Saturday, 26 May 2018

Saturday, May 26, 2018

Biskut Raya yang Viral dari Khaisya Delite

Biskut Raya yang Viral dari Khaisya Delite| Assalamualaikum semua apa khabar hari ni?. Alhamdulillah dah masuk minggu kedua kita semua berpuasa. Tambah tolak hari ehhh bukan lama lagi nak sambut raya. Korang dah mula sibuk buat kuih raya ke? Kinah buat masa ni tak buat. Biasa la ada anak kecik ni habis sepah je nanti jadi biskut tunjuk la jawabnya untuk tahun ni. Takpe la sementara nak besar. Oh ye kinah nak kongsikan dengan korang Biskut Raya yang Viral dari Khaisya Delite.

Mesti korang teruja bila dengar biskut raya kan. Kinah pun, kinah memang suka gila biskut raya, pantang ada depan mata laju je tangan ni nak bukak bekas kuih raya tu. Baru-baru ni kinah diperkenalkan dengan biskut raya yang viral ni. Thahirah pun suka biskut ni. Dah sorok biskut ni pun dia boleh tahu kita sorok kat mana haha. Aduhhh.. Memang menggila makannya. 

Korang nak tahu biskut apa yang Thahirah suka sangat tu?

Taraaaaa inilah biskutnya namanya Brownies Cookies
Biskut Raya yang Viral dari Khaisya Delite
Biskut Raya yang Viral dari Khaisya Delite

Biskut Brownies Cookies ni sedap sangat. Dapat je biskut ni, Thahirah laju je suruh bukak tak dan dan sampai rumah dia nak rasmi dulu. Dari sekeping dia bedal lima keping terus. Kitorang ni tengok je la dia makan harapnya dapat la merasa bila berbuka nanti hihi. Nasib la dia tak tibai habis.

Tengokla rupa dia tu.. Sengih suka sangat la tu
Biskut Raya yang Viral dari Khaisya Delite
Biskut Raya yang Viral dari Khaisya Delite

Korang kalau nak order masih dibuka lagi yer. Sempat lagi ni..

Brownies Cookies
Pek 60 - 65pcs [ RM20.00 ]
Pek 30 pcs [ RM10.00 ]
Biskut Raya yang Viral dari Khaisya Delite

Almond Choc Tart 
Pek 50 pcs [ RM30.00 ]
Pek 25 pcs [ RM16.00 ]
Biskut Raya yang Viral dari Khaisya Delite

ChocChip Cookies 
Pek 320gm [ RM30.00 ]
Pek 160gm [ RM16.00 ]
Biskut Raya yang Viral dari Khaisya Delite

Conflakes Cookies 
50pcs [ RM28.00 ]
Delivery @ selfpickup sekitar Putrajaya/ Cyberjaya
Biskut Raya yang Viral dari Khaisya Delite

Berminat whatsapp saja link ni ye...

Friday, 25 May 2018

Friday, May 25, 2018

Ramadhan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf

Ramadhan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf | Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, umat islam digalakkan untuk memperbanyakkan amalan bersedekah dan melakukan amal kebajikan. Selain berkongsi kenikmatan bersama golongan yang kurang bernasib baik, ganjaran yang diterima adalah berlipat ganda berbanding pada bulan lain.

Ramadhan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf
Ramadhan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf
Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur juga tidak melepaskan peluang menghulurkan sumbangan dan berbuat kebajikan pada Ramadan yang penuh keberkatan ini. Ancasa Hotel telah menganjurkan Program Berbuka Puasa dan pemberian sumbangan kepada Anak-anak Yatim dan asnaf dari Pusat Jagaan Kasih Murni dan sekaligus melancarkan Buffet bertemakan 'Kampong Boy'.

Jom kita tengok antara sebahagian hidangan yang disediakan.

Ramadhan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf
Ramadhan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf
Ramadhan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf
Ramadhan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf
Ramadhan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf
Ramadhan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf
Ramadhan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf
Ramadhan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf
Program ini merupakan agenda tahunan Ancasa Hotel dalam membantu golongan yang kurang bernasib baik sekaligus menceriakan anak-anak yatim dalam menyambut Ramadan dan Hari Raya tidak lama sahaja lagi. Pada tahun ini, Ancasa amat bertuah kerana ADABI telah sudi berkolaborasi dalam menyediakan 5 kawah bubur lambuk serta menyumbangkan barang-barang keperluan asas anak-anak yatim untuk kegunaan mereka sepanjang bulan puasa.
Ramadhan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf
Sebahagian anak-anak yatim yang diraikan
Program ini telah bermula seawal jam 10.00 pagi dengan acara bergotong-royong memasak bubur lambuk. Kakitangan Ancasa Hotel bersama-sama dengan wakil dari ADABI berganding bahu menyediakan 5 periuk bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang awam berhadapan Ancasa Hotel & Spa termasuklah pejalan kaki serta pemandu yang melalui Jalan Tun Tan Cheng Lock. Pengarah Urusan Kumpulan UDA Holdings Berhad (UDA), YBhg, Datuk Ahmad Abu Bakar diiringi oleh Pengurusan Kanan Ancasa Hotel telah mengagihkan bubur lambuk kepada orang awam.

