Tuesday, 31 October 2017

Tuesday, October 31, 2017

Kejutan Buat yang Istimewa dengan Printcious

Kejutan Buat yang Istimewa dengan Printcious|Pening dan buntu nak bagi gift pada pasangan? Hari lahirnya dah tak lama tapi satu apa gift pun takde lagi. Haaa korang jangan risau pening tu semua. Sekarang ni dah macam-macam platform tau untuk kita buat surprise pada pasangan kita. Salah satu cara untuk korang buat special gift untuk pasangan ialah dengan design momen yang terindah dengan Printcious. Kalau dulu, nak bagi gift macam ni, kita DIY sendiri, tapisekarang korang tak payah bersusah payah dah. Tekan-tekan, klik itu ini, bayar dan sampai ke tangan penerima. Mudah betul sekarang. Sebab tu la tagline printcious 

“Printcious.com – Precious Gifts From Your Heart”


Mengapa dengan Printcious? Sebabnya korang boleh pilih mana-mana design yang korang suka tau dan paling istimewa sekali dapat pulak customise sendiri. Haa menarikkan tempat lain tak dapat macam ni korang. Haa pilih-pilih mana yang berkenan di hati. Bukan saja khusus untuk hari lahir sahaja tau, korang juga boleh buat untuk hadiah orang kahwin. Haaa idea tu idea. Lagipun dah tak lama dah nak cuti sekolah. Cuti sekolah je mesti ada kenduri. Sempat lagi ni design gift korang untuk bakal pengantin. Klise la asal pergi kenduri kahwin bagi hadiah pinggan mangkuk je. Kalau 5 orang bagi hadiah yang sama boleh buat kenduri tau hehe. Jangan marah gurau je. Tak salah pun kita hadiahkan lain dari yang lain.







Banyakkan sampai rambang mata nak pilih yang mana satu. Berpinar dah mata ni nak pilih yang mana. Mesti korang nak tahu macam mana cara nak customise design kita sendiri. Alaa mudah sangat pejam mata je pun dah siap. Ehh ibaratnya macam tu la. Dalam banyak-banyak ni, kinah pilih cushion je. 


Haa tengok tu, ni contoh je tau. Kalau korang tak nak warna biru tu, boleh pilih warna lain dan kalau korang nak tukar design Happy Marriage pun boleh. Ikut kreativiti. Klik je Start Design tu. Bolehlah mula design yang korang suka. Kinah berkenan pulak dengan cushion ni, boleh letak dalam kereta hehe. Haaa tunggu apa lagi pergi pilih cepat sebab ada 30% diskaun tau dan akan berakhir pada 4 November ni. 

Untuk maklumat lanjut bolehlah layari website 

Monday, 30 October 2017

Monday, October 30, 2017

Susu Kambing Karihome

Susu Kambing Karihome| Bila dah jadi mak-mak ni tak sah la kalau tak cerita tentang topik susu, pampers semua. Tapi kali ni kinah cuma nak cerita tentang susu saja. Dewasa ini, kebanyakan ibu-ibu zaman sekarang ni beri susu formula atau shortform nya fm sebagai pengganti susu ibu kepada anak mereka. Hal ini terjadi disebabkan pelbagai faktor. Di pasaran, terdapat pelbagai jenama susu daripada yang murah hinggalah harganya yang agak mahal. Tak semestinya yang mahal anak kita boleh terima dan begitu juga sebaliknya. Walau bagaimana pun semuanya ini bergantung dengan anak kita sama ada serasi atau pun tidak.

Sejujurnya, Thahirah dari kecil lagi minum susu formula. Bukanlah kinah tak cuba nak breastfeed tapi rezeki tidak menyebelahi kami. Takpelah. Thahirah dari kecil lagi dia minum susu Dutch Lady je. Tapi, sejak kinah tahu kebaikan susu kambing, kinah cuba nak tukar susu kambing kepada Thahirah. Kinah pun cubalah susu kambing keluaran tempatan. Masa tu kinah beli dari kawan universiti. Nampaknya, niat nak tukar susu kambing pada Thahirah tak kesampaian. Dia tak nak susu tu. Aduhai tak pasai-pasai kinah yang minum. Nasibla susu tu orang dewasa pun boleh minum. Jadi takla rasa ralat sangat.

Susu Karihome
Walaupun percubaan pertama kinah tak menjadi, kita tak boleh nak give up. Kena juga cuba. Kali ni kinah tekad, nak jugak Thahirah minum susu kambing. Satu hari kinah diperkenalkan dengan susu kambing jenama Karihome. Untuk pengetahuan semua, susu Karihome ni kinah guna untuk langkah 3. Thahirah kan dah 2 tahun. Jadi susu ni ikut tahap ye. Kinah cuba bagi sikit dulu susu tu. Tak sangka Thahirah suka dengan susu Karihome ni. Nampak perubahan tau lepas dia minum susu Karihome ni. Selalunya bila poo poo dalam 2 hari sekali je. Tapi lepas minum hari-hari dia poo poo. Sembelit pun takde. Nampak sangat dia lebih suka susu Karihome daripada jenama yang lain. Memang puas hati sangat la.


