Nak Cantik Kena Amalkan Makan Buah Berbulu Halus - apekinah.com

Saturday, 9 September 2017

Nak Cantik Kena Amalkan Makan Buah Berbulu Halus


Nak Cantik Amalkan Makan Buah Berbulu Halus| Orang kata nak kelihatan cantik perlu banyak modal. Aish jangan percaya 100%  apa orang kata. Tak payah nak berbelanja besar untuk cantik tau. Sebenarnya melalui penjagaan pemakanan dan penjagaan diri secara teratur kita akan tetap cantik malah cantik secara semula jadi. Ala orang kata 'natural beauty'.

Pengambilan buah-buahan dalam diet harian anda ternyata memberi impak yang baik kepada pengamalnya selain menyerlahkan lagi kecantikan anda secara semula jadi. Sebagai contoh, buah kiwi. Buah berbulu halus ini kaya dengan nutrisinya tersendiri dan baik untuk kesihatan.

Untuk pengetahuan semua, kiwi kaya dengan vitamin C, E, asid amino dan antioksidan. Dengan mengamalkan makan kiwi ini akan membantu kulit kita kelihatan lebih muda dan berseri. Jadi, kinah nak kongsikan beberapa kebaikan lain bila kita makan buah kiwi ini.

Kulit Sihat dan Berseri
Kiwi kaya dengan serat dan antioksidan sehingga menjadi sumber terbaik sebagai julap. Pengambilan kiwi melancarkan pembuangan toksin lebihan air di dalam tubuh, sekaligus menjadikan kulit lebih cantik.

Regenerasi Sel
Kandungan vitamin E yang terdapat dalam kiwi dapat memberi kelembapan kepada kulit dan ketenangan. Nutrisi ini diperlukan bagi regenerasi sel dan dapat memberikan kulit kelihatan awet muda.

Kulit Lebih Anjal
Vitamin C yang terdapat dalam buah kiwi dapat menggalakkan pengeluaran kolagen sekaligus menjadikan kulit kita lebih anjal dan cantik. Siapa tak nak cantikkan. Kolagen merupakan rangkaian protein dan ini menjadikan kulit kita lebih gebu dan kelihatan muda. Selain itu, Vitamin C juga dapat membantu proses penyembuhan luka dan menghalang kulit menjadi lebih kasr dan kering.

Dapat Mengelak Penyakit Kulit
Untuk pengetahuan semua, kiwi juga dapat membantu dalam merawat penyakit kulit. Hal ini kerana asid lemak omega yang terdapat dalam kiwi dapat melindungi kulit daripada beberapa jenis masalah kulit.

Dapat Mengawal Pengeluaran Sebum Berlebihan
Campuran kiwi dan juga jus lemon boleh disapu pada kulit dan dibiarkan sehingga kering sebelum dicuci. Proses ini dapat membantu mengawal pengeluaran sebum yang menjurus kepada masalah seperti jerawat dan bintik hitam.

Melawan Radikal Bebas
Antioksida yang terdapat dalam buah kiwi boleh meneutralkan kesan antioksidan pada kulit dan dapat meningkatkan regenerasi kulit dan secara tak langsung dapat memperlahankan kesan penuaan seperti kedutan dan tompokan pada kulit.

Melawan Jerawat
Kiwi mengandungi AHA semula jadi dan memiliki bahan antiradang kulit yang dapat membantu melawan jerawat dan membersihkan liang roma bagi mengelak masalah kulit menjadi semakin serius dengan menyapu kiwi yang telah dilecek ke wajah yang bermasalah.

Melindungi Kulit Daripada Matahari
Kesan matahari akan merosakkan kulit dan melajukan proses penuaan. Kiwi yang kaya dengan asid amino dan mampu melawan selaran matahari yang menyebabkan kerosakan kepada kulit.

Meningkatkan Penghasilan Sel Kulit Baru
Mengamalkan makan buah kiwi atau minum jusnya secara konsisten dapat membantu penghasilan sel kulit baru pada lapisan kulit. Selain itu, dapat meningkatkan kelembapan kulit dan menjadikan kulit kelihatan lebih muda.




5 comments:

  1. mmg suka buah kiwi ni..dulu tak berani nak makan buah ni..tak tau pasaipa..bila dah rasa sekali, eh sedap rupanya..terus jadi buah favourite..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kata tak kenal maka tak cinta. Dah kenal baru tau kan kak fieza

      Delete
  2. Kalau dpt yang masam tu memang terkedip2 lah mata menelan. Dulu kiwi antara buah yg mahal. So x mampu nk beli. Skrg dkt pasar byk dah jual dgn harga muarah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dapat yang masam rasa payah nak habiskan. Takkan nak buang pulakkan. Dah murah bolehlah borong selalu kan kak ana

      Delete
  3. terus rasa terliur nak makan buah kiwi ni.buah ni agak pricy sikit,so kalau dapat yang tengah sales tu kena grab banyak²

    ReplyDelete