MayterLynn Sebagai Minuman Bijirin Untuk Cantik dan Sihat


MayterLynn Sebagai Minuman Bijirin Untuk Cantik dan Sihat|Sepertimana yang kita ketahui, sarapan pagi wajib diambil pada setiap hari, ini kerana badan kita memerlukan tenaga yang lebih untuk menjalankan aktiviti seharian. Namun begitu, tidak semua antara kita yang sempat mengambil sarapan kerana perlu ke tempat kerja lebih awal bagi mengelakkan kesesakan trafik. Jadi, sebagai alternatif minuman bijirin adalah sangat sesuai diambil oleh mereka yang berkerjaya. Di sini kinah nak jelaskan sedikit mengenai kepentingan pengambilan bijirin dalam kehidupan seharian kita. Untuk pengetahuan semua, makanan berbijirin perlu diambil kira-kira 1/3 setiap hari. 

Fiber dan nutrien yang terdapat dalam bijirin dapat membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan manusia di samping dapat mencegah obesiti, diabetis, dan sebagainya. Kesemuanya itu telah disatukan di dalam MayterLynn  sebagai minuman bijirin untuk cantik dan sihat.

Minuman bijirin untuk cantikn dan sihat

Hari ni kinah nak kongsikan pada semua tentang satu minuman bijirin keluaran LaZior iaitu MayterLynn. Sesiapa yang nak sihat, nak cantik wajib ada minuman ni. MayterLynn ni boleh diminum oleh semua golongan ye daripada kanak-kanak berumur 1 tahun ke atas sehingga warga emas. Jadi janganlah risau. (Bagi pesakit G6PD minta nasihat doktor dulu sebelum amalkan MayterLynn)


MAYTERLYNN BERFUNGSI SEBAGAI:
  1. Membekalkan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan
  2. Mengurangkan risiko serangan strok
  3. Mengurangkan risiko diabetis
  4. Mengurangkan risiko terkena serangan penyakit jantung
  5. Mengekalkan berat badan yang sihat dan ideal
  6. Mengurangkan risiko serangan asma
  7. Mengekalkan kesihatan jantung
  8. Mengurangakan risiko penyakit keradangan
  9. Mengurangkan risiko kanser kolon (usus besar)
  10. Menggalakkan tekanan darah pada tahap yang sihat 
  11. Mengurangkan penyakit gusi dan mencegah kehilangan gigi
  12. Melegakan sembelit
  13. Kaya dengan serat dan rasa kenyang berpanjangan
  14. Mengekalkan keseimbangan gula dalam darah dan mencegah gula dalam darah naik secara mendadak.

Selain itu, MayterLynn juga dapat melegakan gejala-gejala menopaus. Antaranya dapat menstabilkan emosi, mengatasi kemurungan dan insomnia, berpeluh secara berlebihan, dapat meredakan sakit otot, dan mengekalkan kesihatan tulang serta sebagai pencegahan daripada jangkitan faraj.



Haa banyak juga fungsi MayterLynn ni. Oh ye mesti korang nak tahu kandungan yang terdapat di dalam MayterLynn ni kan. Kira-kira 20 jenis bahan yang digunakan untuk menghasilkan minuman yang awesome ni. Antaranya ialah serbuk ubi keledek ungu, beras perang, bijan hitam, dedak oat, emping oat, beras pulut hitam, kacang hitam, kacang merah, kacang hijau, kacang soya, kacang mata hitam, beras barli, gandum, beras sorghum, soba, serat larut, inulin, serat epal, serbuk minyak biji rami dan ekstrak stevia.

Ubi Keledek Ungu

Antara bahan utama yang terdapat dalam MayterLynn ialah ubi keledek ungu yang mana kaya dengan pelbagai nutrien iaitu Anthocyanin, Asid Amino, Selulosa, Elemen Iron, dan Selenium

Untuk pengetahuan semua, MayterLynn juga sebenarnya kaya dengan OMEGA-3 yang dapat membantu melindungi membran sel dan retina mata, mencegah dan melegakan mata yang kering, melindungi hati, mengurangkan kolestrol, mengurangkan saluran darah yang tersumbat dan risiko ateroklerosis, memperlahankan proliferasi sel kanser prostat, membantu otak untuk perkembangan intelektual, mengaktifkan otak dan membantu perkembangan pertumbuhan sel otak dengan baik, menghalang keradangan dan mengurangkan alahan.

