Sumbangan Nur Ramadhan Buat Golongan Asnaf

Sumbangan Nur Ramadhan Buat Golongan Asnaf | Sekejap saja masa berlalu pejam celik dah bulan Syaaban. Maknanya tak lama dah kita semua nak sambut bulan Ramadhan yang mulia. Rasa baru saja kita sambut bulan Ramadhan tahun lepas. 
Tup tup dah nak puasa balik dan semestinya ada di antara kita telah membuat persiapan untuk menyambut bulan Ramadhan yang mulia dan Syawal nanti. Namun begitu, tidak semua di antara kita yang bernasib baik terutamanya golongan asnaf.
Sumber daripada Google
Untuk pengetahuan semua, Asnaf boleh ditakrifkan sebagai seseorang individu yang layak menerima bantuan zakat. Golongan Asnaf ini terdiri daripada beberapa kategori. Antaranya ialah:
  • Fakir
  • Miskin
  • Amil
  • Muallaf
  • Riqab
  • Gharimin
  • Fisabilillah
Kehidupan di ibu kota yang penuh pancaroba seperti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ini telah menyebabkan ada segelintir daripada kita yang terpaksa "kais pagi makan pagi, kais petang makan petang" untuk mencari sesuap nasi. 
Ada yang terpaksa berkorban masa dengan keluarga untuk mencari sesuap nasi bagi menampung keperluan seharian dan meneruskan kehidupan. Rasa sangat kasihan.

Sehubungan dengan itu, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang diterajui oleh Dato Seri Tengku Adnan Tengku Mansor telah mengadakan satu program yang diberi nama Sumbangan Nur Ramadhan.
Sumber daripada Google
Bagi menyemarakkan lagi bulan Ramadhan dan memperoleh keberkatan, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) akan meneruskan lagi Program Sumbangan Nur Ramadhan pada tahun ini bagi membantu meringankan beban yang dialami oleh golongan asnaf terutamanya ibu tunggal, anak-anak yatim , orang kelainan upaya (OKU) dan keluarga yang kurang berkemampuan.

Sumber daripada Google
Program ini akan menjelajah ke 13 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan termasuklah Putrajaya dan juga Labuan. 
Antara pengisian program ini ialah majlis berbuka puasa, solat terawih berjemaah, majlis penyampaian sumbangan dan pelbagai lagi aktiviti yang telah dirangka khusus untuk program ini. Sebarang aktiviti dan program pada tahun ini akan di maklumkan dari semasa ke semasa.

Harapnya dengan adanya program seperti ini sedikit sebanyak dapat memberi sinar kepada mereka yang memerlukan dan kalau boleh biarlah program seperti ini berterusan sampai bila-bila. Yela bukan semua orang mempunyai nasib yang sama.
 Terasa kerdilnya kita di bumi Allah ni. Rasa bersyukur dan berbangga sangat dilahirkan di bumi Malaysia yang aman makmur dan bertuah ini.


59 comments:

  1. Semoga program macm ne dapat di teruskan dan makin ramai dapat di bantu

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah....semoga kita diberi kesempatan utk meraikan golongan2 ini dgn memberi sumbangan seikhlas yg mampu...program yg patut diteruskan setiap masa

    ReplyDelete
  3. Tahniah dan terima kasih kerana mengadakan program sebegini. Semoga dapat diteruskan lagi

    ReplyDelete
  4. Positive Monday start for me. I read all good news at people blog. Ramadhan dah dekat time ni la banyak sumbangan. To me it should be done in normal days too.

    ReplyDelete
  5. waa bagusnya ada program macam ni..betul, kesian rasanya pada golongan asnaf terutama bila Ramadhan bakal tiba dan seterusnya Hari Raya..moga mereka dapat bantuan secukupnya dan moga program murni ini dapat sentiasa diteruskan.

    ReplyDelete
  6. Bila tengok mereka yang tak berkemampuan, bersyukur kita dengan kehidupan kita. Program sebegini kena diteruskan. Barulah kerajaan prihatin dengan golongan tidak berkemampuan ini.

    ReplyDelete
  7. bagus program ni dan perlu diperluaskan dan di war-warkan di media electronic supaya lebih ramai lagi yang prihatin..

