Bondahaven Pusat Penyusuan dan Spa Untuk Ibu-ibu

Bondahaven Pusat Penyusuan dan Spa| Penat dengan kerja seharian dari pagi ke petang, dari petang sampai ke malam dan begitulah seterusnya kehidupan seorang surirumah macam kinah ni. Penat? Tipulah kata tak penat. Rehat tu tetap ada cuma kekadang tu badan ni sesekali perlu dimanjakan jugak. Sebenarnya sejak bulan puasa lagi kinah tak pergi berurut. Jadi selasa lepas kinah ajak suami pergi berurut sebab badan dah mula sakit-sakit. Ingatkan suami kinah bawak pergi berurut tempat biasa, rupanya tak. Dia bawak tempat lain. Katanya tempat ni mesti kinah suka. Nama tempat tu ialah Bondahaven Pusat Penyusuan dan Spa untuk Ibu-ibu.


Bondahaven Pusat Penyusuan dan Spa Untuk Ibu-ibu

Namanya pun ekslusif okeh. Kalau korang nak tahu Bondahaven merupakan pusat penyusuan dan spa bagi ibu-ibu. Bondahaven ni terletak  di Bandar Puteri Bangi, Kajang. Memang mudah sangat nak cari. Keluar saja tol dah nampak dah Bondahaven. Tak pun, guna waze je. Mesti jumpa punya la. Bondahaven ni betul-betul di tingkat atas kedai makan mamak.


First impression bila kinah masuk ke sini Wowwww bestnya dekorasi dia. Di sambut pula dengan staff yang sangat friendly, Hajar namanya. Dekorasinya cantik sangat. Cantik tak terkata. Rasa macam nak guna je konsep yang sama untuk rumah sendiri nanti ehh opps huhu.

Paling best memang tempat ni mesra kanak-kanak. Thahirah sampai je ke sini tempat dia tuju tempat mainan. Memang dia ralit main kat situ dengan ayahnya sambil tu boleh tengok tv. Kiranya korang bila bawak anak ke sini nanti takde la susah hati sangat.


Selain ruangan menunggu, Bondahaven juga turut menyediakan ruangan untuk menyusukan baby. Biliknya pun sangat selesa dan jika memerlukan breast pump, tak payah pening dah, boleh je guna breast pump yang disediakan secara percuma. Haaa best tak?


Ibu-ibu yang tengah buat persiapan untuk kelahiran nanti, boleh juga dapatkan barangan keperluan di sini.


Nak cari essential oil ataupun serbuk teh pun boleh beli kat sini. Oh ye kinah ada cuba minuman kolagen sarang burung dan longan. Sedapppp. Korang cubalah nanti.

Servis yang Terdapat di Bondahaven

Di Bondahaven, ada pelbagai servis yang ditawarkan khusus untuk kita sebagai seorang wanita dan juga ibu terutamanya bagi ibu yang tengah berpantang. Tak lupa juga untuk anak dara dan bakal pengantin yer, korang pun boleh juga ke Bondahaven untuk menikmati servis yang disediakan.

Menarikkan Bondahaven ni? Serba serbi boleh. Jom kita tengok servis apa yang ada di sini.

Bondahaven Pusat Penyusuan dan Spa, Bondahaven

Dalam banyak-banyak pakej tu, kinah pilih untuk urutan tradisional Melayu selama sejam. Memang puas hati la. Kebetulan pada masa tu kinah baru je baik dari demam, memang layan sangat la dengan urutan tu.


Sebelum kena urut, kita kena register dulu. Sama ada kita tengah pregnant, ada penyakit ke tidak, ada ambik ubat ke, dan kita boleh pilih nak urut sama ada nak perlahan, sederhana atau pun nak kuat. Ikutlah keselesaan kita. Sambil-sambil isi tu kita layan dulu teh herba hihi.

Bondahaven Pusat Penyusuan dan Spa, Bondahaven

Dah selesai semua tu, jom kita rendam kaki dulu di sini selama lima minit dengan air suam dan juga garam bukit. Cukup lima minit kaki ni rasa lembut pulak. Gambar di atas ni dah minta keizinan dari tuan badan tau.

Selesai rendam kaki, barulah pergi berurut. Masa berurut tu takde la kinah nak tangkap sebab nak privasi kan. Oh ye, sebelum terlupa diorang akan tanya tau kita nak guna minyak apa, kinah kan baru je sihat jadi kinah pilih minyak untuk buangkan angin. Serius kinah cakap, therapist kat sini kebanyakan mahir dengan bidang diorang. Tahu je mana point yang sakit. Kinah dapat rasakan, selagi tempat tu kinah rasa sakit, selagi tu la dia akan urut sampai lega. Ringan rasa badan lepas kena urut. Walaupun sakit kena tenyeh lepas kena urut, tu perkara biasa la. Lama-lama akan ok.


Kinah tak dapat nak ambik gambar tempat rawatan yang ada katil sebab tengah ada pelanggan masa tu. Jadi, ini saja yang kinah dapat ambik. Tempat ni khusus untuk ibu mengandung. Iyelah katil kan tinggi, jadi untuk keselamatan ibu-ibu semua lantai la tempat yang selamat.


Untuk pengetahuan semua, di Bondahaven terdapat dua lagi bilik eksklusif iaitu Hibiscus dan Lemongrass untuk ibu berpantang dan juga kepada mereka yang ambil pakej kahwin. Hal ini disebabkan pakej yang diambil mereka menggunakan air sepanjang proses rawatan.


Hmm tunggu apa lagi, cepat booking sebelum terlambat sebabnya bilik rawatan sangat terhad. Jadi, tak mahu korang tunggu lama, digalakkan korang booking dulu. Sebelum terlupa sesiapa yang berminat nak buat rawatan di sini jangan lupa sebut nama "sakinah" atau "nurul sakinah" ye. Nanti akan dapat potongan sebanyak 15% haaa siapa nak bagi. Jangan lupa tau.....

UNTUK MAKLUMAT LANJUT

Dibuka pada setiap hari dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang 
(Selepas 6.00 petang perlu booking)
Rabu cuti

Alamat
Lot 2-3 (3rd floor), Jalan 2A/2, Bandar Puteri Bangi, 43000 Kajang, Malaysia

Facebook
Instagram







6 comments:

  1. cantik tempatnya :)

    https://aerillhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. ingatkan untuk mommies je.. tengok skali boleh untuk those yang x kawen lagi jugak. yes ladies..!! kita kena ada time untuk pamper diri sendiri. once in a whileee yes kena pegi spa..!!

    ReplyDelete
  3. Ish.. kalau dekat, sha terjah dah..

    ReplyDelete