Yakin Dan Cantik Berseri Dengan Seribella

Tuesday, January 30, 2018
Yakin Dan Cantik Berseri Dengan Seribella | Lumrah wanita untuk kelihatan lebih cantik. Sanggup berhabis wang semata-mata untuk cantik. Beli mekap itu ini tapi itu cuma kecantikan luaran sahaja tetapi dalaman diabaikan. Mana boleh begitu, kena ada keseimbangan. Hari ni kinah nak perkenalkan dengan anda mengenai satu produk kecantikan untuk kelihatan lebih cantik dan berseri. Nak tahu apakah produk tersebut? 

Buat pengetahuan semua, pengasas Seribella ialah Belle Al-Yahya, ala terkenal dengan jenama BellaAmmara tu. Siapa nak cantik kulit lebih licin dan berseri macam beliau?Haa Seribella la jawapannya. Kalau nak tahu, Seribella merupakan produk makanan tambahan yang menggunakan Lycopene tomato sebagai bahan utama. Haa siapa yang tak suka makan tomato mentah-mentah boleh cuba Seribella ni. Tablet kunyahan ini menjanjikan kesan yang terbaik untuk mencerahkan kulit seluruh badan di samping menyerikan kulit. Dengan mengunakan Advance Formula dan bahan-bahan semulajadi Seribella ini juga dapat membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan.

Yakin Dan Cantik Berseri Dengan Seribella

Seribella
Yakin Dan Cantik Berseri Dengan Seribella 
Siapa yang tak nak cantikkan. Semua orang nak cantik tapi bila kena makan sayur tu rasa bercinta pulak. Tapi dengan adanya Seribella ni, kita akan dapat khasiat seperti kita makan sayur terutamanya buah tomato. Antara kandungan yang terdapat dalam Seribella ini ialah, tomato, strawberi, madu, olive, L-Crystine dan Ceramic yeast. Siapa sekarang ni mengalami masalah jerawat apa kata cuba amal Seribella ni, insya Allah dengan mengamalkannya secara konsisten, kita akan dapat hasilnya. Untuk pengetahuan semua, Seribella telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dengan nombor rujukan KKM020617/05/133. Jadi, tak usahlah ragu-ragu ye. Rasanya sangat sedap masam-masam manis. 

KHASIAT TOMATO
Khasiat buah tomato untuk kesihatan kulit tidak dapat disangkal lagi. Tomato mempunyai pelbagai khasiat yang membantu menyerikan wajah. Tomato juga kaya dengan antioksidan yang berfungsi sebagai pelindung dari  sinaran ultraviolet (UV) yang membahayakan kulit kita.

KHASIAT MADU
Madu bukan sahaja bertindak sebagai pemanis. Dalam kesihatan kulit, madu berfungsi sebagai pelembap kulit dari dalam. Ciri antioksidan yang tinggi dalam madu membantu menghilangkan sel kulit mati. Madu juga membantu dalam proses pembentukan kolagen yang menyembuhkan parut luka.

KHASIAT STRAWBERI
Strawberi kaya dengan vitamin C dan pelbagai mineral lagi yang bermanfaat untuk kesihatan kulit kita. Vitamin C juga memainkan peranan yang penting dalam menguatkan sistem imun badan. Kandungan serat yang tinggi dalam strawberi juga membantu melancarkan sistem penghadaman.

KHASIAT ZAITON
Umum mengetahui khasiat buah zaiton. Mengandungi antioksidan yang tinggi. Selain itu, mengandungi banyak vitamin E yang sangat berguna untuk menjaga keanjalan kulit di samping bertindak sebagai anti-penuaan.

INFO MENGENAI SERIBELLA
  • Supplemen kecantikan yang bila dimakan akan mendapat kesan seawal 5 hari
  • Dapat mengecutkan jerawat batu dalam masa 7 hari
  • Bertindak sebagai agen Anti-penuaan
  • Kulit akan sentiasa lembap dan berseri-seri
  • Kaya dengan vitamin dan mineral untuk kecantikan kulit dan dalaman
  • Membantu mengatasi masalah jeragat
  • Bertindak sebagai MILKBOOSTER dan sangat sesuai diambil oleh ibu-ibu yang menyusu
CARA PENGAMBILAN SERIBELLA
  • Ambil 2 hingga 3 biji  sebelum atau selepas makan (seeloknya 3 biji sehari untuk dapatkan kesan maksima)
  • Seribella seeloknya diambil pada waktu siang.
  • Digalakkan untuk minum air putih atau kosong yang secukupnya
  • Kesan boleh dilihat seawal 5 hari bergantung juga pada hormon seseorang
  • Lelaki dan wanita boleh amalkannya

AMARAN KERAS!!!!! IBU MENGANDUNG TIDAK BOLEH AMALKAN SERIBELLA

PENGALAMAN KINAH AMALKAN SERIBELLA

Selama kinah menggunakan Seribella ni, kinah puas hati sangat sebab masalah jerawat yang membelenggu kinah semakin berkurangan. Kalau jerawat naik pun, cepat kecut. Kulit pun semakin lembap dan cerah. Satu je kinah nak pesan, minum air kosong secukupnya. Mana-mana supplement yang kita makan digalakkan minum air dengan banyak barulah nampak kesannya. 

TESTIMONI PENGGUNA SERIBELLA


Berminat untuk mencuba Seribella? Bolehlah cuba hubungi agen yang kinah lampirkan di bawah ye. Servis beliau memang tip top.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI
Fb : Maryam Rahman
Ig : @seribella.beautyadmire
WhatsApp : +60167856070
Email : maryamrahman43@gmail.com
Yakin Dan Cantik Berseri Dengan Seribella Yakin Dan Cantik Berseri Dengan Seribella Reviewed by Kin Naz on Tuesday, January 30, 2018 Rating: 5

Keseronokan Bersukan Dengan Koleksi ‘SUKAN RIA’ CARRIE JUNIOR

Friday, January 26, 2018

Keseronokan Bersukan Dengan Koleksi ‘SUKAN RIA’ CARRIE JUNIOR | Kita telah mencapai zaman di mana teknologi mula mengambil alih interaksi ibu bapa dengan anak-anak secara perlahan-lahan. Kanak-kanak yang terdedah kepada teknologi akan lebih cenderung ke arah menjalani gaya hidup tidak aktif kerana leka dengan alatan gajet. Kanak-kanak secara semulajadi gemar bermain dan mereka seharusnya digalakkan untuk menjadi aktif. Latihan sukan dan permainan memberikan peluang untuk anak-anak bersenam bagi memastikan mereka kekal sihat dan membantu perkembangan fizikal mereka.

