Thursday, 29 November 2018

,
Promosi "Back To School" Bersama Sunfeet International Rehabilitation Centre | Cuti sekolah baru saja bermula. Bila sampai je musim cuti sekolah ni, mesti ibu-ibu dan ayah-ayah ada plan yang best untuk anak-anak kan?. Mana tak nya inilah masa yang ada untuk mereka menghabiskan masa bersama seperti pergi bercuti. Selain pergi bercuti, ada juga parents yang dah mula membuat persiapan awal untuk anak-anak mereka sebagai persediaan untuk memasuki persekolahan untuk tahun depan, advance tu.

Sunday, 25 November 2018

,
Tengah Bersedih? Amalkan Tips Ni | Biasalah hidup ni tak selalunya ceria, kadang-kadang ada suka, kadang-kadang berduka. Kita tak boleh biarkan diri tu sedih atau kecewa berpanjangan, tak elok untuk kesihatan diri korang tu. Apabila ada perasaan seperti tu, kita sepatutnya bijak mengatasi perasaan negatif itu daripada berlanjutan. Jika masalah seperti ni masih berlarutan, mungkin akan memberi kesan lebih buruk kepada diri korang tu. Guys, life must be go on. Cerita yang lepas usah dikenang lagi.
Tengah Bersedih? Amalkan Tips Ni, bersedih
No sedih-sedih ok. Ni kinah nak kongsi tips dengan korang bila korang bersedih.

1. Latih Minda Lupakan Kenangan Pahit
Perasaan sedih dan kecewa biasanya dikaitkan apabila kita sentiasa teringat kembali kenangan silam yang pahit ataupun yang menyedihkan. Kisah yang lalu, biarkan ia berlalu dan jangan dikenang. Iye kinah tahu, bukannya mudah nak lupakan semua tu. Semuanya ambik masa nak lupakan semua tu. Tapi kalau korang masih teringat-ingat semua kisah lalu siapa yang sakit hati? Bukan ke Kita kan. Orang tu pulak tengah bergembira. Korang kena tekad untuk lupakan semua perkara yang berlalu dan perlu fokus untuk masa depan. 

2. Buang Sikap Risau
Perasaan risau ni yang buatkan kita rasa tak tentu arah dan sedih. Korang kena buang jauh-jauh sikap tu kerana ia memberi kesan buruk pada kesihatan dari segi fizikal dan mental. Cuba belajar untuk bertenang dan latih diri mengawal emosi.

3. Belajar Bersyukur
Apa yang kita ada, kita kena bersyukur. Ucapkan syukur tu dengan hati yang ikhlas. Mungkin dengan cara ni akan membantu korang untuk lebih menghargai. Biarlah ucapan syukur tu meresap ke dalam diri dan menjadikannya satu kebiasaan.

4. Belajar Jadi Pemaaf
Bila kita belajar memaafkan orang yang pernah buat salah dengan kita, kita akan dapat membersihkan hati daripada perasaan dan emosi yang negatif. Rasa kecewa kita akan bertambah apabila kita tidak dapat memaafkan kesalahan diri dan juga orang lain. Kita perlu terima hakikat bahawasanya, tidak ada insan yang sempurna di dunia ni. Jadi, cuba belajar memaafkan dan kembalikan ketenangan dalam diri.

5. Senyum dan Ketawa
Senyum dan ketawa ni merupakan pengubat hati yang duka lara. Cuba hiburkan hati korang dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat melupakan kesedihan korang tu seperti peegi bercuti dengan kawan-kawan dan korang juga perlu berada bersama dengan mereka yang sentiasa positif dan bukannya menambahkan tekanan yang sedia ada.

6. Bina Minda Positif
Ada ketika memang ada perkara yang tak mungkin boleh kita elakkan dan mungkin perkara tu membuatkan kita lebih sedih dan kecewa. Namun, korang cuba alihkan perasaan negatif tu dan cuba fikirkan yang baik-baik saja.

7. Cekalkan Hati
Semua perkara memerlukan kesabaran dan kecekalan hati yang teguh. Oleh itu, bentuk jiwa korang supaya mempunyai kesabaran yang tinggi dan dapat mengawal emosi serta menerima dengan redha. Ada kalanya dugaan yang dihadapi adalah untuk menguatkan lagi semangat dan menjadikan diri kita lebih matang untuk menempuh hari-hari yang mendatang.

Friday, 23 November 2018

,
Petua Halau Tikus Di Rumah | Masa duduk di kampung dulu, tikus tak usah cakap la. Sampai kinah pernah kena gigit dengan 'cik siti' tu tau. Tapi itu cerita berbelas tahun yang sudah. Di rumah sekarang ni alhamdulillah setakat ni tak ada lagi cik siti tu. Mintaknya berterusan la macam tu. Risau tau bukannya apa, bila adanya dia,bagi kinah itu satu ancaman, nanti habis barang di rumah hilang ataupun kena gigit. Jadi untuk kali ni, kinah nak kongsi dengan korang beberapa cara halau tikus untuk korang amalkan.
Cara halau tikus, petua halau tikus, tikus dalam rumah
1. Uncang Teh
Kita sebagai manusia, begitu menggemari aroma yang terbit dari uncang teh lebih-lebih lagi yang disertakan dengan perasa tertentu seperti strawberi, pudina, teh hijau dan banyak lagi tapi tidak untuk si tikus. Aroma atau bau seakan-akan daun herba bukan saja mengganggu deria bau, malah akan menyebabkan kegatalan dan juga iritasi pada badan.

Caranya mudah saja, terpulang pada korang sama ada nak guna uncang yang baru ataupun yang dah digunakan. Cuma letakkan saja di laluan yang sering digunakan oleh cik siti atau nak kesan yang lebih hebat, korang cari je sarangnya dan tutup lubang tu. Kesannya dia akan lari tinggalkan rumah atau pengsan di tempat kejadian. Dah pengsan tu pandai-pandai la kome ye.

2. Kulit Durian
Penggunaan kulit durian sebagai musuh tikus merupakan serangan psikologi oleh orang-orang dulu. Bunyi macam lawak je kan, kalau fikir secara logik, kulit durian tu berduri bagaikan memberi amaran kepada tikus untuk tidak datang menghampiri. Ditambah pula dengan bau yang menusuk hidung dari kulit durian membuatkan si tikus merasa tidak selesa dan rimas.

Caranya sama je macam uncang teh tadi, letak je beberapa potong kulit durian dilaluan tikus dan pastikan posisi duri tu di atas. Biar dia rasa takut dan tak berani nak datang ke rumah korang lagi.

3. Buah Mengkudu
Buah mengkudu sememangnya terkenal sebagai antara bahan yang digunakan sebagai racun membunuh serangga dan juga haiwan kecil. Mengandungi zat alam semula jadi seperti glikosida, fenol, antaraquinon dan banyak lagi fungsi mengkudu sebagai buah yang memiliki ciri antibakteria dan antiseptik yang baik.

4. Serai Wangi
Kalau korwng nak tau, tikus ni begitu benci dengan aroma yang menyegarkan. Disebabkan itu, satu lagi alternatif nak halau tikus dengan menggunakan daun serai wangi. Daun serai wangi ni sangat berkesan membuatkan si tikus sesak nafas dan akhirnya melarikan diri. Caranya pun mudah aje, kalau korang rajin bolehlah rebus sendiri daun serai wang8 dan jadikan air semburan. Tapi kalau takde masa, beli je produk berasaskan serai wangi tak kisah la dalam apa bentuk pun.