Pada hari Isnin yang lepas kinah sekeluarga dijemput berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan asnaf dari Pusat Jagaan Kasih Murni. Terima Kasih Ancasa Hotel atas jemputan tersebut. Untuk pengetahuan semua, Ancasa Hotel turut menceriakan 35 orang anak-anak yatim dengan membawa mereka membeli pakaian dan baju raya bernilai RM150 setiap seorang di JAKEL MALL, Kuala Lumpur serta sumbangan duit raya bernilai RM50.00 setiap seorang sebagai tanda keprihatinan pihak Ancasa Hotel dalam menunaikan tanggungjawabnya kepada masyarakat setempat.
Ramadhan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf
Jaafar Onn turut hadir 
Menurut Pengurus Kanan Bahagian Hospitaliti iaitu Encik Shah Azam Khan, " Ancasa Hotels & Resorts mengambil pendekatan dengan mengadakan program ini adalah untuk menghargai pelanggan-pelanggan Ancasa serta mengeratkan lagi hubungan di antara pihak pengurusan dengan warga kerja Ancasa Hotels & Resort. Ianya juga merupakan wadah terbaik untuk menzahirkan program kemasyarakatan Ancasa kepada golongan kurang berkemampuan. Ancasa Hotel juga amat berharap dengan sumbangan ikhlas ini akan membawa keceriaan kepada anak-anak yatim dan golongan yang kurang bernasib baik menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang menjelang tiba." Beliau juga menyeru semua pihak yang diberi kelebihan oleh Allah S.W.T agar tidak melupakan golongan  yang kurang bernasib baik.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini terutama sekali kepada pihak ADABI kerana sudi berkolaborasi dengan pihak Ancasa Hotel pada kali ini dan dengan terlaksana program ini sedikit sebanyak akan meningkatkan ibadah kita pada bulan Ramadan.

Ramadhan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf
Ramadan Launching 2018 | Ancasa Hotel & Resort Kuala Lumpur Santuni Anak Yatim dan Asnaf

Kepada yang ingin merasakan masakan bercitarasa kampung persis masakan ibu, boleh dapatkan baucer Ramadan Buffet bertemakan Kampong Boy yang berharga RM68.00 untuk dewasa manakala RM40.00 untuk kanak-kanak. Tempahan boleh dibuat melalui talian 03-20266060 untuk dapatkan kadar yang terbaik.


Thursday, 24 May 2018

Thursday, May 24, 2018

Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah

Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah | Assalamualaikum semua. Dalam sedar tak sedar dah seminggu kita berpuasa kan. Pantas betul masa berlalu. Oh ye sekarang ni pasti ibu-ibu di luar sana tengah sibuk menyiapkan persiapan untuk hari raya. Kinah pun tak terkecuali jugak tau.

Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah

Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah

Ahad yang lepas selepas ke Jakel Shah Alam, kinah singgah pulak ke Butik Haqqi. Ala tak jauh mana pun dari Jakel jalan sikit je. Sekali sekala apa salahnya exercise. Tujuan asalnya nak cuci mata je tapi tersangkut pulak satu telekung dari Butik Haqqi ni. Kiranya ter shopping telekung raya la di Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah.
Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah
Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah 
Untuk pengetahuan semua, butik Haqqi ni bulan sekadar jual kelengkapan untuk haji dan umrah saja tau. Jubah, dress, tudung, kasut pun ada di sini. Kiranya one stop centre jugak la. Tambahan pula tak lama lagi musim haji akan tiba, jadi sesuai sangat la ke butik haqqi ni.
Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah
Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah
Alaaa jauh betul nak ke Shah Alam tu....

Korang jangan risau, walaupun tak dapat datang ke butik sebab jauh, korang masih boleh shopping kat butik ni. Tapi bagaimana?

Sekarang ni kan zaman di hujung jari, korang boleh dapatkan barangan kelengkapan yang diperlukan melalui atas talian, orang putih kata secara online. Hanya dengan layari website Haqqi korang boleh shopping di haqqi.
Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah
Antara kelengkapan ibadah yang terdapat di portal haqqi
Oh ye sebelum terlupa, di butik haqqi bukan saja korang boleh dapat keperluan umrah dan haji malah korang juga boleh dapatkan kelengkapan raya yang bestnya daripada koleksi-koleksi jenama artis tau. Antara jenama artis yang terdapat di butik haqqi ialah Dara by Fathia Latiff, el by Elfira Loy, izzuexclusive, jenama haqqi sendiri, Medisole, Al-Mukarramah dan pelbagai lagi.

Serius cakap, kalau korang singgah ke butik haqqi confirm rambang mata sebab banyak pilihan daripada kanak-kanak sehingga ke orang dewasa. Apapun korang kena bijak berbelanja yer. Jangan terlebih sudah hehe.