Bermain dengan air merupakan aktiviti yang paling dinantikan kanak-kanak, dan waktu mandi sememangnya merupakan masa yang paling sesuai untuk bermain bersama permainan mereka. Walaupun mainan seringkali dilihat sekadar permainan dan sesuatu yang menyeronokkan, namun ia sebenarnya lebih dari itu. Mainan sekurang-kurangnya dapat menyediakan peluang untuk si manja belajar dalam pelbagai aspek pembangunan diri. Ia menyediakan ruang untuk kanak-kanak mengukuhkan kemahiran fizikal mereka, menggilap kemahiran social dan emosi, serta meningkatkan perkembangan bahasa dan pertuturan.
Carrie Junior
Keseronokan Bersukan Dengan Koleksi ‘SUKAN RIA’ CARRIE JUNIOR
Direka untuk mencetuskan keriangan kepada kanak-kanak, CARRIE JUNIOR telah mereka 6 figura mainan comel yang dikenali sebagai ‘Sukan Ria’ bagi membantu perkembangan imaginasi dan minda mereka. CARRIE JUNIOR bukan sahaja sentiasa menggalakkan keseronokan masa mandi, ia juga turut menekankan amalan nilai murni di dalam interaksi semasa bermain dengan permainan dengan cara yang kreatif dan imaginatif.
Sebanyak 6 figura mainan comel yang terdiri daripada CARRIE JUNIOR- si gajah yang gemar bermain bola sepak, SPEEDY TOMMY- si kura-kura yang terpantas di atas trek larian, TUFFY TEDDY- si beruang yang paling kuat, DRIBBLY MINKY- si racoon yang mahir dalam sukan hoki, SMASHY MACKY- si monyet yang tangkas bermain ping pong, dan juga trofi kejohanan sukan yang akan di bungkus setiap satu di dalam setiap produk CARRIE JUNIOR bersaiz 700ml.
Carrie Junior
Keseronokan Bersukan Dengan Koleksi ‘SUKAN RIA’ CARRIE JUNIOR
Sama seperti pembungkusan CARRIE JUNIOR sebelum ini, koleksi mainan baharu ini akan disembunyikan di dalam ‘ruangan rahsia’ yang akan menempatkan figura mainan ‘misteri’ dan menggalakkan anak-anak untuk meneroka, merangsang sifat ingin tahu dan memberikan mereka keseronokan. Dengan koleksi mainan CARRIE JUNIOR Sukan Ria yang baharu, masa mandian si manja pasti akan menjadi satu pengembaraan yang menyeronokkan kerana dapat menggunakan imaginasi mereka.

Koleksi figura CARRIE JUNIOR & Buddies boleh di dapati bersama mana-mana variasi CARRIE JUNIOR Baby Bath, CARRIE JUNIOR Baby Shampoo, CARRIE JUNIOR Baby Hair & Body Wash serta CARRIE JUNIOR Kids Shampoo bersaiz 700ml. Anak dara kinah bila mandi dengan mandian Carrie Junior ni jawabnya lama la dia dalam bilik air. Suka sangat main dengan buih-buih sabun Carrie Junior ni. Seronok sangat tengok dia happy, kita pun happy sama

TENTANG CARRIE JUNIOR 

CARRIE JUNIOR merupakan rangkaian premium penjagaan diri si manja yang membantu merapatkan hubungan ibu bapa dengan si manja melalui waktu mandian yang menyeronokkan. Rekaan pembungkusan yang menarik dan berwarna-warni membantu kanak-kanak mencetus imaginasi di dalam bilik mandi.

Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyubur, melembap dan melindungi rambut serta kulit lembut si manja. Rangkaian CARRIE JUNIOR memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berasa segar dan bersih sepanjang hari. Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian. 

Diiktiraf Halal, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga mempunyai bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.



Keseronokan Bersukan Dengan Koleksi ‘SUKAN RIA’ CARRIE JUNIOR Keseronokan Bersukan Dengan Koleksi ‘SUKAN RIA’ CARRIE JUNIOR Reviewed by Kin Naz on Friday, January 26, 2018 Rating: 5

Kleenex Skincare Facial Tissue Free Sample

Wednesday, January 24, 2018
Kleenex Skincare Facial Tissue Free Sample | Siapa nak cuba tisu terbaru keluaran kleenex? Sekarang ni diorang tengah offer nak bagi free sample. Apa yang penting, sampel ni hantar ke rumah korang. Stok terhad lebih baik korang isi form di sini cepat-cepat sebelum habis. 

Kleenex Skincare Facial Tissue Free Sample
Kleenex Skincare Facial Tissue Free Sample

Kleenex Skincare Facial Tissue Free Sample Kleenex Skincare Facial Tissue Free Sample Reviewed by Kin Naz on Wednesday, January 24, 2018 Rating: 5

Balm Bayi Tok Syed Melegakan Batuk, Selsema dan Hidung Tersumbat

Tuesday, January 23, 2018
Balm Bayi Tok Syed Melegakan Batuk, Selsema dan Hidung Tersumbat | Setiap ibu sentiasa mahu yang terbaik untuk anaknya terutama dari aspek kesihatan. Tambahan pula keadaan cuaca yang tidak menentu sekejap panas, sekejap hujan ketika ini akan menjejaskan tahap kesihatan anak-anak kita. Kali ni kinah nak memperkenalkan satu lagi balm yang berasaskan bahan semula jadi dan ianya sesuai sangat digunakan untuk si manja kita. Balm tersebut diberi nama Balm Bayi Tok Syed.

Balm Bayi Tok Syed Melegakan Batuk, Selsema dan Hidung Tersumbat

Balm Bayi Tok Syed
Balm Bayi Tok Syed
Balm Bayi Tok Syed merupakan persediaan kecil yang perlu ada di setiap rumah yang mana balm ini dapat membantu melegakan batuk, selsema dan hidung tersumbat. Beberapa hari yang lepas, Thahirah mula batuk-batuk. Secara kebetulan balm bayi Tok Syed baru je sampai ke rumah, kinah tahu balm tok syed ni pun daripada kawan-kawan blog kinah. Tak salah nak mencuba kan. Tambahan pula balm ni bukan saja untuk bayi, satu family pun boleh guna balm ni. Jadi memang tak rugi rembat sebiji balm bayi Tok Syed ni.