5. Bela kucing
Haaa yang ni, kinah dah cuba. Memang menjadi. Sebab tikus kan takut dengan kucing. Sejak ada kucing, cik siti tu dah kurang dah melawat kawasan rumah. Mana taknya, kucing kinah dulu selalu jugak memanjat di tempat-tempat yang boleh dikatakan laluan tikus tu. Sejak dari tu dah kurang dah dengar tikus lari dalam syiling rumah. Ni cerita masa menyewa di  rumah kampung dulu.

Selamat mencuba ye.

Thursday, 22 November 2018

,
Artis Kpop Pun Guna Althea Real Fresh Skin Detoxer | Ahaaaa kalau korang masih ingat lagi, kinah pernah cerita mengenai Real Fresh Skin Detoxer dari Althea. Ala mask yang boleh detox muka kita sepantas 10 saat. Ingat lagi kan..... Kalau ada yang tak ingat boleh baca je di SINI
Artis Kpop Pun Guna Althea Real Fresh Skin Detoxer
Haa ni nak habaq mai ni, kalau korang nak tahu, sekarang Althea sekarang berkoloborasi dengan satu rancangan kecantikan iaitu Korea's Top TB Program Get It Beauty. 
Artis Kpop Pun Guna Althea Real Fresh Skin Detoxer
Perghhhh cayalah Althea. Korang boleh tonton video tu di sini
Bukan Minsco dan Jeonghwa saja menyukai Real Fresh Skin Detoxer ni je tau. Ramai yang dah mencuba dan rata-rata bagi feedback yang positif mengenainya.
Artis Kpop Pun Guna Althea Real Fresh Skin Detoxer
Apa yang penting ianya selamat digunakan kerana bahan yang digunakan ialah daripada bahan semula jadi iaitu Green Tea dan juga kelopak bunga Ros.

Korang yang berminat nak mencuba skin detoxer yang terbaik dari Althea ni boleh layari laman web yang kinah lampirkan di bawah

https://my.althea.kr/real-fresh-skin-detoxer-set

Baca Di Sini
  1.  Althea | Milk Peel Cream Mask Review
  2. Althea | Petal Velvet Sunaway SPF50+ PA++++


,
Selasa lepas saja je bukak Reading List. Masa tengah scroll ternampak satu tajuk yang menarik perhatian kinah iaitu Sahabat Blogger Pilihan Starlavenderluna: Kin Naz. Tak sangka pulak kali ni kinah yang terpilih menjadi sahabat blogger pilihan beliau. Terima kasih kak Shikin sudi pilih kinah. Maaf la ye kak sekarang baru dapat update sebab kekangan masa.

Ehhh kinah tak pernah terasa pun bila akak tak balas komen kinah. Kinah faham, akak pun ada tugas hakiki yang perlu akak laksanakan. Begitu juga kinah yang kekadang je sempat komen blog akak. Bukan blog akak je, blog lain pun sama. Bila time rajin memang kinah akan blogwalking dari satu blog ke blog. Kalau tak sempat, just baca je.. takpe kan? Aci kan sekurangnya ada juga sumbangan trafik hehe.

Entah bila boleh dapat jumpa dengan kak Shikin ye? Insya Allah satu hari nanti, ada rezeki, panjang umur kita jumpa ye kak.

Oh ye korang kalau nak cari orang urut untuk buang angin, better korang contact dengan kak shikin. Nak tahu pakej yang ditawarkan boleh tanya dengan kak shikin sendiri tau.




Tuesday, 20 November 2018

,
Assalamualaikum...
Kisah ini terjadi pada diri Rasulullah SAW sebelum wafat.
Rasulullah SAW telah jatuh sakit agak lama,
sehingga keadaan beliau sangat lemah.

Pada suatu hari Rasulullah SAW meminta Bilal memanggil semua sahabat datang ke Masjid.
Tidak lama kemudian,
penuhlah Masjid dengan para sahabat.
Semuanya merasa rindu setelah agak lama tidak mendapat taushiyah dari Rasulullah SAW.

Beliau duduk dengan lemah di atas mimbar.
Wajahnya terlihat pucat,
menahan sakit yang tengah di deritanya.

Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Wahai sahabat-sahabatku ku semua. Aku ingin bertanya, apakah telah aku sampaikan semua kepadamu,
bahawa sesungguhnya Allah SWT itu adalah satu-satunya Tuhan yang layak di sembah?"

Semua sahabat menjawab dengan suara bersemangat,
" Benar wahai Rasulullah,
Engkau telah sampaikan kepada kami bahawa sesungguhnya Allah SWT adalah satu-satunya Tuhan yangg layak disembah."

Kemudian Rasulullah SAW bersabda:
"Persaksikanlah ya Allah.
Sesungguhnya aku telah menyampaikan amanah ini kepada mereka."

Kemudian Rasulullah bersabda lagi,
dan setiap apa yang Rasulullah sabdakan selalu dibenarkan oleh para sahabat.

Akhirnya sampailah kepada satu pertanyaan yang menjadikan para sahabat sedih dan terharu. 

Rasulullah SAW bersabda:
"Sesungguhnya,
aku akan pergi menemui Allah.
Dan sblm aku pergi,
aku ingin menyelesaikan segala urusan dgn manusia.
Maka aku ingin bertanya kepada kalian semua.
Adakah aku berhutang kepada kalian?
Aku ingin menyelesaikan hutang tersebut.
Kerana aku tidak mahu bertemu dengan Allah dalam keadaan berhutang dengan manusia."

Ketika itu semua sahabat diam,
dan dalam hati masing-masing berkata "Mana ada Rasullullah SAW berhutang dengan kita?
Kamilah yang banyak berhutang kepada Rasulullah".

Rasulullah SAW mengulangi pertanyaan itu sebanyak 3 kali.

Tiba-tiba bangun seorg lelaki yang bernama UKASYAH,
seorang sahabat mantan preman sebelum masuk Islam,
dia berkata:

"Ya Rasulullah!
Aku ingin sampaikan masalah ini.
Seandainya ini dianggap hutang,
Maka aku minta engkau selesaikan. Seandainya bukan hutang,
maka tidak perlulah engkau berbuat apa-apa".

Rasulullah SAW berkata: "Sampaikanlah wahai Ukasyah".

Maka Ukasyah pun mulai bercerita:
"Aku masih ingat ketika perang Uhud dulu,
satu ketika engkau menunggang kuda,
lalu engkau pukulkan cemeti ke belakang kuda.
Tetapi cemeti tersebut tidak kena pada belakang kuda,
Tapi jesteru terkena pada dadaku,
Kerana ketika itu aku berdiri di
belakang kuda yang engkau tunggangi wahai Rasulullah".

Mendengar itu,
Rasulullah SAW berkata: "Sesungguhnya itu adalah hutang wahai Ukasyah.
Kalau dulu aku pukul engkau,
Maka hari ini aku akan terima hal yg sama."

Dengan suara yang agak tinggi,
Ukasyah berkata: "Kalau begitu aku ingin segera melakukannya wahai Rasulullah."

Ukasyah seakan-akan tidak merasa bersalah mengatakan demikian. 

Sedangkan ketika itu sebahagian sahabat berteriak marah pada Ukasyah. 
"Sungguh engkau tidak berperasaan Ukasyah. bukankah Baginda sedang sakit.

Ukasyah tidak menghiraukan semua itu.
Rasulullah SAW meminta Bilal mengambil cemeti di rumah anaknya Fatimah.

