Pengalaman Cabut Gigi Geraham Bongsu Part 2

23 Oktober lepas, kinah pergi appointment dengan doktor gigi, Dr Winnie namanya. Kalau korang masih ingat lagi cerita pengalaman cabut gigi geraham bongsu part 1 kat situ kinah ada cerita macam mana boleh ada appointment dengan doktor gigi. Berbalik semula pada cerita part 2 ni kebetulan suami kinah memang tengah bercuti. Jadi, awal pagi kami gerak ke klinik gigi Cahaya Suria di UTC Kuala Lumpur. Appointment dengan doktor pukul 11.00 pagi, jadi better keluar awal takut jammed dekat Selayang. Biasala awal pagi orang ramai nak pergi kerja.
Dalam perjalanan tu ada la sikit debarnya, iyalah first time ni nak cabut gigi, gigi geraham bongsu pulak tu. Masa dalam kereta tu kinah baca la doa mintak dipermudahkan dan kurang debar ni. Ulang je la ayat tu sampai la ke UTC. Kitorang sampai sana awal, dalam pukul 10.30 pagi. Ok lah tu bolehlah relaks dan tenangkan diri dulu. Bila nombor kena panggil untuk periksa tekanan darah, debar tu masih ada cuma debaran tu tak macam kali pertama tu. Guess what, tekanan darah tetap tinggi tapi pulse masih kira normal jugak la. 

Lepas ambik tekanan darah tu, kena tunggu no giliran masuk bilik doktor. Tak lama pun tunggu sebab dah ada appointment kan, tepat pukul 11.30pagi doktor panggil. Pada mula doktor nak tengok tekanan darah sekali lagi, sebab tekanan darah yang pertama tu tinggi sikit. Bila kinah bagitau ada lagi bacaan kali kedua dan ketiga doktor kata proceed je la. Tangguh lagi nanti lagi teruk. Kinah pun gamble je la aritu.
Doktor dan nurse pun siap-siapkan peralatan. Doktor pesan "u jangan stress tau, nanti BP u lagi tinggi" kinah pun ok kan jer. Doktor pun asa terangkan kita buat cara biasa dulu, kalau tak boleh jugak kita akan potong sikit u punya gusi dan tulang. Oh tidakkkkk

Bila doktor dah ready semua hilang dah debar tu. Disebabkan lampu tu terlalu terang tak sanggup la nak bukak mata, sakit mata kot. Jadi, kinah pejamkan mata je la. Masa doktor nak cucuk bius tu, kinah sangkakan doktor tengah korek gigi nak buang sisa makanan yang terlekat rupanya doktor tengah bius. Iyela mana nak nampak, dah pejamkan mata. Sesekali je la bukak mata tu tengok doktor yang cute tu hehe. 

Lepas kena bius tu, doktor suruh rest kejap nak bagi bius tu buat keje dia. Dalam beberapa minit dah rasa kebas sebelah mulut ni. Cakap pun dah macam tak betul. Doktor pun mula buat kerja. Tapi doktor kata agak sukar sikit nak buat cara biasa sebab keadaan rahang kinah yang kecik dan mulut pun kecik. Aduhh parakkk ni. Macam-macam doktor cuba untuk keluarkan gigi 'manja' tu pun tak mau jugak. Last doktor terpaksa potong jugak gusi ni nak mudahkan cabut.

Dah potong pun doktor masih buntu sebab gigi manja tu tak nak cabut. Setia betul kau ye gigi. Entah macam mana doktor buat, tercabut yang serpih pada bahagian yang rosak. Akarnya pulak tak nak keluar, doktor gerudi lagi ni. Ngilunya tak payah cakap, tapi tak sakit. Setiap kali sakit doktor akan tambah bius. Gerudi banyak kali pun masih tak boleh lagi doktor nak cabut. Darah masa tu takde la banyak mana. Doktor Winnie dia kata surrender. Dia nak mintak tolong dengan sorang lagi doktor. Okeh kinah rest la kejap kat kerusi tu. Nurse ada tanya ok ke tak? Kinah ok je sebab lagu diorang pasang tu kena pulak dengan jiwa ni ha. Tangkap leleh haha. Layankan je la. 

