more than 50 years of research, Dr Murad has established that beauty and health are vitally linked and best achieved through an Inclusive approach that improves every cell in the body.

The Murad Hydro-Glow Aqua Peel is available at Murad stores throughout Malaysia. It is also available for purchase online at 

starting this mid-September. 

Enjoy 10% discount on Hydro-Glow Aqua Peel products when you purchase online with GLOW code at 

valid until 31st Marh 2018.

*R. Voegeli, A. V. Rawlings, P. Seroul, and B. Summers. A novel continuous colour mapping approach for visualization of facial hydration and transepidermal water loss for four ethnic groups. International Journal of Cosmetic Science, 2015, 37, 595-605.

ABOUT MURAD, INC.

Founded in 1989, Murad is a pioneering clinical skincare brand dedicated to encouraging people to live happier, healthier and more fulfilling lives. Backed by 19 unique patents and a 30-year legacy of research and clinical testing, Murad's unique philosophy, called Connected Beauty, is a whole person approach to health and beauty that inspires people to nourish their skin, awaken their body through physical activity, "eat" their water by consuming water-rich fruits and vegetables, and be kind to their mind. 

For more information on Murad, log on to www.murad.com.my 
or Murad’s Facebook at Murad.Malaysia.

Wednesday, 20 September 2017

Wednesday, September 20, 2017

Menang Giveaway Saya Nak Prime Buster Cream


Alhamdulillah, sekali lagi kinah diumumkan sebagai pemenang. Kali ni menang giveaway daripada Miss Nonasani kita. Haritu dia beliau ada buat giveaway Saya Nak Prime Buster Cream. Tak sangka pulak nombor kinah naik. Alhamdulillah. Nanti bila dah dapat dan guna nanti, kinah review tau.

PBC tu apa yer? Ni kinah ceritakan yang ringkas je la ye. PBC ni sebenarnya untuk kegunaan wanita sahaja yer. Orang lelaki kalau pakai kinah tak tahu.Merupakan krim semulajadi bagi membantu membesarkan, menganjalkan serta mencantikkan bentuk payudara wanita. Nantikan review sepenuhnya nanti ye.


Tuesday, 19 September 2017

Tuesday, September 19, 2017

CPUV~Tiguan Sustenance

Assalamualaikum semua. Selamat malam semua, biasalah ada anak kecik ni malam je la buat entri ni. Entri kali ni kinah nak bagitau kinah dapat CPUV lagi daripada nuffnang. Baru kira-kira nak apply adsense. Nuffnang bagi lagi yang baru. Macam tau-tau je kinah nak tukar angin hehe.Takpela kita proceed je la yang ada dulu. Dah cukup nanti baru kira lain. CPUV kali ni daripada Tiguan Sustenance. Apa tu?


Tiguan Sustenance tu lepas kinah godek google rupanya sebuah kereta. Nampaknya, VOLKSWAGEN ada keluaran terbaru namanya Tiguan. Uniknya nama Tiguan ni. Dalam banyak-banyak warna, warna yang ni cantik. 


Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut bolehla lawati


Monday, 18 September 2017

Monday, September 18, 2017

Cenderahati Majlis Perkahwinan

Cenderahati Majlis Perkahwinan|Cuti sekolah lagi beberapa bulan je lagi. Confirm ramai yang nak buat majlis kahwin pada masa tu kan. Bila tarikh dah nak hampir, macam-macam persiapan perlu disiapkan bagi melancarkan majlis pada hari berkenaan. Salah satu persiapan nanti ialah cenderahati atau pun doorgift untuk tetamu yang akan hadir. Aduhhh majlis dah nak dekat tapi doorgift satu apa pun tak prepare lagi. Haaa mai rapat-rapat kinah nak story sikit pasal doorgift ni.

