Tukar Kad Pengenalan Lagi

Haish entahla. Bayangkan baru je tukar kad pengenalan sebulan yang lepas alih-alih kena tukar lagi. Nak tahu kenapa? Sebabnya masalah cip. Memang chipmunk betul huhu. Nasib la. Kitorang tak tahu pun cip tu dah rosak kalau tak bukan nak masukkan duit dalam ASB sampai ke sudah la tak tahu cip tu bermasalah. Nak tak nak kena la pergi JPN. Hari cuti dipenuhi dengan masa pergi buat kad pengenalan je.
Tukar Kad Pengenalan Lagi
Tukar Kad Pengenalan Lagi
Mesti korang tertanya-tanya kad pengenalan siapa yang rosak? Suami kinah la. Habis semua plan rosak gara-gara kad pengenalan problem. Disebabkan kad tu masih dalam jaminan jadi tak payah bayar. Suami ada bertanya pada pegawai JPN, rupanya hampir 89% kad pengenalan orang lelaki rosak berbanding orang perempuan. Puncanya letak dompet di poket belakang. Grrr cip tu terlalu sensitif tak boleh sebarangan letak. 

Kita orang perempuan, dompet simpan dalam handbag je tu payah kot nak rosak. Rasanya la sebab kad pengenalan kinah elok je card reader baca. Hihi. Kalau tak boleh letak dalam poket dekat mana kaum lelaki nak letak dompet. Fikir-fikirkanlah.

Post a Comment

4 Comments

  1. Selain daripada rosak, kad pengenalan juga boleh bengkok kalau letak kat belakang...

    ReplyDelete
  2. samalah cuma ic suami ana patah hujung. so far cip ok je lg. hehe

    ReplyDelete
  3. uik..bila guna domain sendiri ni..hihi

    ReplyDelete
  4. Nasib baiklah sampai sekarang tak pernah rosak. Memang cip tu agak sensitip. Nasiblah jenis letak elok dalam purse kan.

    ReplyDelete