LAB Park di Bandar Baru Sri Klebang Ipoh

Sunday, December 31, 2017
LAB Park di Bandar Baru Sri Klebang Ipoh| Masa balik kampung aritu, dah takde aktiviti nak buat jadi suami bawak pergi ke LAB Park di Bandar Baru Sri Klebang. Kinah tahu tempat ni pun dalam facebook. Orang yang paling excited sekali Thahirah lah. Dia suka tengok lampu yang ada kat situ. Habis dia teroka dalam tu. Siapa yang ada berdekatan dengan Ipoh, bolehlah singgah ke sini. Sebenarnya pameran lampu ni bukan pameran lampu semata-mata tau, di sini juga terdapat pameran hartanah yang dikendalikan oleh Kinta Properties. So, pada yang tengah intai rumah tu bolehlah singgah sini sambil intai rumah boleh tangkap gambar sekali.


Untuk pengetahuan semua, pameran ini bermula pada 15 Disember yang lepas dan akan berakhir pada 7 Januari 2018 ni. Pameran ini bermula pada hari Khamis sehingga hari Sabtu kalau tak silap kinah la. Meh kinah belanja sikit gambar di sekitar LAB Park.





Masa kinah pergi, orangnya ramai betul. Dari pada yang muda sampailah warga emas masing-masing nak tengok cahaya warna warni ni. Parking tak usah cakap la, asyik penuh je. Oh ye kalau korang lapar, kat sini ada juga booth makanan. Kinah saja nak cuba Vietnamese Roll. Tak pernah cuba lagi VIetnam Roll ni. Ada macam-macam pilihan, dalam banyak-banyak tu kinah pilih ketam. Sebab ketam je yang available atas meja tu. Hat lain in the making.


Vietnamese Roll Ketam


Sambil makan-makan tu korang boleh layan live band yang buat persembahan di situ. Masa kinah datang ni takde pulak orang buat persembahan. Takpela takde rezeki nak tengok. Jangan lupa singgah sini nanti tau. Tempat ni tak susah pun nak cari. Tepi jalan pun dah nampak dah. 
LAB Park di Bandar Baru Sri Klebang Ipoh LAB Park di Bandar Baru Sri Klebang Ipoh Reviewed by Kin Naz on Sunday, December 31, 2017 Rating: 5

Penyebab Berat Badan Meningkat Mendadak

Sunday, December 31, 2017
Penyebab Berat Badan Meningkat Mendadak| Stress rasanya bila timbang berat badan tak turun makin naik lagi ada la. Macam sia-sia je usaha selama ni. Berdiet bagai, senam bagai nak rak tapi bila timbang berat macam tu jugak malah berat badan makin meningkat. Mungkin ada silap di mana-mana kan.  Alahai apa lagi yang tak kena ye. Menurut Glassman, iaitu penulis buku The Snack Factor Diet mengatakan bila berasa lapar, gula yang terdapat dalam darah akan menjadi rendah dan menyebabkan kita tidak mampu untuk berfikir dengan baik.. Pada masa inilah kita akan mula mencari makanan atau pun snek.  Haa apa kata korang ambik masa beberapa minit untuk baca info Penyebab Berat Badan Meningkat Mendadak ni.

Penyebab Berat Badan Meningkat Mendadak



Makan kerana Stress
Stress biasanya berlaku di tempat kerja, mana taknya nak kejar dateline, kerja pulak makin lama makin bertambah. Mana tak stress, bila stress mulut tu mula lah nak mengunyah nak makan itu ini sampai lupa diri. Akhirnya berat badan pulak naik mendadak, pipi dah mula kembang. Jangan amal selalu bahaya tu. Selalu sihat walafiat disebabkan stress, makan pun main hentam last dapat penyakit pulak. Jadi, sila kawal stress korang tu.

Makan Tengah Hari Di Luar
Semasa kinah kerja dulu, boleh dikatakan hari-hari makan tengah hari di luar. Merata kedai kinah dengan member makan. Sebab tu badan pun dah macam belon. Sebenarnya tak elok makan kat luar ni. Kita tak tahu kuantiti bahan yang digunakan seperti garam, gula dan ada juga yang guna perasa tambahan. Korang tahu tak berapa kalori yang kita ambil setiap kali kita makan kat luar? Tak tahu kan. Apa yang penting perut kita kenyang huhu. Sedar-sedar badan dah makin kembang.