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah makin banyak orang suka membantu dan juga masih ingat pada golongan yang kurang bernasib baik seperti mereka ini. Juga kerajaan tidak lupa kepada tanggungjawab mereka ini yang kita nak..

    ReplyDelete
  9. Bagus sangat program macam ni. Membantu golongan yang kurang berkemampuan. Tahniah DBKL.

    ReplyDelete
  10. Menariknya program seperti ini,
    Ramai yang tidak berkemampuan dapat dibantu

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Dan selamat menyambut nisfu syaaban hari ini. Lagi 14 hari nak masuk ramadhan.

    Semoga sis kinah. Semoga amalan kita di terima Allah swt

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum Dan selamat menyambut nisfu syaaban hari ini. Lagi 14 hari nak masuk ramadhan.

    Semoga sis mendapat balasan setimpal dari Allah atas malan yang di kerjakan. Amin

    ReplyDelete
  13. Allah, bagusnya ada program macam ni. semoga dapat diteruskan pada masa akan datang

    ReplyDelete
  14. A good program to help the poor. At least they have something to eat instead of getting hungry everyday.

    ReplyDelete
  15. Bagus program ni membantu golongan yg kirang kemampuan

    ReplyDelete
  16. bagusnya program dia, solat sama-sama bagi bantuan. Program macam ni dapat eratkan silaturrahim sesama kita dan dapat pahala seba beri kepada yang memerulukan. Mesti diaorang gembira bila dapat bantuan macam ni.

    ReplyDelete
  17. alhamdulillah.. moga program ini dapat diteruskan bg membantu mereka yang memerlukan. Insyallah.

    ReplyDelete
  18. Bagus ada program sebegini. Diharap boleh diteruskan setiao kali ramadan

    ReplyDelete
  19. Lebih bagus program ini dilakukan setiap bulan hukan hanya untuk Ramadhan sahaja. Kerana di luar sana ramai sangat golongan asnaf, anak yatim, orang orang tua yang susah dan memerlukan bantuan daripada masyarakat.walau bagaimanapun bagus program ini diteruskan pada masa masa akan datang

    ReplyDelete
  20. Semoga yang memberi dan yang menerima sentiasa dimurahkan rezeki. Program seperti ini seharusnya diadakan selalu.

    ReplyDelete
  21. Alhamdulillah masih ada pihak yang ambil berat macam ni..yang berat sama diringankan

    ReplyDelete
  22. Semoga program sumbangan nur ramadhan dpt membsntu serba serbi golongan yg kurang berkemampuan utk menyambut bulan puasa. Rezeki hendaklah sama2 dikongsi

    ReplyDelete
  23. Sesungguhnya saling bantu membantu
    dan saling ingat mengingatkan
    sebelum datangnya hari di mana
    satu pertolongan pun tidak dapat
    di beri adalah merupakan amal kebajikan
    yang di catat oleh maklaikat untuk
    timbangan amal ke syurga kelak.

    Apabila tiba hari tersebut ,
    Ayah dan Ibu tidak dapat menolong anaknya
    dan si anak tidak dapat memberikan back up
    berkenyit kenyit mata dalam memberikan pertolongan
    termasuklah sahabat handai , kaum kerabat juga.
    kerana pada hari itu , masing masing sibuk
    dengan urusan masing masing bagi mengetahui
    berat mana kita nanti

    beruntunglah hai manusia
    yang saling tolong menolong
    dalam melakukan kebajikan
    dan saling berpesan pesan

    kerana manusia itu
    senantiasa dalam kerugian
    melainkan golongan di sebutkan
    seperti di atas .

    ReplyDelete
  24. Bagus sgt.. Sekurang2nye sama2 merasa meriahnye sambutan ramadhan..

    ReplyDelete
  25. program yg bagus, dan semoga Ramadhan memberikan senyuman buat mereka ...

    ReplyDelete
  26. Semoga bantuan seperti ini akn dapat bantu golongan yg memerlukan & diteruskan pada masa mendatang

    ReplyDelete
  27. Satu tanggungjawab sosial yang perlu diambil berat bukan sahaja agensi kerajaan, syarikat bahkan masyarakat sekitar. Terutama golongan asnF mereka sebenarnya layak untuk diberi bantuan

    ReplyDelete
  28. Semoga mereka sentiasa dimurahkan rezeki. Program seperti ini perlu di teruskan.... :)

    ReplyDelete
  29. alhamdulillah..ada yg membela nasib golongan ni..