Oh ye mesti korang tertanya-tanya kenapa kinah nak tukarkan susu Thahirah. Sebenarnya banyak khasiat susu kambing daripada susu lembu tau. Kalaulah tahu dari dulu, dah lama dah Thahirah minum susu kambing ni. Jom kinah cerita sikit tentang susu kambing Karihome ni.


Nutrisi yang bagus
Kalau semua nak tahu susu kambing sebenarnya mengandungi banyak nukleotida, sialik asid dan taurina secara semula jadi yang penting untuk kesihatan dan kesejahteraan kanak-kanak. Tambahan pula, kandungan phosphopeptides kasien yang tinggi dapat meningkatkan kelarutan dan penyerapan mineral oleh badan mereka.

Lebih mudah untuk dicerna
Susu kambing membentuk dadih susu yang lebih lembut dan boleh dicernakan dengan lebih mudah berbanding dengan susu lembu. Pencernaan susu kambing adalah lebih pantas dan hanya memerlukan satu pertiga masa percernaan susu lembu. Sebab tulah mana-mana anak kecil yang minum susu kambing tak ada masalah sembelit.

Meningkatkan kesihatan perut dan usus
Susu kambing mengelakkan jejasan fungsi halangan saluran perut dan usus. Perkembangan dan pengekalan fungsi halangan saluran perut dan usus membantu dalam mengurangkan risiko sakit perut, muntah dan cirit-birit.

Mengurangkan beban alahan
Ada di antara anak kecil kita, mereka begitu alah dengan susu lembu. Jadi, sebagai alternatif susu kambing adalah pilihan terbaik buat ibu-ibu di luar sana. Susu kambing mengandungi unsur alahan yang rendah. Ramai anak-anak yang mengalami kegatalan dan ruam yang kurang teruk apabila mereka minum susu kambing.

Antara nutrisi yang terdapat dalam susu kambing Karihome

Nucleotides - Molekul DNA yang menyokong perkembangan sistem imun kanak-kanak.

Sialic Acid - Melindungi daripada jangkitan bakteria. 

Casien Phosphopeptides (CPP) - Kumpulan peptide yang boleh meningkatkan kelarutan dan penyerapan mineral seperti kalsium, besi dan zink.

Taurine - Asid amino bebas menyokong perkembangan otak dan fizikal

Susu Kambing Karihome adalah pilihan yang boleh dipercayai dan keselamatan produk KARIHOME dibukti oleh Suruhanjaya Codex Alimentarius, Pihak Berkuasa Keselamatan Makanan Eropah dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut boleh layari
Instagram: @karihomemalaysia
email: enquiry@karihome.com.my

Sunday, 29 October 2017

Sunday, October 29, 2017

Followers Error?

Dah tiga hari blog terbengkalai. Nak kata tak ada entri ada tu ha. Tersadai je dalam draf. Mood pun swing. Dengan sakit kepalanya lagi. Aduh tabah je la. Cadangnya buat sementara tu nak join la giveaway ke segmen tapi problem pulak dekat follower button tu. 


Korang perasan tak dah beberapa hari ni google followers tu jadi error. Tak tahu la kenapa. Ada masa ok ada masa tak. Bila blogwalking dan nak follow blog tu aisehh problem pulak. Camne nak follow tu. Entah bila nak ok pun tak pasti la. Mungkin sistem tengah upgrade kot. Fikir yang positif je la.

Jadi bila dah tak boleh nak follow ni, kita cuma baca dan tinggalkan komen je. Moga jejak kita tu owner blog tu dapat baca. 

Wednesday, 25 October 2017

Wednesday, October 25, 2017

Kisah Nuffnang Pada Bulan Oktober

Kisah Nuffnang Pada Bulan Oktober| Hari ni lambat bersiaran. Melayan tuan puteri cendana yang seharian aktif sangat. Ke hulu ke hilir tapi ibu dia tak kurus jugak hahaha. Sebenarnya hari ni kinah nak cerita kisah nuffnang. Dah beberapa minggu nuffnang kinah ada masalah. Entah mana silap pun tak tau. Bila periksa untuk uv hari ni ok. Bila nak cek yang kelmarin dan minggu lepas punya bolehnya no result found. Ahh sudah apa masalah pulak. Kinah mulanya bersangka baik la mungkin system down kot. Tapi tengok ada seorang blogger dapat cpuv eh maknanya ok la sistem tu.

Ehh tak boleh jadi ni. Kinah pun pergilah email nuffnang bagitau masalah ni. Cepat je diorang balas dan katanya team diorang akan siasat masalah ni. Frust tau. Lama kot kita setia dengan nuffnang. Hari ni tergerak hati nak tengok website nuffnang ok dah ke. Masalah tu tetap sama. Cuma yang bezanya kinah dapat cpuv. Biar betul nuffnang ni. Selain dapat cpuv earning kinah pun bertambah. Ehh rasanya takde pun iklan baru sebelum ni tup tup dah bertambah. Apa apa pun alhamdulillah. Ada jugak terselit rezeki kat situ.

Rasanya entri untuk nuffnang, ini yang terpanjang kot hehe. Harap lepas ni nuffnang akan kembali seperti biasa macam dulu. Walaupun sekarang ni dah ramai blogger yang beralih ke adsense. Kinah pun ada cadangnya nak apply,  tapi lepas kena reject yang pertama kali tu terus frust. Sekarang ni tengah kumpul kekuatan dan perbaiki lagi apa yang kurang. Buat sementara tu pakai je la nuffnang dulu. Ada income kot lagi kat situ. Rugi pulak nak biarkan je.