Melewatkan Waktu Makan
Kalau nak tahu, ini pun merupakan penyebab berat badan naik mendadak. Rata-rata antara kita selalu melewatkan waktu makan disebabkan banyak kerja yang perlu diselesaikan. Apabila terasa lapar kita lebih cenderung untuk makan secara berlebihan kononnya nak cover waktu makan yang kita tinggalkan tu.

Musim Perayaan
Wah wah wah mentang musim perayaan, makanan semuanya sedap-sedap pulak tu. Ni lah masa nak makan banyak-banyak lepas sebulan berpuasa. Tak salah nak makan tapi biarlah berpada-pada. Lemang, ketupat, rendang tu semua sangat tinggi kalorinya, cukuplah makan ala kadar sahaja. Bukan saja berat naik penyakit pun akan singgah juga. Tak mau la gitu.

Tidak Tahan Godaan Mengunyah
Perkara wajib sambil buat kerja mulut mesti nak mengunyah. Sedapnya. Dalam laci meja wajib ada stok nak mengunyah haha siapa ada buat stock baik mengaku cepat haha. Tak salah pun simpan stock makanan tapi janganlah simpan stok makanan yang tak sihat. Cuba buat stok makanan seperti kacang almond, buah kering, dan biskut.

Snek Daripada Rakan Pejabat
Sebab ni memang susah sikit nak elak. Bila kawan bawak makanan sebagai contoh donat atau pun kek, tak salah pun nak menikmatinya cuma, apa kata korang ambil dalam kuantiti yang sedikit. Tengah hari tadi dah makan nasi, petang pulak makan donat. Huhu kenyang tu.

Korang rasa penyebab yang kinah senaraikan ni betul ke tak? Haaaa lepasni mana yang dah mula tekad nak diet tu korang janganlah abaikan sebab semua ni. Moga entri kali ni sedikit sebanyak memberi kesedaran pada semua termasuklah kinah ni.

Penyebab Berat Badan Meningkat Mendadak Penyebab Berat Badan Meningkat Mendadak Reviewed by Kin Naz on Sunday, December 31, 2017 Rating: 5

Disiniland Agrofarm & Resort Batu Kurau

Wednesday, December 27, 2017
Disiniland Agrofarm & Resort Batu Kurau| Semalam akhirnya sampai juga ke Disiniland di Kampung Perak Batu Kurau. Asal balik kampung je memang dah niat nak pergi ke sana bawak Thahirah tapi keadaan tak mengizinkan asyik nak hujan je. Kiranya semalam memang rezeki Thahirah la dapat masuk ke Disiniland. Korang jangan ingat Disiniland ni macam Disneyland tu. Tak sama ye. Disiniland ni kawasan kampung dan menjadi tempat beriadah untuk anak-anak mendekati haiwan secara dekat. Haa sebab tu nak sangat bawak Thahirah ke Disiniland Agrofarm & Resort Batu Kurau sebab  nak dia kenal haiwan semua tu.

Tiket masuknya hanya RM4.00 untuk dewasa dan kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas RM2.00 sahaja. Ok lah kan. Lagipun Disiniland ni tak macam Zoo Taiping bukan semua haiwan ada kat sini. Walau apa pun masih menarik lagi untuk dilawati. Kalau korang nak tahu kebanyakan binatang kat sini dilepaskan tau jadi anak-anak kita boleh mendekati haiwan secara dekat. Masa mula-mula sampai melalak juga si Thahirah sebab takut dengan si angsa keliling dia. Tapi bila dah nak balik tu bolehnya dia Hai pulak si angsa tu.



Di sini, banyak lagi aktiviti yang korang boleh buat seperti memberi makanan kepada binatang, memancing, menaiki atv, menaiki kuda, dan memanah. Untuk semua aktiviti tu korang kena bayarla. Kitorang cuma beri makanan kepada binatang yang ada di situ. Makanannya korang boleh beli di kaunter sebanyak RM2.00.





