Friday, 4 May 2018

Program Rumah Transit Buat Pasangan Muda dan Belia

Program Rumah Transit Buat Pasangan Muda dan Belia | Nak beli rumah tapi kewangan masih belum kukuh, itulah masalah yang sering dialami oleh setiap pasangan pada masa kini tak terkecuali bagi pasangan muda yang baru sahaja mendirikan rumah tangga.

Memiliki rumah idaman memerlukan kos yang agak tinggi terutamanya bila tinggal di ibu kota metropolitan seperti Kuala Lumpur ni. Tambahan pula harga rumah sekarang boleh dikategorikan harga bukan mampu milik. Akhirnya, ramai yang menyewa sahaja.

Bila menyewa harga pulak sangat mahal. Gaji habis bayar duit sewa je. Tak lepas buat saving. Jadi, macam mana nak buat simpanan untuk masa hadapan? Tepuk dada tanya lah hati.

 Program Rumah Transit Buat Pasangan Muda dan Belia

Sumber daripada google
Mak ayah kita pada zaman dulu tak pening sangat nak cari rumah sebab pada masa dulu harga rumah masih lagi di tahap boleh mampu milik kiranya murah la jugak. Tambahan pula pada masa tu keadaan ekonomi kita bukanlah seperti sekarang ni.

Family kinah dulu pun pada mulanya kami menyewa saja. Duduk di kampung jadi harga sewa rumah pun murah masa tu. Alhamdulillah ada juga tempat kami sekeluarga berteduh. Bila kewangan keluarga dah mula kukuh barulah parents beli rumah. Alhamdulillah. Itu cerita family kinah. Nasib orang lain pulak, lain pulak ceritanya.

Tak ada impian nak beli rumah sendiri? Ada tu memang ada. Tapi tengoklah keadaan sekarang. Kebanyakan rumah yang dibina hanya mampu tengok saja. Semuanya mahal. Ada yang cecah setengah juta. Mak aiii itu sampai tua belum tentu hutang boleh habis.

Mana yang baru dapat kerja mesti ada impian nak beli rumah tapi bila nak buat pinjaman, tak lepas pulak. Hmm buntu. Sampai bila nak menyewa betul tak?
Sumber daripada google
Baru-baru ni kinah ada terbaca di surat khabar mengenai rumah transit akan dibina untuk pasangan muda yang baru kahwin dan belia. Kalau tak silap nama program tu Program Rumah Transit 1 Malaysia Kuala Lumpur (RT1M). 

Sumber daripada www.kpkt.gov.my

Ada Rumah Transit Buat Pasangan Muda dan Belia?
Haah betul, sekarang ni tengah dalam proses pembinaan. Kira-kira 10,000 buah unit rumah transit dalam tempoh tiga tahun akan datang. Banyak juga rumah transit ni ye.

Konsep Rumah Transit
Untuk pengetahuan semua, konsep rumah transit ni sebenarnya bersifat sementara yang mana ianya disewakan kepada golongan belia dan pasangan muda baru berkahwin yang tinggal di Kuala Lumpur bagi tempoh lima tahun saja dengan kadar sewa sebanyak RM800 sebulan.

Selepas tamat lima tahun kontrak, RM300 daripada bayaran bulanan tersebut akan dikembalikan. Secara tak langsung kita telah membuat simpanan dan duit tu bolehlah digunakan untuk deposit membeli rumah.

Pandangan kinah la ye, biasanya bila kita menyewa, bayaran sewa bulanan tu akan dikira hangus cuma biasanya deposit bagi bil elektrik, bil air saja akan dikembalikan. Tapi konsep sewa rumah transit bukan macam tu ye. Bagus juga inisiatif DBKL ye tempat lain tak ada lagi buat macam ni.

Sumber daripada www.kpkt.gov.my

Macam mana? Berminat nak mohon rumah transit ni? Baca dulu syarat-syarat kelayakan di bawah.

Syarat-syarat Kelayakan  Memohon Rumah Transit
Korang mesti nak tahu syarat kelayakan untuk mohon rumah transit
  • Pemohon dan pasangan semestinya warganegara Malaysia. Negara lain tak boleh ye.
  • Pemohon mestilah berumur 30 tahun dan ke bawah. 
  • Pemohon tidak mempunyai rumah sendiri di Kuala Lumpur ye
  • Pemohon bekerja di Lembah Klang sahaja
  • Tidak mempunyai rekod jenayah lampau seperti mencuri, menyamun dan sebagainya.
Syarat kelayakan dah lepas, bagaimana cara memohon pulak?

