Pengalaman Melalui Rawang Bypass

Pengalaman Melalui Rawang Bypass | Assalamualaikum semua. Bila Thahirah dah tido barulah boleh nak regangkan kaki semua. Biasala ada budak kecik kat rumah ni, rumah dah rupa tonkang pecah haha. Ok lah hari ni kinah nak cerita aktiviti kitorang pada hujung minggu lepas. Haritu ada blogwalking dan terjumpa entri mengenai Rawang Bypass. Orang Rawang mesti tahu punya sebab jalan ni merupakan penghubung antara Selayang ke Rawang dan Rawang ke Selayang. Bila dapat tahu Rawang Bypass dah mula dibuka pada 29 November lepas untuk kenderaan dan kitorang pun tak lepaskan peluang untuk melihat  dan lalu Rawang Bypass. Selalu lalu bawah tu je.

Bila kita tengok struktur binaannya dari bawah sejujurnya nampak gayat dan seram. Mulalah bayangkan kalau lah ada kereta kemalangan dan jatuh. Pergh tinggi tu. Rawang Bypass juga telah diisytiharkan merupakan Jambatan Tertinggi di Malaysia iaitu kira-kira 58.2m. Harapnya dengan adanya Rawang Bypass ni dapatlah atasi masalah kesesakan lalu lintas terutama di Pekan Rawang tu.

Jambatan tertinggi Di Malaysia Rawang Bypass
Jambatan tertinggi Di Malaysia
Menarik Tentang Rawang Bypass
Untuk pengetahuan semua, Rawang Bypass merupakan jalan alternatif sepanjang 23 Kilometer dapat dimanfaatkan oleh penduduk Rawang dan kawasan sekitar untuk ke bandaraya Kuala Lumpur. Kalau dulu sebelum ni, pengguna terpaksa menghadapi tempoh perjalanan kira-kira dua jam dan bila siapnya Rawang Bypass ni hanya 30 minit sahaja untuk ke Kuala Lumpur. (Ni anggaran saja tau).
Pemandangan dari Jambatan Tertinggi di Malaysia Rawang Bypass
Pemandangan dari Jambatan Tertinggi di Malaysia
Projek ini menelan belanja sebabyak RM630 juta melibatkan projek menaik taraf struktur jalan raya bagi tujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas yang berlaku di Rawang. Setakat ni dah dua kali dah kitorang lalu Rawang Bypass ni siap ambik gambar lagi tau. Lepas ni kalau ada urusan kat Kuala Lumpur ikut Rawang Bypass je la malas dah nak bersesak dekat Pekan Rawang tu hihi jimat masa dan tenaga. 

Post a Comment

6 Comments

  1. boleh try.. lalu lpas ni, sy xtakut tggi hihi

    ReplyDelete
  2. Memang tinggi kita tengok gambar tak pernah lalu lagi sebab dulu masa tengah bina kita ada lalu memang nampak tinggi sangat boleh lah lepas ni buat higway lalu ke pantai timur tak perlu lingkar-lingkar kat Karak tu...

    ReplyDelete
  3. 2 kali je, saya hari-hari lalu, memang menjimatkan masa, dari jalan masuk(templer) ke serendah hanya mengambil masa 5 minit lebih je, kalau naik motosikal!

    ReplyDelete
  4. Gayat tak naik tinggi-tinggi begitu? Rawlins pun sama - terbayang kalau ada kenderaan jatuh. Ish.. Harap semua pengguna akan berhati-hati la

    ReplyDelete
  5. wow next time i boleh try bypass too! jambatan tertinggi in Malaysia huh. haha

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
  6. Tak pernah tak gayat. haha

    Singgahsini dari www.mawarassufi.com

    ReplyDelete