Doorgift sekarang tak macam zaman dulu. Zaman dulu bila ada kenduri kahwin balik nanti dapat la telur rebus satu sorang. Ingat lagi tak masa tu? Haaa sekarang ni bila zaman dah berubah, orang dah tak bagi dah telur rebus ni. Telur rebus selalunya orang letak dekat bunga pahar je sekarang. Sekarang kebanyakan orang bagi kuih bahulu, gula-gula, puding dan macam-macam lagi. Kali ni, Kinah nak share satu idea doorgift yang suami kinah dapat semalam masa kenduri kahwin.

Cenderahati di majlis perkahwinan
Semalam suami kinah hadiri jemputan kahwin anak rakan sekerjanya. Kinah tak ikut sebab suami kerja. Dia pergi pun time rehat. Tak kisah pun. Apa yang menariknya, suami kinah bawak balik 3 botol kordial cap Jalen. Mulanya hairan juga mana dapat. Sampai 3 sekali. Rupanya cenderahati daripada orang kahwin. Ehh ok jugak dapat kordial ni. Kot kot la ada orang datang rumah ada juga nak dibancuh nanti bila stok kordial habis. Takpun kita minum sendiri-sendiri je.

Haaa macam mana? Ada dah idea nak buat doorgift nanti? Simple je kan. Kalau korang berminat dengan jus kordial ni untuk doorgift korang nanti bolehlah buat tempahan di nombor 

Sunday, 17 September 2017

Sunday, September 17, 2017

SUPPORT ME!! POKUCU CONTEST.

Klik di sini
Assalamualaikum dan selamat malam. Feww malam baru ada masa nak update blog. Mana taknya kinah ade anak kecil yang minta perhatian. Bila dah tido ni, slow-slow la kita update entri. Pada 17 September ni entri dimulakan dengan join satu giveaway yang bagi kinah memang menarik. Hadiahnya woow awesome. Mana tau ada rezeki kinah dapat domain percuma setahun. Doakanlah kinah ye. 

Oklah tanpa membuang masa jom kita komen sikit tuan tanah yang sponsor hadiah awesome tu. Namanya Mohamad Zulhelmi bin Abdul Rahman. Umurnya 28 tahun. Ehh sebaya la kite. Asal daripada Kelantan. Tuan empunya website www.pokucu.com. Kalau korang nak tau, tuan tanah kita ni merupakan sahabat AFB group tau. Apa tu AFB group? Nanti kinah cerita di lain entri.

Menariknya di blog www.pokucu.com korang akan tengok betapa kemasnya template  blog beliau. Memanglah sis awa yang design. Confirm cantik, tersusun dan apa yang penting sesuai sangat dengan tuan tanahnya. Kalau korang godek-godek post pokucu ni, banyak gila pasai makanan. Tetiba lapar pulak padahal baru hirup sup haha. Kalau korang nak kenal lebih rapat lagi dengan pokucu klik je link yang kinah tepek kat atas tu. Buat pokucu, keep writing dan dipermudahkan semua urusan pokucu.

Bagi yang berminat nak join giveway awesome ni, bolehlah klik dibawah banner tu ye. Giveaway ni berlangsung sehingga 15 Oktober 2017. Woww bulan kelahiran kinah ni. 

Saturday, 16 September 2017

Saturday, September 16, 2017

OSIM Meraikan Ulangtahun Ke-38 dengan Kerusi Urut uLove Warna Emas Edisi Terhad

Tahun 2017 melakar sejarah sebagai ulangtahun ke-38 buat OSIM. Setelah sekian lama OSIM memperkukuhkan jenama sebagai pengeluar barangan keperluan rumah dan perabot kesihatan yang berinovasi serta berkualiti tinggi, pihak OSIM menyediakan pelbagai aktiviti istimewa sempena sambutan ulangtahunnya yang ke-38. 

