Anak Tiada Selera Makan - apekinah.com

Latest

Monday, 27 November 2017

Anak Tiada Selera Makan

Anak Tiada Selera Makan| Ibu mana yang tak susah hati bila tengok anaknya tak nak makan. Puas pujuk ajak makan, pun dia tak nak. Bila makan sekali dengan ayahnya dia memang nak menempek sekali tapi bila nak suap payahnya alahai. Kekadang tu bila nak bagi makan sampai nak kena paksa sebab dia langsung tak nak makan. Supplement? Dah bagi makan, tapi adala dalam dua tiga hari makan kemudian dia dah tak nak makan semula. Aduh payah juga bila anak tiada selera makan ni.

Anak Tiada Selera Makan

anak tiada selera makan
Anak Tiada Selera Makan
Risau tau dengan dia ni. Dia nak makan biskut dengan susu je. Mana cukup makan biskut je tambah makan pun memlih. Kena juga makan nasi. Bila dah jadi macam ni kinah cuba google petua nak tambah selera makan anak. Rata-rata petua yang diberikan menggunakan daun kucai. Hmm macam menarik je petua daun kucai tu. Nak cari pun senang je daun tu. Nekad nak guna petua tu. Harapnya memjadi la petua tu. 

Kebanyakan yang mencuba petua tu menjadi. Anak diorang selera makannya menjadi-jadi. Mengikut petua tu, kena mandikan anak dengan air kucai tun selama 3 hari berturut-turut sebelum waktu Maghrib. Sejauhmana keberkesanan petua tu pada Thahirah? Nanti kinah share dalam entri yang lain.

5 comments:

  1. tak senang duduk kalau anak tak ada selera makan mcm ni

    ReplyDelete
  2. Daun kucai banyak khasiat ya

    Bagus tu Ibu pun tak pernah cuba lagi

    ReplyDelete
  3. Kanak-kanak ni ada ja mood dia kan...nak makan xnak makan...huhuhu

    ReplyDelete
  4. sebagai ibu mesti lg runsing sbb anak x lalu mkn kan kak. mcm anak saudara busyra laju betul kalau makan. hehe

    ReplyDelete
  5. Budak2 memg nk mbesar kurg selera makan

    ReplyDelete