Antara binatang yang ada di sini ialah rusa, kambing, burung kasawari, burung merpati, kuda, itik, arnab, angsa, ayam dan lembu. Haa macam duduk dekat kampung pulak kan. Kalau korang nak tahu kandang rusa korang boleh masuk tapi pastikan pintu kandang tu korang tutup balik hihi. Korang janganlah risau semua binatang kat sini semuanya jinak-jinak. Walaupun diorang nampak jinak tapi kinah seriau dengan burung kasawari dengan angsa.






So far ok je tempat ni. Cuma nak ke Disiniland ni jalannya sempit dan tak berturap. Pada yang nak ke sini jangan laju-laju ye. So pada parents yang nak bawa anak bercuti sebelum sekolah bermula dan berada berhampiran Batu Kurau bolehlah singgah ke sini.
Disiniland Agrofarm & Resort Batu Kurau Disiniland Agrofarm & Resort Batu Kurau Reviewed by Kin Naz on Wednesday, December 27, 2017 Rating: 5

Jolly LLB 2

Monday, December 25, 2017
Jolly LLB2|Terlayan chanel Tara Hd kat rumah mak. Layan cerita Jolly LLB 2. Menarik sangat cerita ni. Mengisahkan seorang peguam yang agak kelam sikit. Jolly sebenarnya peguam tapi dia bekerja sebagai setiausaha peguam di sebuah syarikat peguam. Cita-citanya ingin membuka satu firma guaman memerlukan kos yang agak tinggi. Secara kebetulan, ada seorang wanita datang berjumpa dengannya untuk meminta tolong kepada Jolly supaya peguam tempat Jolly bekerja ambil kes tersebut untuk mendapatkan keadilan suaminya yang telah dibunuh oleh polis yang kononnya suaminya adalah pengganas yang dicari.

Jadi Jolly mengambil kesempatan untuk guna duit yang diberi untuk membuka firmanya. Apabila gadis itu, Hina dapat tahu akan hal itu dia begitu kecewa dan bertindak membunuh diri. Sejak dari itu, Jolly mula sedar akan kesalahannya dan tekad untuk membantu Hina untuk mendakwa pembunuh suaminya iaitu seorang pegawai polis. Kagum dengan semangat Jolly, asal dapat je info mengenai bahan bukti dan saksi mesti dia akan cuba dapatkan walau apa cara sekalipun walaupun nyawanya terancam.

Meskipun pihak peguambela cuba nak berdalih dan lengahkan masa, Jolly tetap untuk cuba menyakinkan hakim bahawa pegawai polis tu bersalah. Satu persatu bukti dan saksi tampil beri keterangan dan akhirnya kebenaran terungkai juga. Tak semestinya orang yang mempunyai kuasa dan pengaruh besar tidak melakukan kesalahan, soroklah macam mana sekalipun suatu masa nanti orang akan tau juga.


Jolly LLB 2 Jolly LLB 2 Reviewed by Kin Naz on Monday, December 25, 2017 Rating: 5

Aktiviti Petang Thahirah

Sunday, December 24, 2017
Aktiviti Petang Thahirah| Bila ada kelapangan memang kitorang akan bawak Thahirah pergi ke taman permainan. Selalunya kitorang bawak dia ke Taman Awam Kuala Kubu Bharu. Bukannya tak ada taman permainan kat kawasan rumah ni, ada tapi tak banyak mainan tak macam dekat Taman Awam Kuala Kubu Bharu. Selain dia main, dapat jugak dia kawan kat situ hehehe. Tapi nak pergi main kat sini kena la pergi lepas Asar sebab kalau lewat sampai nyamuk pun mulalah dengan aktiviti dia.

Aktiviti Petang Thahirah
Seronok tengok dia main, mula-mula je takut nak main sekarang dah expert dah. Tempat tinggi pun dia dah main tapi dalam pemantauan ayahnya la. Thahirah ni kekadang ikut mood dia jugak tau. Kalau dia nak main permainan dia akan main kalau tak dia ajak kita jalan-jalan di track jogging.