Balm serbaguna ini kalau korang nak tahu ianya diproses di kilang yang bertaraf GMP malah ianya selamat digunakan oleh pelbagai peringkat umur tak kira la lelaki ataupun wanita. Sebelum kita pergi lebih jauh mengenai balm bayi Tok Syed ni, jom kita kenal dulu latar belakang syarikat yang mengeluarkan balm bayi Tok Syed ni.

Tok Syed Distribution Sdn. Bhd. mula ditubuhkan pada bulan April 2017 dengan pada awalnya membawa kepada perniagaan menjual produk-produk barangan keperluan ibu dan anak yang berasaskan herba-herba tradisional yang berkualiti.
Keprihatinan kami adalah penggunaan produk berasaskan herba tradisonal kepada pelanggan kami dan sekaligus mengurangkan penggunaan bahan-bahan kimia lain yang merbahaya yang mana pada kebiasaanya terkandung di dalam produk-produk di dalam industri ini.
Balm Bayi Tok Syed
Balm Bayi Tok Syed
BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN
Kalau nak tahu, bahan-bahan yang digunakan untuk balm bayi Tok Syed ini semuanya berasaskan daripada bahan-bahan semulajadi. Jadi tak payahlah risau dan ragu dan gunakannya tanpa was-was. Antaranya ialah Beeswax, Minyak Kelapa Dara, Minyak Bunga Matahari dan Pati Minyak Lavender.

Beeswax 
Beeswax atau lebih dikenali juga sebagai lilin lebah merupakan pekatan bahan asli yang dihasilkan dari lebah. Besswax juga dapat membantu mengatasi masalah keradangan kulit.

Minyak Kelapa Dara
Minyak kelapa dara merupakan 100% organik dan diperolehi daripada pohon kelapa yang hidup secara semula jadi. Menggunakan kelapa yang berkualiti tinggi dan diproses bebas daripada bahan kimia yang merbahaya.

Minyak Bunga Matahari
Minyak bunga matahari diekstrak dari bijinya yang kaya dengan nutrien yang seimbang komposisinya. Kandungan vitamin E dan asid lemak Omega 6 yang tinggi menjadikannya sangat efektif untuk urutan luaran.

Pati Minyak Lavender
Pati minyak lavender sepertimana yang kita semua tahu berfungsi dapat mengurangkan tekanan. Dengan wangiannya yang menenangkan itu, malah turut terbukti dapat meredakan demam dan juga selsema.
Balm Bayi Tok Syed
Tekstur Balm Bayi Tok Syed
Syukur diperkenalkan dengan balm bayi Tok Syed ni. Keluarga kinah serasi  dengan balm ni. Lagipun kinah pun turut menggunakan balm ni. Tadi kinah ada beritahu yang Thahirah ada batuk-batuk sikit kan, lepas sapu balm bayi Tok Syed secara konsisten alhamdulillah batuk dah mula berkurangan. Satu lagi mengenai balm ini ialah jika terkena gigitan nyamuk, korang boleh sapu dengan balm ni. Gatal-gatal pun semakin kurang jadi parut kesan nyamuk pun tak kelihatan. Paling best dengan balm ni, bau dia wangi sangat-sangat. Tak macam balm-balm yang dijual dipasaran, bau kuat sangat. Tapi balm bayi Tok Syed ni bau dia soft dan menenangkan dan boleh juga digunakan bila sakit kepala. Ibu-ibu memang patut ada balm ni tau. Sebabnya serbaguna, satu family boleh guna balm ni. Mudah dibawa ke mana saja dan yang paling penting ianya tak panas dan tak melekit. Sesuai sangat dengan bayi yang kulitnya sangat sensitif. Lihatlah cara pembungkusannya sangat eksklusif dan sesuai  sangat dijadikan hadiah kepada ibu-ibu baru.
Balm Bayi Tok Syed Melegakan Batuk, Selsema dan Hidung Tersumbat
Balm Bayi Tok Syed
Balm Bayi Tok Syed
Cara Penggunaannyaa pun mudah. Hanya ikut saja langkah-langkah diberi.
1. Sapukan balm dan urut perlahan-lahan pada tapak kaki.

 2. Urutan perlahan di belakang badan

3. Urutan perlahan di bahagian dada

4. Boleh di sapu sedikit di bahagian 'T' di muka

Jika bayi anda selsema, sapukan balm ini secara nipis dibahagian batang hidung dan boleh digunakan semasa membuat teknik percussion untuk melonggarkan kahak.

TESTIMONI PENGGUNA
Ramai yang dah menggunakan balm bayi Tok Syed ni dan rata-ratanya memberi respon yang sangat positif dan mereka berpuas hati dengan balm bayi Tok Syed ni termasuklah kinah juga. Jom kita tengok apa kata pengguna mengenai balm bayi awesome ni.

Kinah pun ada hantar testimoni pada Tuan Syed



TESTIMONI VIDEO

Macam mana, bestkan balm bayi Tok Syed? Kepada mereka yang berminat untuk menjadi pengedar Balm Bayi Tok Syed, anda bolehlah daftar di SINI

UNTUK URUSAN PEMBELIAN DAN MAKLUMAT LANJUT
Website Utama

Page Jualan

Page Pengedar

Facebook Rasmi

Instagram Rasmi

Youtube Rasmi

No Telefon
016-8262990


Balm Bayi Tok Syed Melegakan Batuk, Selsema dan Hidung Tersumbat Balm Bayi Tok Syed Melegakan Batuk, Selsema dan Hidung Tersumbat Reviewed by Kin Naz on Tuesday, January 23, 2018 Rating: 5