Beberapa minit kemudian, datang sorang doktor India. Mungkin doktor ni senior kot. Doktor Winnie terangkan sikit keadaan kinah kemudian dia, teruskan kerja Dr. Winnie. Doktor india ni makk aiii berair mata mak ni ha, sakit kot dia buat. Beza dengan Dr Winnie. Kasar sikit, sebab gigi ni pun main kasar haha. Disebabkan mulut ni kecik, tepi bibir ni dah melecet kesan peralatan doktor. Tabah je la. Kebetulan pulak lagu Dato Hattan Memburu Rindu keluar kat radio tu. Layan dengar lagu tu malas nak fikir apa doktor buat. 

Tak sampai beberapa minit doktor india tu buat akhirnya cabut jugak gigi manja tu. Masa tu dah mula bleeding. Nurse suction je la darah tu. Agak banyak jugak la masa tu. Lepas doktor india tu berjaya keluarkan gigi manja tu, dia terangkan prosedur yang perlu dilakukan pada kinah. Dr. Winnie pun teruskan prosedur cuci dan jahit semula gusi kinah ni. Masa nak jahit tu kinah tiba-tiba nak batuk. Mintak izin dengan doktor nak batuk, banyak kali jugak kinah terbatuk mungkin disebabkan proses ni terlalu lama. 

Selesai jahit doktor terangkan apa yang perlu dibuat, apa yang tak boleh dan doktor bagi ubat tahan sakit dan antibiotik. Antibiotik kena makan sebab kinah baru je buat surgery kecil. Takut ada infection masa proses tadi. Seriau pulak dengarnya. 
Doktor bagi appointment minggu hadapan untuk bukak benang. Aiyaak appointment lagi. Harap gusi ni elok la bercantum semula. Kinah kot paling lama dalam tu. Masuk pukul 11.30 pagi keluar pukul 1.00 petang. Lama betul. Bengkak tak usah cakap la. Bibir ni pun rasa tebal lagi kesan ubat kebas tu. Haha. Apa pun terima kasih doktor-doktor dan nurse sebab bantu cabut gigi manja ni. Ada juga doktor offer nak bawak balik gigi tak? Laju je jawab tak nak haha

Mesti korang tertanya berapa bayaran untuk cabut gigi di sini kan? Mintak maaf kinah tak tahu berapa sebab kinah tak dikenakan bayaran sebab guna GL suami. 

P/s Gambar di klinik tak boleh ambil. Sebab ni klinik kerajaan.



10 comments:

  1. ALALA BERSABAR SAJA YA..SEDIH BILA GIGI ADA TYANG DICABUT..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa nak buat Etuza lambat laun kena cabut jugak kan.

      Delete
  2. Sally nasib baik la dua kali buang geraham kiri kanan ni takde masalah..yg pertama jela macam terkoyak mulut sbb doktok tu masukkan segenggam tangan dia...yg kali kedua baru letak kepala dah cabut..terkejut kita!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa mulut terkoyak? Ni lagi seram sally

      Delete
  3. huhu takutnya.. gigi sy nie byak tumbuh atas bawah.. semuanya gigi geraham.. sakit pula tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai kesiannya awak Nurul. Baik pergi check dengan doktor untuk pemeriksaan. Sakkit tu sekejap je kalau awak ikut nasihat doktor

      Delete
  4. Replies
    1. Terima kasih atas doanya zumal. Hari ni kinah dah getting better.

      Delete
  5. ramai kata sakit cabut hat bongsu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah nak dekat habis bius tu dah mula sakit kak lin. Jadi, kinah cepat2 makan ubat tahan sakit sebelum ubat tahan sakit tu habis dan dengar nasihat doktor insyaAllah ok.

      Delete