Jom kinah belanja gambar di sekitar butik..
Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah
Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah
Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah
Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah
Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah
Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah
Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah
Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah
Macam mana? Best kan???  Sekarang ni tengah ada promosi. Rugilah kalau tak grab. Oh ye mungkin ada yang tertanya-tanya satu je ke butik ni? Ehhh tak semuanya ada 5 cawangan di sahaja termasuk di Shah Alam, Bangi Sentral, TTDI dan satu di Pantai Timur, di Terengganu.
Butik Haqqi Shah Alam Hab Kelengkapan Haji dan Umrah


Jom tonton video ni dulu


UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Website

Butik Haqqi
NO 37, JALAN PLUMBUM P7/P, 
SEKSYEN 7, 
40000 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN

Email
INFO@HAQQI.COM.MY

No. Telefon
03-5523 6430

Tuesday, 22 May 2018

Tuesday, May 22, 2018

Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam

Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam | Ahad lepas kinah berkesempatan ke Wisma Jakel Shah Alam yang mana menjadi destinasi ke 2 untuk Jakel Barulah Raya pada tahun ni. Seperti pada tahun sebelumnya, sekali lagi Jakel  Trading Sdn. Bhd menampilkan selebriti duta raya Jakel kepada pengunjung di Shah Alam bagi mempromosikan koleksi pakaian raya.
Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam
Credit to: Dboy studio
Majlis yang berkonsepkan sembang santai menampilkan Duta Raya pada tahun ni, Nabil Ahmad, Awal Ashaari, Scha Al Yahya dan Lara Alana (Schawalara), Hanis Zalikha, Hairul Azreen dan Yusuf Iskandar, serta Harith Iskandar dan tidak dilupakan watak animasi kegemaran anak-anak kita, Upin dan Ipin.


Dalam ramai-ramai Duta Raya Jakel tu, sempat juga la kinahr bergambar dengan Nabil hihi..

Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam
Credit to: Bonde Zaidalifah
Menurut Tuan Hj. Mohamed Izani bin. Mohamed Jakel iaitu Pengarah Urusan Jakel Shah Alam, Kempen Jakel Barulah Raya tahun ini adalah satu aktiviti wajib dalam kalendar promosi Jakel bagi memasarkan produk pakaian raya di antara Duta Raya Jakel bersama para pelanggan.  

Jakel Barulah Raya
Selain bertemu pelanggan Jakel, majlis turut dimeriahkan lagi dengan sesi lelongan jualan 'Happy Hour' untuk koleksi pakaian raya di mana setiap duta akan mempromosi dan menjual koleksi pakaian raya mereka dengan harga runtuh pelanggan Jakel. Jakel Shah Alam, turut menghangatkan lagi kempen jualan hari raya pada hari tu dengan memberikan 1000 baju melayu percuma kepada pelanggan terawal  saja dan pelanggan yang membeli baju melayu akan  menerima kain kain ela bercorak dengan percuma.

Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam
Harith Iskandar tengah lelong koleksi pakaian raya beliau
Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam

Untungnya mereka yang dapat free tu siapa yang tak nak kan?...... 

Kain Samping Benang
Jakel sentiasa menampilkan sesuatu yang unik dan memberikan kelainan pada setiap tahun agar pelanggan dapat merasai kemeriahan menyambut musim lebaran. Sememangnya kain samping begitu sinonim bersama baju Melayu kerana ianya melengkapkan lagi gaya sang arjuna.

Sebagai trandsetter fabrik, Jakel tidak terkecuali untuk menghasilkan sesuatu yang lebih kreatif bagi memenuhi citarasa pelanggan. Kain Sampin Benang lebih berkonsepkan santai dan mudah untuk digayakan di samping mengekalkan ciri eksklusif yang hanya boleh didapati di Jakel sahaja. Elemen keselesaan juga diberikan untuk pemakaian kain samping benang ini kerana ianya boleh dipakai sepanjang masa. Didatangkan dengan pelbagai pilihan warna yang boleh disuai padankan bersama koleksi baju Melayu.

Koleksi Baju Melayu
Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam
 Credit to: Jakel
Koleksi Baju Melayu Aaron Aziz  direka khas dan khusus dengan memberikan kemasan pada bahagian leher, poket dan keselesaan. Keistimewaan Koleksi Aaron Aziz pada tahun 2018 ni koleksi yang sememangnya berbeza dari segi penggunaan fabrik dan warna. Antara warna-warna yang dijangkakan bakal menjadi pilihan pada tahun ini ialah warna hijau burung merak ataupun dikenali dengan warna teal green.
Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam
 Credit to: Jakel
Baju Melayu Nabil Ahmad pula berkonsepkan moden kontemporari yang menekankan kekemasan pada leher dan poket termasuk potongan slim-fit yang digemari ramai. Baju-baju ini ditawarkan dengan harga yang berbeza mengikut pada rekaan dan kualiti. Warna yang bakal menjadi perhatian pada tahun ni ialah maroon ataupun warna merah hati.
Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam
 Credit to: Jakel
Selain itu, Baju Melayu Awal Ashaari berpotongan moden kontemporari pada bahagian poket hadapan baju dan mempunyai label AA turut memeriahkan lagi kempen jualan raya pada tahun ni. Tahun ni, koleksi Awal Ashaari lebih memfokuskan kepada warna dan kualiti kain untuk membantu jejaka beraya dengan penuh keyakinan. Warna yang dijangka bakal mendapat sambutan ialah navy blue.

Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam
Credit to: Fb Page Jakel  Shah Alam
Bagi mereka yang 'plus size' usah risau, korang boleh dapatkan koleksi Harith Iskandar. Warna yang dijangka menjadi pilihan ialah yellow buttercup.

Sebut pasal harga tak payahlah korang risau, harga yang ditawarkan oleh Jakel amat berpatutan iaitu serendah RM89.00 dan lebih menarik lagi, pelanggan akan diberikan sehelai kain samping secara percuma beserta bujang baju Melayu. 

Wahhh kiranya dah lengkap persiapan korang untuk raya kali ni. 



Koleksi Kurta
Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam
Credit to: Nazlannasir.com
Jakel Barulah Raya pada tahun ini turut mengekalkan pengeluaran kurta di bawah jenama Hairul Azreen. Jakel sentiasa memenuhi citarasa pelanggan di samping mengikut trend semasa. Koleksi kurta yang dihasilkan adalah berkualiti kerana ianya mementingkan keselesaan apabila dipakai. Kurta ini turut dilengkapi dengan detailing poket dan butang pada sisi lengan. Selain itu, koleksi kurta ini turut berkonsepkan mesra wudhuk di mana pada bahagian lengan boleh dilipat dengan mudah. 


Baju Kurung

Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam
Credit to: Nazlannasir.com
Pada tahun ini, Jakel masih mengekalkan pengeluaran koleksi baju kurung di bawah label Ayda Jebat. Berkonsepkan kurung moden, ianya bersesuaian dengan citarasa terkini wanita terutamanya para gadis dan wanita yang berkerjaya yang mahukan penampilan ceria dan segar di musim lebaran. Bersifat moden, pilihan warna yang menarik dan motif corak printed yang terkini.


Koleksi Kanak-Kanak

Pakaian kanak-kanak masih dikekalkan dengan label Upin Ipin namun telah diolah kepada rekaan baharu bersesuaian dengan keadaan pada masa kini. Setiap pembelian koleksi baju melayu Upin Ipin yang dijual turut diberi percuma kain samping dan butang baju Melayu. Jakel juga turut memberikan keistimewaan kepada si kecil agar tidak terlepas bergaya di aidilfitri. Jakel masih meneruskan pengeluaran produk koleksi pakaian kanak-kanak di bawah label Lara Alana dan Yusuf Iskandar.


Berkonsepkan Kekeluargaan

Pada lebaran ini juga, Jakel tampil mengeluarkan koleksi raya bercirikan kekeluargaan di mana ianya direka dengan design dan warna sedondon. Mewujudkan lagi suasana riang di hari raya bersama keluarga tersayang, Jakel menghasilkan rekaan dengan mengeluarkan produk bercirikan warna-warna ceria dan boleh digayakan untuk satu keluarga.


Koleksi Schawalara
Scha Al-Yahya
Fabrik yang digunakan adalah berkualiti untuk memberikan keselesaan kepada pemakai terutama golongan ibu yang mempunyai anak kecil. Ditawarkan dengan harga yang berbeza-beza bergantung kepada rekaan. Baju kurung Scha Al-Yahya diperkemaskan dengan beberapa jenis detailing seperti jahitan manik, perincian beaded dan lace dan permainan dari segi potongan. Lebih menarik, kesemua baju Scha Al-Yahya didatangkan dalam pelbagai saiz bermula XS sehingga ke 5XL.


Awal Ashaari
Koleksi pakaian raya Baju Melayu di bawah label Awal Ashaari ini direka khas dengan mengetengahkan kekemasan pada leher, poket dan motif warna. Di samping itu, mempunyai potongan moden tanpa pesak seperti kebiasaan baju melayu.


Lara Alana
Jakel juga mengekalkan si kecil Lara Alana sebagai Duta Raya Jakel untuk tahun ini bagi mempromosikan produk baju kurung kanak-kanak perempuan. Populariti si kecil di laman sosial dilihat mampu untuk menarik minat anak kecil untuk tampil secomel Lara Alana di hari lebaran kelak.


Koleksi Hanis, Hairul, Yusuf

Hanis Zalikha
Setiap rekaan yang dihasilkan oleh jenama ini pasti memberikan kepuasan yang maksima kepada peminat Hanis untuk beraya bersama koleksi ini. Jakel mengekalkan konsep elegan, versatile dan juga classy menjadikan koleksi gabungan ini memiliki keistimewaan tersendiri.


Hairul Azreen 
Koleksi Kurta Hairul diperbuat daripada fabrik cotton bersesuaian dengan keadaan cuaca di negara kita. Setiap rekaan ini juga mempunyai detail poket dibahagian sisi tepi baju bagi memberikan sedikit unsur klasik untuk membolehkan pemakai menyimpan barangan peribadi.

Yusuf Iskandar
Keceriaan lebaran tahun ini diserikan lagi dengan koleksi daripada pakaian si kecil comel Yusuf Iskandar. Koleksi Kurta Yusuf bermotifkan potongan leher 'round neck' dan berkolar di mana ianya membantu memberikan keselesaan kepada kanak-kanak. 

