Tempat Menarik Di Ipoh - apekinah.com

Latest

Wednesday, 30 May 2018

Tempat Menarik Di Ipoh

Tempat Menarik Di Ipoh| Hari ni kinah nak share dengan korang tempat menarik di Ipoh. Best ke Ipoh? Macam tak menarik je. Haaa itu korang yang kata. Orang Ipoh tak kata macam tu. Kalau korang nak tahu sebenarnya banyak juga tempat menarik yang boleh korang pergi bila ke Ipoh. Nampak je macam tak ada apa-apa. Tapi bila korang explore sebenarnya ada je tempat menarik di Ipoh.


Tempat Menarik Di Ipoh


Tempat Menarik Di Ipoh

Kellies Castle
Tempat Menarik Di Ipoh
Tempat Menarik Di Ipoh
Tak sah kalau ke Ipoh tak singgah ke Kellies Castle. Kellies Castle kalau korang nak tahu terletak di Batu Gajah tak jauh pun dari Ipoh. Semua orang tahu sejarah tempat ni kan. Di bina pada tahun 1909 di kawasan bukit. Rumah agam yang tersergam indah ni dibina oleh buruh daripada India termasuklah pakar seni yang diimport khas dari sana.

Semua orang tahu cerita disebalik Kellies Castle ni. Kellies Castle dikatakan berhantu apabila ada pihak ternampak kelibat Kellies dan anakya berjalan di koridor pada waktu malam. Ala pedulikan je. Itu malam. Korang datang la waktu siang hehe. Cantik tau. Orang yang nak buat photoshoot kahwin pun datang ke sini.

Kalau korang nak datang melawat Kellies Castle bolehlah ke sini. Harga tiket untuk dewasa RM5.00 kanak-kanak pula RM4.00.

Taman  Rekreasi Gunung Lang
Tempat Menarik Di Ipoh
Tempat Menarik Di Ipoh
Taman Rekreasi Gunung Lang ni terletak kira-kira lima kilometer daripada Pekan Ipoh. Merupakan destinasi untuk orang ramai berekreasi dan bersantai bersama keluarga terutama pada hujung minggu. Pengunjung berpeluang menikmati percikan air terjun buatan yang tertinggi di Malaysia.

Selain itu, korang juga boleh memberi makan kepada ikan. Ada ikan keli Afrika, ikan koi, talapia dan lampam. Semuanya besar-besar. Cuti hujung minggu nanti bawakla anak ke sini, mesti diorang seronok.

Selain tu, korang juga boleh menaiki bot khas untuk ke seberang tasik. Kat situ ada mini zoo, Rumah Perak dan pelbagai taman ada di situ. Korang yang datang ke Ipoh dan tak tau nak ke mana bolehlah datang ke sini.

LOST WORLD TAMBUN
Tempat Menarik Di Ipoh
Tempat Menarik Di Ipoh
Yehaaaa siapa yang tak suka taman tema air. Ada satu ha dekat Ipoh nak tahu apa dia? Lost World Of Tambun la. Korang yang tak tahu nak pergi mana bila bercuti nanti moh le ke sini. Ada macam-macam aktiviti yang menarik antaranya Haunted Chambers, Lost World Petting Zoo, Hippo Kingdom dan banyak lagi aktivit menarik yang boleh korang join di sini.

Bulatan Meru Amanjaya 
Tempat Menarik Di Ipoh
Tempat Menarik Di Ipoh
Kalau balik ke Ipoh memang ke sini la kitorang. Saja bawak Thahirah main-main dekat sini. Dulu kawasan ni kosong takda apa-apa pun. Bila dah ada pembangunan di kawasan sekitarnya barulah Bulatan Meru Amanjaya ni wujud. 

Paling seronok anak-anak la. Anak dara kinah kalau ke sini dia tuju nak main kereta control. Laju je menonong dia ke tempat tu. Seronok betul dia. Ada juga main basikal, kereta yang berlampu dan macam-macam lagi la. Kiranya tempat ni sesuai untuk beriadah bersama keluarga pada waktu malam. Tak kisah la hujung minggu ke atau hari biasa memang ada je orang. Kinah cerita ni pada waktu malam tau. Waktu siang tak pergi lagi.

