Panggung Sabtu Mann (TV3) - apekinah.com

Latest

apekinah.com

Lifestyle, Review, Personal, Collaboration

Saturday, 30 September 2017

Panggung Sabtu Mann (TV3)


 Panggung Sabtu Mann (TV3)| Siapa layan hindustan tadi? Kinah pun tak ketinggalan layan drama hindustan hari ni. Selalunya malas nak tengok. Tapi bila tengok iklan aritu, Mann akan ditayangkan memang dah set time dan masak awal-awal nak layan Mann punya pasal. Walaupun Mann ni cerita lama tapi dia punya aura tu masih berbisa. Bagi kinahla ye. Dalam banyak part dalam Mann ni antara part yang paling memberi impak pada kinah part Priya dengan Nenek Dev masa Priya sapu minyak pada kaki Nenek Dev. 

Salute dengan kisah cinta diorang ni. Dev sanggup tinggalkan semua harta kerana cintanya pada Priya. Tak sangka cinta Priya berjaya mengubah Dev menjadi seorang yang bertanggungjawab dan setia. Ada juga part air mata bila Nenek Dev meninggal dunia. Memang berjuraila air mata ni. 

Dev dan Priya telah membuat perjanjian sebelum mereka berpisah bahawa mereka akan bertemu semula pada Hari Kekasih. Dalam tempoh tersebut mereka tidak boleh berjumpa. Dalam tempoh ni la Dev bekerja keras mengumpul segala harta dengan usahanya sendiri. Apabila sampai tempoh tersebut, Priya kemalangan apabila hendak ke tempat yang dijanjikan. Kesian Dev, tunggu punya lama tapi Priya tak datang.

Cinta dan pengorbanan ya itulah sebenarnya. Akhirnya Dev dan Priya bersatu atas nama cinta walaupun Priya tidak sempurna lagi. Walaupun cerita ni dah banyak kali tayang, tak jemu langsung menontonnya.  

5 comments:

  1. Ala terlupa nak tengok lagipun anak saudara du guna televisyen

    ReplyDelete
  2. semalam pun dh layan industan sampai 1.30 pagi , hari minggu ni lepas makan knduri terus terjah tv tgk mann

    ReplyDelete
  3. Sayapun tengok...seyes tak pernah tak nangis tgok cerita ni terutamanya masa ending,sedih sangat huhuhu...

    ReplyDelete
  4. tiap kali tgk, tiap kali la aida menangis.
    especially adegan yg akhir tu. ha ha ah :) syahdu kan...

    ReplyDelete