Bawa Thahirah Mandi Di Port Dickson

Bawa Thahirah Mandi Di Port Dickson| Selasa yang lepas suami off duty. Jadi, inilah masa yang sesuai untuk berlibur. Macam la jauh sangat nak pergi bercuti haha. Balik hari je sebab esoknya ada appointment di klinik ibu dan anak. Sebenarnya takde perancangan pun. Itupun plan last minit sebab tak tahu nak pergi mana. Lastnya decide nak pergi Port Dickson. Saja nak bawak Thahirah mandi laut.

Bawa Thahirah Mandi Di Port Dickson

Orang pertama yang excited tu siapa lagi kalau bukan Thahirah. Siap buat peace lagi. Tu peace cara dia haha. Seronok bukan main bila nampak laut. Bila bawak dekat gigi pantai kecut perut, tak nak dekat. Masa ni si ayahnya main peranan bawak dia rapat dengan gigi air tu bagi dia rasa. Mula-mula memang tak nak. Lastnya, dia tak nak naik haru betul.
Tengok tu muka cuak dia. Pegang saja ayah dia. Takut dengan air tu. Lama-lama dia sendiri berani. Haha lepasni kita ajak ayah tidur dekat Pengkalan Balak macam aritu. Tapi masa tu dengar ombak pun takut haha. Harapnya lepasni berani la ye dik.
Masa ni dah seronok main air plus main pasir. Amboi tadi punya beria takut. Lastnya dia over. Yang berendam air laut dua beranak ni je la. Kinah jadi permerhati je dari jauh sambil ambik angin laut. Lagipun dah puas dah mandi laut. Kasi can anak pulak ye dak. Lagipun boleh tahan jugak panas kat PD ni ye. Lepas habis berendam kat sini, confirm masing-masing perut dah lapar. Sebelum sampai ke sini, kinah dah siap google tempat makan yang best. Dalam banyak-banyak kedai makan kat PD ni, kinah pilih King's Char Kuey Tiaw. Haaa sedap ke idak char kuey tiaw nyer? Nanti kinah story lain ye.

5 comments:

  1. seronok thahirah main air laut

    ReplyDelete
  2. bestnya thahirah main air yee :D


    jemput join segmen Azah :)
    http://www.azahrahaman.com/2018/03/segmenazahrahaman-aku-seorang-blogger.html

    ReplyDelete
  3. Seronoknya thahirah dapat main air ye..

    ReplyDelete
  4. seronoknya Thahirah mandi laut...rindu pulak rasa hehe

    ReplyDelete