Cara Permohonan
Kepada yang berminat bolehlah dapatkan borang permohonan di

Bahagian Perancangan dan Pembangunan Projek PPR
Jabatan Perumahan Negara
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan,
Aras 33, No. 51, Persiaran Perdana, Presint 4,
62100 Putrajaya

Telefon : 
03-8891 4052 / 4061

Faksimili : 
03-8891 4045

ataupun boleh layari di laman web rasmi

Pada yang layak tu mohon segera, jika ada rezeki bolehlah menyewa di rumah transit yamg disediakan oleh pihak DBKL.

43 comments:

  1. Wah! Terbaik juga ek rumah transit ni.

    Membantu golongan muda dapatkan rumah sendiri lepas ni.

    Inisiatif kerajaan sebegini patut diteruskan supaya ramai antara kita yang mampu beli rumah.

    ReplyDelete
  2. Perghh terbaik sangat program sebegini. Sedikit sebanyak dapat memberi peluang bgi mereka yanf tak berkemampuan atau bergaji rendah dapat memiliki rumah sekaligus dapat juga simpan duit secara tidak langsung

    ReplyDelete
  3. Betul! Rumah sekarang mampu tengok je, nak beli jauh sekali, nak sewa kekadang pun lari bajet. Memang umur dia kena bawak 30 tahun ye? Suami lebih 30 tahun sekarang... hmmmm

    ReplyDelete
  4. tawaran yang macam wow. untung la orang klang. sewa sambil menyimpan selama 5 tahun. ok la kan. rumah nak besar mana sangat kalau duduk 3/4 orang dalam tempoh 5 tahun tu. perabot pun disediakan. cumaaa! janganlah dirosakkan kemudahan yang diberikan. ramai lagi pasangan muda yang beratur nak tinggal di situ. satu tindakan yang bijak menyewa di rumah transit ni. lepas je 5 tahun dah dapat miliki rumah sendiri. baru pulak tu. tak rugiii!!!

    ReplyDelete
  5. Beruntung nya belia zaman sekarang. Masa Nina dulu tahun 90-an mana ada program macam ni. Rugi sangat sapa yang layak tuu tak mohon. Peluang dah ada kena rebut!

    ReplyDelete
  6. Memang bagus sangat program macam ni membantu golongan muda untuk mengumpul aset masa hadapan.beruntung betul

    ReplyDelete
  7. Great information to share to those young generation. They can save now to buy their own home.

    ReplyDelete
  8. Bagus sangat projek macam ni kinah. Sambil bayar sewa sambil menyimpan untuk kegunaan masa depan. Rumah yang disewakan pun lengkap dan besar. Memang selesa lah sangat kan. Semoga projek seperti ini dpt diteruskan pada masa hadapan.

    ReplyDelete
  9. Baguslah ada program macam ni. Memberi peluang pasangan baru berkahwin memiliki rumah sendiri.

    ReplyDelete
  10. alamak kena ada kahwin ke? kalau bujang lepas tak? khai teringin nak beli rumah tapi tak tau cara

    ReplyDelete
  11. Baguslah inisiatif kerajaan yang peka tentang kemelut anak muda yang baru kahwin dan tinggal di KL. Best yer kalau dari dulu ada program camni. huhu...
    Semoga ramai yang grab peluang keemasan ni. menyewa sambil saving gitu

    ReplyDelete
  12. Kerajaan sekarang ni rasa dah cukup bagus semua orang dapat kebaikannya kerana mereka fikir masalah rakyat macam orang muda ni nak dapat rumah susah... Rasa tak perlu tukar kot kan....

    ReplyDelete
  13. Mmg bagus ada inesiatif mcm ni utk org yg kurang berkemampuan. Murah utk beli dan sewa jugak. Org muda boleh dptkan rumah sendiri dlm usia yg mudah.. maknanya bila dh pencen rumah dh habis bayar

    ReplyDelete
  14. Bagus benda gini. Aida sokong. Meskipun aida x bleh dpt kemudahan ni dah, aida wajib sokong. Permudahkan golongan belia, anak muda. Menyewa dan menabung. Rumah mesti kena ada. Makin lama umah makin mahal. Aduhai... So mesti mula menabung.

