Disiniland Agrofarm & Resort Batu Kurau

Disiniland Agrofarm & Resort Batu Kurau| Semalam akhirnya sampai juga ke Disiniland di Kampung Perak Batu Kurau. Asal balik kampung je memang dah niat nak pergi ke sana bawak Thahirah tapi keadaan tak mengizinkan asyik nak hujan je. Kiranya semalam memang rezeki Thahirah la dapat masuk ke Disiniland. Korang jangan ingat Disiniland ni macam Disneyland tu. Tak sama ye. Disiniland ni kawasan kampung dan menjadi tempat beriadah di Batu Kurau untuk anak-anak mendekati haiwan secara dekat. Haa sebab tu nak sangat bawak Thahirah ke Disiniland Agrofarm & Resort Batu Kurau sebab  nak dia kenal haiwan semua tu.

Disiniland Agrofarm & Resort Batu Kurau

Tiket masuknya hanya RM4.00 untuk dewasa dan kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas RM2.00 sahaja. Ok lah kan. Lagipun Disiniland ni tak macam Zoo Taiping bukan semua haiwan ada kat sini. Walau apa pun masih menarik lagi untuk dilawati. Kalau korang nak tahu kebanyakan binatang kat sini dilepaskan tau jadi anak-anak kita boleh mendekati haiwan secara dekat. Masa mula-mula sampai melalak juga si Thahirah sebab takut dengan si angsa keliling dia. Tapi bila dah nak balik tu bolehnya dia Hai pulak si angsa tu.

Disiniland Agrofarm & Resort Batu Kurau

Disiniland Agrofarm & Resort Batu Kurau

Di sini, banyak lagi aktiviti yang korang boleh buat seperti memberi makanan kepada binatang, memancing, menaiki atv, menaiki kuda, dan memanah. Untuk semua aktiviti tu korang kena bayarla. Kitorang cuma beri makanan kepada binatang yang ada di situ. Makanannya korang boleh beli di kaunter sebanyak RM2.00.

Disiniland Agrofarm & Resort Batu Kurau

Disiniland Agrofarm & Resort Batu Kurau

Disiniland Agrofarm & Resort Batu Kurau

Disiniland Agrofarm & Resort Batu Kurau

Antara binatang yang ada di sini ialah rusa, kambing, burung kasawari, burung merpati, kuda, itik, arnab, angsa, ayam dan lembu. Haa macam duduk dekat kampung pulak kan. Kalau korang nak tahu kandang rusa korang boleh masuk tapi pastikan pintu kandang tu korang tutup balik hihi. Korang janganlah risau semua binatang kat sini semuanya jinak-jinak. Walaupun diorang nampak jinak tapi kinah seriau dengan burung kasawari dengan angsa.

Disiniland Agrofarm & Resort Batu Kurau






So far ok je tempat ni. Cuma nak ke Disiniland ni jalannya sempit dan tak berturap. Pada yang nak ke sini jangan laju-laju ye. So pada parents yang nak bawa anak bercuti sebelum sekolah bermula dan berada berhampiran Batu Kurau bolehlah singgah ke sini.

Post a Comment

4 Comments

  1. Luas nampaknya kawasan tu ye. Banyak juga haiwan2 yg ada. Tiket pun murah je. Berbaloi nak bawa anak2 ke sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah kak Ana. Memang berbaloi bawak anak2 ke sini.

      Delete
  2. Wah syoknya ada kawasan macam ni

    Memang best dapat bawa anak anak bergaul dengan alam sekitar

    ReplyDelete
  3. tak sangka disinilang ni dekat kg sendiri. Lepasni kalau balik boleh la menyinggah :D

    ReplyDelete