Tip Nampak Cantik Tanpa Bersolek - apekinah.com

Latest

Thursday, 4 January 2018

Tip Nampak Cantik Tanpa Bersolek

Tip Nampak Cantik Tanpa Bersolek| Dah lumrah, wanita dan kecantikan berpisah tiada. Definisi cantik bagi seorang wanita ialah nak kelihatan menarik dan bergaya namun itu semua memerlukan belanja yang tinggi. Mana taknya setiap bulan perlu ada peruntukkan untuk buat facial di pusat kecantikan malah ada yang sanggup berhabis ribuan ringgit semata-mata untuk cantik. Korang tak payah la nak berhabis duit bagai untuk cantik, sebab ada caranya nak cantik tanpa memerlukan kos yang tinggi. Nak tahu caranya baca dulu Tip Nampak Cantik Tanpa Bersolek yang kinah nak kongsikan ni.

Tinted Moisturiser Dengan SPF
Setiap kali nak keluar rumah, jangan lupa guna tinted moisturiser berbandinding bedak asas. Kenapa? Kalau nak tahu tinted moisturiser bertindak melindungi wajah kita daripada sinaran matahari yang terik di samping dapat membantu untuk mengimbangi warna kulit dan melembapkan kulit wajah. Lepasni amalkan ye.

Secawan Vitamin C Yang Panas
Apa tu? Ha, kita sebenarnya digalakkan untuk minum secawan air panas yang dicampur dengan lemon. Tapi mengapa? Bila kita minum secawan air lemon, ia akan memotong jumlah radikal bebas yang masuk ke dalam tubuh badan kita. Hal ini secara tidak langsung dapat membuatkan kulit wajah kita kekal segar, sihat dan berseri.

Guna Penyegar Wajah Bebas Alkohol
Kebiasaannya, kita akan guna penyegar wajah setelah selesai mencuci muka. Seeloknya gunakan penyegar wajah yang bebas alkohol supaya dapat memberi kesan yang baik kepada tona kulit kita di samping dapat membuang sisa-sia mekap kita pada waktu pagi.

Skrub Wajah Dua Kali Seminggu
Jangan malas untuk menggunakan skrub wajah. Mencuci sahaja sebenarnya tidak cukup. Hal ini kerana masih terdapat sel-sel kulit mati yang terdapat diwajah kita dan hanya dapat disingkirkan melalui penggunaan skrub wajah. Gosok dengan lembut skrub pada wajah lebih kurang satu minit sebelum dibilas dengan air dan lap sehingga kering.

Elak Sentuh Wajah
Tabiat gemar memegang wajah ketika menonton televisyen, sambil berbaring di atas sofa dan sebagaunya perlu dihentikan segera. Hentikan memegang wajah tanpa sebarang sebab. Jika ada jerawat jangan picit ini kerana akan menyebarkan baketria pada wajah kita. Kinah pernah kongsikan artikel Jangan Usik Wajah Sendiri

4 comments: