KangBoer| Magikal Make Up Remover

KangBoer| Magikal MakeUp Remover Sebenarnya banyak juga entri kinah nak up. Salah satu antaranya hadiah giveaway yang ni.  Ada satu hari tu kinah ada terbaca satu post di group blogger mengenai satu giveaway daripada missjasjas. Saja je nak mencuba nasib. Kebetulan hari tu merupakan tarikh akhir giveaway tu. Tak sangka pulak esoknya dapat pula mesej dari beliau inform kinah menang giveaway tu. Kiranya dua kali join giveaway beliau dua kali juga nama naik. Alhamdulillah rezeki. Nak tau hadiah apa tu.... Jenggggg jenngg...

Satu set Kang Boer
Apa benda KangBoer tu macam pelik je. Hahaha mesti korang tertanya- tanya apa benda tu dan apa isi dalam kotak tu. Sebenarnya isi dalam kotak tu adalah satu set KangBoer Glove, plastik beg seal dan juga sabun homemade. Menariknya glove ni, glove ni bukan sebarang glove ye. Glove ni boleh digunakan untuk mencuci make up korang. Mudah je tak payah nak guna make up removal. Hanya basahkan tuala tu kemudian sapu pada make up tu. Kinah cerita sikit mengenai glove magik ni.

KangBoer Glove
KangBoer Glove - Merupakan pembersih muka dan hypoallergenic serta magnetic microfiber yang mampu menanggalkan make up hanya dengan menggunakan air sahaja. Kalau nak ikut logik akal macam tak percaya je kan. Guna air saja boleh tanggal. Mustahil... Tapi dengan KangBoer Glove bukanlah mustahil lagi. Untuk penggunaan kali pertama, KangBoer Glove ni perlu dibasuh dengan menggunakan sabun handmade ni. Kemudian barulah digunakan. Oh ye sebelum terlupa lepas guna terus cuci tau bagi mengekalkan kualiti glove tersebut.

Handmade Soap
Untuk pengetahuan korang juga, glove ni boleh dibasuh dan digunakan semula dengan menggunakan sabun handmade tu. Apa yang penting sabun ni bebas daripada sebarang bahan kimia yang berbahaya. Jadi, bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif jangan ragu-ragu menggunakannya. Lagipun bahan-bahan yang digunakan adalah bahan organik. Perhatian kepada korang, glove ini perlu ditukar selepas 3 hingga 5 bulan penggunaan bagi menjamin kualitinya dan jangan lupa menggunakan sabun handmade tersebut untuk mencucinya. AWAS jangan sesekali menggunakan sabun handmade ini sebagai pencuci muka ye. Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sabun ini tidak sesuai digunakan untuk kulit muka.


Satu Set KangBoer
Design glove ni pun unik dan comel. Jadi mudahlah kita nak bawak pergi travel. Lepasni tak perlu lagi korang bila nak travel bawak make up removal dan facial tissue korang yang berat tu hehehe. Korang tau ke kandungan dalam make up removal tu? Ada bahan kimia ke tak? Hah lepasni tak payah dah pening nak beli make up removal yang kita belum pasti bahannya. Guna je KangBoer Glove ni. Mudah kerja. Macam best je kan. Berminat tak nak dapatkan satu set ni? Korang boleh hubungi Miss Miyo seperti tertera di bawah ni.


Untuk maklumat lanjut dan ingin membuat sebarang pembelian boleh hubungi Miss Miyo. 
Contact Number : 012-5177202

6 comments:

  1. Replies
    1. kinah pun mula-mula tak tahu juga apa function die, Bila dah tau rupanya best juga

      Delete
  2. first time jugak tngok sma mcm CCL. hehe. tp nice!

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. nak cuba boleh contact no yang kinah bagi tu tau

      Delete