Beli Novel Pemangsa

Tuesday, January 23, 2018
Beli Novel Pemangsa | First time beli novel thriller macam ni. Sekali sekala tukar genre. Asyik novel cinta je kan. Sebenarnya kinah begitu tertarik dengan sinopsisnya. Membuatkan kita tertanya-tanya siapa sebenarnya Pemangsa. Siapa sebenarnya Pemangsa tu? Entahlah kinah pun tak baca lagi. Baru je sampai semalam. Kinah beli dari Lazada. Murah je dalam RM22.00 yang bestnya tak payah bayar cas penghantaran. Nampaknya dah minat yang thriller pulak dah hihi. Lepas ni kena kumpul la banyak-banyak. Kalau korang nak baca review novel yang lain kinah ada sediakan link di bawah ni.
Novel Pemangsa
Beli Novel Pemangsa Beli Novel Pemangsa Reviewed by Kin Naz on Tuesday, January 23, 2018 Rating: 5

Novel Lafazkan Kalimah Cintamu

Monday, January 22, 2018
Novel Lafazkan Kalimah Cintamu | Orang duk kecoh cerita Lafazkan Kalimah Cintamu, tapi kita satu episod tak layan lagi. Hari tu masa balik kampung, ambik novel-novel kinah yang tak baca lagi. Ambikk je. Baca belum lagi. Ada je simpan dalam rak tu. Entah bila nak baca pun tak tahu hihi. Bila belek-belek novel tu rupanya ada novel Lafazkan Kalimah Cintamu. Walaweh beli dah lama kot masa zaman universiti lagi tapi baca pun tak habis. Nampaknya lepas siap semua job nanti nak curi masa baca novel sekejap. Itupun kalau hihi. Sampai dah lunyai orang lain baca, tapi tuannya baca separuh je.
Novel Lafazkan Kalimah Cintamu
Novel Lafazkan Kalimah Cintamu
Meh kinah story sikit sinopsis novel Lafazkan Kalimah Cintamu 
Tengku Aqilah, seorang anak yang disisih oleh bapa kandungnya sendiri. 13 tahun Tengku Aqilah hidup diperantauan membina kehidupannya seorang diri. Kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya. Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa, Tengku Aqilah akur jua. Tengku Ryan, jejaka tampan kacukan Inggeris Melayu itu begitu  membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebencian terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah menggapai kebahagian dalam hidupnya? 

Nak tahu selanjutnya apa yang jadi kepada Tengku Aqilah kenalah baca dulu novel ni sampai habis ye atau tengok je di Astro Ria.

Oh ye, tiba-tiba minat dengan novel fixxi. Lepas baca ulasan novel daripada kak Sha, rasa minat tu timbul. Hmm insya Allah kinah tengah tunggu novel Pemangsa sampai esok. Tak sabar nak baca. Nanti ada masa kinah review ye.
Novel Lafazkan Kalimah Cintamu Novel Lafazkan Kalimah Cintamu Reviewed by Kin Naz on Monday, January 22, 2018 Rating: 5

Balm Tasneem Naturel Untuk Kegunaan Seisi Keluargaku

Friday, January 19, 2018
Balm Tasneem Naturel Untuk Kegunaan Seisi Keluargaku | Keadaan cuaca yang tak menentu sekarang ni, sedikit sebanyak menjejaskan tahap kesihatan kita. Baik yang dewasa mahupun anak-anak. Batuk, selsema tu kalau dah mula serang aduhaii lambat nak sembuh walaupun makan ubat. Tapi kat rumah ni kinah tak galakkan sangat makan ubat ni, kita guna alternatif lain. Nak tahu bagaimana? Haaa Kalau korang nak tahu dekat rumah ni, wajib ada balm yang dapat membantu mengatasi masalah ni. Balm ni bukan sahaja sesuai digunakan untuk bayi sahaja ye, orang dewasa pun boleh guna juga tau. Waaah bagusnya balm ni. Nak tahu balm apa yang kinah guna? 

Balm Tasneem Naturel Untuk Kegunaan Seisi Keluarga

Balm Tasneem Naturel, Balm Tasneem
Kalau korang nak tahu kinah guna satu set balm Tasneem Naturel untuk kegunaan keluarga kecil kinah. Balm bayi Tasneem merupakan kit bayi semulajadi yang dapat memberi manafaat kepada ibu bapa di luar sana yang mempunyai bayi dan anak kecil. Balm ini dirumus khas daripada bahan semulajadi serta kombinasi minyak pati (essential oil) yang bermutu tinggi. Set balm Tasneem Naturel ni terdiri daripada Calm Time, CF Rub (Coughflu), Tummy Time dan juga Sleep Time. Keempat-empat balm ni mempunyai keistimewaan dan khasiat yang tersendiri tau. Mesti korang nak tahu apa keistimewaan dan khasiat setiap balm ni kan?

Sebelum tu, jom kita cerita sikit apa keistimewaan balm Tasneem ni. Untuk pengetahuan semua, balm Tasneem Naturel ni sebenarnya merupakan keluaran produk Muslim dan telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Jadi korang tak payah la risau ya sebab balm Tasneem ni memang dah terjamin dan ianya bebas daripada bahan kimia. Ehh mestilah kena bebas daripada bahan kimia sebab bukan orang dewasa saja yang guna baby pun guna sama. Balm Tasneem ni juga tidak panas, baunya wangi, segar dan tidak melekit jadi baby yang baru lahir pun boleh guna balm ni. Bagusnya balm Tasneem ni, tengoklah packaging dia, comel belaka dan yang penting mudah dibawa ke mana saja. Kinah dalam beg memang simpan balm ni terutamanya Calm Time  biasalah bila anak dah mula membesar ni ada masanya mood dia tak berapa elok. Jadi, kita simpan satu dalam beg sebagai persediaan untuk masa yang tak diduga bila keluar.

Tasneem Naturel Sleep Time
Kinah yakin sangat ibu-ibu di luar sana mesti menghadapi masalah anak sukar tidur dan anak begitu aktif pada waktu malam kan. Jangan susah hati, balm Sleep Time telah dirumus khas bagi membantu anak kita supaya mudah lena dan bangun dalam keadaan mood yang ceria. Walaupun Thahirah senang nak tidurkan dia, tapi nak bagi dia tidur dengan tenang dan selesa, setiap malam kinah akan sapu balm Sleep Time ni sebelum Thahirah tidur. Sapu-sapu sikit dibahagian-bahagian tutup lampu semua tidurlah dia. Mudah sangat bila ada balm Sleep Time ni. Kandungan yang terdapat dalam balm Tasneem Sleep Time ialah Cedarwood, Vetiver, Roman Chamomile, dan Ylang-ylang dapat membantu anak-anak mendapat tidur yang berkualiti.

