Safi DERMASAFE | Rangkaian Penjagaan Kecantikan Bagi Kulit Sensitif

Safi DERMASAFE | Rangkaian Penjagaan Kecantikan Bagi Kulit Sensitif Kulit kita tak semuanya sama. Ada yang normal, dan ada juga yang sensitif. Bagi mereka yang mengalami kulit sensitif ni, hanya produk tertentu saja boleh digunakan. Kalau guna produk sebarangan, takut lain jadinya. Oleh itu, ada berita baik untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif, Safi kini seperti mana yang kita tahu merupakan pengeluar rangkaian produk kecantikan kini telah menghasilkan satu lagi produk khusus bagi mereka yang mengalami masalah kulit sensitif iaitu SAFI DERMASAFE.

Safi DERMASAFE | Rangkaian Penjagaan Kecantikan Bagi Kulit Sensitif

Safi DERMASAFE | Rangkaian Penjagaan Kecantikan Bagi Kulit Sensitif
Safi DERMASAFE | Rangkaian Penjagaan Kecantikan Bagi Kulit Sensitif

Produk SAFI DERMASAFE merupakan rangkaian produk penjagaan wajah “mesra kulit” yang telah diuji secara dermatologi, tanpa alergen dan diperakui halal, mempunyai kadar pH yang seimbang, dengan rangkaian produk pembersih wajah tanpa paraben. Serta produk penyegar dan pelembap dengan kombinasi formulasi bahan-bahan bebas daripada pewangi, pewarna, alkohol, minyak mineral dan juga ujian ke atas haiwan.


Safi DERMASAFE | Rangkaian Penjagaan Kecantikan Bagi Kulit Sensitif
Safi DERMASAFE | Rangkaian Penjagaan Kecantikan Bagi Kulit Sensitif


SAFI DERMASAFE sesuai digunakan untuk semua jenis kulit dan juga mereka yang mempunyai kulit sensitif. Rangkaian produk SAFI DERMASAFE turut merumuskan khasiat kecantikan daripada sumber semulajadi ekstrak Bunga Chamomile dan Likouris. Kedua-dua bahan ini mengandungi manfaat terupatik dan anti-radang yang dapat membantu mengurangkan dan mengatasi masalah kulit sensitif seperti jerawat, ruam dan menyamankan kulit dari kerengsaan selain membuatkan kulit kita lebih segar dan bermaya.

Safi DERMASAFE | Rangkaian Penjagaan Kecantikan Bagi Kulit Sensitif
Safi DERMASAFE | Rangkaian Penjagaan Kecantikan Bagi Kulit Sensitif

Semenjak mulai diperkenalkan 30 tahun lalu, SAFI memahami impian setiap wanita yang mahu memiliki raut wajah idaman iaitu kulit yang sihat kunci keyakinan diri mereka dan setiap wanita mempunyai keperluan kulit yang khusus. Inovasi kecantikan SAFI merangkumi pelbagai jenis rangkaian produk penjagaan wajah setiap satu dibangunkan dan dipasarkan untuk keperluan khusus kulit yang berbeza. Kami percaya Penggunaan produk penjagaan wajah yang bersesuaian adalah kunci kepada raut wajah mempesona” jelas Aishah Zulkifli, Eksekutif jenama SAFI.
Tambah beliau lagi, SAFI DERMASAFE adalah sebahagian daripada komitmen berterusan SAFI dalam mendidik parawanita pentingnya memulakan rutin penjagaan wajah dari usia muda serta formulasi produk yang sesuai dengan keperluan kulit juga gaya hidup. Ia menjadi tunggak disebalik pelancaran SAFI DERMASAFE rangkaian produk “mesra Kulit” diuji secara dermatologi yang amat sesuai digunakan untuk mereka yang memiliki kulit sensitif.
Safi DERMASAFE | Rangkaian Penjagaan Kecantikan Bagi Kulit Sensitif
Baru-baru ni berlangsungnya Majlis pelancaran SAFI DERMASAFE turut menjemput Dr Maryati Maharon, Pakar Estetik Perubatan yang telah berkongsi dengan lebih lanjut mengenai faktor penyumbang & tanda-tanda awal masalah kulit sensitif, rutin penjagaan wajah serta formulasi produk yang sesuai untuk mereka yang memiliki kulit sensitif.

Rangkaian Produk SAFI DERMASAFE

Tunggu apa lagi, lengkapkan rutin penjagaan wajah SAFI DERMASAFE korang dengan 5 jenis produk rangkaian ini iaitu:

SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse Gentle Care (RM28.90, 150ml)


SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse Gentle Care adalah pembersih lembut dan ringan yang menghasilkan buih lembut dengan hanya satu pam. Diperkaya dengan esktrak Likuoris dan Chamomile, ia membersihkan kulit secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan dan kerengsaan untuk keselesaan pada wajah. 