Pembayaran Aplikasi Boost

Jakel Barulah Raya Di Jakel Shah Alam
Credit to: Google
Kalau korang nak  tahu, musim perayaan ni, Jakel telah bekerjasam dengan pihak Boost. Boost merupakan aplikasi di muat naik dalam telefon pintar untuk membantu para pelanggan membuat pembayaran secara online. Kiranya korang tak payah nak bawak duit banyak-banyak bila shopping nanti. Guna Boost je. Paling best korang akan dapat mata ganjaran pada setiap transaksi pembayaran dilakukan.


Haa korang jangan lupa slogan 'Ingat Kain, Ingat Jakel'


UNTUK MAKLUMAT LEBIH LANJUT
Website

Facebook

Instagram

Wednesday, 16 May 2018

Wednesday, May 16, 2018

Batrisyia Birthday and Preloved Handbag Giveaway

Assalamualaikum, esok dah mula berpuasa. Selamat berpuasa semua yer. Entri kali ni kinah nak join satu giveaway daripada Cikla. Syaratnya pun mudah aje. Follow semua media sosial Cikla dan ceritakan serba sedikit pengalaman korang bersalin. Takde pengalaman tu cikla kata boleh je skip.



Hmm bercerita tentang pengalaman bersalin yer.... Kinah bersalin kan anak dara yang bertuah ni pada 05 Oktober 2015 di Hospital Selayang. Pada asalnya Thahirah punya due dalam 15 Oktober lebih kurang macam tu. Tapi disebabkan kinah ada pre-eklampsia dan GDM doktor mintak serah diri awal. Jadi, 04 Oktober masuk ward, 05 Oktober pagi tu kena induce. Nak dijadikan cerita, pagi 05 haribulan tu bila doktor check laluan tengok dah 3 cm. So doktor decide tak payah induce. Tengahari tu nurse tolak dalam dewan bersalin.

Lama jugakla kinah dalam dewan tu. Akhirnya pada pukul 8.00 malam kinah selamat lahirkan baby girl. Berat dalam 2.54 kg. Kecik je masa tu. Walaupun dah selamat bersalin masa tu, kinah kena observe kat dalam tu sampai 2.00 pagi sebab degup jantung sangat laju masa tu. Bila doktor check rupanya kinah ada pendarahan lagi dan kena bukak balik jahitan tadi sebab ada part doktor tak jahit. Aduiiii sakitnya tak tahu la nak cakap. Dua kali kot kena jahit. Ngilu rasanya.

Rasanya tu aje la sedikit sebanyak pengalaman kinah lahirkan anak sulung ni.

Kepada adik Batrisyia, Happy Birthday. Semoga jadi anak yang solehah, penyejuk hati ibu dan ayah ye. 
Wednesday, May 16, 2018

Perkara Yang Membatalkan Puasa

Perkara-perkara Yang Membatalkan Puasa |Assalamualaikum dan selamat pagi. Moga hari ni lebih baik daripada semalam. Syukur alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk bertemu lagi di bulan Ramadhan. Moga Ramadhan kali ni memberi lebih makna kepada semua. 

Perkara-perkara Yang Membatalkan Puasa
Perkara-perkara Yang Membatalkan Puasa 
Hmm bila masuk je bulan puasa ni, mesti geng ibu-ibu  la paling sibuk sekali. Awal-awal lagi dah merangka resepi untuk berbuka puasa dan sahur. Bagus juga nanti takde la blur nak masak apa kan. Kinah pun simpan juga list nak masak apa nanti. Senang. 


Oh ye jom kinah kongsikan sedikit perkara yang membatalkan puasa, perkara sunat ketika berpuasa dan perkara makruh dilakukan ketika berpuasa.

Perkara-perkara yang membatalkan puasa:
  1. Makan atau minum dengan sengaja meskipun sedikit (Jika terlupa tidak membatalkan puasa tetapi wajib berhenti sewaktu menyedari bahawa diri sedang berpuasa).
  2. Memasukkan dengan sengaja sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka.
  3. Keluar haid atau nifas.
  4. Gila/Tidak siuman
  5. Murtad (Keluar dari Islam)
  6. Mengeluarkan air mani dengan sengaja
  7. Bersetubuh (melakukan hubungan kelamin pada siang hari Bulan ramadhan)

Perkara-perkara sunat ketika berpuasa:

  1. Menyegerakan berbuka puasa.
  2. Berbuka puasa dengan buah tamar atau juadah manis yang lain
  3. Melambatkan bersahur kerana ada padanya berkat
  4. Memperbayakkan membaca Al-Quran, berzikir, berselawat dan membuat amal kebajikan
  5. Sentiasa bersedekah kepada fakir miskin atau anak yatim dan mereka yang tidak bernasib baik
  6. Menjauhkan percakapan yang sia-sia dan perbuatan yang tidak membawa manfaat
  7. Mandi junub sebelum masukknya waktu subuh.

Perkara-perkara makruh ketika berpuasa:

  1. Bersuntik, berbekam, berkumur-kumur berlebihan, memasukkan air ke dalam rongga hidung secara berlebihan, mandi secara berlebihan serta merasa masakan di hujung lidah.