Tasneem Naturel Calm Time
Balm Tasneem Naturel, Balm Tasneem, Calm Time
Bila anak kecil kita dah semakin aktif, ibu-ibu pasti pening kepala. Belum lagi dengan tantrumnya tu. In sya Allah dengan adanya balm Tasneem Calm Time ni dapat memberi keselesaan dan anak kita lebih tenang. Jadi ibu-ibu dah tak payah pening kepala dah. Bagaimana Tasneem Naturel Calm Time dapat membantu? Untuk pengetahuan semua, balm Tasneem Calm Time ini telah diadunkan dengan menggunakan minyak pati tulen seperti lavender, bergamot, frankinsense, dan marjoram. Kinah memang simpan balm tasneem Calm Time ni dalam beg. Berguna sangat-sangat bila keluar rumah. Biasalah bila budak datang ragamnya kadang-kadang buat kita rasa nak mengamuk juga. Jadi sapu-sapu je di belakang telinga, pergelangan tangan, di nadi in Sya Allah anak kita akan lebih tenang.

Tasneem Naturel CFRub
Balm Tasneem Naturel, Balm Tasneem, CF-Rub
Baru-baru ni negara kita mengalami cuaca sejuk sehingga ada yang mencecah suhu sehingga 21° c. Sejukkan. Jadi bila musim sejuk ni, secara tak langsung kesihatan pun akan terganggu. Ada yang demam, batuk, selsema dan sebagainya. Anak dara kinah, Thahirah tak ada pulak kena simptom tu. Kinah pulak yang batuk-batuk nampak sangat imun badan lemah. Jadi, kinah pun sapu-sapu balm Tasneem CFRub untuk legakan batuk. Alhamdulillah, sekejap je dah lega. Ajaib kan balm Tasneem ni. Balm Tasneem Naturel CFRub ini mengandungi bahan-bahan seperti eucalyptus oil, cypress, tea tree, dan juga lemon akan membantu melegakan pernafasan, mengurangkan batuk, dan mencairkan kahak serta mengurangkan suhu anak-anak kita yang demam. Cara menggunakannya pun sangat mudah, ibu bapa hanya perlu sapu balm ini ditapak kaki, dada, tekak dan tulang belakang. In sya Allah batuk, demam dan selsema akan beransur pulih.

Tasneem Naturel Tummy Time
Balm Tasneem Naturel, Balm Tasneem, Tummy Time
Balm Tasneem Naturel Tummy Time menjadi pilihan ibu bapa mana taknya, balm ni lebih selamat dan juga boleh digunakan sebagai minyak telon tau. Bila korang sapu balm Tasneem ni baby mesti rasa selesa sebab perutnya tak kembung dah. Selain mengatasi perut kembung, balm ini juga dapat membantu mereka yang mengalami masalah sembelit dan angin berlebihan dalam badan. Hari tu suami kinah sakit perut jadi kinah sapu je balm tasneem Tummy Time ke perutnya. Bedesup anginnya keluar. Put put kentut. Rupanya perutnya kembung. Lepas kentut tu perutnya dah tak sakit dah. Selain atasi perut kembung, Tummy Time juga dapat membantu mereka yang mempunyai masalah penghadaman ataupun sembelit. Bahan-bahan yang terkandung dalam Tummy Time ialah Fennel, Ginger, Lemongrass dan Anise sebagai bahan utama dalam pembuatan balm ini. Cara nak gunanya pun mudah je, hanya sapu balm ini di tapak kaki dan perut. Bagi sapuan di perut, ibu-ibu digalakkan supaya membuat urutan 'I Love You' supaya si manja kita lebih selesa.

Ternyata keempat-empat balm Tasneem Naturel mempunyai keistimewaan tersendiri. Setiap rumah wajib ada set balm Tasneem Naturel ni kerana ianya berguna di setiap detik dan saat tau. Semakin hari semakin ramai ibu bapa telah mula beralih ke balm Tasneem, ini membuktikan balm ini betul-betul dapat membantu ibu bapa di luar sana. Dah banyak testimoni daripada pengguna yang berpuas hati dengan set balm ni. Tak percaya? Jom kita tengok testimoni berikut.

Testimoni Pengguna

Kepada ibu bapa yang ingin mendapatkan balm Tasneem Naturel ini untuk si manja, kinah lampirkan harga baru untuk tahun 2018 sebagai rujukan (tidak termasuk dengan kos penghantaran).

 Untuk Maklumat Lanjut dan Ingin Buat Tempahan

TASNEEM NATUREL NETWORK
15-1, JALAN PUTRA KAJANG, TAMAN PUTRA KAJANG,
43000 KAJANG, SELANGOR
HOTLINE: 011-20964665 (ORDER) , 010-8453469 (DAFTAR AGEN & STOKIS)


Balm Tasneem Naturel Untuk Kegunaan Seisi Keluargaku Balm Tasneem Naturel Untuk Kegunaan Seisi Keluargaku Reviewed by Kin Naz on Friday, January 19, 2018 Rating: 5

Terima Header Daripada Mai Owner Blog Mayy Jie

Thursday, January 18, 2018
Baru-baru ni terima mesej daripada blogger Mai owner Blog Mayy jie. Ingatkan apalah si Mai hantar mesej, rupanya dia buatkan header untuk kinah. Mai cuma ubahsuai sikit header kinah yang baru katanya bila bosan bolehlah guna header yang ada ni, boleh tukar-tukar hehehe. Apa-apa pun akak ucapkan terima kasih Mai buatkan header untuk akak dengan harga kasih sayang katanya hihi. Oh ye kalau korang teringin nak make over blog korang, bolehlah contact adik manis kita ni. Confirm tak mengecewakan. 
p/s Sorry Mai akak lewat nak buat blog post.