"Jenama kami sudah mencapai kejayaan cemerlang selepas 38 tahun berada dalam pasaran global dan ianya pencapaian yang cukup membanggakan." kata Pengurus Besar OSIM Malaysia, Cik Chia Sook Fun. "Menerusi produk yang dihasilkan, matlamat kami adalah untuk memastikan kesejahteraan dan keselesaan pelanggan kita." "Bagi terus kekal relevan dalam pasaran, pelbagai inovasi dalam penghasilan produk serta peningkatan prestasi barangan dijalankan untuk mencapai piawaian terbaik," katanya.

Maklum balas positif dari berjuta pengguna OSIM di seluruh dunia terhadap kerusi urut rata-rata mengatakan ia berkualiti dan berprestasi tinggi apatah lagi dalam memberi keselesaan. Pelangan juga memberi respon dengan berkata kerusi urut OSIM adalah pilihan terbaik dan mereka amat berpuas hati dengan prestasinya.
Keistimewaan kerusi urut mewah OSIM uLove adalah gabungan tiga unsur iaitu - sebagai kerusi urut  yang mampu memberi kelegaan badan dan ketenangan minda; dilengkapi sistem audio secara menyeluruh bagi memberi relaksasi minda yang lebih mendalam dan merangsang deria tubuh bagi mendapatkan tidur yang lebih nyenyak. Tawaran istimewa sempena ulangtahun OSIM ke-38 ini, kerusi urut mewah OSIM uLove dilengkapi peranti khas untuk hiburan anda! Peranti ini berfungsi untuk memegang gajet pintar seperti tablet atau telefon pintar ketika anda menikmati urutan menyamankan kerusi urut uLove. Sejak kerusi urut uLove ini dilancarkan, ia mendapat respon yang cukup mengalakkan dari peminatnya di seluruh dunia. Pelanggan yang juga seorang surirumah, Ivy Lew, 33 berkata beliau mengalami masalah tidur yang agak kronik, menyebabkan sering tidak cukup tidur dan lemah. Namun kerusi urut  uLove membantu beliau untuk tidur dengan lebih senang dan lena.

"Kerusi urut OSIM uLove ini cukup selesa dan mudah untuk digunakan. Saya berpuas hati dengan pilihan urutan yang diprogramkan pada kerusi mewah ini. Dengan citarasa masing-masing yang berlainan, setiap pilihan urutan tetap menepati kehendak saya dan keluarga." "Selain itu ia cukup dinamik dengan 7 tahap pilihan 3D bagi urutan bahu, tulang belakang dan punggung," katanya. Pelanggan yang juga pegawai IT, Willie Koh, 40, memuji kepintaran kerusi urut uLove ini dengan berkata ia mempunyai pelbagai ciri-ciri yang cukup istimewa.

"Kerusi ini adalah rekaan yang paling hebat. Saya mampu memuat turun urutan menerusi internet dan memprogramkan ia pada kerusi ini menerusi bluetooth. Ia cukup mudah, telefon pintar ini hanya perlu disambungkan pada kerusi dengan sambungan bluetooth saja dan saya dapat menikmati pelabagai jenis urutan yang dimahukan dengan mudah. Bagi Andrew Teh, 43, pula, beliau menggemari rekaan dan keaslian reka bentuk kerusi urut mewah OSIM uLove yang turut mengabungkan pelbagai fungsi di samping ia sesuai dijadikan perabot hiasan pada ruang tamu. 

Sementara itu pelanggan yang juga pemilik salun rambut, Charmaine Chen, 37, turut berkongsi pengalaman beliau menikmati serta merasai kehebatan kerusi urut mewah uLove. Chen berkata beliau sering berasa kerusi urut, biasanya kelihatan terlalu besar dan memakan terlalu banyak ruang di dalam rumahnya. Tetapi dengan kerusi urut mewah uLove ini ia kelihatan elegan dan cukup selesa seolah-olah sedang menaiki penerbangan kelas pertama.

"Selain dari itu dan yang paling penting, ia memberikan urutan cukup intensif untuk melegakan tekanan dari hujung rambut ke hujung kaki," katanya. Apa yang membuat kerusi urut mewah uLove ini lebih istimewa adalah unit edisi terhad yang didatangkan dalam kemasan warna emas. Hanya 66 unit saja dikeluarkan sempena ulangtahun OSIM ke-38 dan ia dijual pada harga runcit iaitu RM19,988. Ia turut dilengkapi dengan meja tambahan istimewa sebagai tambahan koleksi perabot untuk menghiasi rumah anda. 

Kerusi urut mewah uLove OSIM ini boleh didapati di mana-mana cawangan OSIM seluruh negara termasuk roadshow yang akan diadakan nanti.

Layari www.OSIM.com.my untuk keterangan lanjut.


Mengenai OSIM (Malaysia) Sdn Bhd
OSIM Malaysia merupakan sebuah syarikat produk gaya hidup sihat terkemuka yang memperolehi peningkatan bahagian pasaran dan pengukuhan status kepimpinan yang berterusan.

Dengan lebih daripada 47 cawangan di seluruh negara dan masih berkembang lagi, OSIM Malaysia memberikan keutamaan kepada inspirasi individu bagi mengawal kesejahteraan mereka dan berusaha ke arah kesihatan and kehidupan yang sempurna. Perniagaan holistik OSIM pada masa ini memberi penekanan kepada empat fokus pelengkap - Relax and Relieve (melegakan badan dan urut); Tone and Shape (toning and membentuk badan serta mengurangkan kalori); Check and Measure (pemantauan kesihatan); serta Clean and Purify (penulenan udara, memerangi kekotoran, alergen dan bakteria).

Selama ini, OSIM Malaysia telah menerima senarai anugerah dan penghargaan atas pencapaian cemerlang mereka dan ini termasuk diiktiraf sebagai "Rantaian Runcit Peralatan Kesihatan dan Penjagaan Terbesar di Malaysia" oleh Malaysia Book of Records pada tahun 2001; selama tiga tahun berturut-turut 2002-2004 OSIM Malaysia dipilih sebagai Superbrand Malaysia; serta dianugerahkan sebagai 2006, 2007 dan 2008 Jenama Terbaik dalam penjagaan kesihatan dan gaya hidup kategori untuk Kerusi Urut oleh Organisasi The Brand Laureate. Baru-baru ini, OSIM juga telah memenangi kedudukan perak dalam Kategori Kesihatan PUTRA Brand Awards pada tahun 2010 dan 2011.

Friday, 15 September 2017

Friday, September 15, 2017

WD-40® Specialist™ High Performance Silicone Lubricant Membantu Lancarkan Kerja Anda


WD-40® Specialist™ High Performance Silicone Lubricant Membantu Lancarkan Kerja Anda| Cermin kereta anda tersekat? Pintu bunyi berkeriut? Kita sedia maklum bahawa getah dan PVC lama kelamaan akan mendegrasi dan mengeras.  Untuk mengatasi masalah ini, kita memerlukan bahan pemplastik untuk mengembalikan getah kepada kekenyalan asal. Kerana itulah anda memerlukan WD-40® Specialist™ High Performance Silicone Lubricant.

Usah gusar dan tidak perlu bersusah payah berkejar mencari mekanik sebelum hujan turun (atau tersekat di kesesakan jalan raya). Dapatkan setin WD-40® Specialist™ High Performance Silicone Lubricant, yang berupaya melincirkan, mengalisairkan dan melindungi permukaan logam dan bukan logam termasuk getah, plastik dan vinil.

Untuk mengatasi masalah tingkap cermin kereta yang tersekat, hanya semburkan sedikit ke atas penutup getah tingkap cermin tersebut dan ia akan kembali mudah dinaik dan diturunkan. Sekiranya anda memiliki atau sedang membaik pulih kereta klasik antik dengan tingkap menggunakan tombol pemusing, di mana ada habuk dan minyak terperangkap, semburkan ke arah mekanism trek tingkap, dan ia akan terus kembali lancar digelongsorkan.
Begitu juga dengan pintu kereta yang berkeriut: hanya semburkan dan biarkan beberapa minit, dan tiada lagi bunyi yang menjengkelkan. Paling menarik, pelincir ini tidak memerangkap habuk dan kotoran, serta sangat bagus untuk pengalisan air dan melindungi alat ganti daripada kelembapan.

