Giveaway Berkongsi Rezeki by Sha Mohamed

Selamat petang semua, tengah ada masa lapang , tetiba pulak nak join giveaway yang dianjurkan oleh kak Sha Mohamad owner kepada blog kasihkuamani. Hadiah giveaway pun best iaitu sebuah buku. Kinah memang suka buku terutama buku yang kak Sha tawarkan iaitu Scarlett hasil nukilan Sha Hanim Ramli.
Sinopsis Scarlett by Sha Hanim Ramli
Kisah ini sebenarnya adalah kisah sebenar namun telah diolah mengikut kesesuaian oleh penulis. “Scarlett mengisahkan tentang watak utama bernama Qaseh yang telah kehilangan ibu semasa melahirkan Qaseh ke dunia dan disisihkan oleh bapa kandungnya sendiri kerana dianggap menjadi punca kematian isterinya.

Qaseh turut dibenci ibu tirinya dan lebih malang lagi, dia telah dirogol oleh sembilan lelaki durjana ketika melarikan diri sewaktu remaja. Disebabkan kejadian itu, telah menjadi titik hitam dalam diri Qaseh. Scarlett membawa pembaca mengikuti cara, bagaimana dia berdepan dan menangani trauma yang dialami serta kecelaruan minda yang dialami oleh Qaseh.

Korang yang nak join boleh jer. Syarat pun simple.

Follow media sosial Sha seperti dibawah
Tinggalkan nama, email, nama FB dan IG di komen beliau.

9 comments: