Resepi Kerabu Maggi Asam Laksa

Resepi Kerabu Maggi Asam Laksa| Okeh kali ni kinah nak kongsi dengan semua satu resepi. Mulanya suami kinah la yang share kat facebook tentang resepi ni. Resepi Kerabu Maggi Asam Laksa. Ehh betul ke ejaan maggi tu haha. Bedal je la janji ada bunyi. Tak nak buang masa jom kita tengok apa bahan-bahan yang digunakan untuk Kerabu Maggi Asam Laksa.

Resepi Kerabu Maggi Asam Laksa

Resepi Kerabu Maggi Asam Laksa

Bahan-bahan
Semestinya Maggi Asam Laksa
Cili Padi
Bawang Putih
Limau kasturi
Tomato
Bunga Kantan (dihiris)
Bawang Merah (dihiris)
Sos Ikan
Udang yang dah digoreng
Sotong yang dah digoreng
Daun Ketumbar
Daun limau purut (dihiris)

(Kesemua Bahan diatas Kinah ikut sukatan sendiri) Pandai pandai la kome adjust.

Cili padi dan bawang putih ditumbuk. Ikut resepi asal kena tumbuk sekali palm sugar Thai. Kat rumah takde, kinah guna sikit gula merah hihi.

Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk dan gaulkan sampai semua bahan tu mesra. Dah boleh dihidangkan.

Nak jelas boleh tonton video ni

Resepi Kerabu Maggi Asam Laksa Resepi Kerabu Maggi Asam Laksa Reviewed by Kin Naz on Friday, July 13, 2018 Rating: 5

7 comments:

  1. Teringin nak makan maggie..

    ReplyDelete
  2. Sedapppppnya. Lately ni kak ana addicted dengan kerabu maggi. Asal g mana2 kedai tomyam wajib order ni. Skrg dah ada resipi boleh try lah.

    ReplyDelete
  3. Salam Jumaat, Mama singgah blog walking. Sedap makan kerabu pedas kan kinah

    ReplyDelete
  4. wah ada video! btw saya suka maggi goreng.

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  5. BUleh test ni.. Kat umah ni mmg layan maggi asam laksa jerk

    ReplyDelete
  6. tak tahu pulak boleh guna maggi asam laksa! Nice recipe :D

    ReplyDelete
  7. haha bestnyaaaa kerabu maggi asam laksa. okay weekend nak try. thanks!

    ReplyDelete

Powered by Blogger.