Selamat digunakan untuk kebanyakan getah dan plastik, WD-40® Specialist™ High Performance Silicone Lubricant tidak meninggalkan kesan warna dan ia memberikan prestasi unggul merentangi julat suhu yang besar ( dari -73°C sehingga  +260°C). Ia juga boleh digunakan untuk peralatan yang bertekanan tinggi sepeti injap, peralatan pemasangan dan tetiub. Merupakan antara produk daripada WD-40®'s, WD-40® Specialist™ High Performance Silicone Lubricant juga begitu sesuai digunakan untuk takal, engsel, kekunci, kabel dan banyak lagi.

Selain daripada penggunaan automotif, ia juga sangat sesuai untuk pintu gelongsor atau mana-mana bahagian penyambung yang sukar dicapai. Hanya semburkan pada trek logam pintu untuk membersihkan landasan dan melancarkan gelongsor pintu. Paling penting adalah usah panik sekiranya ada berada di dalam situasi yang sukar. Hanya pastikan ada memiliki setin pelincir hebat ini di rumah. Seperti yang dikatakan oleh para pelanggan kami, setiap rumah perlu ada satu!



Ingin tahu lebih lanjut? Layari  laman web WD-40® Silicone di   https://goo.gl/e5yJz2  atau  di  http://wd40.asia  hari ini.






Friday, September 15, 2017

Little Innoscents| Moisture Rich Body Lotion

Little Innoscents
Little Innoscents Moisture Rich Body Lotion| Produk barangan penjagaan bayi di pasaran sekarang semakin banyak. Namun, sedarkah kita produk yang kita gunakan kepada anak kita sedikit sebanyak mengandungi bahan kimia yang mungkin menjejaskan kesihatan bayi kita. Disebabkan itu, ramai ibu-ibu di luar sana sudah mula beralih kepada produk organik. Produk organik yang kinah maksudkan di sini ialah Little Innoscents. Jadi, untuk entri hari ni kinah nak kongsikan sedikit pengalaman menggunakan salah satu produk Little Innoscents ni. 

Salah satu produk Little Innoscents yang kinah gunakan ialah Moisture Rich Body Lotion. Apa yang best dengan Moisture Rich Body Lotion ni, bukan budak je boleh pakai, mak budak pun boleh tau. Teksturnya pun tak melekit dan mudah diserap ke dalam kulit. Selain itu, Moisture Rich Body Lotion dapat melindungi kulit daripada kekeringan di samping membantu mereka yang menghidap ekzema, kulit kering dan sensitif.
Haruman yang wangi daripada ylang ylang dan ianya sesuai digunakan kepada semua golongan. Bagi ibu yang sedang hamil, Moisture Rich Body Lotion dapat membantu mengurangkan kesan strecth mark korang. Amazingnya produk ni.

Kandungan
Aloe Vera Juice (Aloe Barbadensis Leaf Juice)*, Emulsifying Wax (Cetearyl Olivate, Sorbitan Olivate), Sunflower Oil (Helianthus Annuus)*, Shea Butter (Butyrospermum Parkii)*, Avocado Oil (Persea Gratissima)*, Vegetable Glycerine*, Xanthan Gum, Beeswax (Cera alba)*, Natural Parfum, Lavender Oil (Lavandula Augustifolia), Ylang Ylang Oil (Cananga Odorata).
*Denotes Certified Organic

Untuk maklumat lanjut
Instagram:
@littleinnoscents_malaysia
Website:

Thursday, 14 September 2017

Thursday, September 14, 2017

Listen To Your Heart...and Drink Your Way To a Healthier One!!

