Manusia Kini Semakin Kejam

Hmmm mengucap panjang bila dengar berita mengenai kanak-kanak yang berusia 9 bulan telah didera. Bukan saja didera, malah hasil bedah siasat mendapati anak syurga tersebut telah dirogol. Allahuakhbar anak tu tak tahu apa-apa. Apa nak jadi la dengan manusia zaman sekarang ni. Bila dunia di akhir zaman kes sebeginilah yang akan sering kita dengar di corong media massa. Lepas satu, satu kes muncul. Nampaknya lepas ni pihak wajib perlu mencari jalan penyelesaian dan juga menggubal dan menguatkuasakan akta kanak-kanak yang sedia ada. 
Manusia Kini Semakin Kejam
Kes sebegini bukanlah pertama kali kita dengar. Dah banyak kali dah, kalau korang masih ingat lagi kes kanak-kanak ditemui mati di dalam peti sejuk, angkara siapa? Pengasuh.... Bukanlah nak salahkan semua pengasuh, tak semua pengasuh macam tu. Tapi bila niat tu tak menghalalkan cara, mengasuh hanya semata kerana duit, bukannya disebabkan amanah ataupun tanggungjawab yang diberi. Kita pula tak boleh nak salahkan ibu bapa kanak-kanak tersebut. Lagipun mereka dah mencuba yang terbaik dan jika mereka tahu perkara seperti ni jadi ke atas anak mereka, tentu mereka tak akan tinggalkan kepada pengasuh tersebut. Semuanya telah tertulis. Paling mengejutkan suami pengasuh tersebut yang menjaga anak itu selama ni. Memang speechless.

Kebanyakannya sekarang ni si ibu pula terpaksa bekerja membantu suami untuk menampung kos sara hidup kini yang semakin tinggi. Anak-anak pulak terpaksa ditinggalkan dengan pengasuh, parents sekarang tiada pilihan. Dapat pulak pengasuh yang durjana macam ni. Hmmmmm tak tau nak kata apa. Speechless. Sayu je tengok muka anak syurga yang tak berdosa tu diperlakukan sebegitu. Mintak-mintak la si pelaku tu dikenakan hukuman yang setimpal dengan apa yang telah dilakukan.

Harap sangat la kerajaan mempertimbangkan semula untuk membatalkan hukuman mati, jalankan hukuman mati ni bagi kes-kes tertentu dan kaji semula relevan atau tak mansuhkan hukuman ni. 

Dan satu lagi, ibu bapa pula kena alerts bila anak kita mula tunjukkan sikap yang pelik, kekadang tu bila anak tunjuk sikap pelik dan protes mungkin pada masa tu ada sesuatu yang ingin disampaikan tapi dia tak tahu nak sampaikan macam mana. Pada masa ni lah kita sebagai ibu bapa dengar dan fahami apa yang si anak tu cuba sampaikan. 

Mintak-mintakla lepas ni tiada lagi kejadian seperti ni berlaku. Sedih sangat. Allah, lindungi kami, keluarga kami daripada mereka yang mempunyai niat tidak baik. Hentikan penderaan terhadap kanak-kanak.

Post a Comment

8 Comments

  1. Aamiin.Semoga entri ini ramai membaca..kanak-kanak tu tak berdosa..kenapa lah di dera

    ReplyDelete
  2. Tak tercapai dek akal 9 bulan pun dirogol.
    Sesungguhnya dunia dah hampir sangat ke penghujungnya.
    Wallahualam.

    ReplyDelete
  3. kenapalah ada insan x berhati perut mcm tu kan

    ReplyDelete
  4. Kejam betul manusia zaman skg ni, sampai hati la buat benda2 mcm ni...

    ReplyDelete
  5. Kann, hari2 bila tengok berita ada jer kanak2 dan bayi jadi mangsa penderaan..jahat sungguh manusia

    ReplyDelete
  6. Speechless. Kenapa kejam sangat, kenapa buat budak tu macam tu?

    Mijablur - Malaysian Lifestyle Blogger

    ReplyDelete
  7. Tak terkata bila baca cerita nie.. huhuhu..

    ReplyDelete