Bilal meminta cemeti itu dari Fatimah,
Kemudian Fatimah bertanya: "Untuk apa Rasulullah meminta cemeti ini wahai Bilal?"

Bilal menjwb dengan nada sedih: "Cemeti ini akan digunakan Ukasyah untuk memukul Rasulullah"

Terperanjat dan menangis Fatimah seraya berkata:
"Kenapa Ukasyah hendak pukul ayahku Rasulullah?
Ayahku sedang sakit,
kalau mahu mukul,
pukullah aku anaknya".

Bilal menjawab: "Sesungguhnya ini adalah urusan antara mereka berdua".

Bilal membawa cambuk tersebut ke Masjid lalu diberikan kepada Ukasyah.
Setelah mengambil cambuk,
Ukasyah menuju ke hadapan Rasulullah. 

Tiba-tiba Abu bakar berdiri menghalangi Ukasyah sambil
berkata: "Ukasyah..! kalau kamu hendak memukul,
pukullah aku.
Aku orang yang pertama beriman dengan apa yang Rasulullah SAW sampaikan.
Akulah sahabtnya di kala suka dan duka.
Kalau engkau hendak memukul,
maka pukullah aku".

Rasulullah SAW: "Duduklah wahai Abu Bakar.
Ini urusan antara aku dengan Ukasyah".

Ukasyah menuju kehadapan Rasulullah.
Kemudian Umar berdiri menghalangi Ukasyah sambil berkata:

"Ukasyah...
kalau engkau mahu mukul,
pukullah aku.
Dulu mmg aku tidak suka mendengar nama Muhammad,
bahkan aku pernah berniat untuk menyakitinya,
itu dulu.
Sekarang tidak boleh ada seorang pun yang boleh menyakiti Rasulullah Muhammad.
Kalau engkau berani menyakiti Rasulullah,
Maka langkahi dulu mayatku..."

Lalu dijawab oleh Rasulullah SAW:
"Duduklah wahai Umar.
Ini urusan antara aku dengan Ukasyah".

Ukasyah menuju kehdpan Rasulullah,
tiba-tiba berdiri Ali bin Abu Talib sepupu sekaligus menantu Rasulullah SAW.

Dia menghalangi Ukasyah sambil berkata: "Ukasyah, pukullah aku saja.
Darah yang sama mengalir pada tubuhku ini wahai Ukasyah".

Lalu dijawab oleh Rasulullah SAW:
"Duduklah wahai Ali,
ini urusan antara aku dengan Ukasyah" .

Ukasyah semakin dekat dengan Rasulullah.
Tiba-tiba tanpa disangka, bangkitlah kedua cucu kesayangan Rasulullah SAW iaitu Hasan dan Husen. 

Mereka berdua memegangi tgn Ukasyah sambil memohon.
"Wahai Pakcik,
pukullah kami Pakcik.
Atuk kami sedang sakit,
Pukullah kami saja wahai Pakcik.
Sesungguhnya kami ini cucu kesayangan Rasulullah,
dengan memukul kami sesungguhnya itu sama dengann menyakiti atuk kami,
wahai Pakcik."

Lalu Rasulullah SAW berkata: "Wahai cucu-cucu kesayaganku duduklah kalian.
Ini urusan atuk dengan Pakcik Ukasyah".

Begitu sampai di tangga mimbar,
dengan lantang Ukasyah berkata:

"Bagaimana aku mahu memukul engkau ya Rasulullah.
Engkau duduk di atas dan aku di bawah.
Kalau engkau mahu aku pukul,
Maka turunlah ke bawah sini."

Rasulullah SAW memang manusia terbaik.
Kekasih Allah itu meminta beberapa sahabat memapahnya ke bawah.
Rasulullah didudukkan pada sebuah kursi,
lalu dengan suara tegas Ukasyah berkata lagi:

"Dulu waktu engkau memukul aku,
aku tidak memakai baju,
Ya Rasulullah"

Para sahabatt sangat geram mendengar perkataan Ukasyah.
Tanpa berlama-lama dalam keadaan lemah, Rasulullah membuka bajunya.
Kemudian terlihatlah tubuh Rasulullah yang sangat indah,
sedang beberapa batu terikat di perut Rasulullah pertanda Rasulullah sedang menahan lapar.

Kemudian Rasulullah SAW berkata:
"Wahai Ukasyah,
Segeralah dan jaganlah kamu berlebihan.
Nanti Allah akan murka padamu."

Ukasyah langsung menghambur menuju Rasulullah SAW,
Cemeti di tangannya ia buang jauh-jauh,
Kemudian ia peluk tubuh Rasulullah SAW seerat-eratnya.
Sambil menangis sejadi-jadinya, 

Ukasyah berkata:
"Ya Rasulullah, ampuni aku,
Maafkan aku,
Mana ada manusia yang sanggup menyakiti engkau ya Rasulullah.
Sengaja aku
melakukannya agar aku dapat merapatkan tubuhku dengan tubuhmu. 

Seumur hidupku aku bercita-cita dapat memelukmu.
Kerana sesungguhnya aku tahu bahwa tubuhmu tidak akan dimakan oleh api neraka. 

Dan sungguh aku takut dengan api neraka.
Maafkan aku ya Rasulullah..."

Rasulullah SAW dengan senyum berkata:

"Wahai sahabat-sahabatku semua,
kalau kalian ingin melihat ahli Syurga,
Maka lihatlah Ukasyah.."

Semua sahabatt menitiskan air mata. Kemudian para sahabat
bergantian memeluk Rasulullah SAW.

Semoga dengan membaca ini bila ada air mata ini membuktikan kecintaan kita kpd kekasih Allah SWT...

Allahumma sholli 'alaa Muhammad. 
Allahumma sholli 'alayhi wassalam...
Semoga Allah SWT selalu meredhai kita semua,
Aamiin...

KITA SEMUA UMAT
RASULULLAH  S A W

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

ALLAHUMMA SHALLI 'ALA MUHAMMAD,
WA 'ALA AALI MUHAMMAD,

كما صليت على سيدنا ابراهيم وعلى ال سيدنا ابراهيم

KAMAA SHALLAITA 'ALA IBRAHIM,
WA 'ALA AALI IBRAHIM,

وبارك على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

WABAARIK 'ALA  MUHAMMAD,
WA 'ALA AALI MUHAMMAD,

كما باركت على سيدنا ابراهيم وعلى ال سيدنا ابراهيم فى العالمين انك حميد مجيد 

KAMAA BAARAKTA 'ALA IBRAHIM,
WA 'ALA AALI IBRAHIM,
FIL 'ALAMIN INNAKA HAMIDUM MAJID

YA ALLAAH     يا الله
YA RAHMAAN   يا رحمن 
YA RAHIIM    يا رحيم
YA MALIK     يا ملك
YA QUDDUUS   يا قدوس

YA AZIIZ    يا عزيز
YA ALIIM    يا عليم
YA JABBAAR   يا جبار
YA GHANIYY   يا غني
YA LATHIIF   يا لطيف

YA KHABIIR    يا خبير
YA AWWAAL     يا أول
YA AAKHIR    يا آخر
YA BASHIIR   يا بصير
YA SHABUUR   يا صبور

YA SHAMAD    يا صمد
YA MUJIIBU  يا مجيب
YA WAAJIDU  يا واجد    
YA RA'UUF   يا رؤوف
YA QAADIR   يا قادر

YA WAAHID   يا واحد
YA HALIIM   يا حليم
YA HAYYU    يا حي
YA QAYYUUM  يا قيوم
YA SALAAM   يا سلام

YA JABBAAR   يا جبار
YA MUTAKABBIR يا متكبر
YA KHAALIQ   يا خالق
YA BAARI    يا بارئ
YA RAZZAAQ   يا رزاق

Astaghfirullah

أستغفر الله

Astaghfirullah

أستغفر الله

Astaghfirullah 

أستغفر الله

Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.

