Bahayanya Pass-out Game - apekinah.com

Latest

apekinah.com

Lifestyle, Review, Personal, Collaboration

Tuesday, 17 October 2017

Bahayanya Pass-out Game

Bahayanya Pass-out Game| Sekarang dah semakin tular di media sosial tentang satu permainan yang kini dah jadi viral dalam kalangan pelajar sekolah. Perasaan ingin mencuba dan seronok mereka itu dalam tidak sedar boleh membahayakan nyawa mereka sendiri silap haribulan boleh membawa maut. Jangan buat pasal dengan permainan ni. Permainan yang kinah maksudkan di sini ialah Pass-Out Game atau Skip Challenge. Jangan fikir nak seronok je tapi betapa bahayanya Pass-out Game diabaikan.


Pass-Out Game
Permainan ni sebenarnya dah lama pun wujud tapi entah macam mana muncul balik. Bila kinah cuba research tentang game ni, game ni popular dalam kalangan remaja di Indonesia. Risiko permainan ni sangat bahaya antaranya tulang rusuk patah, anggota badan akan tercedera akibat jatuh, berlaku gegaran otak, sawan dan sebagainya. Lebih banyak impak negatif dari positif.

Kesan akibat Pass-out game
Jangan tak tahu pulak dah ada kes kematian yang direkodkan akibat game yang tak memberi apa faedah ni. Haa jangan buat pasal.

Cara 'pass-out challenge' ini dimainkan


Bagaimana cabaran ini dimainkan adalah dengan menekan dada oleh dua atau tiga orang rakan beberapa saat sehingga jatuh pengsan. Beberapa penjelasan dari permainan ini. Kenapa boleh pengsan dan apa bahayanya?

1. Semasa menekan di bahagian dada dilakukan, ini akan mengakibatkan tekanan tinggi di bahagian thorax (rongga dada) dan jantung secara langsung. Ini akan menyebabkan 'venous return' (aliran darah dari badan ke jantung kanan) menjadi kurang. Maka jantung gagal untuk mengepam menyebabkan kurang atau tiada langsung darah mengalir keluar dari jantung ke badan (No cardiac output).

Keadaan ini akan menyebabkan organ-organ vital termasuk otak tidak menerima bekalan darah. Maka mendorong seseorang itu jatuh pengsan kerana tiada atau kurang darah yang membawa oksigen untuk sel-sel otak.

2. Satu lagi keadaan berlaku semasa dada ditekan kuat adalah vagal stimulasi iaitu akan menyebabkan 'neurocardiogenic syncope'. Keadaan ini berlaku seperti berikut:

  • Kurang venous return (aliran darah dari badan ke jantung kanan) akibat dada ditekan
  • Kurang preload (kemasukan darah dalam jantung)
  • Kurang darah mengisi ventricular jantung
  • Bertambah sympathetic tone
  • Kontraksi ventricle jantung berlebihan (hypercontractility of ventricle) dengan kurang pengisian darah (under filled chamber)
  • Ventricular mechanoreceptor activation
  • Maklum balas ke medulla melalui saraf vagus
  • Mengurangkan sympathetic tone dan meningkatkan parasympathetic
  • Kadar denyutan jantung menurun (bradycardia) dan tekanan darah juga menjadi rendah (hypotensive)
  • Sel otak kekurang oksigen
  • Hypoxia
  • Pengsan.
Kedua-dua keadaan atau situasi ini akan menyebabkan seseorang itu jatuh pengsan dan akan sedar semula setelah bekalan oksigen pulih kembali disalurkan semula ke otak.

Jika tempoh kekurangan bekalan oksigen berlanjutan dan cukup lama, seseorang itu boleh mengalami 'Hypoxic Ischaemic Encephalopathy' iaitu keadaan dimana sel-sel otak cedera, rosak teruk dan mati akibat dari terputus bekalan oksigen. Jika bernasib baik, seseorang itu hanya lumpuh. Lagi malang boleh menyebabkan kematian. Ingat! Kita tak sentiasa bernasib baik. Credit to Iluminasi.com

Allah risaunya dengan permainan anak-anak kita zaman sekarang ni. Masa kita seusia dengan mereka ni takde mainan merepek macam ni. Kita sibuk main galah panjang, teng teng dan sebagainya. Jadi, peranan kita sebagai ibu  bapa perlu memantau anak-anak kita supaya kes yang kita ingini berlaku dapat dielakkan. Memang patut pun Kementerian Pelajaran haramkan permainan ni. 

12 comments:

  1. ishhh.. bahaya sungguh ni..

    psssttt terima kasih join Segmen Nak URL Blog #32. Blog anda ada di http://www.mialiana.com/2017/09/senarai-url-blog-32.html

    ReplyDelete
  2. Tak ada kerja nak main macam ni

    Orang islam akan tinggalkan benda yang tak bemanfaat

    ReplyDelete
  3. game blh bawa maut ni..huhu...buat kat org jahat blh la

    ReplyDelete
  4. Ada juga dgr mgenai game ni .. xbrapa nak fhm dgn trend budak2 skrg ni.. mm..

    Hai hai ! Ju dtg blogwalking ari ni =D

    ReplyDelete
  5. bahaya gilaa ;;;; mcm2 zaman skrg ni waduhhh

    - - -

    Anyway, Nisha tag awak untuk satu GA baru. Jemput join yaaa <3

    http://hadiahbintangjatuh.blogspot.com/2017/10/2nd-giveaway-atiehilmicom-ft-1st-dental.html

    ReplyDelete
  6. ada dapat post dari penolong kanan pasal hal ni, diharapkan students2 jangan terpengaruh buat di hostel. kang ada pulak kes baru

    ReplyDelete
  7. ada dapat post dari penolong kanan pasal hal ni, diharapkan students2 jangan terpengaruh buat di hostel. kang ada pulak kes baru

    ReplyDelete
  8. Aduyaiii napelah budak2 ni xde permainan lain ke. Ada yg mati Kan buat menda ni

    ReplyDelete
  9. Memang bahaya tapi itu yg budak budak suka buat

    ReplyDelete
  10. Memang bahaya tapi itu yg budak budak suka buat

    ReplyDelete
  11. Terima kasih kinah. Maznee dah add. Kalau nak cek, ada belah kanan blog kalau pakai pc.

    Terima kasih sekali lagi kinah sebab sudi masukkan blog maznee dalam blog list kina dan tukar tukar bloglist

    Semoga sama sama dapat manfaat :)

    ReplyDelete
  12. eh ada jgk game mcm ni.. bahaya untuk diri sndiri .. apapun tq kinah atas prkongsian..

    ReplyDelete