Cpuv kali ni kinah dapat daripada Cetaphil Baby dan Dugro. Dua-dua kempen tu berkenaan kanak-kanak. Harapnya lepasni nuffnang dapat perbanyakkan lagi iklan dan jadi segempak dulu. Jom kita cerita sikit mengenai kempen tu.


Kempen pertama yang kinah dapat daripada Cetaphil Baby. Semua orang tahu tentang produk ni. Produk yang sangat sesuai digunakan pada baby kerana rumusan formulasinya khusus untuk bayi. Kulit baby kan masih lembut dan sangat sensitif jadi Cetaphil Baby adalah pilihan yang bijak untuk ibu bapa di luar sana. Boleh didapati di semua gedung membeli-belah seperti Guardian dan Watsons.


Kempen kedua pulak daripada Dugro. Ala susu Dugro. Buat masa ni anak kinah tak minum susu ni. Dia minum susu lain. Walau apa pun jenama susu yang anak kita minum, meskipun mahal tapi tak setanding dengan susu ibu ye. Seeloknya susu formula ni untuk baby yang berumur 6 bulan ke atas. Jadi untuk maklumat lebih lanjut bolehlah ke website official dumex. 

Monday, 23 October 2017

Monday, October 23, 2017

TROPIKA Baby Hair & Baby Oil Lavender

TROPIKA Baby Hair & Baby Oil Lavender| Masalah rambut nipis dan ruam-ruam, gatal, dan ekzema sering dialami oleh anak kecil kita. Marzaqah Thahirah pulak mengalami masalah rambut nipis sahaja setakat ni. Alhamdulillah selepas diperkenalkan dengan TROPIKA Baby Hair & Baby Oil Lavender rambutnya dah mula ada perubahan. Baunya pulak harum seharum haruman Lavender. Mmm wangi sangat.

minyak rambut bayi, minyak ekzema, ruam lampin, gatal-gatal
TROPIKA Baby Hair & Baby Oil Lavender
TROPIKA Baby Hair & Body Oil Lavender dengan intipati lavender telah dirumus khas untuk digunakan oleh bayi dan kanak-kanak bagi melindungi kulit daripada jangkitan, kerengsaan dan ruam lampin. Diperbuat daripada bahan -bahan natural seperti minyak kelapa dara yang berkualiti tinggi dan bahan-bahan semulajadi yang lain. Minyak urut sutera memperbaiki keadaan kulit dengan pelembap, untuk melindungi dan hidrat kulit. Bukan sahaja ia memberi manfaat kepada kulit, ia juga menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan mengurangkan masalah kulit kepala rambut. Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk mereka yang mempunyai kulit sensitif dan ekzema.

TROPIKA Baby Hair & Baby Oil Lavender
Bahan-bahan yang digunakan
Cocos nucifera (Coconut Kernel) Oil, D-mixed tocopherols (Vitamin E), Aroma (Lavender)

Cara Penggunaan
Cara gunanya pun sangat mudah. Hanya sapu di tempat yang mempunyai masalah selepas mandi iaitu 2 kali sehari.

Senyum je dia.
Setakat ni rambut Thahirah pun dah nampak tebal sikit daripada yang dulu. Selain sapu di rambut, kinah pun sapu di bahagian badan juga. Kulit Thahirah pun lebih lembut dan Thahirah pun lebih mudah tidur daripada dulu  yang selalunya pukul 10 malam baru nak tido. Memang puas hati guna Baby oil ni.

Untuk maklumat lanjut

Sunday, 22 October 2017

Sunday, October 22, 2017

Lirik Lagu Pertama Kali – Shaa

Lirik Lagu Pertama Kali – Shaa| Bila dengar lagu ni pertama kali di tv terus jatuh cinta.

Lirik Lagu Pertama Kali – Shaa

Pertama Kali
Ku Kenalkan dirimu
Betapa Indahnya
Bila Kau senyum

Pertama Kali
Ku Rapat denganmu
Baruku tahu kau
Amat bermakna padaku

Aku tahu kau sudah berpunya
Tapi Ku sanggup menunggu selamanya
Hingga kini aku menanti
Mengapa Sikit engkau tidak mengerti


Mengapa Kini engkau berbagi
Aku Disini tetap akan menanti
Puasku Rayu puas memujuk
Kau Tetap dengan egomu untuk meninggalkan ku
Waktu Kau rapuh aku yang kau tuju
Bila Ku merindu kau pergi menjauh

Pertama Kali
Ku Kenalkan dirimu
Betapa Indahnya
Bila Kau senyum

Aku Tahu ku bukan pilihanmu
Tapi Ku tahu ku hanya cinta kamu

Pertama Kali
Ku Dilukai
Sunday, October 22, 2017

Tak Nak Sunyi Sepi Lagi GiveAway by ASTraveler

Cuti hari minggu ni takde plan nak kemana-mana. Panas betul kat luar. Daripada kosong je post tak ada apa nak buat jom kita support giveaway daripada Aku Seorang Traveler. Giveaway ni diberi nama Tak Nak Sunyi Sepi Lagi Giveaway by ASTraveler. Unikkan.