حسبنا الله ونعم الوكيل

Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.

حسبنا الله ونعم الوكيل

Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.

حسبنا الله ونعم الوكيل

Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.

حسبنا الله ونعم الوكيل

Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.

حسبنا الله ونعم الوكيل

Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.

حسبنا الله ونعم الوكيل

Hasbunallahu wa ni'mal wakiil.

حسبنا الله ونعم الوكيل

Salam Maulidur Rasul kepada semua
,
Assalamualaikum semua. Beberapa minggu yang lepas kinah ada join giveaway di facebook. Ala saja-saja je join isi masa lapang hehe. Tak sangka pulak dalam ramai-ramai yang join, kinah yang terpilih. Terima kasih pada kak Iena Eliena dan penaja utama iaitu 11 Street untuk hadiah yang awesome ni. Korang mesti nak tahu hadiah apa yang kinah dapat, paling best kak Iena sendiri yang hantar hadiah ni sebab kebetulan masa tu kak Iena nak balik kampung di Batang Kali. Haa sekali jalan la tu.
Oh ye selain produk FROMNATURE, kak Iena selit sekali losyen daripada Enchanteur, wahhh best la losyen yang ni, kinah takda lagi yang ni. Boleh buat koleksi yang sedia ada tu hehe.

Selain produk tu, ada lagi kak iena selitkan antaranya sos Nando Peri Peri Hot. Haaa hat ni kinah dah selamat guna untuk makan tengahari semalam. Pantas ko ye kinah. Kinah google resepi ayam panggang ala ala Nandos. Mujurlah jadi resepi tu. 
Ni kejadian dalam pemanggang
Ayam panggang ala Nandos dah siap

Ok lah itu saja kinah nak share untuk kali ni. Oh ye nanti bila dah try produk FROMNATURE tu nanti kinah review ye. Tunggu tau.......

Saturday, 17 November 2018

,
Kinah baru je post mengenai baby Althea yang terbaru iaitu Althea Petal Velvet Sunaway, tup tup mai satu lagi keluaran baru Althea iaitu Milk Peel Cream Mask. Walaweh barangan dari Althea tak pernah mengecewakan semuanya best-best. Haah macam biasa bila dapat je parcel ni dari kurier berbunga-bunga hati ni weh. Macam mana la  rupanya Milk Peel Cream Mask ni jom baca review kinah di bawah.
Althea | Milk Peel Cream Mask Review
Jom kita tengok apa yang ada dalam kotak pink yang comel ni

Jeng jeng ni dia
Althea Milk Peel Cream Mask
Althea | Milk Peel Cream Mask Review
Excited kome nak mencubanya, kenapa? Sebabnya ada ekstrak susu. Nyummy rasanya tak pernah lagi jumpa mask seumpama ni. Mungkin ada di antara korang pernah dengar, tapi bagi kinah ni first time kinah dengar mengenai mask ala-ala bubble ni. Baunya semestinya bau susu. Rasa nak makan pun ada hahaha. Amaran keras ye ini bukan susu untuk diminum tau, ni untuk ditepek dimuka. Nak lawa, nak comel kan???

Kalau korang nak tahu, Althea Milk Peel Cream Mask teksturnya agak pekat dan berkrim seakan-akan tanah liat yang lembut dan semestinya ianya mengandungi susu yang mana dapat membantu mengeluarkan sel-sel kulit mati yang ada dimuka kita. Sejujurnya, kinah rasa teruja mencuba peel mask seperti ni, tengoklah packaging dia, comel je. Korang bila nak guna, cuma tekan je. Tak payah susah hati takut tumpah ke ape, memang tak akan tumpah dan korang kalau nak pergi travel tu jangan lupa masukkan sekali peel mask ni ke dalam beg travel tu hihi.
Althea | Milk Peel Cream Mask Review
Haaa ni nak habaq mai kandungan yang terdapat dalam Milk Peel Cream Mask. Wajib kena ambik tahu ni.

Mengandungi formula dengan Protein susu, AHA & BHA yang dikatakan dapat membantu merawat, mencerahkan, dan memberi kelembapan kepada kulit. Manakala Kaolin pula dikatakan dapat membantu menyingkirkan sel-sel kulit mati diwajah kita yang dikatakan penyebab liang pori kita tersumbat.  

Nak guna pun mudah. Nahhhh kinah dah sediakan video simple macam mana nak pakai Milk Peel Cream Mask dari Althea ni
Sila abaikan muka yang sememeh tu ye

Dah tengok ke belum video kinah tu? 

Sebenarnya, mudah je nak guna, korang cuma picitkan mask tu dan sapu di seluruh muka. Ikut suka korang la nak sapu tebal ke nipis boleh je (kinah sapu nipis je sebab rasa sayang pulak) hahaha.
Althea | Milk Peel Cream Mask Review
Sementara nak tunggu dalam 30 saat - 1 minit tu, korang akan rasa seperti geli-geli, tapi korang relax je buat macam takde apa-apa yang berlaku. Haaa kalau korang nak tahu masa korang rasa geli-geli tu la cream tadi bertukar menjadi bubble. Jika, dibiarkan lebih lama lagi, bila sentuh seolah-olah macam whipped cream. Haaa macam tu lah (bak kata Thahirah)
Dah cukup time jangan lupa bilas dengan air suam ye sehingga bersih. Guess what lepas tu kulit muka korang soft je macam kulit baby dan wangi susu tu. Disarankan guna 2 kali dalam seminggu je. Jangan guna hari-hari pulak ye. *kesannya mungkin berbeza mengikut kulit

Best ke tidak??? BESSTTT korang kena cuba yang ni, tak cuba tak tahu.

Berat untuk sebotol Milk Peel Cream Mask 50ml dan harga hanya RM36.00 sahaja. Boleh dapatkan di https://my.althea.kr/milk-peel-cream-mask sekarang ye dan korang akan dapat 10% diskaun. 

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari :-

Wednesday, 14 November 2018

,
Guides To Rent in Singapore - For Expat | Singapore has been ranked as the first choice for expatriates to work and live with the attractive jobs, convenience and safety surrounding in the country, we don’t see why the little red dot deserves the first position. Though being the first choice for expat but Singapore is also ranked first in the world as most expensive city to live in (Singapore’s property is expensive too). Most expats in Singapore prefer to rent in Singapore and here is the guide for Singapore expats to rent from dealing with agents to paying stamp duty for rental.
Guides To Rent in Singapore - For Expat
Step 1: Property hunting
So, you are about to start hunting for property and you have no idea with the property market regulations in Singapore and not sure where to begin with. What we are about to advise is to engage a property agent in Singapore that will be able to assist you and protect your interest throughout the procedure and secure the best possible price. Singapore agents are in the better position to recommend and advice the choice of property and processes as they have better knowledge of Singapore. They will also ensure you have all the right documents in order and dealing with the rightful property owner. 

