Ketupat Untuk Nenek

Ketupat Untuk Nenek | Tiba-tiba rajin pulak melayan cerekarama malam ni. Ketupat Untuk Nenek merupakan arahan Zulhuzaimy Marzuki. Sedih pulak tengok cerita ni. Siapa layan cerita ni tadi? 

Ketupat Untuk Nenek

Ketupat Untuk Nenek

Jom kita cerita sikit sinopsis Ketupat Untuk Nenek

SINOPSIS KETUPAT BUAT NENEK
Mengisahkan tentang hubungan seorang anak kecil berumur 9 tahun, Dian dengan neneknya, Mak Ainun. Dian diserahkan kepada Mak Ainun selepas ibu bapanya Maria (lakonan Elly Mazlien) dipenjarakan kerana terlibat dengan dadah. Manakala bapanya Farid (lakonan Zulhuzaimy Marzuki) ditembak oleh polis kerana dadah.

Dian menagih kasih daripada neneknya tetapi Mak Ainun bersikap dingin kepadanya. Kepada Nek Mah ( lakonan Delimawati) Dian mengadu. Nek Mah sering menasihati Dian supaya sentiasa bersabar dengan kerenah neneknya (lakonan Mak Engku). Satu hari Mak Ainun jatuh sakit. Dian la yang menjaga neneknya dan lama kelamaan Mak Ainun telah mula sayang dan terima Dian sebagai cucunya.

Pada malam raya, Dian minta neneknya ajarkan untuk anyam ketupat dan berhajat ketupat itu nanti akan dihantar ke rumah anak yatim tempat Dian tinggal masa mula-mula ibunya dipenjarakan. Ketika mereka sedang menganyam ketupat bersama, mereka telah diserang oleh dua orang perompak dan Dian meninggal dunia ketika diserang oleh perompak.

Mak Ainun begitu terkilan kerana dulu dia abaikan Dian. Bila dah mula sayang, Dian pula pergi tinggalkannya untuk selamanya.

Sedih cerita ni, berjurai jugakla air mata ni ha. 

Post a Comment

4 Comments

  1. ada tgok jugak semalam.. sedih la jgak..

    ReplyDelete
  2. Sedih cita ni, tambah2 jenis hati tisu ni kan kinah...

    ReplyDelete
  3. Tak suka la tgk citer sesedih ni huhu T.T

    ReplyDelete