Kekasih Paksa Rela - apekinah.com

Latest

apekinah.com

Lifestyle, Review, Personal, Collaboration

Wednesday, 10 January 2018

Kekasih Paksa Rela

Kekasih Paksa Rela | Semua orang tengah hangat bercerita tentang drama yang kini ditayangkan di TV3 untuk siaran Slot Akasia. Rata-rata beri feedback yang positif tentang drama ni mana taknya pelakon utamanya Remy Ishak. Rupanya ramai juga peminat beliau yer hehe. Bila baca sinopsis menarik juga jalan ceritanya.  

JUDUL : KEKASIH PAKSA RELA
JUMLAH EPISOD : 28 episod
TARIKH TAYANGAN : 26 Disember 2017
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 7.00 malam
SKRIP : Nieza Nahar
PENGARAH : Idora Abdul Rahman
TERBITAN : Creative Skill Solution Sdn Bhd
PELAKON : Remy Ishak, Intan Najuwa, Ain Edruce, Afzan Rahman, Dayang Areeda, Nynaa Harizal, Jalaludin Hassan, Emelda Rosemila, Fizz Fairuz, Aman Graseka, Khaty Azian, Azhar Amir, Fatin Afeefa, Sharifah Asyikin, Feiyna Tajudin, Mak Wan

SINOPSIS KEKASIH PAKSA RELA
Berkisarkan tentang Adham (Remy Ishak) dan Rosnaida (Ain Edruce) bernikah selepas tamat belajar tanpa persetujuan ayah Adham, Dato’ Azman. Semenjak itu, hubungan Rosnaida dan Dato’ Azman tidak pernah baik, walaupun telah diusahakan oleh Adham dengan pelbagai cara untuk merapatkan hubungan mereka. Berputus asa dengan Dato’ Azman, Rosnaida membuat keputusan untuk membawa diri dan melanjutkan pelajarannya ke Amerika Syarikat dan enggan pulang ke Malaysia. Ketika ketiadaan Rosnaida, Adham telah menyelamatkan Hanan (Intan Najuwa) daripada kejahatan ayah tirinya. Demi mengelakkan sebarang fitnah daripada keakraban mereka, Adham memperisterikan Hanan tanpa sebarang perbincangan bersama Rosnaida. Konflik institusi perkahwinan Adham memuncak apabila Rosnaida pulang secara tiba-tiba. Sanggupkah Adham menceraikan Hanan demi Rosnaida atau sebaliknya? Atau adakah mereka akan meneruskan kehidupan mereka secara berpoligami? kredit to myinfotaip

Kekasih Paksa Rela
Kekasih Paksa Rela 

8 comments:

  1. sebab rumah xdak tv kita kena cari drama ni online leee hehe.. tak tengok lagi tapi orang dok sebut2 da hehe..

    ReplyDelete
  2. macam best je drama ni dah la ada hero pujaan hati hihi

    ReplyDelete
  3. Selamat hari rabu kinah, semoga Allah merahmati hidup kita

    Amin

    ReplyDelete
  4. Dah tua2 ni dah jrg tgok drama melayu...

    ReplyDelete
  5. Saya tengok drama tak pernah yg habis. Ada je jerja nak buat. Maklumlah hiduo sorang. Semua kena buat.

    ReplyDelete
  6. Sedihnya sinopsis dia.. huhuhu taknak tengok lah.

    ReplyDelete
  7. ju dtg blogwalking ! lama xsinggah sini =D

    ikut terjebak tgk sebab suami minat hhahaha terbalik pula

    ReplyDelete