Engage in only one agent throughout the entire rental journey to prevent misunderstandings, hassles and dramas if there is any issue arises. They will be the one to represent you and exercise your rights as tenant. If you are worried which agent to choose from before engaging one, go through their profile in the database through Certified Estate Agencies (CEA) - Public Register. Be honest with your agent and tell them your requirements, desired location and monthly rental rate that you can afford (budget), this will saves up a lot of time for both of you when the agent looking for houses and scheduling appointments.
Guides To Rent in Singapore - For Expat
Have the agents to share with you few properties to view whether it is Housing Development Board (HDB) or condominiums in various locations to get a feel of your expectations if you choose to settle down in this area. Check out the amenities that you need for your daily life, the distance to MRT or highway accessibility and others to make your stay in Singapore easy breezy.

Step 2: Documentation
There comes a day where you have decided on the property you want to rent and there are documents and money you will need to prepare for your agent to process:
  • Photocopied passport
  • Photocopied employment pass
  • One month’s rental for the good faith deposit

Your agent will begin to prepare documents like Letter of Intent and Tenancy Agreement for you to sign off.

Letter of Intent - letter proposing your intention to lease and your requirements to the landlord. There are few items for you to take note.
  1. Diplomatic or repatriate clause - to safe guard you if in the event you are no longer employed, transferred to other countries, you can terminate the lease after 12 months by giving 2 months notice.
  2. Good faith deposit (booking deposit) - After the landlord signed the Letter of Intent and accept this deposit, he cannot rent the property to other party. This deposit will become part of the security deposit or advance rental after the Tenancy Agreement is signed.
  3. Security deposit - The standard practice in Singapore is usually one month's rent for every year of lease. It will only be payable upon signing of the Tenancy Agreement.
  4. Terms of lease - In Singapore, the standard lease period is more than 1 year, with or without an option to renew the lease, usually for another 1 to 2 years. Most landlords will not accept leases that are less than 1 year.
  5. Your requirements - ensure that all your requirements and requests are stated in the Letter of Intent clearly. Like requesting a new sofa, new bed or new washing machine etc. After the landlord had signed the Letter of Intent, he is bound by the Letter to provide your requests.
Guides To Rent in Singapore - For Expat
Tenancy Agreement
After the Letter of intent is duly signed. The landlord will prepare the Tenancy Agreement. Any legal fees incurred for the drawing up of the agreement is usually borne by the tenant.  You will need to prepare the rest of the security deposit and advance rental upon signing of the Tenancy Agreement. For 1 year lease - 1 month's deposit and 1 month's advance rental. For 2 years lease - 2 month's deposit and 1 month's advance rental. Minus the good faith deposit (if applicable) that you have paid when signing the Letter of Intent. 

These are the important terms you should take note of when signing the Tenancy Agreement:

1. Diplomatic of Escape Clause and Reimbursement Clause
In a standard Singapore Tenancy Agreement, there is usually the reimbursement clause together with the diplomatic clause. This clause states that if you exercise the diplomatic clause, you will have to reimburse part of the commission the landlord had paid to his agent.
The reason behind this clause is that the landlord had paid the full one month's agent commission for a 2 years lease but if you terminate the lease by exercising the diplomatic clause, hence unable to complete the full 2 years, you will have to refund the pro-rata commission. Since landlord grants the diplomatic clause, they will usually demand reimbursement clause to be included in the tenancy agreement.

2. Public utilities, telephone and cable television
The installation charges and the monthly bills for the following services are the tenant's responsibility:
  • SP Services - the water and electricity supply
  • City gas - piped gas in selected areas.
  • Singapore Telecom- residential telephone line.
  • Starhub Cable Vision (SCV) - cable television and cable broadband internet.
Although at times the tenant can request for some of the fixed bills to be included in the rental amount as a package.

3. Repairs and maintenance
The tenant is responsible for maintaining the leased premise, carry out minor repairs at own costs. In a standard agreement, the tenant will only be responsible if the amount of the repair does not exceed S$100 or S$150.

Only major repairs and maintenance would be the landlord's responsibility provided that the damage or malfunction of appliances is not caused by the tenant's negligence.

The tenant will have to take up service contract for items such as air-conditioning, gardening, pest control or pool servicing.

4. Rental Amount
Check the rental amount. Sometimes the landlord will divide the rental amount into a. rental of premises, b. rental of furniture and fittings, c. maintenance fees. Just make sure it adds up to the correct amount that you have agreed.

5. Stamp Duty
In Singapore, Tenancy Agreement will need to be stamped by the Inland Revenue Authority of Singapore (IRAS). Only after the Tenancy is stamped then it can be considered a valid contract as evidence in court for any disputes that may arise in the future with your landlord. This is to protect the interest of both parties. The stamp duty is usually borne by the tenant.

6. Term of lease
The agreement should state the lease period both of you have agreed upon, usually 1 year or more, with or without option to renew the lease.

Step 3: Take over the property
Landlord will prepare a list of inventory on or before the day of handing over. Go through with your agent and make sure the items listed in inventory like those water heater, air conditioners, lightings and others. Note it down if there is any unsatisfactory on the inventory. If there is any defects, allow the landlord to rectify within a reasonable period. 

Step 4: Commission payable
Tenant and landlord should ensure that an invoice from a licensed real estate agency is issued to them and request for receipt upon paying them. 

Monday, 12 November 2018

,
Rasanya bulan November ni bulan join Giveaway la kinah ni. Termasuk giveaway ni dah dua yang kinah join. Ramai juga yang buat giveaway dalam bulan ni. Kenapa kinah tertarik nak join giveaway sebab hadiahnya ialah buku fixi. Hoho setakat ni tak pernah lagi ada koleksi buku fixi dalam simpanan kinah. Apatah lagi baca. 
Klik sini
Kinah jumpa giveaway ni masa blogwalking. Bila baca syarat ala mudah je rupanya. Oh ye siapa yang ada instagram tu pun boleh join di Instagram tau.

Berbalik kepada syarat yang ditetapkan oleh Budak Vanilla, macam mana boleh terjebak dengan buku?

Kinah start minat baca buku sejak dari sekolah rendah lagi. Kalau korang ingat masa tu ada Program Nilam di sekolah. Kinah pun tak terkecuali join program tu. Pada mulanya takde la sangat nak terjebak dengan program tu, tapi bila cikgu kata bilangan buku yang kinah baca tu dah boleh masuk program Nilam. Sejak dari tu, mula la nak jadi budak library. Boleh dikatakan setiap minggu kinah pinjam buku. 

Perasaan bila dapat habiskan baca buku tu tak dapat nak digambarkan. Seronok tak terkata. Bila nak pinjam buku yang baru kebetulan ada buku baru masuk library lagi la seronok. Cepat-cepat kinah pinjam sebelum orang lain ambik hahah. Nak menang anugerah Nilam katakan. Tapi tak dapat pun sebab ada lagi yang banyak baca buku dari Kinah. Takpela bukan rezeki nak menang anugerah tu.
Kalau korang nak tahu dalam banyak-banyak buku, siri penyiasatan la paling kinah suka. Entah kenapa minat pulak dengan siri tu terutama Siri Penyiasatan Hadi dan Siri Penyiasatan Salma. Memang itu la yang selalu kinah pinjam sampai habis siri tu kinah pinjam kah kah. Sekarang ni ada lagi ke siri tu ye? 

