Cenderahati Majlis Perkahwinan - apekinah.com

Monday, 18 September 2017

Cenderahati Majlis Perkahwinan

Cenderahati Majlis Perkahwinan|Cuti sekolah lagi beberapa bulan je lagi. Confirm ramai yang nak buat majlis kahwin pada masa tu kan. Bila tarikh dah nak hampir, macam-macam persiapan perlu disiapkan bagi melancarkan majlis pada hari berkenaan. Salah satu persiapan nanti ialah cenderahati atau pun doorgift untuk tetamu yang akan hadir. Aduhhh majlis dah nak dekat tapi doorgift satu apa pun tak prepare lagi. Haaa mai rapat-rapat kinah nak story sikit pasal doorgift ni.

Doorgift sekarang tak macam zaman dulu. Zaman dulu bila ada kenduri kahwin balik nanti dapat la telur rebus satu sorang. Ingat lagi tak masa tu? Haaa sekarang ni bila zaman dah berubah, orang dah tak bagi dah telur rebus ni. Telur rebus selalunya orang letak dekat bunga pahar je sekarang. Sekarang kebanyakan orang bagi kuih bahulu, gula-gula, puding dan macam-macam lagi. Kali ni, Kinah nak share satu idea doorgift yang suami kinah dapat semalam masa kenduri kahwin.

Cenderahati di majlis perkahwinan
Semalam suami kinah hadiri jemputan kahwin anak rakan sekerjanya. Kinah tak ikut sebab suami kerja. Dia pergi pun time rehat. Tak kisah pun. Apa yang menariknya, suami kinah bawak balik 3 botol kordial cap Jalen. Mulanya hairan juga mana dapat. Sampai 3 sekali. Rupanya cenderahati daripada orang kahwin. Ehh ok jugak dapat kordial ni. Kot kot la ada orang datang rumah ada juga nak dibancuh nanti bila stok kordial habis. Takpun kita minum sendiri-sendiri je.

Haaa macam mana? Ada dah idea nak buat doorgift nanti? Simple je kan. Kalau korang berminat dengan jus kordial ni untuk doorgift korang nanti bolehlah buat tempahan di nombor 

13 comments:

  1. Kalau dulu telur rebus ada yang busuk, sebab tu banyak tukar doorgift lain kan... tapi suka juga makan telur orang kahwin ni...

    ReplyDelete
  2. wahh Jalen pun ada kordial..mcm2 org buat doorgift sekarang ni kan..

    ReplyDelete
  3. Baru tau jenama Jalen ada kordial.. Sekarang nie doorgift pun ada macam2 kan..

    ReplyDelete
  4. bestnya.. first time tngok mcm ni. menarik jgk buat doorgift kan. kreatif!

    ReplyDelete
  5. Kak ana suka dpt door gift mcm ni sebab boleh guna kan. Lagi satu pernah dpt botol air comel. Pun best sampai skrg kak ana guna.

    ReplyDelete
  6. Biasa beli kicap jalen je.baru tahu ada air cmni..

    ReplyDelete
  7. doorgift zaman sekarang, apa saja yang comel, boleh je dibuat doorgift. kreatif pun ya.

    ReplyDelete
  8. suka tengok doorgift sekarang ni kan...macam2 dan unik...

    ReplyDelete
  9. Unik ! yg penting tutup botol kaler pink..keh keh keh Mummy suka!

    ReplyDelete
  10. tak pernah lagi dapat doorgift kordial

    ReplyDelete
  11. Cute nya door gift bagi kordial macam tu.. hehehehee.. :)

    ...

    ReplyDelete
  12. Menarik dan simple je cenderahati nya..

    ReplyDelete