Klik di sini

Nak join, follow syarat berikut;

1. Follow fb saya. Klik button dibawah ni,
You and 184 others are following Julia Tarmidi.
  • Nurul Sakinah
  • Lyana Rohazi
  • Syuhada Salleh
  • Shahila Shahril
  • Suzyanna Yap
  • Sha Mohamed
  • Helmi Julia
2. Follow blog AkuSeorangTraveler

3. Like page @kedaiom

4. Buat entry dalam blog korang, bertajuk "Tak Nak Sunyi Sepi Lagi GiveAway by ASTraveler"

5. Copy banner dibawah, dan link kan sekali post ini di blog korang.

Mudahkan. Tarikh tutup 20 November 2017
Sunday, October 22, 2017

Tebus Baucer Juice Works di Aeon Klebang

Tebus Baucer Juice Works di Aeon Klebang| Bulan lepas, kinah ada terima 2 keping baucer Free Heartbeat Juice Works. Bulan ni baru ada kesempatan nak tebus. Nak tebus area Kuala Lumpur macam tak berbaloi je sebab nak cari parking lagi, jalan sesak lagi. Pening huhu. Bila balik kampung baru teringat ehh bukan ke ada kupon. Apa lagi tebus je di Ipoh. Di Ipoh, Juice Works hanya ada di Aeon klebang sahaja. Tempat lain masih belum ada lagi. Mungkin akan datang la kot.

Kalau nak tahu apa itu minuman jus Heartbeat boleh baca di sini.

Juice Works di Aeon klebang
Bagi yang tak tahu, Juice Works di Aeon Klebang terletak di tingkat 2 berhampiran dengan food court. So lepas ni, bolehlah singgah minum jus dulu. Ada macam-macam jus yang boleh korang cuba. Harganya pun berpatutan.

Pilih jus yang berkenan di hati
Tengoklah tu ada macam-macam jus ada. Korang pilih je nak yang mana. Oh ye, bagi penggemar jus, korang juga boleh buat member kad tau. Hanya RM12.00 sahaja untuk 2 tahun. Dalam masa yang sama korang juga boleh menikmati jus percuma pada hari lahir. Wahhh best tu. 

Jemput minum semua
Yepii dapat juga minum jus Juice Works ni. Memang sedap. Tunggu apa lagi korang pergilah cuba.

Baca lagi mengenai Juice Works di sini

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Juice Works bolehlah layari di website http://juiceworks.com.my

Saturday, 21 October 2017

Saturday, October 21, 2017

TROPIKA Face Cleansing Oil

Tropika Face Cleansing Oil|Hari ni kinah nak ceritakan pengalaman kinah sepanjang menggunakan skincare daripada Tropika. Haaa jangan tak tau ye Tropika sekarang ni dah ada produk skincare. Produk yang kinah maksudkan di sini ialah Face Cleansing Oil. Untuk pengetahuan korang semua, Tropika Face Cleansing Oil ni lain daripada skincare yang biasa kita gunakan. Dah namanya pun ada oil memang oil sahaja. Namun begitu, ada keistimewaannya tau. Seperti mana yang kita tahu bahan utama yang digunakan dalam produk Tropika adalah minyak kelapa dara. Tropika Face Cleansing Oil juga tidak terkecuali.

Tropika Face Cleansing oil, kecantikan
TROPIKA Face Cleansing Oil

TROPIKA Face Cleansing Oil
TROPIKA Face Cleansing Oil mempunyai formula semula jadi yang terdiri daripada Minyak Kelapa Dara yang berkualiti tinggi. Ia adalah satu pilihan pembersihan yang sangat baik untuk semua jenis kulit, mencuci minyak sebum yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit. Pencuci yang dirumuskan menggunakan VCO, Ekstrak Licorice Root dan Vitamin E yang mewujudkan fungsi 3-in-1. Gabungan unik dengan ekstrak likuoris dapat membantu untuk mengurangkan garis-garis halus dan dan meningkatkan tona kulit. Formulasi khas adalah selamat untuk digunakan pada kulit sensitif juga. Diuji di bawah kawalan dermatologi.


Bahan-Bahan yang digunakan
Minyak Kelapa Dara (VCO) - Pelembap semulajadi yang hebat. Mengandungi asid laurik yang popular dengan ciri-ciri antimikrob dan disinfektan yang, membantu untuk mengekalkan liang bersih dan mencegah jerawat. 

Vitamin E - Keadaan kulit, sesuai untuk mengurangkan garis-garis halus, kedutan, dan tempat. 

Licorice Root Extract - Mengandungi glabridin yang membantu untuk mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata, perubahan warna dan bintik-bintik. Juga digunakan secara tradisional untuk mencerahkan kulit. 

Olive Oil Ester - Ejen pembersihan tambahan yang selamat untuk digunakan di sekitar mata. Ia menawarkan ciri-ciri anti-radang dan membantu untuk mengurangkan pengeluaran minyak berlebihan. 


Cara Menggunakan
Bersih dan menyuburkan kulit anda dengan 3 langkah mudah:
 1. Sapukan ke kulit kering. Urut dalam edaran. 
2. Tambahkan air sedikit membuat emulsi susu dan terus urut. 
3. Bilas bersih dengan air.

