Batrisyia Birthday and Preloved Handbag Giveaway

Assalamualaikum, esok dah mula berpuasa. Selamat berpuasa semua yer. Entri kali ni kinah nak join satu giveaway daripada Cikla. Syaratnya pun mudah aje. Follow semua media sosial Cikla dan ceritakan serba sedikit pengalaman korang bersalin. Takde pengalaman tu cikla kata boleh je skip.



Hmm bercerita tentang pengalaman bersalin yer.... Kinah bersalin kan anak dara yang bertuah ni pada 05 Oktober 2015 di Hospital Selayang. Pada asalnya Thahirah punya due dalam 15 Oktober lebih kurang macam tu. Tapi disebabkan kinah ada pre-eklampsia dan GDM doktor mintak serah diri awal. Jadi, 04 Oktober masuk ward, 05 Oktober pagi tu kena induce. Nak dijadikan cerita, pagi 05 haribulan tu bila doktor check laluan tengok dah 3 cm. So doktor decide tak payah induce. Tengahari tu nurse tolak dalam dewan bersalin.

Lama jugakla kinah dalam dewan tu. Akhirnya pada pukul 8.00 malam kinah selamat lahirkan baby girl. Berat dalam 2.54 kg. Kecik je masa tu. Walaupun dah selamat bersalin masa tu, kinah kena observe kat dalam tu sampai 2.00 pagi sebab degup jantung sangat laju masa tu. Bila doktor check rupanya kinah ada pendarahan lagi dan kena bukak balik jahitan tadi sebab ada part doktor tak jahit. Aduiiii sakitnya tak tahu la nak cakap. Dua kali kot kena jahit. Ngilu rasanya.

Rasanya tu aje la sedikit sebanyak pengalaman kinah lahirkan anak sulung ni.

Kepada adik Batrisyia, Happy Birthday. Semoga jadi anak yang solehah, penyejuk hati ibu dan ayah ye. 
Batrisyia Birthday and Preloved Handbag Giveaway Batrisyia Birthday and Preloved Handbag Giveaway Reviewed by Kin Naz on Wednesday, May 16, 2018 Rating: 5

7 comments:

  1. Teringat moment melahirkan rasa macam serik dah tapi bila tengok baby, tak jadi dah serik tu..aish..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum & salam ramadhan dari ibu. Semoga amalan ibadat kita di terima Allah swt. Amin.

    Ibu singgah blogwaking blog sis kinah

    ReplyDelete
  3. goodluck kinah. kin x pernah bersalin lagi, so taktau cmne rasa dia..

    ReplyDelete
  4. Seriau pulak cikla bila baca cerita kinah ni. Kena jahit dua kali.

    Terima kasih sudi join. Jom check senarai peserta

    http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2018/05/senarai-peserta-batrisyia-birthday-and.html?m=1

    Good luck!!!

    ReplyDelete
  5. Takut jugak baca pengalaman bersalin, tapi at the same time excited hehe

    ReplyDelete
  6. Singgah sini dari GA yang sama :)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.