Titian Cinta Di Slot Akasia TV3

Drama Titian Cinta

Titian Cinta Di Slot Akasia TV3| Sana sini orang bercerita tentang drama yang tengah hot sekarang ni. Drama apa lagi, drama TItian Cinta lakonan Zul Ariffin sado haha. Sejujurnya kinah satu episod pun tak tengok. Entahla bukannya tak minat tapi kena beralah bila anak dara punya favourite kartun die dua orang budak botak di TV9 tu. Sabar je lah. Dengarnya cerita tu sebenarnya diadaptasi. Banyak ye drama sekarang ni diadaptasi. Untung penulis novel. 

Asalnya nanti kinah nak cari novel Titian Cinta ni, tapi entah macam mana ada satu post kat facebook tu dia dah buat ringkasan cerita bagi setiap watak dalam drama tu. Jadi sedikit sebanyak dah tau jalan cerita tu. Bila dah baca ringkasan tu, rasanya tak payah la nak cari novel tu. Baik cari novel lain. Korang rasa drama ni boleh challenge tak dengan drama 7 Hari Mencintaiku lakonan Siti Saleha dengan apa ke nama lelaki tu? Aish lupa pulak nama dia. Pernah kinah buat entri tentang drama tu, pergh mencanak naik pageview disebabkan cerita tu dan Buntat. Ingat lagi tak adik Buntat tu? Apa cerita dia sekarang kan.

Huhu ok lah tak mau cerita panjang, pada yang baru nak layan drama di Slot Akasia TV3 Titian Cinta tu bolehlah layan pada setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 7.00 malam. 

Post a Comment

3 Comments

  1. Sha pun tak tengok drama nie.. Tapi macam kinah cakap lah.. bila ada orang dah buat ringkasan cerita tu terus rasa macam tak berminat nak baca buku dia.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... sebab dah tau perjalanan cerita tu. Jadi baik beli novel lain kan kak sha

      Delete
  2. aida x tgk. sebab hero nyer aida x minat :) ha ha ha
    dah le memang time tu tak brape kena kan.
    tambah plak hero tak best! pada aida la...
    memang tak la tgk. tapi ramai member aida ikot citer ni.
    siap diorang citer kat fb. so secara tak langsung aida pon tau ler jalan citer nyer.
    latest. yg doktor kritik adegan dlm klinik tu ha ha ha... no further komen.

    ReplyDelete