Aktiviti Petang Thahirah
Baru-baru ni ada juga bawak dia main di Taman Botani Perdana, kat situ lagi banyak tempat dia boleh explore, permainan pun banyak, macam biasa bila dia boring dengan permainan tu dia ajak pusing kat situ. Rasa lebih selamat lepaskan dia main dekat area ni. Sambil jalan di track jogging jumpa burung tengah makan.

Aktiviti Petang Thahirah
Bagus juga sebenarnya aktiviti macam ni, selain dapat mengisi masa lapang, dapat juga kita bersenam sambil melihat keindahan alam semula jadi. Siapa yang ada dekat Kuala Lumpur dan tak tahu nak bawak anak main dekat mana bawa je kat Taman Botani Perdana ni. 
Aktiviti Petang Thahirah Aktiviti Petang Thahirah Reviewed by Kin Naz on Sunday, December 24, 2017 Rating: 5

WD-40 Selamat Untuk Alam Sekitar

Wednesday, December 20, 2017
WD-40 Selamat Untuk Alam Sekitar| Diasaskan pada tahun 1953, produk Syarikat WD-40 sentiasa menemani pengguna di seluruh dunia sebagai produk yang perlu ada tidak kira sama ada diletakkan di bawah sinki, garaj mahupun kotak peralatan sejak berdekad lamanya.

Penggunanya yang terdiri daripada pelbagai peringkat termasuk mekanik dan jurutera, membuktikan ia adalah  produk selamat yang sentiasa dipercayai ramai. Kepercayaan yang diletakkan oleh pengguna terhadap produk ini mendorong syarikat untuk terus melakukan pelbagai usaha bagi melindungi pengguna dan pada masa sama, memelihara alam sekitar.

WD-40 Selamat Untuk Alam Sekitar
WD-40 Selamat Untuk Alam Sekitar
Sebagai contoh, formulasi yang digunakan untuk produk popular di dalam tin biru kuning, Produk Pelbagai Guna WD-40 tidak mengandungi bahan kimia penyebab kanser, benzena yang digunakan dalam pembuatan plastik, resin, nilon dan banyak lagi. Ia juga boleh menyebabkan kerosakan sistem saraf pusat akut dan sum-sum tulang. Pada kebiasaannya ia digunakan sebagai pelarut cat untuk industri, bahan pengilat, peluntur cat, petrol dan lain-lain.

Produk Pelbagai Guna WD-40 sememangnya produk biodegradasi atau mudah diurai iaitu menepati panduan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) bagi biodegradasi (Kaedah 301 – kaedah ujian biodegradasi aerobik). Bekas yang digunakan untuk produk ini juga bersifat kitar semula, sama seperti bekas keluli yang lain.

WD-40 Selamat Untuk Alam Sekitar
WD-40 Selamat Untuk Alam Sekitar
Ia juga mematuhi Sekatan Bahan Terlarang Kesatuan Eropah (RoHS) yang bermaksud ia tidak mengandungi plumbum (Pb), merkuri (Hg), kadmium (Cd), hexavalent chromium (Cr6), polybrominated biphenyls (PBB) atau polybrominated diphenylether.

Bahan terlarang ini berbahaya kepada alam sekitar dan mencemarkan tapak pelupusan sampah. Ia juga mengancam keselamatan pekerjaan ketika proses pembuatan dan pelupusan. 

WD-40 Selamat Untuk Alam Sekitar
Selain itu, produk syarikat bersifat mesra ozon memandangkan ia tidak mengandungi Kloroflurokarbon (CFC) yang lazimnya terkandung di dalam sesetengah produk aerosol dan boleh memusnahkan lapisan ozon bumi.

Propelan adalah sejenis bahan yang membantu menyembur keluar Produk Pelbagai Guna WD-40 dari bekas tin. Bahan propelan yang digunakan di dalam Produk 

Pelbagai Guna WD-40 ialah karbon dioksida (CO2) iaitu gas lengai. Penggunaan CO2 juga mengurangkan bilangan sebatian organik tidak menentu di dalam produk sekaligus menjadikannya lebih baik kepada alam sekitar.