Sunday, 13 May 2018

Sunday, May 13, 2018

Samyang Carbo Pink

Samyang Carbo Pink| Haritu masa ramai orang tengah buat challenge makan maggi Pedas Giler kinah pun nak juga mencuba. Tapi tak jumpa pulak maggi tu. Mungkin takde rezeki nak cuba masa tu.

Tengah pusing belek rak maggi tu ternampak pulak Samyang Carbo Pink ni.

Samyang Carbo Pink
Samyang Carbo Pink

Hmm teringin pulak nak cuba. Tapi yang jadi lama bertapa kat rak tu ada samyang yang kuning tu. Nak yang itu ke nak yang ni. Last kinah ambil Samyang Carbo Warna Pink ni. Nak mencuba. Harganya pun berbeza dengan Samyang Hot Chicken Flavor Cheese.

Harga Samyang Carbo ni RM24.90. Tu harga kat tempat kinah la. Tempat korang kinah tak pasti.

Agak-agaknya pedas tak macam samyang yang lain?
Samyang Carbo Pink
Samyang Carbo Pink

Hmm tak tau nak cakap. Masa mula-mula makan tu pedas la jugak. Lama-lama ok je. Tak de la pedas sampai bengkak bibir ni. Ni pandangan kinah. Lain orang lain pandangannya.

Nak tahu pedas ke tidak, korang kena rasa la dulu.

Monday, 7 May 2018

Monday, May 07, 2018

Giveaway DouDou.my X #CeritaMak

Hari ni ada kelapangan sikit. Jadi nak memenuhi masa tu kinah nak join satu giveaway daripada #ceritamak. 


Menarik jugak kalau menang baucer doudou.my ni. Kalaulah kinah menang baucer RM50.00 kinah nak beli yang ni
Cantikkan dress ni? Boleh tambah baju raya untuk Thahirah nanti. Dalam banyak- banyak tu terbekenan pulak dengan yang ni.

Korang kalau nak join giveaway ni klik je kat banner di atas tu ye. Giveaway ni berlangsung  sehingga 5 Jun 2018. 

Sunday, 6 May 2018

Sunday, May 06, 2018

Aktifkan Diri Anda Bersama Safi Shayla Pakar Rambut Wanita Bertudung

Aktifkan Diri Anda Bersama Safi Shayla Pakar Rambut Wanita Bertudung | Khamis lepas kinah berkesempatan menghadiri satu event daripada Safi di District 21, IOI City Mall Putrajaya. Event ni bersempena Relaunch produk Safi Shayla. Korang nak tahu Safi Shayla sekarang dah berwajah baru dan Safi Shayla juga telah mengeluarkan produk baru khusus untuk penjagaan rambut. So lepas ni bolehlah Aktifkan Diri Anda Bersama Safi Shayla Pakar Rambut Wanita Bertudung. Ehh yang tak bertudung pun boleh pakai juga.



So, teruja tak? Kinah pun teruja tau.

Siapa pengguna produk Safi kat sini? Yeayy kita sama.  Kira dah lama juga kinah gunakan produk Safi ni ok.

Aktifkan Diri Anda Bersama Safi Shayla - Pakar Rambut Wanita Bertudung

Aktifkan Diri Anda Bersama Safi Shayla
Aktifkan Diri Anda Bersama Safi Shayla
Program Relaunch dimulakan dengan kata-kata aluan daripada pengacara yang comel dan ceria dan diikuti dengan ucapan daripada Mr. Sriram Krishnamurthy selaku Chief Executive Wipro Unza (Malaysia) Sdn. Bhd. Majlis ni juga diteruskan dengan launch gambit yang menarik. Selain itu, turut diadakan sesi bergambar, berzumba untuk rakan bloggers dan media. Selepas itu turut diadakan aktiviti khusus buat rakan media dan bloggers.

Jom Kinah belanja gambar semasa event tu berlangsung


Aktifkan Diri Anda Bersama Safi Shayla

Aktifkan Diri Anda Bersama Safi Shayla

Aktifkan Diri Anda Bersama Safi Shayla

Aktifkan Diri Anda Bersama Safi Shayla

Aktifkan Diri Anda Bersama Safi Shayla

Aktifkan Diri Anda Bersama Safi Shayla
Aktifkan Diri Anda Bersama Safi Shayla
Happening sangat event ni. Panjang sangat intro nye hihi. Mesti korang dah tak sabar nak tahu produk-produk Safi Shayla yang terkini.

Aktifkan Diri Anda Bersama Safi Shayla
Aktifkan Diri Anda Bersama Safi Shayla
SAFI SHAYLA kini mempunyai formulasi baru yang mengandungi 1001 manfaat Habbatus Sauda dan kebaikan Micro Bamboo Charcoal. Habbatus Sauda merupakan ekstrak yang digunakan sejak zaman dahulu lagi dan dipercayai dapat memberikan manfaat kepada penggunanya. SAFI memperkenalkan Habbatus Sauda di dalam produknya kerana ia dapat membantu mengurangkan kegatalan kulit kepala dengan cara mencegah penghasilan bakteria. Tambahan pula, Habbatus Sauda dapat mengekalkan rambut sihat kerana ia dapat menghindari keguguran rambut dan membuat rambut lebih lembap dan bersinar.