    ReplyDelete
  15. beruntung bah belia sekarang ni dgn program sebegini...

    ReplyDelete
  16. sangat beruntung belia sekarang kerana kerajaan melakukan usaha yg banyak utk menolong belia muda remaja yang bekerja di sekitar KL. Boleh memiliki rumah yang serba serbi lengkap pada harga yang murah.

    ReplyDelete
  17. Memang tersangat beruntung belia zaman sekarang, macam-macam kemudahan dan peluang tersedia depan mata aje. Zaman kita dulu mana ada semua ni..dok melopong je le tgk org ada rumah n macam2. So belia sekarang jangan lepaskan peluang yg diberi

    ReplyDelete
  18. Alhamdulillah. Ringan beban belia yang baru nak mulakan hidup. Zaman Mak dulu tak ada semua ni, harap golongan lebih muda dapat grab this opportunity.

    ReplyDelete
  19. Peluang baik ni, ada lagi setahun boleh apply, lepas tu tak boleh dah... Hehehehe

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum. Selamat pagi Sabtu. Ibu singgah blog walking. Semoga cuti huung minggu ini membawa keberkatan dalam diri sis kinah.

    Nampaknya lepas ni ramai lah menyewa sampai tua.

    ReplyDelete
  21. Bagus diadakan program rumah transit nih. At least memudahkan belia yang baru berkahwin mempunyai tempat tinggal.tempoh lima tahun pun lama juga.so dalam tempoh tuh kena gigih bekerja dan beli rumah sendiri kan.memang bagus buat rumah transit nih.sangat membantu

    ReplyDelete
  22. alah, umur dah tak lepas nak apply rumah transit. banyak benefit untuk golongan yang baru berkahwin, boleh jimat wang dan rancang kewangan dengan sebaiknya. salah satu program yang bagus utnuk golongan muda.

    ReplyDelete
  23. best best best..bertuah dpt rumah transit..lawa kut rumah tu..jeles kita haha

    ReplyDelete
  24. Waalaikumussalam. Untuk pengetahuan Ibu Syurga rumah transit ni kontrak sewa hanya 5 tahun sahaja. Sewa yang dikenakan kepada mereka hanya RM800. Apabila tamat kontrak Rm300 dari RM800 tu dbkl pulangkan selepas 5 tahun untuk buat deposit beli rumah rm18000. Kiranya forced saving jugakla. Jadi kat sini takde istilah menyewa sampai tua ye. Chill

    ReplyDelete
  25. program yang sangat bagus untuk golongan belia kl

    ReplyDelete
  26. yang bekerja di lembah kelang boleh la memohon.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  27. Bagus untuk golongan muda yang baru kahwin. Sangat membantu!

    ReplyDelete
  28. Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

    ReplyDelete
  29. this is a good chance for all youngster and a great opportunity to grab. however, after grabbing still need more discipline in finishing up the installment. is a waste to lose this.

    ReplyDelete
  30. psgan yg baru kahwin tu bole lah grab cpt2 hihi

    ReplyDelete
  31. bagusnya.. untuk pasangan baru mula hidup

    ReplyDelete
  32. Usaha yang bagus.. Setakat ini dah ada di 4 negwri kan.. Perak baru je buat majlis pecah tanah untu program ini.. Moga diperluaskan lagi di negeri-negeri lain..

    ReplyDelete
  33. Wah baguskan..program yg sgt membantu org muda

    ReplyDelete
  34. bagus la program mcm ni..membantu pasangan muda yg baru mendirikan rumahtangga...

    ReplyDelete
  35. Bagus program ne untuk warga KL

    ReplyDelete
  36. Bagus concept force saving mcm ni

    ReplyDelete
  37. Banyak juga nak didirikan tu. Siapa yang layak sila lah apply. Rugi tau kalau tak apply.

    ReplyDelete
  38. bagus program ni, bukan senang nak cari sewa rumah yang murah kan.

    ReplyDelete
  39. Pasangan baru yg menetap disana tak perlu pening kepala nak pikir sbb bole apply taw. Pastikan syarat cukup.

    ReplyDelete
  40. best nii. bayaran sewa rumah transit ni dianggap murah la kan kat KL

    ReplyDelete