Memandangkan penyembur WD-40 adalah bahan mudah terbakar, syarikat melakukan yang terbaik untuk sentiasa mengingatkan pengguna dan paling utama ialah penyembur berkenaan mesti diuji untuk mengetahui jarak mudah terbakar dan pembalikan api iaitu sama ada semburan itu akan berbalik kepada pengguna. WD-40 tidak memberi kesan pembalikan api tetapi ia masih mempunyai keupayaan untuk menyalakan api dan dikategorikan sebagai bahan mudah terbakar. 

WD-40 Selamat Untuk Alam Sekitar
WD-40 Selamat Untuk Alam Sekitar
Menerusi pengguna setianya di 176 negara di seluruh dunia, WD-40 sentiasya berbangga dengan usaha yang dilakukan dalam aspek penjagaan pelanggan serta keprihatinan terhadap alam sekitar yang menjadi sebab mengapa pengguna terus bergantung kepada produk ini dalam menyelesaikan masalah seharian.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk WD-40 atau data teknikal mengenainya, sila rujuk http://wd40.asia.

WD-40 Selamat Untuk Alam Sekitar WD-40 Selamat Untuk Alam Sekitar Reviewed by Kin Naz on Wednesday, December 20, 2017 Rating: 5

Kumpul dan Tebus Beg Kitar Semula Juice Works Edisi Terhad

Saturday, December 16, 2017
Kumpul dan Tebus Beg Kitar Semula Juice Works Edisi Terhad| Assalamualaikum semua. Kinah ada berita baik untuk mereka yang gemarkan minuman jus, kalau korang nak tahu bersempena Krismas yang akan menjelang tidak lama lagi, Juice Works telah memperkenalkan satu lagi jus iaitu "Honey, its Christmas!". Jus ini boleh mula didapati di semua rangkaian Juice Works di seluruh Malaysia bermula 6 November sehingga 1 Januari 2018. 

Smoothie ais bercampur dengan jus embun madu, plum, strawberi, limau, delima mulberi, dan juga delima ruby-merah yang mempunyai kandungan antioksidan yang dapat membantu mengurangkan radikal bebas yang bersarang di dalam badan kita. Kinah pun tak sabar nak mencuba jus baru ni nanti. Oh ye satu lagi sebelum kinah terlupa, bagi setiap pembelian RM20.00 dan ke atas di Juice Works korang layak menerima satu stem. Korang hanya kumpulkan 5 stem dan korang berpeluang menebus beg kitar semuala edisi terhad. Rugi la korang tak grab satu. Senang kot tak payah dah nak bayar plastik RM0.20 setiap kali pergi shopping. Tawaran ini sah sehingga 31 Januari 2018 atau selagi stok masih ada.
Kumpul 5 Stem untuk tebus beg kitar semula edisi terhad


Selain beg comel tu, Juice Works juga turut menyediakan baucer tunai bernilai RM19.00 setiap satu untuk korang hadiahkan kepada insan yang tersayang. Tunggu apa lagi beli dan tebus beg korang ni.

Kumpul dan Tebus Beg Kitar Semula Juice Works Edisi Terhad Kumpul dan Tebus Beg Kitar Semula Juice Works Edisi Terhad Reviewed by Kin Naz on Saturday, December 16, 2017 Rating: 5

Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0

Saturday, December 16, 2017

Tajuk : Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0


Dalam kepesatan zaman teknologi yang semakin canggih, ramai peniaga suka berniaga secara online untuk menambah pendapatan mereka disebabkan oleh taraf hidup yang semakin hari semakin meningkat. Jika harapkan duit gaji bulanan tanpa melakukan kerja tambahan, agak sukar untuk menampung perbelanjaan seharian.





Bagi menjamin kewangan yang kukuh dalam jangka masa yang panjang, anda perlu menjadi seorang yang bijak dalam merancang perniagaan anda. Melabur adalah satu urusniaga paling mudah yang boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja dan keuntungannya adalah berlipat kali ganda daripada modal yang dikeluarkan.


Disebabkan oleh keuntungan yang lumayan inilah yang membuatkan ramai orang mengambil keputusan untuk melaburkan wang dalam pasaran kewangan terbesar di dunia iaitu pasaran pertukaran asing (Forex). Tambahan lagi dengan adanya kuasa internet yang meluas dapat memudahkan lagi urusniaga pelaburan di pelusuk dunia.