Digunakan dua kali sehari atau setiap kali korang mahu menanggalkan make up. Siapa yang boleh gunakan Face Cleansing Oil?
* Sesiapa yang memakai make up atau tidak memakai make up.
* Sesiapa yang mengambil berat tentang kulit mereka.
* Sesiapa yang memilih produk semula jadi untuk kulit mereka.
* Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

Kinah dah gunakannya, memang best sangat Face Cleansing Oil ni. Baru pertama kali guna muka rasa lebih lembut dan apa yang bestnya muka langsung tak berminyak. Kalau tak, muka berminyak macam dah boleh guna nak goreng pisang. Korang cuba la memang tak mengecewakan. Nak tanggalkan make up pun boleh tau.

Oh ye sebelum terlupa, jika ada berlaku sebarang iritasi pada kulit selepas menggunakannya, berhenti gunakannya.

Tuesday, 17 October 2017

Tuesday, October 17, 2017

Bahayanya Pass-out Game

Bahayanya Pass-out Game| Sekarang dah semakin tular di media sosial tentang satu permainan yang kini dah jadi viral dalam kalangan pelajar sekolah. Perasaan ingin mencuba dan seronok mereka itu dalam tidak sedar boleh membahayakan nyawa mereka sendiri silap haribulan boleh membawa maut. Jangan buat pasal dengan permainan ni. Permainan yang kinah maksudkan di sini ialah Pass-Out Game atau Skip Challenge. Jangan fikir nak seronok je tapi betapa bahayanya Pass-out Game diabaikan.


Pass-Out Game
Permainan ni sebenarnya dah lama pun wujud tapi entah macam mana muncul balik. Bila kinah cuba research tentang game ni, game ni popular dalam kalangan remaja di Indonesia. Risiko permainan ni sangat bahaya antaranya tulang rusuk patah, anggota badan akan tercedera akibat jatuh, berlaku gegaran otak, sawan dan sebagainya. Lebih banyak impak negatif dari positif.

Kesan akibat Pass-out game
Jangan tak tahu pulak dah ada kes kematian yang direkodkan akibat game yang tak memberi apa faedah ni. Haa jangan buat pasal.

Cara 'pass-out challenge' ini dimainkan


Bagaimana cabaran ini dimainkan adalah dengan menekan dada oleh dua atau tiga orang rakan beberapa saat sehingga jatuh pengsan. Beberapa penjelasan dari permainan ini. Kenapa boleh pengsan dan apa bahayanya?

1. Semasa menekan di bahagian dada dilakukan, ini akan mengakibatkan tekanan tinggi di bahagian thorax (rongga dada) dan jantung secara langsung. Ini akan menyebabkan 'venous return' (aliran darah dari badan ke jantung kanan) menjadi kurang. Maka jantung gagal untuk mengepam menyebabkan kurang atau tiada langsung darah mengalir keluar dari jantung ke badan (No cardiac output).

Keadaan ini akan menyebabkan organ-organ vital termasuk otak tidak menerima bekalan darah. Maka mendorong seseorang itu jatuh pengsan kerana tiada atau kurang darah yang membawa oksigen untuk sel-sel otak.

2. Satu lagi keadaan berlaku semasa dada ditekan kuat adalah vagal stimulasi iaitu akan menyebabkan 'neurocardiogenic syncope'. Keadaan ini berlaku seperti berikut:

  • Kurang venous return (aliran darah dari badan ke jantung kanan) akibat dada ditekan
  • Kurang preload (kemasukan darah dalam jantung)
  • Kurang darah mengisi ventricular jantung
  • Bertambah sympathetic tone
  • Kontraksi ventricle jantung berlebihan (hypercontractility of ventricle) dengan kurang pengisian darah (under filled chamber)
  • Ventricular mechanoreceptor activation
  • Maklum balas ke medulla melalui saraf vagus
  • Mengurangkan sympathetic tone dan meningkatkan parasympathetic
  • Kadar denyutan jantung menurun (bradycardia) dan tekanan darah juga menjadi rendah (hypotensive)
  • Sel otak kekurang oksigen
  • Hypoxia
  • Pengsan.
Kedua-dua keadaan atau situasi ini akan menyebabkan seseorang itu jatuh pengsan dan akan sedar semula setelah bekalan oksigen pulih kembali disalurkan semula ke otak.

Jika tempoh kekurangan bekalan oksigen berlanjutan dan cukup lama, seseorang itu boleh mengalami 'Hypoxic Ischaemic Encephalopathy' iaitu keadaan dimana sel-sel otak cedera, rosak teruk dan mati akibat dari terputus bekalan oksigen. Jika bernasib baik, seseorang itu hanya lumpuh. Lagi malang boleh menyebabkan kematian. Ingat! Kita tak sentiasa bernasib baik. Credit to Iluminasi.com

Allah risaunya dengan permainan anak-anak kita zaman sekarang ni. Masa kita seusia dengan mereka ni takde mainan merepek macam ni. Kita sibuk main galah panjang, teng teng dan sebagainya. Jadi, peranan kita sebagai ibu  bapa perlu memantau anak-anak kita supaya kes yang kita ingini berlaku dapat dielakkan. Memang patut pun Kementerian Pelajaran haramkan permainan ni. 

