Marzaqah Thahirah Turns 3

Alhamdulillah pada 5 Oktober lepas Marzaqah Thahirah genap 3 tahun. Ehhh rasa kejap je dia dah 3 tahun. Rasa macam baru lagi dia dilahirkan. Nanti lagi beberapa tahun dah sekolah. Ibu doakan anak ibu ni membesar dengan sihat, cemerlang di dunia dan di akhirat.
Sekarang ni dah pandai dah nak mintak itu ini. Dia macam tau-tau je birthday dia, dia mintak kek. Ayahnya pun bawakla dia kedai kek kat area rumah ni. Dia sendiri yang pilih kek tu tau. Dia sorang je 4 potong. Apa-apa la dik, janji kamu seronok dan happy dapat tiup lilin tu.

Teringat pulak kisah di labour room dulu.

4 Oktober 2015, tarikh kena serah diri. Kenapa serah diri? Masa pregnant ada GDM dan Pre Eklampsia ehh betul ke ejaan tu ek. Hmm biarlah janji ada bunyi dan korang tahu apa benda tu. Disebabkan itu la doktor bagi tarikh suruh admit ward awal. Ikut perancangannya, pagi 5 Oktober 2015 tu, doktor sebenarnya nak masukkan induce, kite ni pun bila dengar induce kecut perut jugak la. Mungkin dah rezeki pagi tu, doktor kata tak payah sebab bukaan dah 3 cm. Fuuhh selamat kat situ tak payah nak induce dah. Walaupun dah bukak 3cm masa tu takde la terus masuk labour room lagi. 

Tengah hari tu pulak masa nak ke tandas, alamak dah turun darah, dan dan tu la nurse datang panggil nak masuk labour room. Kita pun cepat-cepat cuci dan ready nak ke labour room. Sampai ke labour room, nurse suruh tukar baju dan pakai baju yang disediakan. Masa tu agak kekok jugakla sebab first time. Takpe pengalaman tu. Lepas dah siap pasang semua doktor check sekali lagi bukaan, hmm macam lambat lagi nak bukak dan doktor suggest untuk ambik epidural.

Allah masa nak cucuk epidural tu sakitnya tak dapat nak bayangkan tambah pulak dewan bersalin pulak ada masalah aircond, memang berjurai la peluh masa tu. Dah cucuk epidural, ada doktor pulak datang periksa dan tolong pecahkan air ketuban. Bukaan masa tu baru 5cm. Memang agak lambat. Thahirah selamat dilahirkan pada waktu malam dalam pukul 8 lebih itupun terpaksa guna vakum sebab kinah dah tak ada tenaga.

Tak selesai lagi tu, degupan jantung pada masa tu dah laju pulak, doktor dah mula risau. Takut ada problem lain doktor terpaksa ambik sampel darah. Bila keluar keputusan darah tak da apa masalah pun dan rupanya kinah ada bleeding sebab doktor tak jahit satu part. Adehhh nak tak nak kena bukak dan jahit semula. Kome bayangkan kena jahit hidup-hidup masa tu. Doktor tanya epidural tu ada lagi kan? Haah ada lagi, doktor suruh tekan je epidural tu. Itupun rasa nyilu lagi.

Orang lain dah lama balik ward, tapi kinah tak selesai lagi. Kena duduk situ dulu untuk pemantauan. Bila dah mula stabil, barulah doktor izinkan balik ke wad. Itupun dah pukul 2.00 pagi kot. Punya la lama duduk dalam tu dari tengahari sampai ke pagi. Lama jugak la kena duduk wad. Ahad masuk ward, Rabu baru keluar ward.

Balik rumah rasa dah lega dah. Tapi sebenarnya tak, esoknya nurse klinik ibu anak datang tengok Thahirah kena kuning pulak, nak tak nak kena la ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk buat pemeriksaan. Bila ambik darah, tengok kuning Thahirah agak tinggi masa tu. Sekali lagi kami berdua masuk ward dalam tempoh tak sampai 24 jam. Okeh bertabah je la dan Thahirah kena duduk bawah lampu, malam tu check sekali lagi tahap kuning mak aii tinggi lagi kuning. Doktor kata, lampu kat sini tak sesuai untuk Thahirah, kena refer ke Hospital Selayang balik. Apa lagi malam tu berangkut la kami ke Hospital Selayang naik ambulans.

Nak jadikan cerita, pintu ambulans pulak buat hal malam tu. Tiba-tiba pintu belah tepi tu tak boleh bukak. Banyak kali percubaan pemandu tu nak bukak tak boleh jugak bukak. Pemandu tu kata, "naik pintu belakang ni je la" kite ni tengok pintu belakang tu, makk aii camne nak panjat tinggi tu. Nurse yang jadi pengiring tu marah driver tu, "agak-agak le kamu nak suruh dia panjat, baru lepas bersalin kot". Hahah lawak pulak situasi masa tu. Garu kepala driver tu. Dia pot pet la apa la ambulanas ni, padahal ambulans baru. Lepas dia cakap macam tu dan cuba bukak sekali lagi pintu tu, alhamdulillah boleh jugak bukak. Suami tak iring sekali naik ambulans, dia pergi dulu ke hospital dan kitorang buat drama sebabak dekat hospital ni lagi.

Suami sampai dulu ke hospital, katanya kenapa lambat, sepatutnya ambulans la laju dan sampai dulu. Padahal dia tak tahu drama sebabak tadi. Kinah kata kejap lagi cerita, Thahirah malam tu kena duduk dekat NICU duduk bawah lampu biru. Kinah nak stay kat situ tapi ward dah penuh nak tak nak kena tinggalkan Thahirah kat hospital seorang. Sedih tak boleh nak kata apa. Suami kata Thahirah tak ada apa-apa, nak pujuk kite ni ha. Alhamdulillah petang esoknya doktor bagi tahu Thahirah dah boleh balik sebab kuningnya dah turun, dan kena buat susulan dekat Hospital KKB. Seronok tak terhingga dan lepas dah azab keluar masuk ward. Agak lama jugak kena berulang ke hospital untuk check darah Thahirah nak tengok tahap kuning dia. Kiranya separuh tempoh berpantang tu ulang alik ke hospital je la. Penat tak usah kata la. Orang lain bukannya faham pun situasi kita masa tu.

Alhamdulillah sekarang Thahirah dah besar, dan cerdik, ibu sentiasa doakan yang terbaik untuk anak ibu. Baru-baru ni Thahirah request nak adik. Hahhhhh jeng jeng 
P/s Sorry la yer terpanjang pulak karangan hari ni😅😅

7 comments:

  1. Semoga anak ni menjadi anak yang sollehah ya..ammin

    ReplyDelete
  2. Happy Birthday Thahirah. Semoga membesar jadi anak yang solehah dan berjaya dunia akhirat.aaminn

    ReplyDelete
  3. happy birthday princess, ibu ana doakan semoga Thahirah membesar sebagai puteri solehah kebanggaan ayah bonde, aamiin

    ReplyDelete
  4. happy birthday girl..semoga awak jadi anak yang solehah ye.. jaga keluarga.

    ReplyDelete
  5. happy besday thahirah.. semoga menjadi anak yang solehah buat ibu dan ayah ya

    ReplyDelete
  6. Happy belated birthday Marzaqah Thahirah.. semoga membesar menjadi anak yang solehah.. Aamiin..

    ReplyDelete