Perkara Yang Membatalkan Puasa

Perkara-perkara Yang Membatalkan Puasa |Assalamualaikum dan selamat pagi. Moga hari ni lebih baik daripada semalam. Syukur alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk bertemu lagi di bulan Ramadhan. Moga Ramadhan kali ni memberi lebih makna kepada semua. 

Perkara-perkara Yang Membatalkan Puasa
Perkara-perkara Yang Membatalkan Puasa 
Hmm bila masuk je bulan puasa ni, mesti geng ibu-ibu  la paling sibuk sekali. Awal-awal lagi dah merangka resepi untuk berbuka puasa dan sahur. Bagus juga nanti takde la blur nak masak apa kan. Kinah pun simpan juga list nak masak apa nanti. Senang. 


Oh ye jom kinah kongsikan sedikit perkara yang membatalkan puasa, perkara sunat ketika berpuasa dan perkara makruh dilakukan ketika berpuasa.

Perkara-perkara yang membatalkan puasa:
  1. Makan atau minum dengan sengaja meskipun sedikit (Jika terlupa tidak membatalkan puasa tetapi wajib berhenti sewaktu menyedari bahawa diri sedang berpuasa).
  2. Memasukkan dengan sengaja sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka.
  3. Keluar haid atau nifas.
  4. Gila/Tidak siuman
  5. Murtad (Keluar dari Islam)
  6. Mengeluarkan air mani dengan sengaja
  7. Bersetubuh (melakukan hubungan kelamin pada siang hari Bulan ramadhan)

Perkara-perkara sunat ketika berpuasa:

  1. Menyegerakan berbuka puasa.
  2. Berbuka puasa dengan buah tamar atau juadah manis yang lain
  3. Melambatkan bersahur kerana ada padanya berkat
  4. Memperbayakkan membaca Al-Quran, berzikir, berselawat dan membuat amal kebajikan
  5. Sentiasa bersedekah kepada fakir miskin atau anak yatim dan mereka yang tidak bernasib baik
  6. Menjauhkan percakapan yang sia-sia dan perbuatan yang tidak membawa manfaat
  7. Mandi junub sebelum masukknya waktu subuh.

Perkara-perkara makruh ketika berpuasa:

  1. Bersuntik, berbekam, berkumur-kumur berlebihan, memasukkan air ke dalam rongga hidung secara berlebihan, mandi secara berlebihan serta merasa masakan di hujung lidah.

3 comments:

  1. Tq sharing..")

    Selamat menyambut puasa Ramadhan kareem.")

    ReplyDelete
  2. Ramadan Kareem Kinah. Semoga sentiasa dibawah rahmat Allah.

    ReplyDelete