Antara Siri yang pernah kinah baca
Sumber daripada Carousell
Bila meningkat remaja, kinah mula berjinak-jinak baca novel cinta pulak. Macam-macam novel kinah pinjam dan baca. Masa tu boleh pinjam 5 buah buku kalau tak silap la. Tapi kinah takde la pinjam sampai 5 buah buku novel. Ate, bila masa nak study kalau dah mengadap buku tu saja kan. 
Sekarang ni bila dah kawin ada la jugak hobi membaca tu, tapi takla serancak dulu. Sekarang ni kalau nak baca buku bila ada masa dan mood. Hmm macam tu pulak. Kalau datang mood dia, tak pandang lain dah. Haaa sampai macam tu sekali.

Minat membaca ni nampaknya dah menurun ke anak dara kinah. Suka betul dia baca buku walaupun tak reti lagi baca, selak-selak buku je tengok gambar. Setiap kali balik rumah opah dia, tempat pertama dia tuju rak buku pakcik makcik dia. Kami memang masih simpan lagi buku-buku cerita kami masa kami kecil dulu sekarang ni menurun ke dia pulak. Moga minat membaca ni akan berterusan sampai bila-bila ye. Membaca tu kan jambatan ilmu. 

Oh ye panjang sangat dah ni ceritanya. Korang kalau nak join klik je banner di atas tu ye. Good luck semua.


,
Hmmm mengucap panjang bila dengar berita mengenai kanak-kanak yang berusia 9 bulan telah didera. Bukan saja didera, malah hasil bedah siasat mendapati anak syurga tersebut telah dirogol. Allahuakhbar anak tu tak tahu apa-apa. Apa nak jadi la dengan manusia zaman sekarang ni. Bila dunia di akhir zaman kes sebeginilah yang akan sering kita dengar di corong media massa. Lepas satu, satu kes muncul. Nampaknya lepas ni pihak wajib perlu mencari jalan penyelesaian dan juga menggubal dan menguatkuasakan akta kanak-kanak yang sedia ada. 
Manusia Kini Semakin Kejam
Kes sebegini bukanlah pertama kali kita dengar. Dah banyak kali dah, kalau korang masih ingat lagi kes kanak-kanak ditemui mati di dalam peti sejuk, angkara siapa? Pengasuh.... Bukanlah nak salahkan semua pengasuh, tak semua pengasuh macam tu. Tapi bila niat tu tak menghalalkan cara, mengasuh hanya semata kerana duit, bukannya disebabkan amanah ataupun tanggungjawab yang diberi. Kita pula tak boleh nak salahkan ibu bapa kanak-kanak tersebut. Lagipun mereka dah mencuba yang terbaik dan jika mereka tahu perkara seperti ni jadi ke atas anak mereka, tentu mereka tak akan tinggalkan kepada pengasuh tersebut. Semuanya telah tertulis. Paling mengejutkan suami pengasuh tersebut yang menjaga anak itu selama ni. Memang speechless.

Kebanyakannya sekarang ni si ibu pula terpaksa bekerja membantu suami untuk menampung kos sara hidup kini yang semakin tinggi. Anak-anak pulak terpaksa ditinggalkan dengan pengasuh, parents sekarang tiada pilihan. Dapat pulak pengasuh yang durjana macam ni. Hmmmmm tak tau nak kata apa. Speechless. Sayu je tengok muka anak syurga yang tak berdosa tu diperlakukan sebegitu. Mintak-mintak la si pelaku tu dikenakan hukuman yang setimpal dengan apa yang telah dilakukan.

Harap sangat la kerajaan mempertimbangkan semula untuk membatalkan hukuman mati, jalankan hukuman mati ni bagi kes-kes tertentu dan kaji semula relevan atau tak mansuhkan hukuman ni. 

Dan satu lagi, ibu bapa pula kena alerts bila anak kita mula tunjukkan sikap yang pelik, kekadang tu bila anak tunjuk sikap pelik dan protes mungkin pada masa tu ada sesuatu yang ingin disampaikan tapi dia tak tahu nak sampaikan macam mana. Pada masa ni lah kita sebagai ibu bapa dengar dan fahami apa yang si anak tu cuba sampaikan. 

Mintak-mintakla lepas ni tiada lagi kejadian seperti ni berlaku. Sedih sangat. Allah, lindungi kami, keluarga kami daripada mereka yang mempunyai niat tidak baik. Hentikan penderaan terhadap kanak-kanak.

Saturday, 10 November 2018

,
Sekali sekala join giveaway syok jugak. Sesambil tu dapat merapatkan ukhuwah sesama kite. Rasanya lama jugak kinah tak join giveaway ni. Last join giveaway anjuran kak Ana Suhana hari tu. Haa lepas tu sudah mood ke laut sebab sakit gigi. Hari ni alhamdulillah dah beransur pulih dah, makan pun takde dah nak pantang-pantang dah sekarang. Pantang nampak je 😬 hehe

Ahhh jom la kita sama-sama join giveaway ni. Hadiahnya pun best, dapat Planner untuk tahun 2019. Mana la tahu ada rezeki menang, tak payah dah nak beli planner.

Korang yang nak join giveaway ni, klik je gambar banner di bawah ni ye. Syaratnya pun mudah aje.
Klik Sini
,
Ekhm ekhm ada berita baik untuk mereka yang selalu terdedah dengan cahaya matahari. Ala cahaya matahari je, no no jangan pandang ringan dengan cahaya matahari sekarang kalau dulu cahaya matahari ni terutamanya pada waktu pagi ada kebaikan untuk kulit kita tapi sekarang cahaya matahari sangat berbahaya kerana lapisan ozon yang semakin nipis. 

Jika tak cegah, silap haribulan boleh kena penyakit kulit. Jadi hari ni Kinah nak share dengan korang "teman baik" kinah bila keluar dari rumah iaitu Althea Petal Velvet Sunaway keluaran Althea. Kalau terima parcel pink dari Althea ni automatik terus sihat.  

Jom kita tengok apa yang ada dalam kotak tu
Petal Velvet Sunaway, Kecantikan,
Althea Petal Velvet Sunaway SPF50+ PA++++
💕x1 Petal Velvet Sunaway SPF50+ PA++++
💕x3 Petal Velvet Powders in #0, #23, and #Pink Lavender
💕 x1 Althea hologram pouch

Kesemuanya best-best. Tapi untuk hari ni kinah nak fokuskan Petal Velvet Sunaway keluaran baru dari Althea.

PETAL VELVET SUNAWAY SPF50+ PA++++
Althea Petal Velvet Sunaway SPF50+ PA++++
Althea Petal Velvet Sunaway SPF50+ PA++++
Kalau korang nak tahu, Petal Velvet Sunaway merupakan salah satu skincare khusus untuk pelindung matahari (sunscreen) yang bertekstur ringan dan mampu melindungi kulit daripada sinaran uv yang diformulasikan daripada hyaluronic acid dan damask rose extract

Haa jangan korang tak tahu PV Sunaway ni juga mempunyai SPF50+ dan PA++++ yang mampu membantu melindungi wajah kita daripada sinanran uv yang jahat. Bestnya... Korang yang ada plan nak bercuti tu wajib ada Petal Velvet Sunaway ni.
Althea Petal Velvet Sunaway SPF50+ PA++++
Althea Petal Velvet Sunaway SPF50+ PA++++
Apa yang best dengan Petal Velvet Sunaway ni, teksturnya ringan dan tidak meninggalkan kesan putih pada kulit kita kerana ianya mudah diserap ke dalam kulit kita berbeza pula dengan jenama sunscreen lain.

Cuba lihat perbezaan antara Petal Velvet Sunaway dan jenama lain. Haa nampak ketara kan antara Petal Velvet Sunaway dengan jenama lain.
Althea Petal Velvet Sunaway SPF50+ PA++++
Althea Petal Velvet Sunaway SPF50+ PA++++
Kalau korang nak tahu Micro Particles yang terdapat di dalam Petal Velvet Sunaway akan menyerap sebum dan minyak berlebihan yang terdapat pada kulit muka kita.

