Hadiah Hari Lahir Dari Printcious

Wednesday, March 28, 2018
Hadiah Hari Lahir Dari Printcious| Tengah rancang surprise birthday party untuk sahabat baik korang? Tempat, backdrop, jemputan, makanan dan minuman semua dah selesai tapi hadiahnya pula tak ada lagi. Alamak macam mana ni ye. Nak bagi hadiah apa ye hmm. Macam ni la, kinah cadangkan korang bagi hadiah sesuatu yang akan membuatkan sahabat tu akan sentiasa ingat dan kenang segala kenangan korang. Hmm menarik tapi bagaimana ye?

Hadiah Hari Lahir Dari Printcious

Apa kata korang hadiahkan sesuatu yang bermakna dengan Printcious.com. Apa tu Printcious? Printcious ialah satu platform yang mana kita bebas untuk design gift kita untuk yang tersayang. Jadi, kenalah dengan tagline mereka iaitu Precious Gifts From Your Heart.
Hadiah Hari Lahir Dari Printcious
Kalau dahulu kita terpaksa buat sendiri, terpaksa beli itu ini tapi sekarang tidak lagi. Kita hanya pilih barang apa yang kita nak dan kita bebas untuk customise sendiri birthday gift kita tu di printcious. Tekan sana tekan sini dah siap dan tunggu posmen hantar ke rumah je. Menarikkan? Setahu kinah tak ada lagi platform lain selain dari printcious yang buat macam ni. Kebanyakkannya already made. Tapi tidak dengan printcious. Antara idea hadiah yang sesuai diberikan kepada sahabat korang ialah:

 Colour Mugs
Hadiah Hari Lahir Dari Printcious

Colour Mugs seperti ini sesuai juga dihadiahkan kepada sahabat anda tak kira la sahabat korang tu lelaki atau pun wanita pun sesuai juga bagi hadiah ni. Gambar di atas ini adalah sebagai contoh saja ye. Mug, semua orang akan guna ada yang buat hiasan, dan ada juga yang guna untuk kegunaan seharian. Jika korang memilih printcious, bukan design ini sahaja yang boleh korang buat, korang juga bebas untuk membuat pilihan yang lain. Buka saja website printcious pasti korang akan rambang mata. Tak percaya? Haa pergi bukak sekarang.

Cushions
Hadiah Hari Lahir Dari Printcious

Cushion pun salah satu hadiah yang begitu sesuai diberikan kepada sahabat korang. Siap boleh design sendiri lagi okeh. Gambar tu korang boleh gantikan dengan gambar korang bersama. Jadi, bila dia peluk bantal tu, mesti akan teringat atau mengimbau kembali kenangan korang bersama. Haaa gitu. Pasal kualiti, korang jangan risau memang puas hati. Tebal pun tebal. Tak percaya? Meh sini kinah tunjukkan
Dengan harga RM39.90, korang dah boleh hadiahkan sahabat korang dengan cushion yang super awesome ni. Tak minat warna kuning? Boleh je tukar warna lain. Kira-kira ada tujuh warna kesemuanya. Pilih jangan tak pilih.

Mousepads
Jika korang nak bagi hadiah yang berkualiti dan tahan lama, apa kata hadiahkan sahabat anda dengan mousepads. Macam janggal je bunyinya kan. Ehh tak la. Ini pun satu pemberian ikhlas dari sahabat ke sahabat. Ada gunanya tau. Semua orang guna mousepads jadi tak salah rasanya korang hadiahkan mousepads yang cantik dan comel ni kepada sahabat korang. Kat kedai biasa tak ada tau jual macam ni. Semuanya dah siap corak. Tapi tak dengan printcious. Serius cantik sangat. Harganya pun berpatutan tau, korang cuma bayar RM25.90 saja tak termasuk la dengan cas penghantaran.

Canvas

Idea lain selain yang kinah nyatakan di atas, korang boleh pilih canvas sebagai hadiah hari lahir sahabat korang. Pilihlah gambar-gambar yang cantik dan sweet moments korang, mesti dia akan suka dengan pilihan korang. Untuk canvas ada saiz yang kita boleh pilih tau 12"x12" / 30cmx30cm RM49.90 dan 16"x16" / 40cmx40cm dengan harga RM105.80 sahaja. Pilihlah ikut bajet korang. Kalau korang nak tambah aksesori pun boleh je. 

Ceramic Tiles
Ceramic Tiles, unik juga kan. Boleh buat hiasan di meja kerja sahabat korang tu. Bila dia stress dengan kerja, boleh belek-belek tiles yang korang hadiahkan ni. Sedikit sebanyak kurang sikit stress beliau. Untuk yang ini ada dua saiz, ikut bajet korang nak besar ke nak kecik ke. Keputusan di tangan korang.

T-shirts
Tanda ingatan seorang sahabat buat sahabatnya. Apa kata hadiahkan beliau dengan t-shirts. Lebih ringkas dengan pelbagai pilihan saiz seperti saiz S, M, L, XL, 2XL.  Harganya pula RM39.90. Mesti sahabat korang suka dan berpuas hati kerana kain yang digunakan jenis material Spandex dan Polyester pastinya sahabat korang lebih selesa memakai t-shirt ini.