Listen To Your Heart...and Drink Your Way To a Healthier One!| Quiet and deadly, it creeps up on you while you are least aware of it. And it’s the No. 1 killer in the country. We're talking about heart disease, and about 20% of Malaysians are prone to it. Contrary to popular belief, it is heart disease and not breast cancer that is the leading cause of death among women in Malaysia, according to the National Heart Institute or IJN.


In women aged 45 and more, the possibility of heart disease is equal to men. Before menopause, women may have the advantage against men, as their bodies produce sufficient amounts of estrogen to lessen their risk of having a heart attack, compared with men. But when menopausal kicks in, protection from estrogen declines, and if combined with other risk factors like diabetes and obesity, that's a heart disease incident waiting to happen.

The reality is that we're in a country where IJN are seeing patients -- men or women -- as young as in their 20s undergoing bypass surgery to clear up clogged arteries. Hence, in conjunction with the World Heart Day that takes place on Sept 29 each year, Juice Works is introducing 'Heartbeat', a seasonal drink that is filled with all the natural goodness Mother Nature provides to help us combat against this silent killer.

Made up of the potent juices of grapefruit, cucumber, orange, carrot and apple, Heartbeat is now available at every Juice Works and Juice Works2Go outlets. What’s more, if you’re a Juicy VIP member, you get 10% off the retail price**


Why Grapefruit? Well, the powerful nutrient combination of fibre, lycopene, vitamin C, potassium and choline in grapefruit helps to maintain a healthy heart. One research found that a diet supplemented with fresh red grapefruit positively influences blood lipid levels, especially triglycerides.

Why Cucumber? Low in calorie and high in fibre and water content, cucumber is also rich in potassium to help lower blood pressure. It also contains polyphenols called lignans, which can potentially reduce the risk of certain cancers and cardiovascular diseases. Another bonus: it is rich in vitamin K, which is essential for bone health.

Why Orange? Researchers have reported that this cheerful fruit has an antioxidant called hesperidin, which improves blood vessel function and helps lower a person's risk of heart disease. Hesperidin is a plant-based compound called flavonoid, which is said to improve the health of the delicate cells that line blood vessels.

Why Carrot? Carrots are a very good source of both antioxidant alpha and beta carotene, which are converted in the body to retinol (vitamin A), which is good for skin, lungs, immune system and heart health. They also contain the antioxidant lutein, which is vital for eye health.

Why Apple? Studies have shown that eating apples daily can help lower the bad cholesterol called LDL in the body and two other markers associated with plaques and inflammation in artery walls. It seems apples do live up to that old adage of helping to keep the doctor away when eaten daily. 

So listen to your heart and pick up that Heartbeat today for a stronger, healthier you!

  • Cannot be combined with other ongoing discounts/offers/vouchers
  • This seasonal drink is only available till Oct 31
  • While stocks last
  • Juice Works Malaysia reserves the right of final decision on all matters regarding this promotion


Monday, 11 September 2017

Monday, September 11, 2017

Menang Top Komentor Di Starlavenderluna.my

Alhamdulillah. Tadi kinah baru diumumkan salah seorang top komentor di blog kak Shikin atau Starlavenderluna. Antara 10 orang tu, kinah adalah salah seorang yang bertuah untuk menerima gift dari kak Shikin. Terima kasih kak Shikin. Kalau korang nak tau, tuan empunya blog Starlavenderluna ni selalu bagi gift pada yang rajin di blog beliau tau. 


Selain kinah, ada lagi dua orang yang bertuah tau. Nak tahu siapa? Kak Mialiana dan Syuhada Salleh. Tahniah ye.
Monday, September 11, 2017

7 Rahsia Pisang Yang Kita Tidak Ketahui


7 Rahsia Pisang Yang Kita Tidak Ketahui| Hari ni kinah nak cerita tentang pisang. Siapa suka makan pisang? Kalau korang nak tahu sebenarnya banyak lagi khasiat pisang selain membantu kita melawas pembuangan dan beri tenaga. Perasan kan atlet selalu makan pisang semasa mereka berehat, jadi sudah tentu pisang mempunyai khasiat tertentu yang kita semua tidak tahu. 

Berperanan Sebagai Pelawas
Siapa sini menghadapi masalah sukar membuang air besar? Korang patut amalkan makan pisang ye. Pisang sebenarnya mengandungi serat yang mudah larut dan dapat membantu usus kita berfungsi dengan baik serta mengatasi masalah sembelit.

Membekalkan Tenaga
Para atlet kebiasaannya, apabila mereka menghadapi perlawanan, akan makan pisang sahaja terutama pada waktu rehat. Pisang sebenarnya berperanan membekalkan karbohidrat yang diperlukan bagi menggantikan glycogen (gula untuk otot) yang digunakan dalam aktiviti fizikal. Terjawab sudah mengapa atlet makan pisang semasa rehat.

Membantu Penghidap Anemia
Jika korang merupakan penghidap Anemia atau kurang darah, boleh amalkan pisang ni. Zat besi yang terdapat dalam pisang ini mampu merangsang penghasilan hemoglobin dalam darah. 

Mampu Mengurangkan Ketagihan Nikotin
Vitamin B dan mineral lain yang ada pada pisang mampu mengurangkan kesan ketagihan nikotin secara fizikal dan psikologikal. Jadi, kepada perokok yang mempunyai impian untuk berhenti merokok, cuba amalkan makan pisang ni, manalah tahu dapat membantu. 

Memberi Rasa Gembira Kepada Pengamalnya
Siapa sangka rupanya pisang boleh buat kita rasa gembira. Untuk pengetahuan semua, pisang mengeluarkan tryptophan iaitu sejenis bahan yang mampu memberi kesan kepada mood seseorang. Tryptophan akan berubah mejadi serotonin dalam otak yang mampu mepertingkatkan mood dan membuat kita rasa gembira.

Mampu Mengawal Tahap Glukos Dalam Darah
Pisang juga turut mengandungi vitamin B6 yang mana mampu mengawal tahap glukos dalam darah. dan mampu mengawal mood. Walaubagaimanpun bagi penghidap diabetis, diminta untuk mendapatkan nasihat daripada doktor dulu ye.

Mengekalkan Degupan Jantung dan Mengimbangi Air Dalam Badan
Pisang sebenarnya membantu sistem aliran dalam tubuh yang menghantar oksigen ke otak, mengekalkan degupan jantung dan juga mengimbangi air dalam badan. Disamping itu, untuk pengetahuan semua, pisang juga baik untuk otak dan membantu pelajar lebih cerdas.


Sunday, 10 September 2017

Sunday, September 10, 2017

Rangsang Minda Anak Tanpa Bantuan Gajet

Rangsang Minda Anak Tanpa Bantuan Gajet| Pendedahan gajet kepada kanak-kanak akan memberi kesan negatif kepada mereka. Salah satu diantaranya ialah kanak-kanak  akan menjadi antisosial. Ok ibu dan ayah melakukan aktiviti dengan si anak dan apabila kita bergerak hendak melakukan tugasan lain, si anak mula menangis dan hal ini tentu memeningkan ibu bapa tersebut. Jadi, bagi meredakan keadaan itu, gajet diberikan dan si anak leka menonton dan si ibu dapat melakukan aktiviti lain seperti mengemas rumah dan memasak.

Proses bermain sendiri merupakan elemen penting dalam perkembangan kanak-kanak. Menurut ahli psikologi, Dr Kathy Hirsh-Pasek, bermain sendiri dapat membina keyakinan diri, memupuk kreativiti dan menggalakkan pemikiran kritis anak-anak, terutamanya anak kecil. Apabila si anak boleh bermain sendiri, si anak tidak akan merasa bosan apabila ditinggalkan sendirian malah daripada situ, si anak akan mula bijak meneroka keadaan sekeliling dan mempelajari pelbagai perkara melaluinya. Jadi, kinah nak kongsikan beberapa cara yang boleh dilakukan sebagai aktiviti untuk anak-anak kita tanpa bantuan gajet. Biarkan mereka meneroka.

