Novel Lafazkan Kalimah Cintamu - apekinah.com

Latest

apekinah.com

Lifestyle, Review, Personal, Collaboration

Monday, 22 January 2018

Novel Lafazkan Kalimah Cintamu

Novel Lafazkan Kalimah Cintamu | Orang duk kecoh cerita Lafazkan Kalimah Cintamu, tapi kita satu episod tak layan lagi. Hari tu masa balik kampung, ambik novel-novel kinah yang tak baca lagi. Ambikk je. Baca belum lagi. Ada je simpan dalam rak tu. Entah bila nak baca pun tak tahu hihi. Bila belek-belek novel tu rupanya ada novel Lafazkan Kalimah Cintamu. Walaweh beli dah lama kot masa zaman universiti lagi tapi baca pun tak habis. Nampaknya lepas siap semua job nanti nak curi masa baca novel sekejap. Itupun kalau hihi. Sampai dah lunyai orang lain baca, tapi tuannya baca separuh je.
Novel Lafazkan Kalimah Cintamu
Novel Lafazkan Kalimah Cintamu
Meh kinah story sikit sinopsis novel Lafazkan Kalimah Cintamu 
Tengku Aqilah, seorang anak yang disisih oleh bapa kandungnya sendiri. 13 tahun Tengku Aqilah hidup diperantauan membina kehidupannya seorang diri. Kepulangannya ke pangkuan keluarga telah membuka tirai luka dalam hidupnya. Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa, Tengku Aqilah akur jua. Tengku Ryan, jejaka tampan kacukan Inggeris Melayu itu begitu  membenci gadis ini, mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebencian terhadap dirinya. Mampukah Tengku Aqilah menggapai kebahagian dalam hidupnya? 

Nak tahu selanjutnya apa yang jadi kepada Tengku Aqilah kenalah baca dulu novel ni sampai habis ye atau tengok je di Astro Ria.

Oh ye, tiba-tiba minat dengan novel fixxi. Lepas baca ulasan novel daripada kak Sha, rasa minat tu timbul. Hmm insya Allah kinah tengah tunggu novel Pemangsa sampai esok. Tak sabar nak baca. Nanti ada masa kinah review ye.

6 comments:

  1. Selamat membaca kinah, semoga bermanfaat dan menbangun jiwa

    ReplyDelete
  2. Membaca jambatan ilmu. Lagi banyak buku di hadam, lagi luas minda dapat makanan

    ReplyDelete
  3. Oo.. buat adaptasi rupanya ye

    ReplyDelete
  4. Siqah dah lama baca novel ni sampai lupa dah jalan cerita. Haha. Tak tengok pun drama adaptasi.

    ReplyDelete
  5. busyra ada jgk tngok 2,3 eps cita ni. not bad.. best jgkk.

    ReplyDelete