Raya 2018 Kami

Raya 2018 Kami| Orang lain dah start enjin kite terkial-kial lagi kayuh di belakang. Eh takpela belum basi lagi cerita raya ni. Raya kan sebulan. Raya tahun ni ada suka dan ada duka. Nanti kinah story satu-satu okeh.

Alhamdulillah raya pada tahun 2018 ni dapat berkumpul semua adik beradik. Kalau tahun lepas tak dapat sebab suami kerja. Jadi tahun ni, turn suami beraya pulak. Agak lama jugak cuti tahun ni. Bila dah berkumpul ramai-ramai ni macam-macam la cerita yang nak dikongsikan.

Gambar Raya Keluarga 2018
Gambar Raya Keluarga Kecil Kami
Anak Perempuan Mak
Gambar Paling Mahal Sekali
Okeh kitorang hanya bergambar pada hari raya pertama aja. Raya kedua dan seterusnya sibuk pergi ziarah sedara mara. Dalam seronok beraya ada pulak satu tragedi yang tak boleh nak dilupakan. Hmmmm bagi orang lain alah sikit je. Tapi kitorang masih lagi trauma.

Cerita ni kinah tak hebohkan dalam media sosial kinah. Hanya group whatsapp tertentu je yang tahu. Masa kitorang dalam perjalanan nak balik ke rumah, kitorang kena langgar dengan lori pasir di lampu isyarat. Terkejut sangat sebab masa tu tengah tunggu lampu nak hijau. Allah mujurlah cermin sisi, bumper kereta belah kanan yang kena kalau dia hentam bontot kereta tak tau la nasib kitorang masa tu. Masa kejadian tu pagi dalam pukul 10 lebih macam tu. Bukan kereta kami je yang kena kereta yang berhadapan dengan kami pun turut kena tempias.
Masih Terkejut
Alasan pemandu lori tu brek tak ada. Allah kalau betul brek tak ada kenapa la nak hentam kereta kat lampu isyarat tu. Kawasan lapang tepi tu kan ada. Agaknya dia mengantuk hmm entahla. Apa-apa pun tunggu je la keputusan polis dua minggu lagi.

Dalam beberapa minggu ni tak dapat la nak pergi beraya sebab kereta dah masuk bengkel.  Kita claim insuran lori tu. First time kot jadi gini. Korang yang masih beraya lagi tu, hati-hati ye masa memandu. Malang tak berbau. Harapnya cepatla siap kereta tu sebab hujung bulan ni nak pergi event huwaaaa. Tak kan nak sewa kereta kot.

Raya 2018 Kami Raya 2018 Kami Reviewed by Kin Naz on Friday, June 22, 2018 Rating: 5

4 comments:

  1. Happy eid mubarak!

    https://messarah.blogspot.com/2018/06/raya-2018.html

    ReplyDelete
  2. Alo comey ja semua. Meriah tudung Kina raya kali ni. Cantik. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin dari Mak Lin sekeluarga - www.ceritamak.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tudung entah tahun bila mak. Pakai balik hihi. Selamat hari raya juga mak. Maaf zahir dan batin

      Delete

Powered by Blogger.