MULAKAN SEJAK AWAL
Anda boleh melatih anak anda bermain sendiri sejak di awal usianya. Hal ini kerana anak kecil akan merasa hairan dan kagum dengan keadaan sekeliling mereka. Sebagai contoh, cuba mulakan dengan menunjukkan beberapa buah mainan dan cara bermain permainan tersebut. Kemudian, biar mereka mencuba dan anda perhatikan dan memberi sokongan kepadanya. Setelah beberapa kali, anda boleh memantau aktivitnya dari jauh manakala anak anda pula sibuk meneroka dengan aktivitinya itu.

BIARKAN MEREKA MENEROKA
Jika anda melihat anak anda bermain sesuatu mainan dengan cara berlainan, biarkan mereka. Sebagai contoh, anak anda bermain dengan telefon mainannya sebagai kereta, biarkan sahaja dan anda tidak perlu membetulkan caranya. Jika anda dapati cara mereka bermain dalam keadaan berbahaya, barulah anda melarang perbuatan tersebut. Hal ini kerana anak anda perlu dibenarkan untuk bermain dengan caranya tersendiri. Memang nampak pelik, tapi kita sebagai ibu bapa sepatutnya berbangga kerana anak kita dapat berfikir luar daripada kotak pemikirannya.


BAGI RESPON TAPI TIDAK PERLU TERLIBAT DENGAN AKTIVITINYA
Ada masa tertentu, si anak akan datang menghampiri kita dan memberikan salah satu mainannya. Jika pada waktu itu anda sibuk, anda tidak perlu turut serta dengan aktivitinya, tapi perlu beri respon kepada mereka dengan cara menatap wajah mereka dan memberi maklum balas secara verbal dan katakan sesuatu kepadanya "Terima kasih sayang" kemudian serah semula mainan itu kepadanya. Dengan cara itu, mereka dapat merasakan ibu mereka ada disampingnya walaupun melakukan aktiviti lain.

CADANGKAN AKTIVITI YANG MUDAH
Tidak dinafikan, adakalanya anak anda akan kebosanan apabila bermain bersendirian. Apabila ini terjadi, mulalah si anak menghampiri kita sedangkan kita pula sibuk menyediakan makanan. Jika perkara seperti ni berlaku, perkara pertama, pastikan keadaan sekeliling kita berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang alat tajam di kawasan sekitar dan kedua berikan mereka peralatan yang selamat digunakan untuk bermain. Kalau kinah, selalu bagi sudu dengan mangkuk plastik aje. 

MENYEDIAKAN KAWASAN BERMAIN
Mungkin ada yang mengecam ibu bapa membuat kawasan sekatan berpagar di kawasan tempat anak bermain. Sebenarnya, kawasan seprti ini membantu dalam perkembangan mereka terutamanya memperkembangkan  kebolehan bermain sendiri.

SUMBER: PA&MA

Saturday, 9 September 2017

Saturday, September 09, 2017

Hadiah Giveaway Preloved Comic Dah Sampai

hadiah giveaway comic

Hadiah Giveaway Preloved Comic Dah Sampai| Akhirnya hadiah giveaway dah sampai tengahari tadi. Untuk pengetahuan semua hadiah ni daripada Elsa, boleh baca di sini. Komik Lawak Kampus ni memang kinah layan dari dulu lagi. Komik yang kinah terima ni ada tiga jilid, jilid 13, 14, 15. Setakat ni belum baca lagi. Tengah ambik mood hehehe. Macam-macam la ko ni.

Siapa suka komik Lawak Kampus ni?