OSIM Meraikan Ulangtahun Ke-38 dengan Kerusi Urut uLove Warna Emas Edisi Terhad

Tahun 2017 melakar sejarah sebagai ulangtahun ke-38 buat OSIM. Setelah sekian lama OSIM memperkukuhkan jenama sebagai pengeluar barangan keperluan rumah dan perabot kesihatan yang berinovasi serta berkualiti tinggi, pihak OSIM menyediakan pelbagai aktiviti istimewa sempena sambutan ulangtahunnya yang ke-38. 

"Jenama kami sudah mencapai kejayaan cemerlang selepas 38 tahun berada dalam pasaran global dan ianya pencapaian yang cukup membanggakan." kata Pengurus Besar OSIM Malaysia, Cik Chia Sook Fun. "Menerusi produk yang dihasilkan, matlamat kami adalah untuk memastikan kesejahteraan dan keselesaan pelanggan kita." "Bagi terus kekal relevan dalam pasaran, pelbagai inovasi dalam penghasilan produk serta peningkatan prestasi barangan dijalankan untuk mencapai piawaian terbaik," katanya.

Maklum balas positif dari berjuta pengguna OSIM di seluruh dunia terhadap kerusi urut rata-rata mengatakan ia berkualiti dan berprestasi tinggi apatah lagi dalam memberi keselesaan. Pelangan juga memberi respon dengan berkata kerusi urut OSIM adalah pilihan terbaik dan mereka amat berpuas hati dengan prestasinya.
Keistimewaan kerusi urut mewah OSIM uLove adalah gabungan tiga unsur iaitu - sebagai kerusi urut  yang mampu memberi kelegaan badan dan ketenangan minda; dilengkapi sistem audio secara menyeluruh bagi memberi relaksasi minda yang lebih mendalam dan merangsang deria tubuh bagi mendapatkan tidur yang lebih nyenyak. Tawaran istimewa sempena ulangtahun OSIM ke-38 ini, kerusi urut mewah OSIM uLove dilengkapi peranti khas untuk hiburan anda! Peranti ini berfungsi untuk memegang gajet pintar seperti tablet atau telefon pintar ketika anda menikmati urutan menyamankan kerusi urut uLove. Sejak kerusi urut uLove ini dilancarkan, ia mendapat respon yang cukup mengalakkan dari peminatnya di seluruh dunia. Pelanggan yang juga seorang surirumah, Ivy Lew, 33 berkata beliau mengalami masalah tidur yang agak kronik, menyebabkan sering tidak cukup tidur dan lemah. Namun kerusi urut  uLove membantu beliau untuk tidur dengan lebih senang dan lena.

"Kerusi urut OSIM uLove ini cukup selesa dan mudah untuk digunakan. Saya berpuas hati dengan pilihan urutan yang diprogramkan pada kerusi mewah ini. Dengan citarasa masing-masing yang berlainan, setiap pilihan urutan tetap menepati kehendak saya dan keluarga." "Selain itu ia cukup dinamik dengan 7 tahap pilihan 3D bagi urutan bahu, tulang belakang dan punggung," katanya. Pelanggan yang juga pegawai IT, Willie Koh, 40, memuji kepintaran kerusi urut uLove ini dengan berkata ia mempunyai pelbagai ciri-ciri yang cukup istimewa.

"Kerusi ini adalah rekaan yang paling hebat. Saya mampu memuat turun urutan menerusi internet dan memprogramkan ia pada kerusi ini menerusi bluetooth. Ia cukup mudah, telefon pintar ini hanya perlu disambungkan pada kerusi dengan sambungan bluetooth saja dan saya dapat menikmati pelabagai jenis urutan yang dimahukan dengan mudah. Bagi Andrew Teh, 43, pula, beliau menggemari rekaan dan keaslian reka bentuk kerusi urut mewah OSIM uLove yang turut mengabungkan pelbagai fungsi di samping ia sesuai dijadikan perabot hiasan pada ruang tamu. 