Apakah Itu Forex?



Forex adalah singkatan nama bagi FOReign EXchange atau lebih mudah difahami dengan urusniaga perdagangan/transaksi matawang yang boleh dilakukan selama 24jam secara berterusan tanpa henti. Perdagangan/transaksi ini memperdagangkan mata wang sesebuah negara terhadap mata wang negara yang lainnya yang melibatkan pasaran wang utama di dunia.


Dikatakan pasaran Forex ini mempunyai pasaran yang sangat kukuh sehingga mampu mengalahkan mata wang asing yang terbesar dan nilai transaksi pasaran forex mencapai nilai trilion sehari. Oleh kerana itu juga lah ramai prospek yang semakin ramai melabur dalam perdagangan Forex kerana ianya sangat menguntungkan.

Kenapa Anda Perlu Memilih Forex?

1. Modal Kecil.



Untuk mula melabur dalam pasaran Forex tidak memerlukan modal wang yang banyak. Anda hanya perlu membeli sejumlah minimum saham yang ditetapkan sebagai permulaan pelaburan anda. Dengan jumlah minimum ini dapat memberikan peluang kepada anda yang berminat dalam pelaburan Forex.

2. Untung Besar.

Tidak dinafikan lagi bahawa pasaran Forex memberikan lebih banyak faedah serta keuntungan daripada kerugian. Dengan melabur secara rasional dapat membantu anda menikmati pulangan keuntungan  yang berlipat kali ganda dan lebih lumayan daripada apa yang anda jangkakan.

Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0

Forex telah menjadi satu alternatif pelaburan yang semakin hari semakin popular diperkatakan oleh pelabur. Ini disebabkan oleh ROI ( Return On Investment) daripada Forex memberikan keuntungan yang cepat. Akan tetapi, sekiranya anda tidak mempunyai ilmu pelaburan Forex yang mencukupi akan menyebabkan anda berhadapan dengan risiko kerugian.


Bagi menguruskan kewangan yang baik, anda perlu mempunyai pengetahuan yang secukupnya terutamanya dalam pelaburan Forex ini. Sebagai persediaan untuk memulakan pelaburan, anda perlu mendapatkan ilmu dan maklumat pelaburan yang betul untuk menjadikan anda seorang pelabur yang bijak. Antara perkara-perkara yang perlu anda fikirkan ialah :  


1. Mempunyai modal melabur yang mencukupi.
2. Ketahui matlamat atau tujuan pelaburan.
3. Mendapatkan ilmu yang betul daripada sumber yang sahih dan dipercayai.
4. Fahami apa yang diajar dan dapat menguasai ilmu sepenuhnya.
5. Mampu membuat keputusan sendiri.
6. Sentiasa mengikuti per­kem­bangan semasa pelaburan.
7. Membuat pembelajaran sendiri dengan membaca.


Mungkin agak sukar untuk anda memikirkan semua ini sekiranya anda tidak mempunyai ilmu dalam pelaburan. Lebih-lebih lagi sukar untuk mencari maklumat yang boleh dipercayai. Adalah lebih mudah sekiranya anda belajar Forex dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0 yang dianjurkan oleh PIPSEMPIRE ACADEMY.

Kenapa Anda Perlu Menyertai Forex Masters Summit 1.0

1. Yuran Hanya Bayar Sekali Sahaja.

Dengan bayaran yuran sekali sahaja, anda akan dapat sertai kelas Forex berkali-kali. Tawaran istimewa ini hanya untuk mereka yang menyertai kelas anjuran Pips Empire Academy sahaja dan anda boleh bandingkan yuran kelas lain yang hanya menawarkan kelas secara on off dengan bayaran yuran yang mahal.

2. Kelas Selama setahun.

Dengan kadar yuran yang murah sekali bayar, anda akan menikmati kelas penuh selama 3 hari dan kelas pada setiap hari Isnin selama setahun. Dalam masa setahun ini anda boleh belajar sampai pandai dan boleh bertanya apa-apa soalan pada guru yang mengajar. Sangat menguntungkan bukan?