Monday, 16 October 2017

Monday, October 16, 2017

October Book Giveaway by Blog Siqahiqa

October Book Giveaway by Blog Siqahiqa

Assalamualaikum dan selamat pagi. Dua hari blog tak update. Bukannya malas tapi idea kurang. Ada juga entri untuk review tapi masih draf lagi. Jadi daripada kosong je apa kata kita join satu giveaway ni. Paling bestnya hadiahnya buku tau. Buku kan salah satu hobi kinah bila ada masa lapang. Manalah tahu ada rezeki kat situ. Ok lah lepas dah penuhi semua syarat tu jadilah entri ni. Berminat juga nak join klik je bawah banner ni tau.
Klik di sini
Jom follow syarat-syarat untuk join October Book Giveaway by Blog Siqahiqa

1. Follow blog Siqahiqa
2. Follow Facebook page BLOG SIQAHIQA[LINK]
3. Follow Instagram @haqisfila [LINK]
4. Komen mana-mana satu entri dalam blog ini. 
5.Copy banner dan buat satu entri bertajuk “October Book Giveaway by Blog Siqahiqa”(please backlink). 
6. Publish entri anda dan tinggalkan link pada ruangan komen di sini

Nak tahu buku apa yang akan korang dapat


1. Hati Ini MilikMu - Yasmin Mogahed (versi Bahasa Melayu) 
2. How to be Interesting (In 10 simple steps) 

Bestnya, nak join klik je banner di atas tu ye

Saturday, 14 October 2017

Saturday, October 14, 2017

Hadiah Dari Starlavenderluna Dah Sampai

Hadiah Dari Starlavenderluna Dah Sampai| Beberapa hari yang lepas kinah terima satu parcel daripada seseorang. Siapakah gerangannya? Haaa sebenarnya parcel tu daripada Kak Shikin owner blog Starlavenderluna. Bulan yang lepas kinah dapat top komentor di blog beliau. Jadi untuk menghargai mereka yang mencoret jurnal beliau, dapatlah cenderahati yang bagi kinah awesome sangat. Nak tau apa dia? Taraaa kinah dapat mask BioAqua.

Mask BioAqua
Setakat hari ni, kinah masih belum mencuba lagi mask ni. Tengah mencari mood dulu. Oh ye sebelum terlupa. Untuk pengetahuan semua, kak Shikin juga ada menawarkan terapi buang angin juga tau tapi hanya untuk wanita saja la ye. Pada yang tengah mencari orang untuk urut tu terutama di kawasan Salak Tinggi, Nilai, Dengkil, Putrajaya dan Cyberjaya, apa kata korang cuba berurut dengan beliau. Untuk temujanji sila hubungi Shikin Razali ditalian 019-9884032 ataupun Whatsapp je terus.

Friday, 13 October 2017

Friday, October 13, 2017

Prime Burst Cream | Dapat Kembalikan Keanjalan Aset Utama Wanita

Prime Burst Cream| Dapat Kembalikan Keanjalan Aset Utama Wanita Bulan lepas kinah ada join satu giveaway ni hadiahnya Prime Burst Cream (PBC). Alhamdulillah rezeki kinah menang Prime Burst dan wang tunai sebanyak RM25.00. Kinah baru je terima pada minggu lepas. Jadi entri hari ni kinah nak review PBC ni. AWAS ye entri ni untuk bacaan kaum wanita sahaja tau kaum lelaki bila baca ni bolehlah beli untuk si isteri satu hehe. Apa yang pasti Prime Burst Cream dapat kembalikan keanjalan aset utama wanita.


Bila dah kahwin dan ada anak dah tentu aset utama tu semakin kendur dan shape pun lari dah tak macam zaman anak dara dulu. Apabila jadi macam ni confirm rasa down sangat kan. Tapi ada sesetengah tu, tak kisah pun aset dia kendur macam tu. Ni kinah nak story tentang satu produk yang dapat membantu kembalikan semula keanjalan aset utama tu. Produk apa tu? Prime Burst Cream (PBC) namanya.


Antara Kelebihan PBC ialah

  1. Membesarkan payudara dalam masa yang singkat
  2. Melembutkan dan memantapkan payudara
  3. Menegangkan kulit payudara bagi mengatasi masalah kendur
  4. Menghasilkan tisu payudara dan peraliran darah.

Apa yang penting PBC tiada bahan aktif dan dijamin selamat dan baik untuk kesihatan. Ni yang paling penting, mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Untuk pengetahuan semua, PBC ni bukan sahaja berada di pasaran Malaysia sahaja tau malah di luar negara. Wowww hebatnya penangan PBC ni. Ehhh korang tak nak cuba ke? Kinah dah cuba dah hasilnya memang aummm haha. Baunya pun wangi sangat, macam pakai minyak wangi. Perlu ingat ye, apabila datang bulan, hentikan buat sementara waktu. Dah ok nanti baru sapu balik.

Antara testimoni yang diterima.




Untuk maklumat lanjut boleh layari

Thursday, 12 October 2017

Thursday, October 12, 2017

Tahukah Anda Apa Itu Antioksidan?