Formula yang tidak kering dan anti-pencemar ini membantu melindungi kulit dari pencemaran alam sekitar (Anti-PM2.5) sambil mengekalkan kelembapan pada kulit agar kulit kekal segar dan bermaya. 

CARA PENGGUNAAN: Pam jumlah yang memadai ke tapak tangan dan urut muka dengan lembut sebelum membilas muka. Untuk mendapatkan hasil yang optimum lengkapkan rutin penjagaan kulit muka anda dengan menggunakan rangkaian produk penjagaan kulit muka SAFI DERMASAFE.


SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Gel Mild & Gentle (RM19.90, 100g)



SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Gel Mild & Gentle diperkaya dengan esktrak Likuoris dan Chamomile membersihkan kulit secara mendalam sambil mengurangkan kemerahan dan kerengsaan pada wajah untuk keselesan kulit. Ia juga membantu mengekalkan keseimbangan pada kelembapan kulit agar kulit lebih sihat dan berseri. 

CARA PENGGUNAAN: Picit ke tapak tangan dan gosok dengan sedikit dengan air sehingga berbuih, urut muka dengan lembut sebelum membilas muka. Untuk mendapatkan hasil yang optimum lengkapkan rutin penjagaan kulit muka anda dengan menggunakan rangkaian produk penjagaan kulit muka SAFI DERMASAFE. 

SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh (RM39.90, 100ml)



SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh diperkaya dengan ekstrak Likouris dan Chamomile mempunyai kebaikan 2 dalam 1 yang mengekalkan kelembapan pada wajah sambil memperkuat struktur, melindungi kulit daripada pencemaran dan membolehkan solekan kekal lama. 

CARA PENGGUNAAN: Pejamkan mata dan sembur ke muka 1 – 2 kali dan biarkan ia kering dengan semulajadi. Ia boleh digunakan sepanjang hari sebagai penyembur solekan untuk memastikan solekan tahan lama atau untuk memberikan rasa kesegaran segera . 

Untuk mendapatkan hasil yang optimum lengkapkan rutin penjagaan kulit muka anda dengan menggunakan rangkaian produk penjagaan kulit muka SAFI DERMASAFE. 

SAFI DERMASAFE Pelembap Siang Soothe & Hydrate (RM35.90, 50g)



SAFI DERMASAFE Pelembap Siang Soothe & Hydrate diperkaya dengan ramuan semulajadi ekstrak Likuoris dan chamomile yang menyegarkan. Tidak berminyak dan pantas menyerap ke dalam kulit menjadikan kulit kekal lembap selama 24 jam.

CARA PENGGUNAAN: Oleskan ke muka dan leher yang  bersih. Urut perlahan - lahan dengan gerakan putaran. Gunakan  produk ini setelah membersihkan muka dengan SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse atau Pembersih Muka Gel dan SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh untuk hasil yang optimum.


SAFI DERMASAFE Pelembap Malam Rehydrate & Recover



SAFI DERMASAFE Pelembap Malam Rehydrate & Recover diperkaya dengan ramuan semulajadi ekstrak Likuoris dan chamomile yang mudah meresap kedalam kulit dan membantu merawat kulit muka tanpa meninggalkan kesan minyak terutamanya ketika anda sedang tidur.

CARA PENGGUNAAN:  Oleskan ke muka dan leher yang  bersih. Urut perlahan - lahan dengan gerakan putaran. Gunakan  produk ini setelah membersihkan muka dengan SAFI DERMASAFE Pembersih Muka Mousse atau Pembersih Muka Gel dan SAFI DERMASAFE Semburan Booster Hydrate & Refresh untuk hasil yang optimum.

Rangkaian produk SAFI DERMASAFE dipasarkan pada harga RM19.90 – RM48.90 dan boleh didapati secara ekslusif di WATSONS – rangkaian farmasi dan toko produk penjagaan diri terbesar di Malaysia.


Untuk maklumat lanjut 
laman sesawang rasmi SAFI 
www.safi.com.my
Facebook
 www.facebook.com/SAFIMalaysia 
Instagram 
www.instagram.com/SAFIMalaysia

Ayuh kita memperkasa dan bina keyakinan diri setiap wanita bersama-sama dengan berkongsi kisah transformasi kulit sihat dan kejayaan SAFI anda dengan memuat naik foto atau video anda di profil media sosial anda berserta tanda palang 
#SAFIDERMASAFE dan #SAFISKINSTORY

Post a Comment

3 Comments

  1. finally Safi ada release skincare line khusus untuk kulit sensitif. adik myra pakai yang biru je selam ni walaupun ada macam pedih sikit. boleh la nak bagi dia try nnti. thanks for sharing!

    http://www.myrabeautydiary.com/

    ReplyDelete
  2. Nanti nak try sebab kulit kering.

    ReplyDelete