Resepi Ayam Goreng BBQ

Resepi Ayam Goreng BBQ| Hari ni kinah nak share dengan korang satu resepi. Lama dah kan tak share resepi. Resepi kali ni kinah ambik dekat majalah Rasa. Lama dah majalah ni. Tak silap tahun lepas ke dua tahun lepas. Lebih kurang gitu la. Sebenarnya kinah ni dah blur tak tau nak masak apa. Itu yang selak balik majalah tu. Kot kot la datang idea. Memang sungguh pun. Tapi resepi ni tak sesuai la untuk orang yang tengah diet. Sebabnya kita guna minyak. Jadi, pada yang tak guna minyak boleh je panggang ayam ni. Hmmm jom kita tengok apa bahan-bahan untuk Resepi Ayam Goreng BBQ.

Resepi Ayam Goreng BBQResepi Ayam Goreng BBQ

Maaf la ye, presentation tak berapa nak cantik. Sebab anak dara dah bangun tidur. Tangkap gambar pun ikut dan je. Untuk pengetahuan, bahan-bahan yang kinah senarai kan ni mengikut resepi yang chef bagi. Kalau korang nak tambahkan kuantiti ayam tu korang pandai-pandai adjust ye. Kinah pun main campak-campak je. 

Bahan-bahan:
6 ketul ayam (dibersihkan)
3 sudu makan sos tiram
2 sudu makan sos tomato
1 sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu makan madu
1 sudu teh serbuk stok ayam
1 sudu teh herba Parsli
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak masak
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
Perapkan ayam dengan semua bahan-bahan di atas dalam mangkuk yang besar. Tambah garam secukup rasa. Perapkannya selama sejam. (Makin lama diperap makin sedap). Setelah perap, gorengkan ayam itu dengan minyak yang panas sehingga garing dan sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba ye.
Resepi Ayam Goreng BBQ Resepi Ayam Goreng BBQ Reviewed by Kin Naz on Monday, March 12, 2018 Rating: 5

11 comments:

  1. Petang-petang nampak post ini.. meleleh air liur kinah oi.. sedapnya la hai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu tanda kak sha kena cuba resepi ni hihi

      Delete
    2. Kikiki.. InsyaAllah.. nanti kak sha cuba ye..

      Delete
  2. MasyaAllah...awat la sedap sgt nmpk ayam ni pun lahaiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap sallyyyy.. Nyummmmm. Free nanti try la

      Delete
  3. nampak menarik lah ayam tu berkilat2

    ReplyDelete
  4. Singgah blogwalking. Selamat pagi puan

    Kalau beli di kfc dan pizza memang mahal ni

    ReplyDelete
  5. Meleleh air liur tengok gambar ayam goreng tu. Resipi pun nampak simple tu. Boleh masak sendiri tanpa bantuan isteri la macam ni hehe

    ReplyDelete
  6. mmg sedap ni Kinah..kalau akk buat mmg sekali harung jer..haha

    ReplyDelete
  7. kena buat utk berbuka puasa esok. thanks for sharing.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.