Terima Header Daripada Mai Owner Blog Mayy Jie Terima Header Daripada Mai Owner Blog Mayy Jie Reviewed by Kin Naz on Thursday, January 18, 2018 Rating: 5

Kempen ‘Wang bersama Shopee’ Menawarkan ‘Fortune Ang Pao’ yang Membariskan Pelbagai Hadiah Berjumlah Lebih RM1 Juta Sempena Tahun Baharu Cina

Wednesday, January 17, 2018
Siapa sini selalu shopping di Shopee? Ada berita baik untuk korang. Shopee, platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan mengumumkan Kempen ‘Wang bersama Shopee’ sempena Tahun Baharu Cina ini dengan pelbagai hadiah berjumlah lebih daripada RM1 juta untuk penggunanya. Bonanza membeli-belah yang berlangsung selama 6 minggu ini akan bermula dari 15 Januari dan berakhir pada 25 Februari.
Sebagai sebahagian daripada kempen tersebut, Shopee memperkenalkan permainan ‘Fortune Ang Pao’ yang menawarkan pelbagai hadiah berjumlah lebih RM1 juta untuk diberikan kepada pengguna yang mengambil bahagian. Bermula 15 Januari hingga 23 Februari, pengguna boleh bermain permainan ini untuk memenangi Shopee Coins, baucar dan lebih 20,000 unit Tiket Emas (Golden Tickets) setiap hari. Setiap Tiket Emas merupakan cabutan bertuah kepada pengguna untuk memenangi hadiah termasuk jongkong emas bernilai lebih RM500 setiap satu, hadiah mingguan berbentuk wang tunai berjumlah RM1,500 dan hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888. Hadiah lain termasuk bank kuasa, aksesori komputer, perkakas rumah dan banyak lagi.
Pengguna pasti ternanti-nanti Jualan Kilat Shopee yang dijadualkan 5 kali sehari dengan hadiah tambahan menerusi permainan secara langsung di Facebook Rasmi Shopee. Mereka juga berpeluang memenangi Kotak Kemakmuran Shopee (Shopee Prosperity Boxes); 88,888 unit Shopee Coins dan percutian untuk dua orang ke Disneyland Hong Kong dengan hanya mendaftarkan diri di acara Facebook ‘Wang bersama Shopee sempena Tahun Baharu Cina 2018’ (Wang With Shopee this CNY 2018). Semakin ramai pengguna yang mendaftarkan diri, semakin banyak hadiah terkunci boleh dimenangi termasuklah hadiah percutian ke destinasi misteri bernilai RM10,000 apabila pendaftaran mencapai bilangan 18,888 orang.

“Perayaan Tahun Baharu Cina merupakan antara sambutan terbesar di sebuah negara berbilang kaum seperti Malaysia. Sempena sambutan ini, Shopee menawarkan pelbagai pilihan produk dari kategori Kesihatan & Kecantikan, Perhiasan & Perkakas Rumah, Fesyen, Barang Runcit; Permainan, Kanak-kanak & Bayi, Telefon Bimbit & Gajet serta banyak lagi untuk memenuhi keperluan setiap isi rumah. Dengan tawaran hebat tersebut, kami melancarkan Kempen ‘Wang bersama Shopee’ yang akan menambahkan keriangan pada musim perayaan ini,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 
Sempena Tahun Baharu Cina kali ini, Shopee berusahasama dengan lebih 60 jenama terkemuka daripada Shopee Mall termasuk PETRONAS, Reckitt Benckiser, L’Oreal, OPPO, Super, Watsons, Nestle, Unilever, Tommee Tippee, Deerma, Photobook, dan Xixili untuk melancarkan promosi dan potongan harga sehingga 90% ke atas pelbagai produk.

Sejajar dengan komitmen untuk membantu lebih banyak usahawan dan syarikat meluaskan rangkaian mereka menerusi e-Dagang, Shopee turut menjalinkan usahasama dengan perunding feng shui bertaraf selebriti, YBhg. Dato’ Joey Yap untuk melancarkan Kedai Rasmi beliau. Usahasama ini merupakan yang pertama terjalin antara seorang perunding feng shui dengan platform e-Dagang di rantau ini.

“Kami berbangga dapat melancarkan Kedai Rasmi kami di Shopee pada Tahun Baharu Cina ini. Bagi meraikan usahasama ini, kami menawarkan tiket percuma ke acara ‘Feng Shui & Astrology 2018 Live in Kuala Lumpur’ untuk 80 pelanggan pertama yang membuat pembelian minima RM30 dari kedai dalam talian kami,” kata YBhg. Dato’ Joey Yap. Acara tersebut akan dianjurkan pada 27 Januari 2018 (sesi Bahasa Kantonis) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Peminat bidang metafizik Cina boleh membeli buku terbitan terbaharu dan barangan eksklusif beliau berharga antara RM23 dan RM116 dari capaian

Untuk maklumat lanjut tentang ‘Wang bersama Shopee’
Untuk mendaftarkan diri ke acara Facebook ‘Wang bersama Shopee sempena Tahun Baharu Cina 2018’, 
To visit YBhg. Dato’ Joey Yap Official Shop, 

Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.
Kempen ‘Wang bersama Shopee’ Menawarkan ‘Fortune Ang Pao’ yang Membariskan Pelbagai Hadiah Berjumlah Lebih RM1 Juta Sempena Tahun Baharu Cina Kempen ‘Wang bersama Shopee’ Menawarkan ‘Fortune Ang Pao’ yang Membariskan Pelbagai Hadiah Berjumlah Lebih RM1 Juta Sempena Tahun Baharu Cina Reviewed by Kin Naz on Wednesday, January 17, 2018 Rating: 5

Set Hadiah ENCHANTEUR Dengan Wangian Penuh Keindahan

Saturday, January 13, 2018
Set Hadiah ENCHANTEUR Dengan Wangian Penuh Keindahan| Hari Ulangtahun perkahwinan dah nak dekat tapi satu hadiah untuk pasangan pun tak ada lagi. Kinah ada cadangan hadiah untuk pasangan korang. Apa kata hadiahkan si dia dengan Set Hadiah ENCHANTEUR dengan wangian penuh keindahan. Kalau nak tahu set wangian adalah pilihan hadiah lebih ideal. Set hadiah sebegini sangat serbaguna untuk dijadikan hadiah pada mana-mana majlis atau ulang tahun memandangkan rekaan pembungkusan serba indah dan lengkap dengan rangkaian rejim penjagaan diri yang mengandungi wangian EDT dan losyen. Pemberian wangian dilambangkan seperti memberi sejambak bunga yang besar, tetapi lebih praktikal dan mengandungi intipati kuntuman bunga semerbak. Lebih penting lagi, haruman ini membawakan gabungan simbolik keintiman dan kemewahan.
Penerima akan dapat menikmati pengalaman hadiah penuh wangian. Perasaan indah yang kembali mekar semula akan mengeratkan hubungan baik biarpun di antara si anak- si ibu, adik beradik, teman istemewa, malah hubungan antara pelajar dan guru. Sedikit sentuhan perincian akan mengekalkan detik-detik penuh keajaiban setiap hari.

