Pedas Sangat Ke Maggi Pedas Giler?

Kah kah kah orang lain dah lama kot cuba Maggi Pedas Giler, kinah je tertinggal kereta api. Sebenarnya dah lama nak cuba maggi ni tapi bila cari kat pasar raya rumah ni semuanya sold out. Even kt Tesco pun langsung yilek kat atas rak. Kinah mampu senyum je la. Rupanya ramai jugak yer nak try maggi pedas giler ni.
Maggi, maggi pedas, Maggi pedas giler
Setelah beberapa bulan mencari, ahh macam poyo je ayat tu kan.. Jumpa jugak la maggi kesukaan ramai tu. Itupun kinah dapat Maggi Pedas Giler Ayam Bakar. Terus tak fikir panjang ambik je masuk troli. Masa tu ada jugak jumpa yang dah siap packing tu, tapi nak merasa beli dalam cup dulu. Kot kot la tak kena dengan tekak takde la rasa ralat sangat. Harganya masa kinah beli tu dalam RM3.30 jer.

Persoalannya sekarang pedas sangat ke maggi pedas giler ni?

Okeh nak kabor ni, maggi ni boleh tahan juga pedasnya,berair hidung makan. Kalau nak dibandingkan dengan samyang yang biasa kinah makan pedas giler ni memang pedas giler kow. Sapa yang kata tak pedas tu tak tau la lidah dia tu dah kebal la kot.
Maggi, maggi pedas, maggi pedas giler
Haa korang tengok tahap maggi ni pedas giler kot. Siapa yang suka dan tahan pedas tu bolehlah kot beli. Kalau nak beli samyang selalu pun rabak jugak. 
Maggi, maggi pedas, maggi pedas giler
Inilah hasilnya hasilnya, makan maggi pedas giler sambil tengok gegar Vaganza. Layannnn!!!

Dah tau rasanya macam mana bolehlah repeat nanti. Tapi tak boleh selalu makan sebab pedas giler ni. Sayangilah perut tu😉

12 comments:

  1. Ekin pernah makan maggi ni.. Memang pedas sampai berair hidung.. Hahahaha

    ReplyDelete
  2. sya dah try maggi ni tapi tak pernah perasan perisa apa aahaha but memang pedas laaa

    www.mylittlestoryi.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. pedas tahap nak lempang orang..haha

    ReplyDelete
  4. HAHAHHA..kak liez walaupun pedas still nak repeat jugak..tah dah berapa kali repeat..xserik2..

    ReplyDelete
  5. mmg tak kan makan la kot, gila gila pedas ...

    ReplyDelete
  6. boleh meleleh air hidung haaa kalau terlalu pedas

    ReplyDelete
  7. Perfect piece of work you have done, this web site is really cool
    with good information.

    ReplyDelete
  8. Mmang pedas..Tapi ramen dia Tak sesedap samyang hehe

    ReplyDelete
  9. pedas giler...x sanggup nk repeat

    ReplyDelete
  10. Rabia makan mamee daebak tu pun pedas dah. rabia tak berani nak makan maggi pedas giler ni.tambahan pulak rabia ada gastrik

    ReplyDelete
  11. Akak tak tahan Kinah...walau akak org nogori..rasa nak meletup lidah..kebas bibir ni...

    ReplyDelete
  12. Akk suka yg pedas2 ni, baru terangkat

    ReplyDelete