3. Silibus Yang Mudah Faham.

Kelas Forex Master  menyediakan silibus yang mudah difahami dengan strategi yang ringkas dan terbukit berkesan. Pembelajaran juga dilakukan secara bersistematik dan mempunyai silibus bagi memudahkan lagi pelajar memahami Forex dalam jangka masa selama setahun bagi menguasai ilmu Forex sepenuhnya.

4. Kemudahan Pembelajaran Yang Lengkap dan PERCUMA.

Selain mempunyai silibus yang mudah difahami, anda juga akan diberikan analisis percuma, signal percuma serta webinar percuma. Tambahan lagi anda akan dapat menyertai networking komuniti yang mempunyai sistem yang mantap dan berterusan daripada aplikasi telegram, whatsapp dan facebook.


Lebih menarik lagi sekiranya mempunyai Trading Floor di Singapura, Shah Alam, Melaka, Sabah dan tempat-tempat lain, anda boleh pergi bercuti sekali. Malahan kalau kebetulan berada di Shah Alam atau Melaka, boleh masuk kelas di sana secara percuma. Paling penting ialah dilengkapi dengan kemudahan “Auto Trade Management” (systematic trading by professional traders).

5. Tenaga Pengajar yang Berkemahiran Dan Berpengalaman.



Untuk berjaya, anda perlu belajar daripada mereka yang mahir dan berpengalaman dalam sesuatu bidang. Disebabkan itu, PipsEmpire Academy menyediakan tenaga pengajar yang berkemahiran serta berpengalaman dalam pasaran Forex untuk kelas belajar Forex ini.

6. Mempunyai Kelas Fast Track Trader.

Kelas Fast Track Trader Ini adalah satu satunya kelas untuk menjadikan anda seorang professional dan international trader dalam masa yang singkat. Pendek kata, ia adalah shortcut journey of Trade dimana anda boleh mengikuti kesemua program PipsEmpire Academy secara percuma tanpa perlu membayar apa-apa.

Kelebihan Kelas Fast Track Trader.

  • IB Training PERCUMA.
  • Daily Signal PERCUMA.
  • Maklumat PERCUMA.
  • Webinar PERCUMA.
  • Silibus yang MUDAH difahami.
  • Perkongsian lebih 50 strategi yang mudah dan ringkas serta terbukti berkesan.
  • Pengajaran secara sistematik dan bersilibus.
  • Tenaga pengajar yang berkemahiran dan berpengalaman.
  • Support sistem yang mantap dan berterusan (telegram, whatsapp dan facebook).
  • Kemudahan pembelajaran yang lengkap!
  • Business To Business
  • Kemudahan “Auto Trade Management” (systematic trading by professional traders)
  • Secret Techniques

7. 6 Speaker Hebat.



Pada Forex Masters Summit 1.0 akan menampilkan 6 speaker hebat dalam bidang pelaburan pasaran Forex ini untuk berkongsi pengalaman mereka kepada anda. Antara 5 speaker yang hebat ialah Mario Singh, Wayne Ko, Ahmad Zaki, Ibrahim, Zulhilmi dan Aun Khairul.


Mario Singh.



Mario Singh merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Fullerton Markets dan pengurus Forex yang terkenal diserata dunia sebagai pendidik FOREX. Beliau telah mendapat latihan perbankan swasta dari Julius Baer (Bank Swiss yang terbesar di dunia dengan aset 340 Billion di bawah pengurusan CHF) dan perbankan ICBC (salah satu perbankan komersial terbesar di dunia dengan permodalan pasaran pada 269 Bilion.


Beliau juga adalah seorang pakar yang sentiasa mendapat perhatian ramai di dalam industri FOREX ini. Beliau juga telah muncul lebih 40 kali dalam rancangan CNBC dan Bloomberg. Seramai 350 juta penonton diseluruh dunia menonton setiap kali beliau menampilkan diri dalam berkongsi tentang pelaburan Forex ini.      


Wayne Ko.



Wayne KO adalah Ketua Penyelidikan dan Pendidikan di Fullerton Market. Beliau memberikan perkhidmatan “thought-provoking analysis” dan idea perdagangan kepada beribu pelanggan di seluruh dunia. Beliau sendiri adalah perdagang yang ternama yang mesra dan bersemangat membuatkan ramai orang dari seluruh dunia ingin mempelajari rahsia kejayaan beliau.