    ReplyDelete
  30. Bagus sangat ada bantuan macam ni

    ReplyDelete
  31. I love to see this kind of program and hope more communities and companies could have this program running as well. Don't make them feel lefted out. Sour heart

    ReplyDelete
  32. Alhamdulillah..bagus di adakan program sebegini. Sekurang kurangnya golong yang septutnya menerima bantuan dapat bantuan tersebut. Diharap juga bukan masa musim perayaan sahaja diadakan program sebegini

    ReplyDelete
  33. Dah banyak program yang membantu golongan asnaf ni. Harap sumbangan nur ramadan ni sentiasa menghulurkan tangan dan membantu golongan ini sampai bila-bila.

    ReplyDelete
  34. Alhamdulillah. Sedikit sebanyak mampu meringankan beban

    ReplyDelete
  35. Wah sumbangan macam ni lah kita nak. Awal-awal sebelum bulan Ramadan dah terima. Sebab pihak masjid boleh la bersiap sedia dengan persiapan tempat solat yang luas, makanan berbuka atau moreh dan paling penting penceramah agama ketika kita menunggu dari waktu Solat Maghrib ke Isyak. Kemudian Solat Taraweh. Excited pula kak ruby nak menyambut Ramadan. Hehe

    ReplyDelete
  36. Alhamdulillah. Dlm rezeki kita ada bahagian rezeki org lain sebenarnya 😊

    ReplyDelete
  37. Alhamdulillah. Tahniah pihak berkenaan atas inisiatif macam ni. Sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan bebas golongan asnaf.

    ReplyDelete
  38. Bagus ada program macam nie kan, harap dapat diteruskan sampai bila-bila..

    ReplyDelete
  39. Alhamdulilah semoga dpt meringan beban mereka yg memerlukan

    ReplyDelete
  40. alhamdulillah. usaha2 dan program macam ni patut diperbanyakkan lagi. banyak memberi manfaat kepada yang memerlukan.

    ReplyDelete
  41. Semoga program ini dapat diteruskan sampai bila bila.

    ReplyDelete
  42. Alhamdulillah ada bantuan sumbangan macam ni. meringankan beban :)

    ReplyDelete
  43. I am proud to be a Malaysian as well, it's very heart warming to such act of kindness. May they continue doing these good deeds then more will benefit from it.

    ReplyDelete
  44. I love how some of our Malaysian community do such things. It’s nice to see when good deals are being done to help others

    ReplyDelete
  45. Syukur Alhamdulillah.. . Moga program sebegini sedikit sebanyak meringankan bebanan mereka yang memerlukan. Sebak rasa tengok mereka...

    ReplyDelete
  46. Syukurlah... Masih ada yg prihatin Alhamdullilah

    ReplyDelete
  47. Alhamdulillah..sumbangan macam nilah yang mereka perlukan untuk meneruskan kehidupan

    ReplyDelete
  48. semoga program ni di teruskan sampai bila-bila supaya mereka yang susah beraga gembira dan tak rasa beban sebab ada yang sudi bantu

    ReplyDelete
  49. Alhamdulillah. Sekurang kurangnya mereka dpt nikmati juadah yg sedap sedap.

    ReplyDelete
  50. Hulurkan tangan ringan kan beban :)

    ReplyDelete
  51. Syukur masih ada yg prihatin. Ena pon rasa bangga sbb msia masih lgi menjaga kebajikan. Sama2 bantu meringankan beban.

    ReplyDelete
  52. Alhamdulillah.. Program yang bagus.. Semoga dilaksanakan berterusan..

    ReplyDelete
  53. Program sebegini dapat menceriakan yang layak di bulan mulia

    ReplyDelete
  54. Alhamdulillah, ada program yang prihatin pada warga asnaf..

    ReplyDelete
  55. Alhamdulillah.. rezeki menjelang Ramadhan.. :)

    ...

    ReplyDelete
  56. alhamdulillah, semoga program ini memberi manfaat yang sepatutnya kepada penerima nya.

    ReplyDelete
  57. Kesian dengan golongan asnaf. Memang bagus program ni.

    ReplyDelete