Micro Bamboo Charcoal membantu menghilangkan toksin daripada kulit kepala, mengurangkan rambut berminyak dan memberikan sinar kepada rambut. Dengan mengeluarkan minyak dan kotoran, Micro Bamboo Charcoal menjadikan rambut lebih lebat dan pada masa yang sama dapat mengawal bau rambut. Bau rambut merupakan sesuatu yang penting untuk golongan wanita bertudung kerana ia dapat meningkatkan keyakinan diri.


SAFI SHAYLA kini mengeluarkan rangkaian produk syampu yang baru yang bukan sahaja mengandungi formulasi Habbatus Sauda dan Micro Bamboo Charcoal tetapi ia juga disertakan dengan pembungkusan baru yang menarik di dalam pelbagai saiz dan disertakan juga dengan haruman yang menyegarkan. Menariknya, haruman ini, ia dapat dapat bertahan selama 48 jam. 


Pakar dalam penjagaan diri, SAFI SHAYLA memahami masalah yang menghantui golongan wanita bertudung kerana sudah ramai wanita yang kecundang apabila berhadapan dengan soal penjagaan rambut. Dengan rangkaian produk terbaru ini, SAFI SHAYLA inginmembantu golongan wanita bertudung untuk merasa lebih yakin dengan diri bagimengejar impian dan cita-cita setinggi gunung,tidak kira di dalam bidang apa sekalipun. Golongan wanita ini dapat mencapai impian bukan sekadar dengan menggunakan syampu yang baharu tetapi juga dengan bantuan rangkaian penjagaan rambut syampu Mist 2 dalam 1 Rambut & HIjab, Serum Rambut dan Minyak Rambut untuk mendapat rambut ikal mayang dan kulit kepala yang sihat.
Aktifkan Diri Anda Bersama Safi Shayla
Aktifkan Diri Anda Bersama Safi Shayla
Mist 2 dalam 1 Rambut & Hijab boleh disembur terus ke rambut atau hijab kerana sifatnya yang cepat kering. Berbeza dengan produklain di pasaran yang meninggalkan kesan, jangan khuatir kerana produk ini tidak meninggalkan sebarang kesan ke atas rambut ataupun hijab. Bagi wanita moden, SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut& HIjab sangat sesuai dalam kehidupan seharian kerana ia meninggalkan haruman yang menyegarkan di mana ia dapat bertahan selama 24 jam. Selain itu, ia juga dapat mengekalkan kelembapan rambut, mengembalikan sinar, memberikan lebih kelembutan, bermaya dan membuatkan rambut lebih ringan.

Hasil gabungan ramuan syampu dan serum SAFI SHAYLA ia dapat menghasilkan rambut lebih lembut dan ringan. SAFI SHAYLA Serum Rambut didatangi dengan 2 variasi iaitu –Licin Terurus dan Hitam Menawan.
Aktifkan Diri Anda Bersama Safi Shayla
Aktifkan Diri Anda Bersama Safi Shayla
Minyak rambut SAFI SHAYLA pula dapat memberikan rambut yang lembut serta licin sekaligus memberikan rambut kelihatan sihat serta memberikan keharuman yang berpanjangan.

Setiap variasi produk yang dihasilkan dan diformulasi oleh SAFI SHAYLA adalah untuk melengkapi satu sama lain. Dengan menggunakan variasi produk dalam rangkaian SAFI SHAYLA,ia dapat memastikan golongan wanita bertudung memperoleh lebih keyakinan diri dengan mempunyai rambut selembut sutera dan sihat.

Rangkaian produk SAFI SHAYLA boleh didapati dalam pelbagai saiz dengan harga mampu milik :

1. Syampu – 160G (RM8.35) / 320G (RM13.65) (8 variasi)

a) SAFI SHAYLA Syampu Segar & Bermaya MengandungiNano Lipid Enhancer dimana ia dapat melindungi rambut dan mengeluarkan kekotoran minyak pada rambut. Selain itu, ia juga dapat membersihkan kulit kepala dengan lebih berkesan dan hasilnya memberikan rambut rasa segar dan bermaya.


b) SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus – Mengandungi Teknologi Perawatan Rambut Lembut yang dapat meluruskan, melembutkan, melindungi dan mengurangkan rambut kerinting. Ia dapat menjadikan rambut anda lebih mudah untuk djaga/dimanja. 


c) SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur – Mengandungi Micro ZPT Complexdimana ia dapat mengurangkan 99.9% kulat yang boleh menyebabkan kelemumur hanya dengan basuhan yang pertama. 

d) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi Pro-Vitamin B5,protein gandum yang dapat mengukuhkan struktur rambut dan mengurangkan keguguran rambut. 

e) SAFI SHAYLA Syampu HitamMenawan– Juga mengandungi Sheen Lock yang merupakan ejen pengunci kilauan yang dapat membuat rambut hitam berkilat, sihat, lembut dan mudah diurus. 

f) SAFI SHAYLA Syampu Itch-Kontrol– Mengandungi minyak argan dan mentol yang dapat menyegarkan dan menghapuskan bau di kulit kepala. Minyak Argan dan mentol akan membuatkan kulit kepala terasa sejuk dan segar seperti berada di awang-awangan. 

g) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Minyak– Mengandungi citrus dan mentol dimana ia dapat membantu dalam pengawalan rambut berminyak dengan membersihkan liang-liang roma secara mendalam dan memusnahkan minyak yang berlebihan. Citrus dan mentol juga dapat menghilangkan kekotoran dan menyegarkan kulit kepala. 

h) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Rosak – Mengandungi amino complex yang membantudalam pemulihan rambut rosak dengan memelihara selaput rambut sekaligus memberikan kelembapan pada rambut. 