Oh ya mesti korang tertanya-tanya apa maksud "Petal" tu? Haaa Petal tu sebenarnya kalau korang nak tahu ianya dihasilkan daripada kelopak bunga mawar (Damask Rose)
Althea Petal Velvet Sunaway SPF50+ PA++++
Althea Petal Velvet Sunaway SPF50+ PA++++
Ekstrak Damask Rose ni mengandungi nano molekul yang kaya dengan vitamin yang mampu meresap jauh ke dalam kulit dan dapat membantu melembapkan serta menjadikan kulit kita akan kelihatan berseri.

Haaa dari segi saiznya pula, korang tak payah risau takut tak muat dalam beg la, besar sangat la.. Itu semua bukan alasan lagi bila korang grab Petal Velvet Sunaway ni.

Ianya didatangkan dengan saiz yang mudah dibawa ke mana saja. Kinah sekarang ni usung ke hulu ke hilir je Petal Velvet Sunaway ni, bila nak guna ambik je dari dalam beg. Haa kan mudah tu.. Tambah cuaca sekarang ni tak menentu, kejap panas, kejap hujan. Jadi, memang berguna sangat sunscreen ni.

Bagi melengkapkan lagi rejim kecantikan korang tu, Althea juga turut memperkenalkan Althea Petal Velvet Powder. Ada tiga jenis kesemuanya.
Althea Petal Velvet Sunaway SPF50+ PA++++
Althea Petal Velvet Sunaway SPF50+ PA++++
Sejujurnya, kinah dah mula jatuh hati dengan Althea Petal Velvet Powder ni kerana teksturnya yang sangat halus, dan paling best kulit muka kita langsung tak nampak berminyak dan kulit kelihatan segar. 

Tengoklah bekasnya alahai comel sangat dan memang mudah dibawa kemana saja. Korang patut cuba Velvet Powder ni. Sekali cuba, confirm korang jatuh cinta. 

Terdapat 3 pilihan seperti
Althea Petal Velvet Sunaway SPF50+ PA++++
Kinah suka pink Lavender tu. Bau dia pun wangi dan menenangkan.

Korang cubalah satu, tak kenal maka tak cinta. Pada yang berminat nak mencuba, sementara tengah ada promotion ni, baik korang grab satu set sebelum habis promosi. Habis promosi tak tau la bila ada lagi promo best macam ni lagi

Untuk keterangan lebih lanjut serta promosi-promosi hebat produk Althea dan juga barangan K-Beauty lain korang boleh layari saja ke website, facebook, Instagram

Wednesday, 7 November 2018

,
Permulaan Hari yang Kuat Bermula dengan Susu Dutch Lady Pure Farm | Bila cakap pasal sarapan ni, kebanyakan di antara kita sering mengabaikan sarapan pagi. Iyerlah kadang-kadang tu tak sempat nak sarapan pagi disebabkan bangun lambat, nak kejar masa lagi dengan nak hadap jammed di jalan raya,  nak hantar anak ke sekolah dan macam-macam hal lagi. Iyer kinah faham sangat tentang tu, tapi sekurang-kurangnya korang kena jugak ambil sarapan walaupun hanya segelas susu. Untuk memulakan hari yang lebih cergas, kita memerlukan permulaan yang mantap. Memandangkan susu adalah salah satu minuman yang bernutrisi daripada alam semulajadi, susu Dutch Lady Pure Farm kini menjadi pilihan kami sekeluarga kerana rasanya yang lazat dan lebih berkhasiat.
Dutch Lady Breakfast Challenge | Permulaan Hari yang Kuat Bermula dengan Susu Dutch Lady Pure Farm
Kalau korang nak tahu, badan kita ni memerlukan lebih banyak khasiat terutama selepas kita tidur semalaman. Sebab itulah, sarapan bernutrisi tu penting untuk permulaan hari yang lebih kuat kerana dengan sarapanlah dapat membantu meningkatkan tahap tenaga yang diperlukan oleh badan kita untuk melakukan aktiviti seharian.

Haa panjang lebar kita bercerita betapa pentingnya pengambilan sarapan pagi ni
Dutch Lady Breakfast Challenge | Permulaan Hari yang Kuat Bermula dengan Susu Dutch Lady Pure Farm
Pada 19 Oktober yang lepas, kinah terima surprise breakfast daripada pihak Dutch Lady Malaysia. Terima kasih Dutch Lady for this delicious breakfast.

Selama 5 hari kinah sahut cabaran sarapan pagi bersama susu Dutch Lady. Gigih tau memikirkan nak buat sarapan apa setiap pagi.
Hari Pertama Nasi Lemak + Segelas Susu Dutch Lady
Pada hari pertama Dutch Lady Breakfast Challenge ni kinah mulakan dengan sarapan Nasi Lemak. Special delivery daripada Dutch Lady. Terima kasih Dutch Lady hantar breakfast untuk kinah. Rasa nasi lemak ni cenggini ha 👍👍👍. Umum mengetahui bahawasanya, nasi lemak merupakan sarapan utama masyarakat Malaysia. Dalam seminggu tak pekena nasi lemak rasa tak lengkap pulak hidup ni haha. Dalam banyak-banyak nasi lemak yang kinah pernah makan nasi lemak yang dijual masa kinah sekolah dulu. Setiap pagi arwah opah kinah hantar nasi lemak ni. Rasa dia memang tak boleh lawan dengan nasi lemak lain. Nak dapat nasi lemak sesedap macam tu sangat susah sekarang. Ehh nasi lemak yang Dutch Lady hantar ni ada rasa sikit tau dengan nasi lemak favourite masa sekolah dulu. Kalau la pihak Dutch Lady boleh share kat mana diorang order kan best😉.
Hari Kedua Roti Telur+ Segelas Susu Dutch Lady
Permulaan Breakfast Challenge pada hari kedua pula kinah buat yang simple aje. Suami yang request mintak buatkan roti telur macam ni. Kenyang ko makan roti telur ni. Teringat pulak roti telur mak buatkan untuk kami adik beradik. Memang takkan cukup punya. Berebut kami nak makan roti telur ni. Kekadang tu nak tukar selera kinah cicah dengan sos cili. Tapi selalu makan macam tu je pun sedap jugak. Walau simple mana sekalipun sarapan kita jangan lupa minum segelas susu ye. Dah tua-tua ni la kena minum susu haha😂😂. Ni umur dah 29 tahun dah hilang gigi sebijik. Insaffff!!!
Hari Ketiga Cucur Ikan bilis + Segelas Susu Dutch Lady
Pada hari ketiga pulak kinah cuma goreng cucur ikan bilis. Guna tepung yang instant cap tut. Cucuq orang utagha gelarkan. Ni pun suami request jugak sebab kinah dah blur nak buatkan sarapan apa. Lastnya guna je apa yang ada kat dapur tu. Janji perut kenyang ye dak. 
Hari Keempat Roti Canai + Segelas Susu Dutch Lady
Hari keempat kinah gantung kuali. Suami balik dari kerja dia belikan roti canai kat kedai bawah rumah ni. Kedai orang kita. Jadi, bila hari gantung kuali, kita ngorder roti canai dengan kuah dhal. Sedap komer makan banjir peeghhh. Dah kenyang makan roti canai minum la segelas susu. Dah selesai janganlah menyandar tak jadi kerja nanti. Settle sarapan, terus buat kerja rumah apa yang patut, bakar kalori yang kita makan tadi heheh😁😁
Hari Kelima Benjo + Segelas Susu Dutch Lady
Yeayy berjaya jugak kinah menempuh hari kelima breakfast challenge ni. Hari ke lima ni kinah buat benjo jer. Goreng telur letak sos kemudian telangkupkan dengan roti. Tak pandang kiri kanan dah komer. Mudah sesangat breakfast macam ni. Budak-budak mesti suka. 