Menyedari penghargaan yang diberikan terhadap wangian EDT, ENCHANTEUR memperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang disediakan dalam bingkisan yang direka cantik, sesuai untuk semua perayaan - sama ada hari ulang tahun, perayaan, hari lahir, anugerah pencapaian dan hari penghargaan. Pek EDT mesra perjalanan bersaiz 15ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan mudah dibawa di dalam beg tangan.

ENCHANTEUR telah membina reputasi sebagai jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka dan berkualiti, diilhamkan dari Kota Perancis. Setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis. Kami berbangga kerana dapat memenuhi keperluan wanita untuk mencipta sebuah pengembaraan cinta menakjubkan yang penuh dengan tujuan dan keanggunan. 


SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (BELLE AMOUR & MON AMIE)

Mon Amie jika diterjemahkan, bermaksud My Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada di luar; manakala Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impianmu. Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan bahan unik dapat menjamin mood keseronokan pada siang hari serta pengalaman suasana temu janji malam yang indah. Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR Paris yang tersendiri - seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben. Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris. Set hadiah yang mengandungi 15ml wangian EDT Belle Amour dan Mon Amie boleh didapati secara eksklusif di kedai farmasi Watsons seluruh negara.


SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR PARIS (MON AMIE & ADORE)

Mengandungi 2 wangian EDT Mon Amie dan Adore bersaiz 15ml, set hadiah ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang di sekeliling. Mon Amie adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan, yang merangkumi persona terang, dan ceria si gadis. Wangian Adore pula menggambarkan haruman gadis idamanmu yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam. Set hadiah yang sungguh menakjubkan ini meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa istimewa dan berkeyakinan. Set eksklusif ini boleh didapati di kedai Watsons sahaja. 


SET HADIAH ENCHANTEUR PARIS MON AMIE

Set mempesonakan ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta losyen badan dan tangan Light & Fresh yang segar dan melembapkan kulit dalam pek size 100ml, kedua-duanya dalam variasi wangian Mon Amie. Haruman ini meremajakan, manakala losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran UV. Diformulasikan agar bertekstur ringan dan tidak berminyak, membolehkan si gadis melakukan aktiviti harian dengan mudah dan selesa. Gabungan set ini akan memberikan kenalan gadismu bau haruman sepanjang hari serta penjagaan asas hariannya terjaga rapi. Luahkan penghargaan anda kepadanya kerana sentiasa tampil mempesona seperti permata! Dua barangan ini digubah dalam kotak berwarna yang ceria dan boleh didapati secara eksklusif di farmasi Guardian seluruh negara. 


SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE AND CHARMING)

Set hadiah ini terdiri daripada wangian Mon Amie dan Charming bersaiz 15ml setiap satu, yang berkonsepkan siang dan malam. Set ini melengkapi gaya hidup si gadis yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza. Pada siang hari, dia mempunyai persona Mon Amie – individu yang periang, dan mudah didekati manakala pada waktu malam, dia akan bersiap untuk keluar dengan haruman sofistikated yang menonjolkan keanggunan diri serta membuat si dia terpikat. Set hadiah ini boleh didapati di kedai runcit utama di seluruh negara, serta laman membeli belah atas talian- LAZADA.


SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC)

Diilhamkan dari personaliti romantis si gadis, ENCHANTEUR memperkenalkan set hadiah di dalam kotak merah jambu – di dalamnya mengandungi wangian Belle Amour dan Romantic bersaiz 15ml setiap satu. Kedua-dua wangian menyenangkan ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap detik bersama berharga. Anda pasti terpesona dengan keanggunan dan kecantikannya yang memukau. Bingkisan set ini dijual di kedai runcit utama di seluruh negara dan laman membeli belah atas talian- LAZADA. 


ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). Selain itu, the ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak.




Set Hadiah ENCHANTEUR Dengan Wangian Penuh Keindahan Set Hadiah ENCHANTEUR Dengan Wangian Penuh Keindahan Reviewed by Kin Naz on Saturday, January 13, 2018 Rating: 5

Mengemas Sempena Tahun Baru Cina Lebih Mudah dengan WD-40®

Friday, January 12, 2018
Mengemas Sempena Tahun Baru Cina Lebih Mudah dengan WD-40®| Sesuatu yang merah dan mengujakan akan tiba tidak lama lagi… Bolehkah anda cuba menekanya? Ya, ia Tahun Baru Cina 2018!

Sudahkah anda membuat sebarang persiapan? Adakah anda serius untuk memastikan kediaman anda cukup bersedia menyambut kedatangan tahun baru yang lebih sejahtera? 

Sebelum anda memulakannya, pastikan anda mempunyai pembantu yang berguna berada di tangan anda bagi membantu anda mengatasi kerja pembersihan yang berat! Siapakah pembantu berguna itu?  

Baiklah, ini adalah antara asas-asas yang perlu anda ada di dalam senarai semak anda: 1) WD-40® Multi-Use Product (product pelbagai guna), 2) 3-In-One Professional Air-Conditioner Cleaner (Pembersih Penghawa Dingin), dan 3) WD-40® SpecialistTM Fast Acting Degreaser  (Pembersih Gris) 4) Kain Pembersih/ kain.