2. Syampu pouch – 480G (RM14.65) (5 Variasi) 
a) SAFI SHAYLA Syampu Kawalan Rambut Gugur 
b) SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya 
c) SAFI SHAYLA SyampuItch-Kontrol 
d) SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur 
e) SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus 

3. Syampu pump – 520G (RM19.90) (5 Variasi) 
a) SAFI SHAYLA SyampuKawalan Rambut Gugur 
b) SAFI SHAYLA Syampu Segar Bermaya 
c) SAFI SHAYLA SyampuItch-Kontrol 
d) SAFI SHAYLA Syampu Anti-Kelemumur 
e) SAFI SHAYLA Syampu Licin Terurus 

4. SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab – 100ML (RM17.90) Terdapat dua variasi iaitu Licin Terus dan Hitam Menawan. Kedua-dua variasi SAFI SHAYLA Mist 2 dalam 1 Rambut dan Hijab mengandungi Habbatus Sauda Organik, perapi asas semulajadi, Pro-Vit B5 dimana ia membekalkan rambut dengan nutrisi, anti-bakteria, perlindungan dari cahaya matahari, memberi kelembapan, mengembalikan sinar, menghindari rambut rosak dan pada masa yang sama ia membuatkan rambut lebih lebat dan sihat.

5. SAFI SHAYLASerum Rambut – 50ML (RM17.90) 

Juga terdapat dalam dua variasi 

Formulasi SAFI SHAYLA Serum Rambut mengandungi: 
a) Minyak organik Habbatus Sauda – Memberikan perlindungan UV, membekalkan nutrisi untuk rambut yang mengandungi anti-bakteria. 

b) Minyak Moroccan Argan Organik– Kaya dengan vitamin, mineral dan anti-oxida yang dapat membantu dalam hidrasi rambut. Dengan itu ia dapat menghasilkan rambut yang lebih lembut dan mengurangkan kerosakan rambut rapuh dengan meningkatkan keanjalan rambut. Pada masa yang sama ianya dapat memulihkan kilauan rambut. 

c) Minyak Zaitun Asli – Menyegarkan kembali rambut kering, kusam dan kerinting. 

d) Minyak Vitamin E – Mengekalkan rambut yang kuat dan sihat kerana minyak vitamin E mengandungi anti-oxida yang dapat meneutralkan radikal di rambut. 

6. SAFI SHAYLA Minyak Rambut – 100ML (RM11.90) 

SAFI SHAYLA Minyak Rambut difomulasikan dengan Habbatus Sauda organikdan juga Minyak Zaitun asli. SAFI SHAYLA Minyak Rambut mempunyai 3 variasi iaitu:- 

a) SAFI SHAYLA Anti-Kekeringan – Mengandungi Vitamin E, A & C yang dapat menjadikan kulit kepala lebih sihat dan melindunginya daripada sinaran cahaya matahari. 

b) SAFI SHAYLA Kawalan Rambut Gugur – Mengandungi minyak argan yang membantu memberikan rambut kelihatan lebih bersinar dan mengurangkan rambut rapuh. 

c) SAFI SHAYLA Anti-Kelemumur – Mengandungi ajen anti-kelemumur dan mentol di mana ia berkesan dalam mengurangkan kelemumur, kegatalan kulit kepala dan kulit kepala yang berminyak. Berbeza daripada 2 minyak rambut yang disebutkan di atas, minyak rambut SAFI Shayla Anti_Kelemumur dipakai sebelum mencuci rambut. Urutkan secara perlahan-lahan minyak rambut di permukaan kulit kepala hingga ke hujung rambut. Biarkan selama 3 – 5 minit, kemudian basuh dan bilas bersama rangkaian produk syampu SAFI SHAYLA. 

Rangkaian penjagaan rambut SAFI SHAYLA melengkapi antara satu sama lain dan ia dapat membuahkan hasil yang baik bagi golongan wanita bertudung atau pun tidak. SAFI SHAYLA ini sangatlah bersesuaian bagi semua golongan wanita daripada wanita bekerjaya sebagai pemain drum, pemain papan luncur, pengajar zumba ataupun penunggang jet-ski kerana SAFI SHAYLA mengurangkan kegatalan dan masalah kulit kepala berminyak sambil meninggalkan kesan haruman sepanjang hari. 

Rangkaian produk SAFI SHAYLA adalah dalam lingkungan harga mampu milik dan memiliki sijil halal. SAFI SHAYLA boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga di laman web dalam talian.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT