Sedapnya Min'z Sambal Hitam Pahang - apekinah.com

Saturday, 4 August 2018

Sedapnya Min'z Sambal Hitam Pahang

Sedapnya Min'z  Sambal Hitam Pahang | Baru-baru ni kinah ada join contest kat facebook yang dianjurkan oleh Kak Min kita, "Nikmati Sambal Hitam Dengan Kreatif" Kinah masuk pun saja suka-suka tak sangka pulak menang hadiah saguhati. Gumbira rasa hati menang set sambal hitam. Kinah mula-mula dulu cuba sambal hitam ikan talang, memang sedap, cukup rasa semuanya. Niat hati nak repeat order, alih-alih menang satu set ni alhamdulillah rezeki.


Kalau korang nak tahu, Min'z Sambal Hitam Pahang ni ada tiga jenis sambal iaitu Bilis Basah, bilis kering dan favourite kinah ikan talang. Nak buat sendiri sambal ni mungkin tak la kot, sebab prosesnya makan masa agak lama. Jadi, kiter teringin beli jer la sambil support bisness akak kiter ni.

Ketiga-tiga ni memang sedap terutama bila makan dengan nasi panas dan telur goreng pergh memang tak pandang kiri kanan dah. Kiranya sambal hitam Pahang ni dah jadi menu wajib pulak, geleng kepala suami bila tengok isteri dia makan gulai dengan sambal hitam je tiap-tiap hari. Sori la ye takde ambik gambar dengan makan sebabnya bila dah jumpa nasi dengan sambal ni dah tak ingat apa dah hehe. Habis yang ni memang nak order lagi la. Pada yang tengah mencari sambal hitam pahang yang tersedap bolehlah rojer Kak Min.

Untuk Maklumat Lanjut
Alamat:
MINionlicious Enterprise
No.24, Taman Nazati, Batu 4 1/2 Jalan Kapar, 42100 Klang Selangor Darul Ehsan

Facebook:
Instagram:

4 comments:

  1. Pernah sekali rasa sambal hitam apabila hadiri kenduri di Maran. Sedap gak. BTW, jemputlah join GA di blog abam kie. Thanks.

    http://www.zukidin.com/2018/08/guess-my-weight-giveaway.html

    ReplyDelete
  2. Teringin pula nak rasa yang ikan talang tu.. mesti ohsem..

    ReplyDelete
  3. makan confirm bertambah kan ? hee~

    ReplyDelete