Haa macam mana dengan idea kinah bagi tadi? Harapnya dengan 6 idea tu dapat membantu menyelesaikan masalah dunia korang tu. Oh ye sebelum kinah terlupa, kalau korang nak cari mug printing in Malaysia jangan lupa contact diorang tau atau if you have any upcoming birthday party and would like to impress your guest, photo booth rental is your best entertainment.
Hadiah Hari Lahir Dari Printcious Hadiah Hari Lahir Dari Printcious Reviewed by Kin Naz on Wednesday, March 28, 2018 Rating: 5

EUCERIN® PROACNE SOLUTION A.I. CLEARING TREATMENT - KULIT BEBAS JERAWAT DALAM MASA DUA MINGGU DENGAN FORMULA TERBAHARU

Tuesday, March 27, 2018
EUCERIN® PROACNE SOLUTION A.I. CLEARING TREATMENT - Kulit Bebas Jerawat Dalam Masa Dua Minggu Dengan Formula Terbaharu| Assalamualaikum semua. Hari ni kinah nak kongsi dengan korang satu produk khusus untuk merawat jerawat. Semua orang mengalami masalah jerawat ni. Tipulah kalau muka langsung takde jerawat kan. Mesti ada sebijik dua yang sesat. Bila ada jerawat, kalau yang kecik tu bolehlah kita cover lagi, macam mana kalau jerawat batu, dah la sakit, keyakinan pun tiada. Lepas ni tak payah risau lagi sebab EUCERIN® PROACNE SOLUTION A.I. CLEARING TREATMENT kan ada.

EUCERIN® PROACNE SOLUTION A.I. CLEARING TREATMENT - Kulit Bebas Jerawat Dalam Masa Dua Minggu Dengan Formula Terbaharu

Apabila berdepan masalah jerawat dan radang kulit, pengguna kebiasaannya akan mencuba pelbagai produk untuk menghapuskannya. Namun, ada sesetengah produk boleh menyebabkan kulit kita menjadi kering dan mengakibatkan kerengsaan. Bagi menangani masalah ini, Eucerin®, salah satu jenama dermo-kosmetik paling dipercayai di seluruh dunia telah menghasilkan produk penjagaan kulit anti jerawat yang bukan saja dapat menyuburkan kulit malah dapat membantu menghapuskan jerawat dengan lembut iaitu Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment

Pelembap untuk kulit berminyak dan berjerawat ini direka dan diuji khas untuk membersihkan pori-pori yang tersumbat, mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat, di samping mengekalkan kelembapan kulit. 

Diformulasikan dengan bahan-bahan aktif yang terbukti berkesan, Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment mengurangkan jerawat komedon dalam masa hanya DUA minggu tanpa mengeringkan kulit. Formulanya yang mengawal kerengsaan untuk kulit lebih licin dan sihat terdiri daripada: 

●Sepuluh peratus Hydroxy Complex, kombinasi tiga ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu AHA (asidglikolik), BHA (asidsalisilik) dan PHA (gluconolactone) yang membantu memperbaharui permukaan kulit, membersihkan pori, mengurangkan bacteria penyebab jerawat, P. acnes, dan menanggalkan sel kulit mati; 

●Licochalcone A, bahan anti radang yang mengurangkan kerengsaan dan membantu mengurangkan kemerahan pada wajah; 

●Dexpanthenol, yang terhasil daripada vitamin B5 adalah pelembap yang mengekalkan kandugan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit dan melindunginya daripada pencemaran alam sekitar.

Apabila digunakan sebagai sebahagian daripada regim lengkap penjagaan kulit pada waktu malam, pengguna melaporkan terdapat perubahan selepas dua minggu dan dalam masa lapan minggu, kulit wajah menjadi lebih mulus. Sebanyak 94 peratus pengguna bersetuju yang Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment menghalang pertumbuhan jerawat baharu dan mengurangkan bekas jerawat hitam sementara 80 peratus pengguna bersetuju produk ini mengurangkan bintik putih, bintik hitam, dan mengurangkan jerawat yang bengkak.
Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment
Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment
Keputusan yang memberangsangkan ini, pengguna di Malaysia boleh mencuba pelembap terbaharu untuk kulit berjerawat ini dalam Cabaran Bebas-Jerawat Eucerin® 14 Hari melalui dua langkah mudah: 

●Langkah Pertama: Ambil gambar kulit anda pada Hari Pertama dan Hari Ke-14 selepas penggunaan selama 14 hari 

●Langkah Kedua: Poskan gambar “sebelum dan selepas” anda dan kongsi pengalaman anda menggunakan produk ini di halaman Facebook dengan hashtag #EucerinProACNE 
Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment
Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment
Pemenang berpeluang memenangi Hadiah Utama iaitu produk Eucerin® bernilai RM5,000, manakala pemenang tempat kedua akan membawa pulang produk Eucerin® bernilai RM2,000. Lima Pemenang Bertuah pula akan memenangi produk bernilai RM1,000 setiap seorang. 

Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment adalah sebahagian daripada produk penjagaan kulit komprehensif ProACNE yang terdiri daripada pencuci muka, pelembap, skrub, serum dan pelembap siang. Dapatkannya di farmasi seluruh Negara dengan harga yang disyorkan iaitu RM62. Produk ini beserta produk lain dalam rangkaian yang sama kini tersedia dalam bungkusan yang diperbaharui.

Kinah nak berkongsi dengan semua pengalaman kinah sepanjang menggunakan produk Eucerin ProACNE ni. Lihatlah hari pertama kinah menggunakannya. Nampak dengan terang dan jelas jerawat tengah naik. Sakit tau. Gambar yang kinah ambik ni tak ada sebarang filter apa ye kecuali tambah watermark tu je la.

Happy sangat bila jerawat yang besar tu makin lama makin pudar. Korang nampak sendirikan cik jer tu dah nak hilang.  Dengan penggunaan yang konsisten in Sya Allah parut jerawat akan pudar sedikit demi sedikit.

Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment
Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment
Selama 2 minggu kinah sahut cabaran ni, alhamdulillah jerawat di muka ni dah mula berkurangan. Kalau yang baru naik tu, kinah cepat-cepat sapu biar jerawat yang kembang dengan mekar tu cepat surut. Happy nya rasa. Korang yang ada masalah jerawat tu bolehlah cuba produk Eucerin ni. Bagus sangat.

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian penuh penjagaan muka ProACNE daripada Eucerin®, 


EUCERIN® PROACNE SOLUTION A.I. CLEARING TREATMENT - KULIT BEBAS JERAWAT DALAM MASA DUA MINGGU DENGAN FORMULA TERBAHARU  EUCERIN® PROACNE SOLUTION A.I. CLEARING TREATMENT - KULIT BEBAS JERAWAT DALAM MASA DUA MINGGU  DENGAN FORMULA TERBAHARU Reviewed by Kin Naz on Tuesday, March 27, 2018 Rating: 5

Makan Malam Di Restoran Sakura Cabin Batang Kali

Friday, March 23, 2018
Makan Malam Di Restoran Sakura Cabin Batang Kali| Malam kelmarin ayahnya bermurah hati belanja kami makan di luar. Alhamdulillah moga murah rezeki ayahnya. Sebenarnya dah lama dah nampak restoran ni. Cuma nak singgah tu belum ada kesempatan lagi.

Makan Malam Di Restoran Sakura Cabin Batang Kali

Tengok dari luar nampak macam best je sebab kereta sentiasa penuh di restoran ni. Tapi semalam takde la ramai sangat orang mungkin sebab baru lepas hujan petang tu.Sampai-sampai je, kami terus cari meja yang sesuai. Kinah pilih meja bulat dan uniknya meja dan kerusi ni dibuat daripada tong drum.
Oh ye, menu kat sini pun best-best tau. Korang pilih je nak makan apa. Steamboat, makan bakar-bakar, goreng-goreng, ayam penyet dan macam-macam lagi. Kitorang pulak pilih ikan pari bakar, kailan ikan masin, telur bistik. Makan itu pun dah kenyang. Satu lagi spesial makan kat sini nasi tu nasi bakar. Haaa sungguh nasi bakar. Diorang bungkus nasi tu dengan daun pisang. Macam mana rasa ye nasi bakar tu? Haa itu korang kena cuba sendiri baru tahu macam mana rasanya.

Sementara tunggu order siap, kitorang selfie, welfie dulu hihi. Meh kinah belanja gambar kitorang di Restoran Sakura Cabin.
Ikan Pari Bakar
Hidangan utama yang kami pilih ialah ikan pari bakar. Sedap tau ikan pari bakar ni. Rasa macam tak cukup pulak haha. Memang sedap dan korang patut cuba.
Kalau korang nak tahu, ni la nasi bakar.  Lain sangat rasa nasi bakar ni dan korang jangan risau nasi bakar ni nampak je sikit tapi sebenarnya banyak jugak. Memang puas makan. Kalau korang tengah plan nak makan kat mana bolehlah singgah ke Restoran Sakura Cabin di Batang Kali. Restoran ni tepi jalan je. 
Makan Malam Di Restoran Sakura Cabin Batang Kali Makan Malam Di Restoran Sakura Cabin Batang Kali Reviewed by Kin Naz on Friday, March 23, 2018 Rating: 5

Birthday Giveaway by Mrs Pip

Monday, March 19, 2018


Birthday Giveaway By Mrs Pip| Hari ni hari Isnin bersamaan tarikh 19 Mac 2018. Sekejap dah tengah bulan kan. Hmm untuk mengisi slot yang kosong ni, kinah nak join satu Giveaway daripada MrsPip. Syarat pun semudah ABC je. Semua orang boleh join. Pada sesiapa yang nak join bolehlah klik pada banner di bawah ni ye.
Giveaway ni berlangsung sehingga 8 April 2018. 
Birthday Giveaway by Mrs Pip Birthday Giveaway by Mrs Pip Reviewed by Kin Naz on Monday, March 19, 2018 Rating: 5

Mee Kicap Kedai Makan Ayah Din

Saturday, March 17, 2018
Mee Kicap Kedai Makan Ayah Din| Ni cerita pagi tadi, ayahnya ajak makan kat luar. Saja tukar angin, asyik beli kat kedai bawah rumah tu je. Kinah pun iye kan je la. Orang nak belanja, sebesar stadium kita tadahkan hihi. Kebetulan hari ni hari Sabtu, memang kena sangat la dengan satu kedai makan ni. Special nya kedai makan ni, hanya hari Sabtu, Ahad dan Isnin je ada menu ni. Hari lain kalau korang datang memang takde ye. Dah lama sebenarnya nak cuba Mee Kicap Kedai Makan Ayah Din ni, tapi asyik cuti je. Tapi hari ni kalau dah namanya rezeki. Dapat juga merasa mee kicap yang terletak di pekan Tanjung Malim.

Mee Kicap Kedai Makan Ayah Din

Mee Kicap Kedai Makan Ayah Din
Kalau korang nak tahu, kitorang sampai tadi pun nak kata lewat tu, takla jugak. Biasalah, kan dah mula cuti sekolah jadi jalan agak sibuk jugak la hari ni. Orang berpusu-pusu nak balik kampung. Tak terkecuali Kedai Makan Ayah Din. Agak ramai juga hari ni. Jenuh la jugak menunggunya. Nasib la Thahirah behave hari ni. Semua orang menunggu mee kicap. Ayahnya siap order air segelas lagi haha. Overall la mee kicap ni, kalau ikut tekak kinah sedap. Orang lain tak tau la. Korang bila turun Tanjung Malim nanti bolehlah cuba.

Ada satu lagi dish istimewa di Kedai Makan Ayah Din ni ialah Kuih Chang. First time kinah try makan kuih Chang ni. Kuih tradisional orang Cina. Tapi ni yang halal ye. Ramai juga orang memborong kuih ni tadi. Termasuklah kitorang.
Dah kenyang makan mee kicap, Thahirah tertarik dengan mural kartun di dinding. Kalau korang nak tahu, sepanjang dinding kedai ada je mural lukisan kartun. Jadi, kaki selfie tu bolehlah tangkap gambar kat sini. Thahirah pun tak terkecuali. Dia pun nak jugak bergambar dengan Tok Aba Kokotiam.
Nak cari Kedai Makan Ayah Din ni tak la susah mana. Korang cari je dinding yang ada mural. Dekat je dengan Stesen Bas Tanjung Malim. Betul-betul tengah pekan.
Ok lah itu aje kinah nak kongsikan pada hari ni. Selamat malam.
Mee Kicap Kedai Makan Ayah Din Mee Kicap Kedai Makan Ayah Din Reviewed by Kin Naz on Saturday, March 17, 2018 Rating: 5

Royal Expert Advance Brightening Cream (REABC) Berwajah Baharu

Saturday, March 17, 2018
Royal Expert Advance Brightening Cream (REABC) Berwajah Baharu| Hari ni kinah nak kongsi dengan korang tentang satu produk penjagaan kulit iaitu Royal Expert Advance Brightening Cream (REABC). REABC ni sebenarnya krim. Mungkin ada di antara korang belum pernah dengar lagi jenama ni. Untuk pengetahuan korang, jenama ni sebenarnya telah lama bertapak di Malaysia. Bahan-bahan yang digunakan adalah daripada bahan semula jadi dan sesuai digunakan untuk semua jenis kulit sama ada lelaki ataupun wanita.

Royal Expert Advance Brightening Cream (REABC) Berwajah Baharu

Royal Expert Advance Brightening Cream (REABC) Berwajah Baharu
Royal Expert Advance Brightening Cream (REABC) Berwajah Baharu
Pengguna produk Royal Expert Advance Brightening Cream (REABC) semestinya akan kagum dan berpuas hati dengan keberkesanan krim ini yang mampu mencerah serta melembapkan kulit, mampu mengurangkan masalah pigmentasi, dapat melindungi kulit daripada kesan sinaran UV dan juga sebagai anti-penuaan. Untuk pengetahuan semua, kali ini Royal Expert Advance Brightening Cream telah berwajah baharu dan akan mula dilancarkan pada 23 Mac 2018 ini. Apa yang penting krim ini bebas daripada kandungan racun yang merbahaya seperti merkuri dan paraben. Apa yang pasti, krim ajaib ni telah melalui ujian makmal dan terbukti berkesan seawal 7 hari. Best tu, siapa tak nak cantikkan.

Cara penggunaannya pun cukup mudah, hanya sapukan krim pada muka dan juga di leher. Urut perlahan-lahan secara mengikut pergerakan bulatan. Krim ini boleh digunakan pada waktu pagi dan malam setiap hari.
Royal Expert Advance Brightening Cream (REABC) Berwajah Baharu
Royal Expert Advance  Cream (REABC) Berwajah Baharu
Sehubungan dengan itu, pihak OEW akan mengadakan satu contest yang akan berlangsung di facebook yang mana pelbagai peringkat umur dan pelbagai bangsa boleh sertai contest ini. Hadiah yang ditawarkan pun lumayan tau iaitu:



  • Pertama - Baucer Parkson bernilai RM200 beserta Royal Expert Advance Brightening Cream.
  • Kedua - Baucer Parkson bernilai RM100
  • Ketiga - Baucer Patkson bernilai RM50
  • Segala maklumat berkaitan contest boleh rujuk di facebook official Royal Expert Group

    Berminat untuk mendapatkan produk ini? Boleh dapatkan di stokis yang sah dan berdaftar. Kini ada 4 stokis sah di Malaysia iaitu:
    Royal Expert Resource Centre PJ – http://pj.royalexpert.com/
    Royal Expert Resource Centre JB – http://jb.royalexpert.com/
    Royal Expert Resource Centre Cheras – http://cheras.royalexpert.com/
    Royal Expert Resource Centre Sabah –  http://sabah.royalexpert.com/

    Harga Royal Expert Advance Brightening Cream (REABC) ialah RM135.00 seunit

    Perhatian kepada mereka yang ingin menjana pendapatan sampingan, kini pihak Royal Expert kini mencari wakil jualan bagi produk mereka dengan bermodalkan RM500 SAHAJA kepada 100 orang terawal. Tunggu apa lagi, daftar sekarang!!

    Royal Expert Advance Brightening Cream (REABC) Berwajah Baharu Royal Expert Advance Brightening Cream (REABC) Berwajah Baharu Reviewed by Kin Naz on Saturday, March 17, 2018 Rating: 5

    Bawa Thahirah Mandi Di Port Dickson

    Saturday, March 17, 2018
    Bawa Thahirah Mandi Di Port Dickson| Selasa yang lepas suami off duty. Jadi, inilah masa yang sesuai untuk berlibur. Macam la jauh sangat nak pergi bercuti haha. Balik hari je sebab esoknya ada appointment di klinik ibu dan anak. Sebenarnya takde perancangan pun. Itupun plan last minit sebab tak tahu nak pergi mana. Lastnya decide nak pergi Port Dickson. Saja nak bawak Thahirah mandi laut.

    Bawa Thahirah Mandi Di Port Dickson

    Orang pertama yang excited tu siapa lagi kalau bukan Thahirah. Siap buat peace lagi. Tu peace cara dia haha. Seronok bukan main bila nampak laut. Bila bawak dekat gigi pantai kecut perut, tak nak dekat. Masa ni si ayahnya main peranan bawak dia rapat dengan gigi air tu bagi dia rasa. Mula-mula memang tak nak. Lastnya, dia tak nak naik haru betul.
    Tengok tu muka cuak dia. Pegang saja ayah dia. Takut dengan air tu. Lama-lama dia sendiri berani. Haha lepasni kita ajak ayah tidur dekat Pengkalan Balak macam aritu. Tapi masa tu dengar ombak pun takut haha. Harapnya lepasni berani la ye dik.
    Masa ni dah seronok main air plus main pasir. Amboi tadi punya beria takut. Lastnya dia over. Yang berendam air laut dua beranak ni je la. Kinah jadi permerhati je dari jauh sambil ambik angin laut. Lagipun dah puas dah mandi laut. Kasi can anak pulak ye dak. Lagipun boleh tahan jugak panas kat PD ni ye. Lepas habis berendam kat sini, confirm masing-masing perut dah lapar. Sebelum sampai ke sini, kinah dah siap google tempat makan yang best. Dalam banyak-banyak kedai makan kat PD ni, kinah pilih King's Char Kuey Tiaw. Haaa sedap ke idak char kuey tiaw nyer? Nanti kinah story lain ye.

    Bawa Thahirah Mandi Di Port Dickson Bawa Thahirah Mandi Di Port Dickson Reviewed by Kin Naz on Saturday, March 17, 2018 Rating: 5

    Resepi Ayam Goreng BBQ

    Monday, March 12, 2018
    Resepi Ayam Goreng BBQ| Hari ni kinah nak share dengan korang satu resepi. Lama dah kan tak share resepi. Resepi kali ni kinah ambik dekat majalah Rasa. Lama dah majalah ni. Tak silap tahun lepas ke dua tahun lepas. Lebih kurang gitu la. Sebenarnya kinah ni dah blur tak tau nak masak apa. Itu yang selak balik majalah tu. Kot kot la datang idea. Memang sungguh pun. Tapi resepi ni tak sesuai la untuk orang yang tengah diet. Sebabnya kita guna minyak. Jadi, pada yang tak guna minyak boleh je panggang ayam ni. Hmmm jom kita tengok apa bahan-bahan untuk Resepi Ayam Goreng BBQ.

    Resepi Ayam Goreng BBQResepi Ayam Goreng BBQ

    Maaf la ye, presentation tak berapa nak cantik. Sebab anak dara dah bangun tidur. Tangkap gambar pun ikut dan je. Untuk pengetahuan, bahan-bahan yang kinah senarai kan ni mengikut resepi yang chef bagi. Kalau korang nak tambahkan kuantiti ayam tu korang pandai-pandai adjust ye. Kinah pun main campak-campak je. 

    Bahan-bahan:
    6 ketul ayam (dibersihkan)
    3 sudu makan sos tiram
    2 sudu makan sos tomato
    1 sudu teh serbuk lada hitam
    2 sudu makan madu
    1 sudu teh serbuk stok ayam
    1 sudu teh herba Parsli
    Garam secukup rasa
    2 sudu makan minyak masak
    Minyak untuk menggoreng

    Cara-cara
    Perapkan ayam dengan semua bahan-bahan di atas dalam mangkuk yang besar. Tambah garam secukup rasa. Perapkannya selama sejam. (Makin lama diperap makin sedap). Setelah perap, gorengkan ayam itu dengan minyak yang panas sehingga garing dan sedia untuk dihidangkan.

    Selamat mencuba ye.
    Resepi Ayam Goreng BBQ Resepi Ayam Goreng BBQ Reviewed by Kin Naz on Monday, March 12, 2018 Rating: 5

    Kronos FlatNoMore Tyre Sealant & Inflator | Penyelamat Tayar Pancit

    Monday, March 12, 2018
    Kronos FlatNoMore Tyre Sealant & Inflator | Penyelamat Tayar Pancit | Tayar pancit kerana paku? Kalau korang nak tahu, kawasan rumah kinah ni boleh dikatakan agak berisiko ye bila lalu sebabnya banyak paku berterabur di tengah jalan tu. Tak tahula orang tabur atau jatuh dari lori-lori yang lalu. Aduh masalah besar tu kalau terkena, bukan paku yang kecik-kecik ye. Selagi kita boleh elak, kita elak. Kalau dah nak terkena, berhuhu je la yang mampu. Tapi sejak diperkenalkan dengan Kronos FlatNoMore Tyre Sealant & Inflator hati ni sedikit lega. Kiranya item wajib yang perlu ada dalam kereta. Sangat membantu bila adanya kecemasan sementara nak ke bengkel yang berdekatan.

    Kronos FlatNoMore Tyre Sealant & Inflator | Penyelamat Tayar Pancit

    Kronos Flat NoMore Tyre Sealant & Inflator
    Kronos FlatNoMore Tyre Sealant & Inflator
    Kronos Flat NoMore ini dikeluarkan dan diedarkan oleh DKS INTERNATIONAL SDN. BHD untuk pasaran di Malaysia sahaja. Untuk pengetahuan semua, KRONOS FLATNOMORE didatangkan dengan botol paling besar yang terdapat di pasaran iaitu 650 ml. Harga pengenalan yang ditawarkan adalah mampu milik iaitu RM49.99 sahaja. Rugilah siapa yang tak grab sekarang sementara harga belum kembali ke harga asal.
    Kronos Flat NoMore Tyre Sealant & Inflator
    Kronos Flat NoMore Tyre Sealant & Inflator
    Seperkara lagi yang perlu diingatkan kepada pengguna, ia boleh menampal lubang sehingga 6 mm sahaja dan ianya digunakan hanya untuk penampalan sementara sahaja. Pengguna perlu ke bengkel yang berdekatan untuk membuat tampalan tayar dengan sempurna dan kekal. Apa yang penting, Kronos Flat NoMore ni tidak akan merosakkan rim dan tayar korang ye. Once korang dah guna Kronos Flat NoMore ni, janganlah korang speed kereta tu sampai 130km/j pulak. Bahaya tu. Selepas menggunakannya, pengguna akan merasa sedikit getaran apabila memandu. Hal ini disebabkan kandungan cecair yang terdapat di dalam tayar. Sebab itu, korang tak digalakkan memandu melebihi had laju.

    Kronos Flat NoMore Tyre Sealant & Inflator
    Kronos Flat NoMore Tyre Sealant & Inflator
    Fakta Menarik Mengenai KRONOS FLATNOMORE TYRE SEALANT & INFLATOR
    • TIDAK perlu tukar tayar
    • Senang untuk digunakan
    • Tampalkan lubang tayar dalam 90 saat
    • Tidak memerlukan sebarang peralatan
    • Tidak merosakkan tayar dan rim kereta
    • Formula yang mesra alam dan tidak mudah terbakar
    • Dibuat daripada 100% polimer organik
    • Jangka hayat selama 3 tahun dari tarikh pengilangan
    • Waranti 2 tahun

    Cara Guna Kronos FlatNoMore Tyre Sealant & Inflator, korang kena tonton dulu video ni


    Jangan lupa Follow IG KRONOSFLATNOMORE untuk dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai hadiah Lattissima Touch Nepresso Coffee Maker berharga RM1699 untuk pembeli yang bertuah. 

    MAKLUMAT LANJUT BOLEH HUBUNGI
    E-mel inquiry@keystons.com 
    Phone: +601126073633
    *Agens dan Distributor DIPERLUKAN*


    Kronos FlatNoMore Tyre Sealant & Inflator | Penyelamat Tayar Pancit Kronos FlatNoMore Tyre Sealant & Inflator | Penyelamat Tayar Pancit Reviewed by Kin Naz on Monday, March 12, 2018 Rating: 5

    Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends

    Friday, March 09, 2018
    Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends | Assalamualaikum dan Salam Jumaat buat semua. Pejam celik dah hari Jumaat di minggu kedua pada bulan Mac. Sekejap betul masa berlalu. Tak ada nak buat apa ni, kinah nak ajak korang join satu giveaway dari blog Lea Azleeya. Hadiahnya pun meletop wehhh.. Tunggu apa lagi jom lah ramai-ramai join. Kak Lea tengah mencari 13 orang pemenang. Mana la tahu korang salah seorang yang bertuah tu. Pada yang nak join giveaway meletop ni, bolehlah klik pada banner di bawah ni ye. GOOD LUCK SEMUA !!!!!

    Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends 


    Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends Giveaway Hadiah Meletop By Lea Azleeya & Friends Reviewed by Kin Naz on Friday, March 09, 2018 Rating: 5

    Kerjasama Shopee dan Honor Bagi Pelancaran Eksklusif Honor 9 Lite

    Wednesday, March 07, 2018
    Kerjasama Shopee dan Honor Bagi Pelancaran Eksklusif Honor 9 Lite| Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan telah menandatangani usahasama rasmi dengan honor Malaysia untuk melancarkan telefon pintar honor 9 Lite yang akan dijual secara eksklusif di platform Shopee.
    Kerjasama Shopee dan Honor Bagi Pelancaran Eksklusif Honor 9 Lite
    Usahasama tersebut membolehkan kira-kira 9 juta pengguna Shopee di Malaysia untuk membeli telefon pintar 4 kamera tersebut pada harga istimewa sebanyak RM699 sahaja (Harga pasaran: RM749) untuk masa terhad pada 9 Mac 2018. honor merupakan jenama terbaharu yang menyertai Shopee Mall, portal membeli-belah dalam talian khas yang membariskan lebih daripada 400 jenama terkemuka dan pengedar sah yang menawarkan pengalaman membeli-belah yang premium kepada pengguna Shopee.

    “Kami berbangga dapat bekerjasama dengan honor untuk pelancaran eksklusif honor 9 Lite ini. Sejak beberapa tahun lalu, kami menyaksikan pertumbuhan bilangan pengguna yang membeli produk elektronik secara dalam talian, khususnya telefon pintar. Kami gembira dapat bekerjasama dengan honor untuk menawarkan pelbagai lagi pilihan kepada pengguna kami,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

    “Sejajar dengan rancangan 2018 kami, kami berazam untuk mengukuhkan lagi usahasama strategik dengan pelbagai jenama terkemuka dengan menjual produk mereka di platform kami. Sebagai pemain e-dagang utama di rantau ini, kami mahu membantu lebih banyak jenama meluaskan rangkaian dalam talian mereka dan mengembangkan lagi perniagaan mereka dengan pengkalan pengguna yang lebih besar”.

    “Kami teruja bekerjasama dengan Shopee untuk memperkenalkan telefon 4-kamera pertama kami, honor 9 Lite untuk pasaran Malaysia. Sebagai jenama telefon pintar terkemuka global, kami dapat melihat potensi besar menerusi usahasama dengan Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan. Usahasama ini adalah titik tolak bagi kami dan kami pasti, masih banyak lagi lapangan yang boleh kami terokai bersama,” kata Zhao Zhiwei, Ketua honor Malaysia.

    Zhao menambah, “honor menjanjikan kejutan yang mengujakan untuk peminat dan pengguna kami. Malaysia merupakan pasaran global pertama kami semasa pelancaran honor View10 Crush Red dan kini kami berbangga untuk memperkenalkan siri honor Lite buat pertama kali untuk pasaran tempatan - lazimnya kami melancarkan produk baharu di pasaran Eropah dan India. Dengan memperkenalkan honor 9 Lite di pasaran tempatan, kami percaya keputusan ini dapat mengukuhkan kedudukan dan komitmen kami di Malaysia. Honor 9 Lite akan menjadi teman setia peminat tegar swafoto dengan dua kamera hadapan”.

    Abadikan Kenangan Anda Secara HD (Definisi Tinggi) dengan Empat Kamera honor 9 Lite menampilkan kamera dua lensa 13MP+2MP di bahagian hadapan dan belakang, yang membolehkan pengguna mengambil gambar yang jelas dan cantik tanpa mengira masa, tempat dan teknik. Dengan ciri-ciri kecantikan yang telah dinaiktaraf dan boleh diubahsuai, serta kesan ‘bokeh’ setaraf standard perisian komputer, telefon pintar ini pasti menjadi peranti pilihan bagi penggemar swafoto.

    Rekaan dan Paparan Yang Menawan
    Direka dengan ciri-ciri yang cantik dan praktikal, honor 9 Lite menampilkan teknik pembuatan yang tiada tolok bandingan dari semua sudut. Telefon ini mempunyai skrin paparan tanpa ‘bezel’ FullView HD (Berdefinisi Tinggi) dan kemasan seakan-akan cermin dengan nisbah skrin-ke- badan yang tinggi, menjanjikan penggunanya rekaan yang mewah.