Segala nutrien yang ada di dalam MayterLynn ini juga amat diperlukan oleh wanita yang sedang hamil. Wanita hamil perlu seimbang dalam pengambilan nutrien kerana ianya adalah kunci kepada pertumbuhan dan perkembangan janin yang sihat. Sejak awal kehamilan lagi, para ibu perlu mengambil perhatian kepada pemakanan yang seimbang seperti pengambilan protein, mineral, DHA, kalsium, zat besi dan zink yang dapat membekalkan perkembangan janin dan pembangunan nutrien yang diperlukan serta sebagai persiapan untuk anak yang bakal lahir serta persedian penyusuan nanti.

Apa yang penting, MayterLynn selamat untuk diminum, bahan-bahan semuanya daripada bahan semulajadi, tiada pewarna, tiada bahan pengawet dan tiada gula. 


CARA MENIKMATI MAYTERLYNN

Nak menikmati MayterLynn ni mudah saja. Cuma ambil 2 sudu MayterLynn. (Guna sudu disediakan)


Tuang 200ml air panas ataupun suam ke dalam cawan


Kacau sehingga larut dan boleh dah minum MayterLynn


Kinah dah minum MayterLynn ni tau. SEDAP. Thahirah pun suka. Apa yang best, minuman bijirin ni memang mengenyangkan dan manis dia tak rasa manis sangat. Sesuai sangatla pada yang ada kencing manis tu. Pada yang berminat nak mencuba MayterLynn ni boleh buka homepage LaZior untuk maklumat lebih lanjut.


Post a Comment

17 Comments

  1. Banyak nye khasiat MayterLynn ni kinah. Bagus utk di amalkan ni. Cara nak consume pun sgt mudah utk kita yg selalu tak sempat nk breakfast kan.

    ReplyDelete
  2. Wahh banyaknya khasiat mayterlynn ni! Nampak sedap hehehehe

    ReplyDelete
  3. nampak produk ni macam menarik boleh cuba ni.. baca tentang kebaikan menggunakannya dah tersuka

    ReplyDelete
  4. No excuse pada yang selalu skip breakfast dgn alasan rushing ke tempat kerja..sesuai sgt cuba mayterlynn ni...

    ReplyDelete
  5. jimat..boleh diminum seisi keluarga. berkhasiat lagi tu

    ReplyDelete
  6. Kalo consume ni confirm kenyang sbb bahan bahan yg digunakan tuh mengenyangkan juga

    ReplyDelete
  7. so healthy! good stuff, thanks for sharing

    ReplyDelete
  8. Banyak kebaikan ye minuman ni..bagus

    ReplyDelete
  9. Asalamualaikum Kinah,
    Sedap susu ni.. Sungguh berkhasiat
    Bagus untuk kesihatan sekeluarga..
    Jom minum mayterlilynn

    ReplyDelete
  10. Banyak juga kebaikan Mayterlynn nie ye. Perhaps next saya akan try that out too.

    ReplyDelete
  11. apakah ini masuk kategori herbal juga, soalnya yang herbal lebih alami dan aman

    ReplyDelete
  12. bestnya khasiat mayterlynn ni! busyra first time tngok produk ni pun dah jatuh cinta.. hehe

    ReplyDelete
  13. Tak pernah tau pasal product ni...nanti nak cuba la...

    ReplyDelete
  14. banyaknya khasiat Mayterlynn. Kena cuba ni...

    ReplyDelete
  15. Ini sangat sihat. Saya mahu cuba.

    ReplyDelete
  16. Interesting...never heard about this brand before! Shall check it out :)

    ReplyDelete
  17. Macam sedap je ni.. Banyak nampak orang post produk ni dekat facebook.. kena cuba ni

    ReplyDelete