Tiba-Tiba Teringin Nak Naik Basikal - apekinah.com

Latest

apekinah.com

Lifestyle, Review, Personal, Collaboration

Wednesday, 4 October 2017

Tiba-Tiba Teringin Nak Naik Basikal

Tiba-Tiba Teringin Nak Basikal| Bila dah jadi fulltime housewife ni kan macam-macam la plan yang ada dalam kepala ni. Salah satu darinya kinah nak ada satu basikal yang ada carrier baby kat belakang tu. Haa kenapa nak basikal? Kinah nak spend time dengan Marzaqah Thahirah. Bawak dia jalan-jalan naik basikal ambik angin petang. Huuuu dah mula berangan dah.

Lagi satu, sebenarnya dah lama tak kayuh basikal ni. Last bawak masa sekolah menengah dulu sampai tingkatan tiga. Bila masuk tingkatan empat dah masuk asrama. Jadi takdela masa nak kayuh basikal. Basikal kinah guna masa sekolah dulu pun dah hilang entah matpet mana yang curi masa raya. Sedih betul. Dahla basikal tu beli guna duit raya tapi mak kinah pun ada juga tambah hehe.

Berbalik semula impian nak kayuh basikal petang-petang dengan Thahirah. Lagi best bila pusing-pusing keliling kampung. Alahai syoknya. Apa-apa pun kita KIV la dulu la impian ni. Sebenarnya sekarang ni masih belum sesuai lagi nak bawak dia naik basikal ni. Kalau ada basikal tu mana nak parking hahaha. Dah la rumah kitorang bertingket. Letak bawah nanti ada yang angkut tolak ke kedai besi buruk. Ish ish masalah! masalah.

Kalau la laki den baca ni, mesti dia tertanya-tanya apa mimpi la tiba-tiba je nak naik basikal ni. Dia tak tau sebenarnya ada maksud tersirat kenapa kinah nak berbasikal. Hahaha 

10 comments:

  1. Ala macam comel basikal ni .letak anak di belakang bawa siar2

    ReplyDelete
  2. Kita nak naik basikal roda tiga. Pun nak feeling2 keliling taman dengan anak bila petang2. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe jom kita feeling sesama keliling taman

      Delete
  3. berbasikal mmg hobi busyra.. rindu jgk nak berbasikal balik.. sebab time study di uitm dlu selalu riadah dengan kwn naik basikal.. pusing2 uitm.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan best kan kalau dapat naik basikal pusing2 taman

      Delete
  4. Sha dulu semangat juga berbasikal tapi kawasan kuarters nie buatkan semangat merudum.. hehehe.. Berbukit-bukit.. tak lalu nak mengayuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula pasal kan. Takpe nanti ada la tu semangat kak sha tu

      Delete
  5. aida minat.
    tapi takut tak larat :)
    pernah minta asben beli kan basikal lipat.
    tapi tu la... seronok tau sesekali berbasikal, kinah.
    pernah ke tmn botanical, naik pitam sebab carry ijat masa tu :) ha ha ha

    ReplyDelete
  6. Akak pun dah lama teringin nak beli basikal, tapi hubby akak cakap "basikal kat dalam rumah tue dah berhabuk, bila nak kayuh pun tak tahu la.." last2 tak jadi, hihi dek kena perli dengan hubby..

    ReplyDelete