Kalau nak tahu kawasan ni dibuka 24 jam dan pasal parking janganlah risau. Semua tu percuma aje. Cuma tandas je dibuka sampai 10.30 malam untuk tujuan keselamatan. Kalau korang ada di sekitar Ipoh bolehlah ke sini. 

Movie Animation Park Studio (MAPS)
Tempat Menarik Di Ipoh
Tempat Menarik di Ipoh
Movie Animation Parks Studio Ipoh (MAPS) baru saja dibuka kepada awam pada tahun lepas. Kalau tak silap la. Masa baru dibuka, masih ada lagi stesen yang belum dibuka untuk awam sebab tak siap lagi. Mungkin sekarang ni dah siap sepenuhnya.

MAPS ni merupakan taman tema animasi yang pertama di Asia tau. Ada pelbagai aktiviti yang menarik di sini. Korang mesti teruja ke sini terutamanya anak-anak kita sebabnya watak-watak animasi kegemaran anak kita seperti BoBoiboy, Smurf pun ada di sini. Teringin jugak nak ke sini tapi bila mengenangkan umur Thahirah macam tak sesuai lagi je.

Korang yang nak bawak anak-anak ke sini bolehlah rujuk website <<ini>> untuk maklumat lanjut dan dapatkan harga.

TASIK CERMIN
Tempat Menarik Di Ipoh
Tempat Menarik di Ipoh
Ok tempat menarik seterusnya ialah Tasik Cermin. Tak semua orang tahu wujudnya tasik ni. Tasik Cermin pernah viral di facebook suatu masa dahulu. Kalau korang nak tahu Tasik Cermin ni terletak di Gunung Rapat Ipoh. Tak jauh pun dari pekan Ipoh. Cuma nak pergi ke Tasik Cermin ni korang kena lalu kawasan kuari dan jalan pun tak rata dan berdebu. Agak bahaya sikit la. 

Tengoklah tasik tu, cantikkan? Kenapa diberi nama Tasik Cermin? Tengoklah kawasan sekitarnya macam cermin kan. Kalau masa panas lagi nampak jelas. Namun begitu, tasik ni belum dikomersialkan lagi. Jadi hati-hati la ye bila korang ke sini.

Gua Tempurung
Tempat Menarik Di Ipoh
Tempat Menarik di Ipoh
Lokasi seterusnya ialah Gua Tempurung iaitu sebuah gua batu kapur terbesar di Malaysia yang terletak di Gopeng Perak kira-kira 24 kilometer dari Ipoh. Nama Gua Tempurung ni diambil sempena bentuknya seakan-akan seperti tempurung kelapa. 

Kalau korang nak tahu, Gua Tempurung ni terdiri daripada lima kubah besar yang silingnya menyerupai tempurung kelapa dengan setiap kubah mempunyai bentuk stalagmit dan stalaktit yang berbeza. Setiap kubah berbeza suhu, aras air, batu kapur dan marmar. Itu yang menyebabkan Gua Tempurung ni sangat unik.

Cukuplah setakat ni ye. Nanti kita bersambung di  bahagian kedua pulak.

6 comments:

  1. Salam ramadhan dari kinah, lama dah tak singgah blog walking. Bulan puasa ni masanya singkat.

    Dah lama tak pergi ipoh. tak berkesempatan

    ReplyDelete
  2. Selamat petang sis, Mama singgah ke sini petang ni. Selalu pergi cameron tak singgah ipoh. Boleh pergi lepas ni

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, Salam Jumaat & selamat pagi dari Ibu. Ipoh memang kaya sejarah & tempat menarik

    ReplyDelete
  4. Good Morning, Mama singgah blogwalking sis.

    ReplyDelete
  5. Selamat pagi sabtu Ibu ucapkan pada sis

    ReplyDelete