    Berprestasi Tinggi
    Telefon honor 9 Lite ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 659 dan dilengkapi dengan 3GB RAM dan ruangan storan 32GB (boleh ditambah sehingga 256GB). Ia turut dibina dengan bateri berkuasa 3,000mAh yang boleh menampung penggunaan harian.

    Telefon honor 9 Lite ini boleh didapati dalam variasi Sapphire Blue dan Glacier Gray. Bagi meraikan pelancaran ini, Shopee turut menganjurkan pertandingan swafoto di Instagram dari 12 hingga 31 Mac yang memberi peluang kepada peserta untuk memenangi telefon honor 9 Lite baharu ini.
    Pengguna Shopee hanya perlu memuat naik satu swafoto dengan rakan baik mereka di Instagram, letakkan keterangan yang menyatakan sebab mereka rasa rakan baik mereka adalah seorang yang cantik atau kacak, tag pada @shopee_my dengan tanda pagar #ShopeeXhonor. Dua pemenang bertuah akan dipilih untuk memenangi sebuah honor 9 Lite untuk mereka dan rakan mereka. Manakala 10 pemenang lain akan menerima hadiah berbentuk 10,000 syiling Shopee setiap seorang. Selain itu, dari 7 hingga 9 Mac, pengguna Shopee boleh bermain permainan Facebook Live untuk membuka kunci ‘Code of Honor’ yang menawarkan hadiah berupa sebuah honor 9 Lite setiap hari.

    150 pembeli pertama honor 9 Lite akan menerima set solekan khas untuk swafoto dari Maybelline New York, peneraju dalam industri kosmetik global, bernilai RM50. Nantikan kejutan yang mengujakan daripada jenama solekan No 1 Malaysia yang diispirasikan daripada trend terhangat dari New York yang akan bekerjasama dengan honor pada sambutan ‘Hari honor’.

    Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my atau www.hihonor.com.my

    Untuk mendapatkan tawaran eksklusif sempena pelancaran ini, layari www.shopee.com.my/honormy.officialstore

    Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.
    Kerjasama Shopee dan Honor Bagi Pelancaran Eksklusif Honor 9 Lite Kerjasama Shopee dan Honor Bagi Pelancaran Eksklusif Honor 9 Lite Reviewed by Kin Naz on Wednesday, March 07, 2018 Rating: 5

    Pineng Power Bank Dari Shopee

    Friday, March 02, 2018
    Pineng Power Bank Dari Shopee| Hujung bulan lepas, Shopee adakan kempen sempena gaji pada 26 Februari hingga 28 Februari 2018. Kinah pun tak lepaskan peluang untuk join sama dalam kempen tu. Ala join membeli hehe. Join kempen takpe ye, jangan nak join makcik bawang. Bukan dapat apa pun, dapat dosa lagi ada la. Masa kempen tu, pelbagai tawaran dan barangan yang murah-murah sampai rambang mata ni nak beli apa.

    Pineng Power Bank Dari Shopee

    Last nye kinah decide beli power bank. Power bank ni berguna ye in case bila bateri handphone dah nak habis. Power bank la jadi penyelamatnya. Sebelum ni ada power bank Xiaomi, tapi dah rosak angkara ekperimen anak dara ni ha. Masa guna Xiaomi tu kita tak tahu berapa percent power yang kita dah guna? Hanya lampu je sebagai sign. Sebab tu dalam banyak-banyak power bank kat Shopee, kinah pilih Pineng Power Bank sebab dia ada LCD Display. Lebih mudah. Lagipun sebelum ni pernah juga guna Pineng. Lama jugakla pakai sejak zaman kerja dulu, itu pun dah rosak lepas kena lontar peluru. Sabar je la. Harganya pun takdela mahal. Bawah RM50.00 je. Murah kan.. Sebab tu kinah beli satu. Sekarang ni tak pasti la pulak harganya. Kang bukak lagi website tu nanti ada lagi yang terbeli haha.

    Pineng Power Bank kali ni, kinah pilih warna pink pulak, dulu warna putih. Abis semua barang warna pink. Laptop pun pink aishh dah nama pun perempuan pink la pilihan hatinya. Ni pun tunggu power bank ni sampai, berjanggut rasanya. Bukan masalah dari seller tapi masalah dari Pos Laju. Dua hari delay. Dia bawak jalan-jalan dulu makan angin. Kata nak hantar last nya tak jadi. Agaknya banyak sangat barang nak dihantar penangan kempen ni kot huhu. Apa-apa pun barang dah selamat sampai. Lepas ni bila keluar jalan-jalan dah tak risau dah bateri dah nak out. Korang shopping apa aritu? Share la sikit..
    Pineng Power Bank Dari Shopee Pineng Power Bank Dari Shopee Reviewed by Kin Naz on Friday, March 02, 2018 Rating: 5
    Powered by Blogger.