Tahukah Anda Apa Itu Antioksidan?|Antioksidan – anda mungkin pernah dengar istilah ini di sekitar kedai makanan kesihatan di bandar ataupun perbincangan mengenai topik kesihatan dan pencegahan penyakit. Carian melalui Google menunjukkan  bahawa penggunaan istilah ini telah berkembang pesat semenjak dua dekad yang lalu, ini selaras dengan minat dalam gaya pemakanan hidup yang lebih sihat semakin meningkat. Tetapi tahukah anda apa itu antioksidan sebenarnya?

Merujuk kepada kamus, antioksidan merupakan bahan yang menghilangkan agen-agen pengoksida yang berpotensi merosakkan organisma hidup di dalam tubuh badan. Pengoksidaan di dalam tubuh manusia adalah tindak balas kimia yang menghasilkan radikal bebas yang boleh menyebabkan tindak balas rantaian yang boleh merosakkan sel.

Malah proses metabolisme atau pemprosessan oksigen yang kita ambil melalui pernafasan, atau penghasilan tenaga daripada sel-sel, boleh menghasilkan radikal bebas seperti itu. Tubuh kita adalah ciptaan Tuhan yang menakjubkan, kerana ianya juga boleh menghasilkan antioksidan yang diperlukan untuk mengatasi kerosakkan ini. Walau bagaimanapun, kandungan radikal bebas ini jauh lebih banyak daripada antioksidan yang terdapat didalam tubuh kita, terutamanya di dalam dunia yang semakin tercemar ini.

Oleh itu, untuk membantu badan kita mengekalkan keseimbangan, bekalan antioksidan luar yang berterusan diperlukan untuk membantu meneutral dan juga menghilangkan radikal bebas. Inilah sifat alam semulajadi apa yang diperlukan oleh badan kita. Antioksidan boleh didapati di kebanyakkan makanan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia juga boleh di dapati di dalam teh, dan coklat! Terdapat juga banyak jenis antioksidan yang lain, beberapa yang popular adalah vitamin (beta-Karoten), C, dan E. Anda juga mungkin pernah dengar mengenai flavanols – yang terdapat didalam coklat dan lycopene yang terdapat di dalam tomato. 

Salah satu sebab disebalik  minat terhadap jus buah-buahan dan sayur-sayuran baru-baru ini – selain daripada kelazatannya adalah jumlah antioksidan yang banyak yang boleh diperolehi daripada mereka. Ambil minuman Heartbeat daripada Juice Works, yang mengabungkan kebaikkan antioksidan yang kuat dari limau gendang, oren, lobak merah, epal dan timun.

Ia mempunyai hesperidin antioksidan daripada oren, dimana ia boleh membantu meningkatkan fungsi saluran darah dan menurunkan risiko penyakit jantung seseorang. Selain daripada antioksidan alfa dan beta-karoten, yang bain untuk kuit, paru-paru, sistem imun dan kesihatan jantung, wortel mengandungi antioksidan lutein yang penting untuk kesihatan mata

Di samping kaya dengan vitamin A dan C, limau gendang juga mempunyai antioksidan naringenin, didapati dapat membantu hati memecah lemak dan meningkatkan kepekaan sel tubuh terhadap insulin. Terdapat bukti menyatakan bahawa naringenin mungkin melindungi hati daripada kerosakkan.

Timun, mempunyai banyak antioksidan juga. Sekali lagi, selain vitamin C fan beta-karoten, ia mengandungi flavonoid seperti kaempferol, yang dapat membantu melawan kanser dan menurukan risiko penyakit kronik, termasuk penyakit jantung. Epal juga adalah kaya dengan flavonoid yang mempunyai antioksidan yang banyak. Saintis kini telah mengira kuasa antioksidan epal adalah bersamaan dengan lenih daripada 1,5000 miligram vitamin C. Jadi apa yang anda tunggu? Dapatkan secawan Heartbeat – atau mana-mana jus pilihan anda dari Juice Works hari ini - dan bantu badan anda melepaskan radikal bebas yang jahat.

P/s: Khusus untuk bulan Oktober, Juice Works telah berkerjasama dengan Face – dahulu dikenali sebagai Groupon – untuk menawarkan RM 5 Diskaun untuk setiap pembelian di Juice Works. Hanya layari www.myfave.com atau muat turun aplikasi Fave dan dapatkan kod promo untuk mendapatkan diskaun anda!**

**Tawaran ini boleh ditebus dari Oct 1 sehingga Oct 31, 2017

**Ia tidak boleh digabungkan dengan diskaun/baucar yang lain

Tuesday, 10 October 2017

Tuesday, October 10, 2017

MayterLynn Sebagai Minuman Bijirin Untuk Cantik dan Sihat


MayterLynn Sebagai Minuman Bijirin Untuk Cantik dan Sihat|Sepertimana yang kita ketahui, sarapan pagi wajib diambil pada setiap hari, ini kerana badan kita memerlukan tenaga yang lebih untuk menjalankan aktiviti seharian. Namun begitu, tidak semua antara kita yang sempat mengambil sarapan kerana perlu ke tempat kerja lebih awal bagi mengelakkan kesesakan trafik. Jadi, sebagai alternatif minuman bijirin adalah sangat sesuai diambil oleh mereka yang berkerjaya. Di sini kinah nak jelaskan sedikit mengenai kepentingan pengambilan bijirin dalam kehidupan seharian kita. Untuk pengetahuan semua, makanan berbijirin perlu diambil kira-kira 1/3 setiap hari. Fiber dan nutrien yang terdapat dalam bijirin dapat membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan manusia di samping dapat mencegah obesiti, diabetis, dan sebagainya. Kesemuanya itu telah disatukan di dalam MayterLynn  sebagai minuman bijirin untuk cantik dan sihat.

