Keriangan Tanpa Henti Dengan CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES

Keriangan Tanpa Henti Dengan CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPES| Tisu basah sekarang ni adalah benda penting yang perlu ada dalam beg kinah. Biasalah bila ada anak kecik ni, tisu basah mesti sentiasa ada je terutama bila keluar jalan-jalan. Biasalah bila keluar tu, ada je keadaan yang tak diduga. Pegang itu ini dah nama pun budak-budak. Perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru tu mesti ada punya. Jadi, bila adanya tisu basah daripada Carrie Junior Funtime Wipes dah tak perlu risau lagi kebersihan pula lebih terjamin. 

Keriangan Tanpa Henti Dengan CARRIE JUNIOR FUNTIME WIPESCarrie Junior Funtime Wipes

Carrie Junior, sebuah rangkaian kelengkapan diri kanak-kanak yang telah berada di pasaran selama 19 tahun dan menjadi jenama utama penjagaan diri kanak-kanak di Malaysia memperkenalkan Carrie Junior Funtime Wipes. Sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak, Carrie Junior Funtime Wipes sangat memudahkan urusan ibu bapa dan kanak-kanak dengan pek mudah bawa yang mengandungi 30 helai tisu dan pek keluarga dengan kandungan 80 helai sesuai diletakkan di kediaman atau di dalam kereta. 

Pek ini amat bersesuaian untuk diletakkan di dalam bag sekolah untuk dibawa bersama ke sekolah. Carrie Junior Funtime Wipes sangat berguna untuk mereka kerana kanak-kanak sentiasa terdedah kepada bakteria dan virus yang berbahaya apabila melakukan rutin harian di sekolah mahupun aktiviti kokurikulum. Amalan-amalan seperti mengelap tangan dengan Carrie Junior Funtime Wipes sebelum dan selepas makan, bermain di kawasan kediaman, dan selepas keluar dari bilik mandi akan memastikan tangan mereka bersih dan bebas kuman. 
Carrie Junior Funtime Wipes
Cheeky Cherry
Carrie Junior Funtime Wipes
Smoothie Berries
Hadir dalam dua variasi buah-buahan yang menarik iaitu Cheeky Cherry dan Smoothie Berries, Carrie Junior Funtime Wipes dirumus khas dengan Fruito-E, gabungan ekstrak buah-buahan semula jadi yang kaya dengan vitamin dan nutrient membantu menyuburkan dan melembapkan kulit. Carrie Junior Funtime Wipes ini bebas alkohol, bebas paraben, bebas formal dehidadan hipoallergenik. Telah diuji secara dermatologi dan disahkan halal; produk ini turut mengandungi kelembapan yang tinggi. Ia juga sangat lembut pada kulit bayi yang halus dan sensitif. 

Carrie Junior Funtime Wipes merupakan penyelesaian terbaik untuk kanak-kanak yang sentiasa keluar, mengembara, dan juga untuk kegunaan sebelum dan selepas makan. Yang paling penting, ia memberikan anda rasa selesa dengan aroma buah yang manis tanpa rasa melekit pada kulit. 

Kedua-dua variasi Carrie Junior Funtime Wipes boleh didapati dalam pek mudah bawa dan digunakan yang mengandungi 30 helai dan dijual pada harga RM7.30 (Semenanjung) / RM7.70(Sabah & Sarawak) atau pek keluarga yang mengandungi 80 helaian dandijual pada harga RM9.00 (Semenanjung)/RM9.50(Sabah & Sarawak). 

*Harga termasuk GST.

Post a Comment

8 Comments

  1. hee~ anak akak menyengih jek masa dapat pek keriangan ni.. adoi.. dorang happy, akak pun happy.. agittew--

    ReplyDelete
  2. wet tissue benda wajib dlm handbag ... :))

    ReplyDelete
  3. Carrie Junior ni mmg wangi. Mai pakai sampai zaman universiti...hehehehe. Dulu pakwe selalu tanya kenapa awak wangi sangat, kahkahkah, dia ingat pakai perfume mahal ke, padahal letak bedak ni banyak2 lepas mandi sebelum g dating. :P

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum, Ibu singgah blog walking ke blog sis kinah.

    wipe pun boleh meriangkan suasana. Terbaik

    ReplyDelete
  5. xsangka carrie junior dah ada tisu basah sendiri..

    ReplyDelete
  6. Sukanya.. Wipes ini kena standby selalu dalam kerata..

    ReplyDelete
  7. produk carrie junior selalunya wangi..saya suka.done follow your blog... nadianurul2604.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. wajib ada dalam handbag!!haha

    ReplyDelete