GIVEAWAY BUKU by budakvanilla

Rasanya bulan November ni bulan join Giveaway la kinah ni. Termasuk giveaway ni dah dua yang kinah join. Ramai juga yang buat giveaway dalam bulan ni. Kenapa kinah tertarik nak join giveaway sebab hadiahnya ialah buku fixi. Hoho setakat ni tak pernah lagi ada koleksi buku fixi dalam simpanan kinah. Apatah lagi baca. 
Klik sini
Kinah jumpa giveaway ni masa blogwalking. Bila baca syarat ala mudah je rupanya. Oh ye siapa yang ada instagram tu pun boleh join di Instagram tau.

Berbalik kepada syarat yang ditetapkan oleh Budak Vanilla, macam mana boleh terjebak dengan buku?

Kinah start minat baca buku sejak dari sekolah rendah lagi. Kalau korang ingat masa tu ada Program Nilam di sekolah. Kinah pun tak terkecuali join program tu. Pada mulanya takde la sangat nak terjebak dengan program tu, tapi bila cikgu kata bilangan buku yang kinah baca tu dah boleh masuk program Nilam. Sejak dari tu, mula la nak jadi budak library. Boleh dikatakan setiap minggu kinah pinjam buku. 

Perasaan bila dapat habiskan baca buku tu tak dapat nak digambarkan. Seronok tak terkata. Bila nak pinjam buku yang baru kebetulan ada buku baru masuk library lagi la seronok. Cepat-cepat kinah pinjam sebelum orang lain ambik hahah. Nak menang anugerah Nilam katakan. Tapi tak dapat pun sebab ada lagi yang banyak baca buku dari Kinah. Takpela bukan rezeki nak menang anugerah tu.
Kalau korang nak tahu dalam banyak-banyak buku, siri penyiasatan la paling kinah suka. Entah kenapa minat pulak dengan siri tu terutama Siri Penyiasatan Hadi dan Siri Penyiasatan Salma. Memang itu la yang selalu kinah pinjam sampai habis siri tu kinah pinjam kah kah. Sekarang ni ada lagi ke siri tu ye? 

Antara Siri yang pernah kinah baca
Sumber daripada Carousell
Bila meningkat remaja, kinah mula berjinak-jinak baca novel cinta pulak. Macam-macam novel kinah pinjam dan baca. Masa tu boleh pinjam 5 buah buku kalau tak silap la. Tapi kinah takde la pinjam sampai 5 buah buku novel. Ate, bila masa nak study kalau dah mengadap buku tu saja kan. 
Sekarang ni bila dah kawin ada la jugak hobi membaca tu, tapi takla serancak dulu. Sekarang ni kalau nak baca buku bila ada masa dan mood. Hmm macam tu pulak. Kalau datang mood dia, tak pandang lain dah. Haaa sampai macam tu sekali.

Minat membaca ni nampaknya dah menurun ke anak dara kinah. Suka betul dia baca buku walaupun tak reti lagi baca, selak-selak buku je tengok gambar. Setiap kali balik rumah opah dia, tempat pertama dia tuju rak buku pakcik makcik dia. Kami memang masih simpan lagi buku-buku cerita kami masa kami kecil dulu sekarang ni menurun ke dia pulak. Moga minat membaca ni akan berterusan sampai bila-bila ye. Membaca tu kan jambatan ilmu. 

Oh ye panjang sangat dah ni ceritanya. Korang kalau nak join klik je banner di atas tu ye. Good luck semua.


9 comments:

  1. Wah! Semoga berjaya kinah...
    K linda pun minat membaca tp sejak dah ank berderet ni, x dan dah nak membaca...

    ReplyDelete
  2. sama la kita, BV pun minat membaca sejak ada program nilam sekolah rendah n ada program perpustakaan bergerak. excited masuk sorang2 dalam perpustakaan bergerak tu sambal pilih buku. :D


    thanks sebab sudi join GIVEAWAY BUKU by budakvanilla!
    boleh semak senarai peserta kat
    -> budakvanilla.com/p/participants-giveaway-buku.html

    all the best and good luck ya :D

    ReplyDelete