Little Innoscents| Moisture Rich Body Lotion

Little Innoscents
Little Innoscents Moisture Rich Body Lotion| Produk barangan penjagaan bayi di pasaran sekarang semakin banyak. Namun, sedarkah kita produk yang kita gunakan kepada anak kita sedikit sebanyak mengandungi bahan kimia yang mungkin menjejaskan kesihatan bayi kita. Disebabkan itu, ramai ibu-ibu di luar sana sudah mula beralih kepada produk organik. Produk organik yang kinah maksudkan di sini ialah Little Innoscents. Jadi, untuk entri hari ni kinah nak kongsikan sedikit pengalaman menggunakan salah satu produk Little Innoscents ni. 

Salah satu produk Little Innoscents yang kinah gunakan ialah Moisture Rich Body Lotion. Apa yang best dengan Moisture Rich Body Lotion ni, bukan budak je boleh pakai, mak budak pun boleh tau. Teksturnya pun tak melekit dan mudah diserap ke dalam kulit. Selain itu, Moisture Rich Body Lotion dapat melindungi kulit daripada kekeringan di samping membantu mereka yang menghidap ekzema, kulit kering dan sensitif.
Haruman yang wangi daripada ylang ylang dan ianya sesuai digunakan kepada semua golongan. Bagi ibu yang sedang hamil, Moisture Rich Body Lotion dapat membantu mengurangkan kesan strecth mark korang. Amazingnya produk ni.

Kandungan
Aloe Vera Juice (Aloe Barbadensis Leaf Juice)*, Emulsifying Wax (Cetearyl Olivate, Sorbitan Olivate), Sunflower Oil (Helianthus Annuus)*, Shea Butter (Butyrospermum Parkii)*, Avocado Oil (Persea Gratissima)*, Vegetable Glycerine*, Xanthan Gum, Beeswax (Cera alba)*, Natural Parfum, Lavender Oil (Lavandula Augustifolia), Ylang Ylang Oil (Cananga Odorata).
*Denotes Certified Organic

Untuk maklumat lanjut
Instagram:
@littleinnoscents_malaysia
Website:

Post a Comment

6 Comments