Kebaikan Minum Segelas Susu Pada Waktu Pagi
Kalau korang nak tahu, minum segelas susu Dutch Lady PureFarm terutamanya pada waktu pagi setiap hari memberi banyak perbezaan dalam pengambilan protein kita - hanya dengan minum satu gelas sahaja dapat membantu korang memenuhi lebih daripada 50% keperluan protein yang diperlukan sewaktu sarapan dengan cara yang mudah.

Sebagai susu No.1 di Malaysia, Dutch Lady PureFarm yang penuh dengan khasiat dapat membekalkan badan kita dengan nutrien -nutrien penting seperti:

Protein membantu membina dan memperbaiki tisu supaya badan kita berfungsi dengan baik

Kalsium merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat untuk gaya hidup yang aktif

Vitamin A membolehkan mata kita berfungsi dengan baik dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja

Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein

Vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus.

SERTAI SEKARANG PERADUAN SARAPAN PAGI #dutchlady breakfastchallenge
Dutch Lady Breakfast Challenge | Permulaan Hari yang Kuat Bermula dengan Susu Dutch Lady Pure Farm
Mulakan hari korang bersama khasiat dari segelas susu Dutch Lady PureFarm sewaktu sarapan! dan lupa untuk menyertai peraduan sarapan pagi #dutchladybreakfastchallenge menerusi dalam talian dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM35,000 dengan hanya melengkapkan sarapan pagi korang bersama susu Dutch Lady PureFarm. Peraduan ini bermula pada 8hb Oktober sehingga 11hb November 2018!

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia 
atau 

Thursday, 1 November 2018

,
Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White Untuk Pencerahan dan Kesegaran Feminin Wanita | Perasan tak mengapa kulit kita di sekitar kawasan intim lebih gelap berbanding di bahagian kulit yang lain dan pelbagai cara untuk mencerahkan kawasan tersebut telah digunakan tapi keputusan masih sama.

Adakah masalah ini menyebabkan korang rasa kurang keyakinan diri sehingga menimbulkan masalah apabila bersama suami? Jangan risau dah lepas ni, dengan adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White mungkin dapat membantu mengurangkan masalah kulit gelap di bahagian intim tu☺
Sumber Ayu, Whitening Pearly White,
Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White Untuk Pencerahan dan Kesegaran Feminin Wanita
Korang tak perlu rasa malu apabila menghadapi masalah di bahagian intim kerana bukan korang saja yang menghadapi masalah seperti ni, masih ramai dalam kalangan wanita di seluruh dunia menghadapi masalah yang sama. Pelbagai faktor yang menjadi penyumbang kepada perubahan warna gelap dibahagian tersebut seperti faktor usia, ketidakseimbangan hormon, penambahan berat badan, pemakaian baju yang ketat dan kerap bercukur. Dengan adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White, ianya bukan saja mencerahkan kulit di kawasan intim malah ia juga dapat melonjakkan tahap keyakinan diri korang.
Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White Untuk Pencerahan dan Kesegaran Feminin Wanita
Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White Untuk Pencerahan dan Kesegaran Feminin Wanita
Kandungan Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White bukan sekadar 1 saja ekstrak pemutih semulajadi bahkan 3 yang dapat membantu meringankan dan mencerahkan tona warna kulit. Antara ekstrak pemutih yang terdapat dalam Sumber Ayu 3X Whitening ni ialah licorice, bengkoang dan susu. Sejak berabad lalu, licorice sudah digunakan bukan saja oleh penduduk di Asia malah turut digunakan oleh masyarakat di Yunani dan Mesir kerana keberkesannya untuk mendapatkan tona kulit yang cerah. Manakala bengkoang mengandungi Vitamin B1 dan C dimana ianya dapat membantu memperlahankan proses penuaan dan memberikan kulit lebih sihat dan cerah bersinar. Susu pula bermanfaat untuk mengurangkan perubahan warna, memperbaiki tona kulit yang tidak sekata dan sekaligus mencerahkan kulit.

Dengan memilih pencuci feminin yang mempunyai tahap keseimbangan kandungan pH 3.5 sehingga 4.5, ianya dapat menyumbangkan tahap keselesaan yang lebih kepada golongan wanita moden pada hari ni. Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White mengandungi tahap pH3.5 yang berada dalam lingkungan pH normal feminin iaitu di antara 3.5 hingga 4.5, bagi memastikan kawasan tersebut berada dalam keadaan yang selesa. Ia mengandungi bahan antiseptik semulajadi bagi mengelakkan bakteria jahat, bau yang kurang menyenangkan dan kegatalan.
Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White Untuk Pencerahan dan Kesegaran Feminin Wanita
Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White Untuk Pencerahan dan Kesegaran Feminin Wanita
Selain daripada kayu rapet dan ekstrak manjakani sebagai ramuan tradisional, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White juga menggandakan kuantitinya untuk memberikan faedah yang lebih besar. Kayu Rapet dan ekstrak manjakani merupakan bahan semulajadi yang dapat membantu mengetatkan kawasan intin dan ini dapat memberikan keyakinan yang tinggi kepada wanita moden serta dapat mengeratkan hubungan antara suami dan isteri.

Tambahan pula, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White adalah bebas alergen dengan wangian yang sederhana. Malah, ianya juga memberikan keselesaan bagi pengguna yang mempunyai kulit sensitif dan memberikan kesegaran sepanjang hari. Bagi menghargai kepentingan pengguna yang beragama Islam, Sumber Ayu 3X Pearly White diiktiraf halal.
Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White Untuk Pencerahan dan Kesegaran Feminin Wanita
Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White Untuk Pencerahan dan Kesegaran Feminin Wanita
Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kini dengan pembungkusan klasik yang diilhamkan mengikut bentuk badan wanita dan terdapat penambahbaikan dengan tekstur yang lebih lembut dan pekat. Produk ini boleh didapati dengan harga mampu milik dan didatangkan dengan 2 saiz berbeza iaktu 90 ML dengan harga RM9.20 dan 200 ML dengan harga RM15.50. Sumber Ayu rankaian produk penjagaan diri yang berkualiti tinggi dengan bangganya dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA. Rangakaian produk Sumber Ayu ini boleh didapati di pasar raya dan juga farmasi berhampiran.

,
Pemenang Top Komentor Bulan Oktober 2018 | Assalamualaikum semua. Salam November untuk semua. Hari ni kinah nak umumkan pemenang top komentor bulan lepas. Agak-agak siapa ye yang jadi top komentor kinah ni. Mula-mula agak sendu la jugak, tak sangka last minit ada yang pulun komen entri kinah. Pemenang yang kinah cari ialah jeng jeng
^
^
^
^
^

Kepada Ika nanti emailkan detail pada kinahnazari@gmail.com

Pada yang lain jangan susah hati sebabnya untuk November ni pun kinah ada jugak buat pencarian untuk top komentor ni. Hadiahnya nanti kinah fikir dulu. Korang komen jer dulu