Berikut adalah cara terpantas yang boleh dilakukan untuk anda:
1) WD-40® Multi-Use Product (product pelbagai guna): Hebat untuk menggilap permukaan krom dan memulihkan kesinaran permukaan keluli tahan karat. Adakah karpet anda terdapat gula-gula getah? Dengan produk ini, anda hanya perlu sembur di atasnya, gosok sedikit dan ia akan hilang! Terdapat kesan krayon di dinding? Hanya sembur  dan lap dengan kain yang bersih. Dan jangan biarkan pintu yang lama hilang seri, hanya sembur dan ia akan lebih baik.
2) 3-In-One Professional Air-Conditioner Cleaner (Pembersih Penghawa Dingin): Seperti nama produk ini sendiri, ia adalah pembersih penghawa dingin yang bagus. Adalah penting untuk memastikan penghawa dingin berfungi dalam keadaan yang terbaik ketika Tahun Baru Cina yang biasanya agak panas berbanding cuaca biasa. Oleh itu, alihkan penapis dan cuci kotoran debu pada penapis, dan semburkan produk pada sirip penyejuk secara menegak dari kiri ke kanan bagi memastikan setiap bahagian dilitupi semburan. Biarkan sirip penyejuk selama beberapa minit untuk memastikan ejen penyejuk berfungsi dan kemudian masukkan kembali penapis. Itu sahaja! Tugas membersih anda selesai!
3 WD-40® SpecialistTM Fast Acting Degreaser (Pembersih Gris): Ini adalah satu penyelesaian berasaskan air untuk menanggalkan kotoran minyak makanan, minyak, lemak, kotoran sabun dan jelaga dengan cepat tanpa meninggalkan SEBARANG kesan! Penggunaannnya cukup mudah iaitu dengan menyemburkan pada permukaan dan bilas dengan air. Buihnya berkuasa dengan berfungsi serta merta dan terus menghapuskan kotoran dengan pantas. Ia cukup menakjubkan apabila kesannya boleh dilihat dalam tempoh singkat!

4) Kain Pembersih/ kain: Benar, hanya padankan dengan mana-mana produk di atas. Air dan sabun adalah pilihan. 

Adakah anda benar-benar memerlukan pakar apabila anda mempunyai Produk Pelbagai Guna WD-40®? Sudah tentu. WD-40® Specialist ™ dirumuskan untuk tugas-tugas tertentu, manakala Produk Pelbagai Guna WD-40® membantu anda menyelesaikan pelbagai pekerjaan dengan lebih mudah. Dengan kedua-duanya, anda sentiasa bersedia untuk apa-apa sahaja.

Jadi, adakah anda bersedia untuk merapikan rumah? Pasangkan muzik dan nikmatinya semasa anda berada di dalamnya! 

WD-40® mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina dan semoga diberi kegembiraan, kesihatan dan kesejahteraan kepada semua!

Untuk maklumat lanjut tentang barisan produk WD-40® yang boleh memenuhi keperluan anda,
sila layari, 

Mengemas Sempena Tahun Baru Cina Lebih Mudah dengan WD-40® Mengemas Sempena Tahun Baru Cina Lebih Mudah dengan WD-40® Reviewed by Kin Naz on Friday, January 12, 2018 Rating: 5

Kekasih Paksa Rela

Wednesday, January 10, 2018
Kekasih Paksa Rela | Semua orang tengah hangat bercerita tentang drama yang kini ditayangkan di TV3 untuk siaran Slot Akasia. Rata-rata beri feedback yang positif tentang drama ni mana taknya pelakon utamanya Remy Ishak. Rupanya ramai juga peminat beliau yer hehe. Bila baca sinopsis menarik juga jalan ceritanya.  

JUDUL : KEKASIH PAKSA RELA
JUMLAH EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 26 Disember 2017
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 7.00 malam
SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
TERBITAN : Creative Skill Solution Sdn Bhd
PELAKON : Remy Ishak, Intan Najuwa, Ain Edruce, Afzan Rahman, Dayang Areeda, Nynaa Harizal, Jalaludin Hassan, Emelda Rosemila, Fizz Fairuz, Aman Graseka, Khaty Azian, Azhar Amir, Fatin Afeefa, Sharifah Asyikin, Feiyna Tajudin, Mak Wan

SINOPSIS KEKASIH PAKSA RELA
Berkisarkan tentang Adham (Remy Ishak) dan Rosnaida (Ain Edruce) bernikah selepas tamat belajar tanpa persetujuan ayah Adham, Dato’ Azman. Semenjak itu, hubungan Rosnaida dan Dato’ Azman tidak pernah baik, walaupun telah diusahakan oleh Adham dengan pelbagai cara untuk merapatkan hubungan mereka. Berputus asa dengan Dato’ Azman, Rosnaida membuat keputusan untuk membawa diri dan melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat dan enggan pulang ke Malaysia. Ketika ketiadaan Rosnaida, Adham telah menyelamatkan Hanan (Intan Najuwa) daripada kejahatan ayah tirinya. Demi mengelakkan sebarang fitnah daripada keakraban mereka, Adham memperisterikan Hanan tanpa sebarang perbincangan bersama Rosnaida. Konflik institusi perkahwinan Adham memuncak apabila Rosnaida pulang secara tiba-tiba. Sanggupkah Adham menceraikan Hanan demi Rosnaida atau sebaliknya? Atau adakah mereka akan meneruskan kehidupan mereka secara berpoligami? kredit to myinfotaip

Kekasih Paksa Rela
Kekasih Paksa Rela 
Kekasih Paksa Rela Kekasih Paksa Rela Reviewed by Kin Naz on Wednesday, January 10, 2018 Rating: 5

Header Baharu Tahun 2018

Saturday, January 06, 2018
Header Baharu Tahun 2018| Assalamualaikum semua. Alhamdulillah hari ni hari ke 6 kita berada di tahun baru 2018. Sekejap je masa berlalu kan. Kalau korang perasan la ye, kinah baru je tukar template yang baharu dan yeayy kinah deco sendiri header kinah. Bosan la asyik guna header tu je. Header yang baharu ni kinah tukar daripada Love Is Simple kepada apekinah.com ha baru nampak macam profesional sikit. Nama Love Is Simple lama kot kinah guna sejak zaman universiti lagi. Jadi di tahun baru ni kita deco la sikit rumah kita ni.


Kinah buat header ni guna applikasi photoscape. Nak guna adobe photoshop tak berapa pandai gunanya. Jadi kita guna je apps yang simple. Masa buat header ni Thahirah dah tidur, jadi senang la sikit nak godek-godek benda alah ni. Korang rasa ok ke tak header ni? Ke ada perlu tambah apa-apa? Kalau ada bagitau kat komen ye. Terima kasih.
Header Baharu Tahun 2018 Header Baharu Tahun 2018 Reviewed by Kin Naz on Saturday, January 06, 2018 Rating: 5
Powered by Blogger.