Minuman bijirin untuk cantikn dan sihat

Hari ni kinah nak kongsikan pada semua tentang satu minuman bijirin keluaran LaZior iaitu MayterLynn. Sesiapa yang nak sihat, nak cantik wajib ada minuman ni. MayterLynn ni boleh diminum oleh semua golongan ye daripada kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas sehingga warga emas. Jadi janganlah risau. (Bagi pesakit G6PD minta nasihat doktor dulu sebelum amalkan MayterLynn)

MAYTERLYNN BERFUNGSI SEBAGAI:
  1. Membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan
  2. Mengurangkan risiko serangan strok
  3. Mengurangkan risiko diabetis
  4. Mengurangkan risiko terkena serangan penyakit jantung
  5. Mengekalkan berat badan yang sihat dan ideal
  6. Mengurangkan risiko serangan asma
  7. Mengekalkan kesihatan jantung
  8. Mengurangakan risiko penyakit keradangan
  9. Mengurangkan risiko kanser kolon (usus besar)
  10. Menggalakkan tekanan darah pada tahap yang sihat 
  11. Mengurangkan penyakit gusi dan mencegah kehilangan gigi
  12. Melegakan sembelit
  13. Kaya dengan serat dan rasa kenyang berpanjangan
  14. Mengekalkan keseimbangan gula dalam darah dan mencegah gula dalam darah naik secara mendadak.

Selain itu, MayterLynn juga dapat melegakan gejala-gejala menopaus. Antaranya dapat menstabilkan emosi, mengatasi kemurungan dan insomnia, berpeluh secara berlebihan, dapat meredakan sakit otot, dan mengekalkan kesihatan tulang serta sebagai pencegahan daripada jangkitan faraj.


Haa banyak juga fungsi MayterLynn ni. Oh ye mesti korang nak tahu kandungan yang terdapat di dalam MayterLynn ni kan. Kira-kira 20 jenis bahan yang digunakan untuk menghasilkan minuman yang awesome ni. Antaranya ialah serbuk ubi keledek ungu, beras perang, bijan hitam, dedak oat, emping oat, beras pulut hitam, kacang hitam, kacang merah, kacang hijau, kacang soya, kacang mata hitam, beras barli, gandum, beras sorghum, soba, serat larut, inulin, serat epal, serbuk minyak biji rami dan ekstrak stevia.

Ubi Keledek Ungu
Antara bahan utama yang terdapat dalam MayterLynn ialah ubi keledek ungu yang mana kaya dengan pelbagai nutrien iaitu Anthocyanin, Asid Amino, Selulosa, Elemen Iron, dan Selenium

Untuk pengetahuan semua, MayterLynn juga sebenarnya kaya dengan OMEGA-3 yang dapat membantu melindungi membran sel dan retina mata, mencegah dan melegakan mata yang kering, melindungi hati, mengurangkan kolestrol, mengurangkan saluran darah yang tersumbat dan risiko ateroklerosis, memperlahankan proliferasi sel kanser prostat, membantu otak untuk perkembangan intelektual, mengaktifkan otak dan membantu perkembangan pertumbuhan sel otak dengan baik, menghalang keradangan dan mengurangkan alahan.

Segala nutrien yang ada di dalam MayterLynn ini juga amat diperlukan oleh wanita yang sedang hamil. Wanita hamil perlu seimbang dalam pengambilan nutrien kerana ianya adalah kunci kepada pertumbuhan dan perkembangan janin yang sihat. Sejak awal kehamilan lagi, para ibu perlu mengambil perhatian kepada pemakanan yang seimbang seperti pengambilan protein, mineral, DHA, kalsium, zat besi dan zink yang dapat membekalkan perkembangan janin dan pembangunan nutrien yang diperlukan serta sebagai persiapan untuk anak yang bakal lahir serta persedian penyusuan nanti.

Apa yang penting, MayterLynn selamat untuk diminum, bahan-bahan semuanya daripada bahan semulajadi, tiada pewarna, tiada bahan pengawet dan tiada gula. 

CARA MENIKMATI MAYTERLYNN
  1. Nak menikmati MayterLynn ni mudah saja. Cuma ambil 2 sudu MayterLynn. (Guna sudu disediakan)
  1. Tuang 200ml air panas ataupun suam ke dalam cawan
  2. Kacau sehingga larut dan boleh dah minum MayterLynn

Kinah dah minum MayterLynn ni tau. SEDAP. Thahirah pun suka. Apa yang best, minuman bijirin ni memang mengenyangkan dan manis dia tak rasa manis sangat. Sesuai sangatla pada yang ada kencing manis tu. Pada yang berminat nak mencuba MayterLynn ni boleh buka homepage LaZior untuk maklumat lebih lanjut.

Monday, 9 October 2017