Sementara itu pelanggan yang juga pemilik salun rambut, Charmaine Chen, 37, turut berkongsi pengalaman beliau menikmati serta merasai kehebatan kerusi urut mewah uLove. Chen berkata beliau sering berasa kerusi urut, biasanya kelihatan terlalu besar dan memakan terlalu banyak ruang di dalam rumahnya. Tetapi dengan kerusi urut mewah uLove ini ia kelihatan elegan dan cukup selesa seolah-olah sedang menaiki penerbangan kelas pertama.

"Selain dari itu dan yang paling penting, ia memberikan urutan cukup intensif untuk melegakan tekanan dari hujung rambut ke hujung kaki," katanya. Apa yang membuat kerusi urut mewah uLove ini lebih istimewa adalah unit edisi terhad yang didatangkan dalam kemasan warna emas. Hanya 66 unit saja dikeluarkan sempena ulangtahun OSIM ke-38 dan ia dijual pada harga runcit iaitu RM19,988. Ia turut dilengkapi dengan meja tambahan istimewa sebagai tambahan koleksi perabot untuk menghiasi rumah anda. 

Kerusi urut mewah uLove OSIM ini boleh didapati di mana-mana cawangan OSIM seluruh negara termasuk roadshow yang akan diadakan nanti.

Layari www.OSIM.com.my untuk keterangan lanjut.


Mengenai OSIM (Malaysia) Sdn Bhd
OSIM Malaysia merupakan sebuah syarikat produk gaya hidup sihat terkemuka yang memperolehi peningkatan bahagian pasaran dan pengukuhan status kepimpinan yang berterusan.

Dengan lebih daripada 47 cawangan di seluruh negara dan masih berkembang lagi, OSIM Malaysia memberikan keutamaan kepada inspirasi individu bagi mengawal kesejahteraan mereka dan berusaha ke arah kesihatan and kehidupan yang sempurna. Perniagaan holistik OSIM pada masa ini memberi penekanan kepada empat fokus pelengkap - Relax and Relieve (melegakan badan dan urut); Tone and Shape (toning and membentuk badan serta mengurangkan kalori); Check and Measure (pemantauan kesihatan); serta Clean and Purify (penulenan udara, memerangi kekotoran, alergen dan bakteria).

Selama ini, OSIM Malaysia telah menerima senarai anugerah dan penghargaan atas pencapaian cemerlang mereka dan ini termasuk diiktiraf sebagai "Rantaian Runcit Peralatan Kesihatan dan Penjagaan Terbesar di Malaysia" oleh Malaysia Book of Records pada tahun 2001; selama tiga tahun berturut-turut 2002-2004 OSIM Malaysia dipilih sebagai Superbrand Malaysia; serta dianugerahkan sebagai 2006, 2007 dan 2008 Jenama Terbaik dalam penjagaan kesihatan dan gaya hidup kategori untuk Kerusi Urut oleh Organisasi The Brand Laureate. Baru-baru ini, OSIM juga telah memenangi kedudukan perak dalam Kategori Kesihatan PUTRA Brand Awards pada tahun 2010 dan 2011.

Post a Comment

9 Comments

  1. osim ni memaang best kan...cuba2 je berani...beli belum mampu lagi hihi

    ReplyDelete
  2. Nampak mewah kerusi urut OSIM dengan warna gold nih

    ReplyDelete
  3. Nampak mewah kerusi urut OSIM ni dgn warna gold

    ReplyDelete
  4. Kena menabung nak beli kerusi Jenama OSIM ni hihihihi

    ReplyDelete
  5. Ini kalau dah beli, nak pakai sayang. Takut warna emas tu tanggal

    ReplyDelete
  6. Selalu urut kat shopping mall, sedap juga rasa badan...

    ReplyDelete
  7. Wow, kaler emas lerr.. tapi hurmmm hanya mampu melihat jea.. huhu

    ReplyDelete