Kisah Nuffnang Pada Bulan Oktober

Kisah Nuffnang Pada Bulan Oktober| Hari ni lambat bersiaran. Melayan tuan puteri cendana yang seharian aktif sangat. Ke hulu ke hilir tapi ibu dia tak kurus jugak hahaha. Sebenarnya hari ni kinah nak cerita kisah nuffnang. Dah beberapa minggu nuffnang kinah ada masalah. Entah mana silap pun tak tau. Bila periksa untuk uv hari ni ok. Bila nak cek yang kelmarin dan minggu lepas punya bolehnya no result found. Ahh sudah apa masalah pulak. Kinah mulanya bersangka baik la mungkin system down kot. Tapi tengok ada seorang blogger dapat cpuv eh maknanya ok la sistem tu.

Ehh tak boleh jadi ni. Kinah pun pergilah email nuffnang bagitau masalah ni. Cepat je diorang balas dan katanya team diorang akan siasat masalah ni. Frust tau. Lama kot kita setia dengan nuffnang. Hari ni tergerak hati nak tengok website nuffnang ok dah ke. Masalah tu tetap sama. Cuma yang bezanya kinah dapat cpuv. Biar betul nuffnang ni. Selain dapat cpuv earning kinah pun bertambah. Ehh rasanya takde pun iklan baru sebelum ni tup tup dah bertambah. Apa apa pun alhamdulillah. Ada jugak terselit rezeki kat situ.

Rasanya entri untuk nuffnang, ini yang terpanjang kot hehe. Harap lepas ni nuffnang akan kembali seperti biasa macam dulu. Walaupun sekarang ni dah ramai blogger yang beralih ke adsense. Kinah pun ada cadangnya nak apply,  tapi lepas kena reject yang pertama kali tu terus frust. Sekarang ni tengah kumpul kekuatan dan perbaiki lagi apa yang kurang. Buat sementara tu pakai je la nuffnang dulu. Ada income kot lagi kat situ. Rugi pulak nak biarkan je.


Cpuv kali ni kinah dapat daripada Cetaphil Baby dan Dugro. Dua-dua kempen tu berkenaan kanak-kanak. Harapnya lepasni nuffnang dapat perbanyakkan lagi iklan dan jadi segempak dulu. Jom kita cerita sikit mengenai kempen tu.


Kempen pertama yang kinah dapat daripada Cetaphil Baby. Semua orang tahu tentang produk ni. Produk yang sangat sesuai digunakan pada baby kerana rumusan formulasinya khusus untuk bayi. Kulit baby kan masih lembut dan sangat sensitif jadi Cetaphil Baby adalah pilihan yang bijak untuk ibu bapa di luar sana. Boleh didapati di semua gedung membeli-belah seperti Guardian dan Watsons.


Kempen kedua pulak daripada Dugro. Ala susu Dugro. Buat masa ni anak kinah tak minum susu ni. Dia minum susu lain. Walau apa pun jenama susu yang anak kita minum, meskipun mahal tapi tak setanding dengan susu ibu ye. Seeloknya susu formula ni untuk baby yang berumur 6 bulan ke atas. Jadi untuk maklumat lebih lanjut bolehlah ke website official dumex. 

Post a Comment

17 Comments

  1. Kak ana last dpt bulan mei hari tu. Lps tu sunyi sampai skrg. Berhuhu je lah.

    ReplyDelete
  2. dah lama buang nuffnang ni.. heheheh.. wujud lagi yer

    ReplyDelete
  3. samalah nuffnang CCL kadang nak check result not found,kadang ok

    ReplyDelete
  4. ada rezeki ...syukur.
    mrs pip dgn nuffnang mcm tak da jodoh lah...
    tak tau lah kalau merajuk ni dah hilang, baru pasang nuffnang balik kot...

    ReplyDelete
  5. memang nuffnang ni sekarang nuff nuff jer la..huhu

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah... lama juga tinggalkan nuffnang..

    apa pun cuba apply adsense...lebih baik...

    banyakkan entri panjang kurangkan link luar

    ReplyDelete
  7. terima kasih sudi ke blog arzmoha.com

    ReplyDelete
  8. Belum pernah cuba lagi nuffang.. mungkin satu hari nanti kena cuba ni nuffang

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah.. sikit tu pun rezeki jugak kan..

    adsense tu memang perlu kesabaran... in sha allah.. good luck !

    ReplyDelete
  10. Good luck!

    Ramai blogger sekarang dah tak guna Nuffnang saya perasan. Majoriti macam dah beralih ke adsense and sushivid.

    nurulrasya.com

    ReplyDelete
  11. Cetaphil ada untuk baby juga ek? BAru tau..
    Banyak info dapat dari Kinah :D

    ReplyDelete
  12. hehe bertahun tak bukak akaun Nuff. ada lagi kot akaun tak sure hehe..

    ReplyDelete