Sebagai seorang penceramah di peringkat antarabangsa, beliau telah berucap di depan beribu perdagang dan pelabur dari pelbagai negara di seluruh dunia termasuklah Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Kemboja, Australia dan China. Ucapan beliau dalam berkongsi pengalaman berdagang tidak pernah membosankan para pendengar.  


Ahmad Zaki.



Ahmad Zaki merupakan Pengasas akademi SIMPLYFX FOREX dengan lebih 10 tahun pengalaman dalam industri FOREX. Beliau juga telah dianugerahkan tempat pertama untuk dua tahun berturut-turut di dalam pertandingan FOREX yang di adakan di Singapura. Beliau juga adalah orang kuat di belakang penubuhan jutawan “SUPER SCALPER TRADERS”.


Selain itu beliau juga adalah seorang pengasas teknik/strategi khas yang telah terbukti berjaya di dalam perdagangan FOREX. Beliau juga baru sahaja dianugerahkan sebagai GRAND CHAMPION 2017 daripada Fullerton Markets.  Bukan calang-calang orang beliau ni.


Ibrahim.



Ibrahim adalah perdagang profesional dan pengurus dana proprietari. Beliau adalah orang yang tepat untuk berkongsi dan belajar strategi perdagangan. Beliau juga adalah pengarah pendidikan di SIMPLYFX. Beliau mula berdagang di dalam pasaran FOREX pada 2012 dan mempunyai rekod peribadi yang baik dengan 1000% pulangan pelaburan dalam masa hanya dua bulan. Beliau telah melatih lebih daripada 3000 perdagang dari Malaysia, Indonesia dan Singapura.


Zulhilmi.



Zulhilmi Yusoff adalah pedagang forex sepenuh masa dan merupakan salah seorang mentor di PipsEmpire Academy selepas tiga tahun menjadi ejen Unit Trust. Beliau mempunyai dua tahun pengalaman dalam FOREX. Pengasas teknik membunuh FusionFIBO yang diasaskan daripada FIBO yang asal, yang mana ia sudah terbukti sebagai satu strategi yang sangat efektif untuk perdagang scalping, intraday dan swing. Beliau telah mengajar dan membangunkan ramai pedagang yang konsisten dan berjaya.


Aun Khairul.



Aun Khairul diibaratkan sebagai kisah klasik “Zero To Hero” di dalam FOREX. Beliau telah diperkenalkan kepada Forex oleh SIMPLYFX Malaysia. Setelah berjaya, beliau kini adalah mentor dan menguruskan PIPS EMPIRE MALACCA TRADING FLOOR hanya selepas dua tahun aktif di dalam perdagangan FOREX. Beliau juga turut dikenali sebagai pakar perdagangan emas dengan memberikan analisis harian yang tepat dan hampir sempurna untuk perdagangan emas.  

8. Lokasi Yang Strategik.



Forex Masters Summit 1.0 2018 akan diadakan di IDCC (Ideal Convention Centre) Shah Alam yang merupakan tempat yang sangat strategik dan selesa untuk semua peserta. Antara kemudahan yang ada dan berdekatan di sini adalah :  
  • Parking Percuma
  • Makan 3x (Breakfast, Lunch, Tea Break)
  • Dekat dengan hotel (Mewah / Murah) From RM108/night
  • Budget Hotel RM86/night.
  • Easy access Federal Highway
  • Wifi Percuma

Daftar Minat Anda Percuma SEKARANG!!!
Berminat untuk melabur dan ketahui lebih lanjut tentang Forex? Rebut peluang ini dengan menyertai Forex Masters Summit 1.0 sekarang kerana tempat adalah terhad. PipsEmpire Forex class dan Fast Track Trader Program juga menawarkan pakej dengan harga yang tak masuk akal. Jadi, daftar minat anda percuma sekarang juga. Jangan tunggu lama-lama.

Nama Penuh
Email:
No Telefon:

We respect your email privacy


Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0  Belajar Forex Dengan Trading Coach International di Masters Summit 1.0 Reviewed by Kin Naz on Saturday, December 16, 2017 Rating: 5
Powered by Blogger.