Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017 - apekinah.com

Saturday, 4 November 2017

Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017

Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017| Sayangnya pada Lazada tau. Selalu anjurkan contest untuk blogger. Hadiahnya pun boleh tahan. Kalau korang nak tahu bermula pada 11 November sehingga 14 Disember akan diadakan Online Revolution Sale. Masa ni la korang nak borong sakan. Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai Lazada Online Revolution boleh layari https://www.lazada.com.my/online-revolution/

Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017

Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017

Sebut je pasal shopping online, dalam kepala ni dah tak fikir lain dah. Mesti ingat Lazada je. Macam la takde website lain kinah oii. Ada jugak la cuci mata dekat website lain tapi entahla hati ni lebih ke arah Lazada je huhu. Mana taknya semua orang tau Lazada ni paling famous amous di Malaysia ni, confirm la servis dia baik punye. Memang pun, tak disangkal lagi. Kinah dah banyak kali dah shopping dengan Lazada laju je sampai ke rumah padahal baru je dapat email tracking. Ada sekali tu kinah order barang dari luar negara kalau ikutkan estimate tarikh yang Lazada bagi hujung bulan. Tapi tengah bulan sedar-sedar dah ada orang ketuk pintu hantar barang. Cepatkan barang sampai. Kebanyakan barang yang kinah beli semuanya sampai dalam keadaan yang baik. Takda pulak setakat ni barang tak lengkap ke ape. Memang cukup la serba serbi.

Barang Pertama Beli dengan Lazada dan Pengalaman membelinya
Hmm barang pertama kinah shopping dengan Lazada, kinah pernah tulis dalam entri di sini. Masa tu suami suruh pilih nak beli apa dekat Lazada. Jadi, kinah decide nak beli cadar. Sebabnya kebanyakan cadar yang ada di pasar raya tak menepati apa yang kitorang nak. Apa lagi cari di Lazada banyak betul yang cantik-cantik dan akhirnya kinah pilih cadar bercorak abstrak. Lain sikit daripada biasa. Harganya pun murah. Kalau nak tahu sampai sekarang masih elok lagi tau. Warnanya pun masih cantik.
Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017
Cadar ni untuk pengetahuan semua tak disertakan dengan comforter tau. Pada masa tu harga cadar ni hanya RM38.00 sahaja. Sekarang ni harga cadar ni dah turun sebanyak RM2.00 kiranya RM36.00 haa murahkan. Cadar ni kinah order hari Sabtu malam hari Isnin dah sampai. Pada mulanya ada jugak rasa risau sebab first time kot. Bila barang dah sampai ke tangan kita baru rasa lega. Memang puas hati sangat dengan servis Lazada. Tak pernah mengecewakan.

Jenis Barang yang Bagaimana Beli Secara Online
Biasalah bila dah jadi mak ni nak shopping barang lama-lama di pasar raya semuanya kena cepat dan pantas. Bila jadi macam tu ada je barang yang terlupa. Jadi nak tak nak kena beli secara online. Biarlah lewat sikit janji puas hati. Daripada pilih yang tergesa-gesa tersilap pilih barang kan susah tu. Biasanya kinah beli barang di bilik air seperti shower cream, shampoo dan kadang-kadang beli pampers Thahirah. Satu tips kinah nak share semasa beli barang online, Kinah selalu akan baca review dulu sebelum buat sebarang pembelian. Bila baca review barulah kita rasa yakin nak beli bila orang kata puas hati dengan barang tersebut.

Perkara yang Anda Suka Tentang Online Shopping
Perkara yang kinah suka dengan online shopping ni ialah mudah sangat. Pilih barang yang kita nak beli, buat bayaran dan tunggu barang sampai. Selain tu, apa yang best shopping online ni selalu ada tawarkan baucer, promosi dan tak dapatla harga tu kat luar sana. Kadang-kadang tu dapat pulak seller promotion free shipping oh bestnya weh. Banyak lagi sebenarnya yang kinah suka dengan online shopping ni. Dapat jimatkan masa, tenaga dan minyak. Minyak kan kejap naik kejap turun. Selagi boleh berjimat, kita berjimat.

Barang atau Produk daripada Lazada yang rancang untuk dibeli Semasa Lazada Online Revolution
Sebenarnya banyak barang yang kinah plan nak beli di Lazada ni. Salah satunya ialah kinah nak beli barang untuk deko rumah iaitu Retro European Flower Arrangement American Ceramic Vase. Bukan untuk rumah yang duduk sekarang tapi untuk rumah kami nanti. Tak sabar nak deko-deko rumah. Barang yang kinah nak ni dah lama dah kinah intai. Moga ada rezeki untuk kinah.
Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017
Ada satu lagi barang kinah nak beli sempena Lazada Online Revolution ialah Folding Photo Studio Shooting Tent With LED Light Room. Lepasni mudahlah kinah nak ambil gambar untuk review barang. Kiranya ni merupakan satu pelaburan untuk blog. Lagipun kinah selalu kena ambil gambar malam-malam. Faham-faham je la bila ambil gambar pada waktu malam, cahaya tak berapa terang dan gambar yang terhasil pun tak cantik. Nak ambil tengahari ada pulak budak kecik jadi susahla sikit nak buat kerja.

Lazada Online Revolution Blogger Contest 2017

Kalau nak diikutkan banyak lagi sebenarnya. Cukuplah dua barang tu je. Ingat tau tarikh keramat 11 November hingga 14 Disember ni, ada Online Revolution Sales. Nanti terlepas pulak barang idaman korang tu.

5 comments: